Sunday, 27 November 2011

Premium Beautiful Bakal Membawa Kita Ke Vietnam

Salam,



Vietnam Halong Bay 


Kali ini saya nak bercerita tentang satu negara baru. Negara ini memang sangat terkenal dengan sejarah peperangan yang sering disajikan kepada kita oleh filem-filem Amerika, iaitu perang Amerika dan Vietcong. Tapi  bukan kerana itu saya ingin ke sana. Insya Allah pada bulan Mac 2012 nanti, saya dan rakan-rakan akan diterbangkan ke bumi VIETNAM sebagai insentif pelancongan percuma dari Hai-O Marketing.

Teruja sungguh! Walaupun ini adalah kali ke 12 kami akan melancong pakej pelancongan 5 BINTANG dari Hai-O Marketing, tetapi apa yang sangat mengujakan adalah Vietnam adalah sebuah negara baru yang tidak pernah saya lawati.


Penerbangan selama dua jam ini, akan membawa kita ke Bandar HO CHI MINH iaitu ibu negara Vietnam. Kalau dulu Bandung digelar syurga membeli belah, khabarnya sekarang ini Vietnam sudah pun mengambil alih takhta itu.


Dari website http://www.journeywoman.com/shopping_worldwide/ShoppinginVietnam.htm, katanya memang Vietnam ini adalah syurga fabrik, terutamanya sutera Vietnam.

Sut juga boleh disiapkan dalam masa dua hari sahaja. Aduuhhh pastinya saya nak ambil semua warna yang ada, untuk baju raya pada hari raya pertama pagi, petang, malam, raya ke dua, ketiga....... Katanya kalau bawa duit belanja RM2000 pun pasti beg baju akan "beranak".... kalau bawa satu beg, pasti balik dengan lima beg! Oh I like!! Murahnya!!! Sesuai untuk mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan, boleh beli baju untuk seisi keluarga, bergaya sedondon dengan sutera dari Vietnam.... CONFIRM BEAUTIFUL!


Yang pasti saya tidak mahu melepaskan peluang membeli Ao-dai iaitu pakaian tradisional Vietnam yang cukup sopan dan menutup aurat, sesuai digayakan di Malaysia :) Boleh tailor-made atau beli saja yang sudah siap di Ben Thanh Market nanti ya...


Selain daripada shopping, ada juga aktiviti bersiar-siar. Pemandangannya juga cukup indah, bak Cameron Highland yang cukup menenangkan... Pasti seronok berjalan berpegang tangan dengan suami tercinta, ala-ala bulan madu kali ke 12 gitu!



Siapa lagi nak ikut ke Vietnam, dengan pakej 5 BINTANG, ALL EXPENSES PAID, marilah hubungi kami segera kerana tiada yang mustahil dalam perniagaan ini. Kali ini kita tak perlu berangan-angan untuk melancong ke luar negara, tapi sebaik sahaja anda menyertai kami, kami terus bawa anda ke Pejabat Imigresen untuk membuat passport antarabangsa anda, kerana ANDA PASTI BOLEH KE VIETNAM BERSAMA KAMI. Jom call 0123051984 sekarang ;)

No comments:

Post a Comment