Thursday, 24 November 2011

Ulang Tahun Hai-O ke 19 : Strive for A Perfect Vision!!

Alhamdulillah pada 19 November yang lalu, telah berlangsung Majlis Ulang Tahun Hai-O Marketing Sdn Bhd yang ke 19. Majlis gilang gemilang yang berlangsung di Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dari jam 7.30 petang hingga tengah malam, telah menyaksikan seramai 33 orang usahawan Hai-O baru yang dinobatkan ke tahap pangkat  tertinggi dalam syarikat iaitu pangkat Crown Diamond Manager, membawa jumlah Crown Diamond Manager kepada hampir 400 ratus orang hingga ke hari ini.



Setakat ini, ini merupakan majlis Ulang Tahun syarikat yang ke 5 yang dapat kami sertai, semenjak kami menyertai perniagaan ini empat tahun lalu. Sememangnya setiap majlis ulang tahun meninggalkan kenangan manis yang tersendiri. Antara artis-artis yang pernah menyerikan majlis-majlis ini adalah Erra Fazira, M.Nasir, Faizal Tahir, Adibah Noor dan Dato Siti Nurhaliza. Tahun ini Hai-O telah menjemput kumpulan Crossfire dan penghibur versatil Salih Yaakob untuk menghiburkan para usahawan yang datang dari segenap pelusuk negara.



Ulang Tahun syarikat kali ini mengukirkan satu memori indah buat kami, kerana jika dua tahun lalu Dr Hafiz melangkah di atas pentas itu sebagai CDM baru, tahun ini kami mengiringi dua orang rakan kongsi kami yang berjaya dinobatkan ke pangkat tertinggi ini, yang menjadi idaman dan igauan setiap usahawan. Masakan tidak, setiap CDM diarak dengan buggy sepanjang permaidani merah di dalam dewan yang dihias indah, kemudian CDM dan pasangan melangkah dengan penuh bangga di atas dua runway ala- American Next Top Model! Kemudian mereka dianugerahkan dengan sebuah plat bersalut emas, dengan nama terpahat abadi, bersama sebuah pin Crown Diamond Manager dari emas tulen dari Tomei.

Semua usahawan yang hadir sememangnya boleh menandingi artis-artis di Festival Filem Malaysia. Yang lelaki tampak segak dengan sut, yang wanita tampak anggun dengan busana mewah dari pereka-pereka fesyen yang terkenal, antaranya Jovian Mendagie, Dato’ Radzuan Radziwill, Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini. Alhamdulillah saya  dan salah seorang rakan kongsi, amat bertuah kerana dapat menyarungkan dress hasil ciptaan Calvin Thoo.

Kami bersama multimillionaire Malaysia, CDM  Hajjah Siti Rohana & CDM Haji Azlan





Kemuncak kemeriahan majlis ini adalah apabila rakan kongsi kami mendapat hadiah utama cabutan bertuah yang berupa jongkong emas bernilai RM25,000. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia hanya Allah yang tahu. Siapa sangka dengan bermodalkan sekeping tiket bernilai RM35 sahaja, membuahkan hasil yang sangat lumayan. Nampaknya sudah dua tahun berturut-turut rakan kongsi kami mendapat Grand Price.  Tahun lepas merupakan sebuah kereta Suzuki Swift.




Insya Allah kami pasti akan terus bersama Hai-O dan menikmati segala kegemilangan yang dijanjikan bersama perniagaan ini. Yang pasti Ulang Tahun yang ke 20 tahun hadapan pasti lebih meriah lagi, dan kami akan melahirkan lebih ramai usahawan bergelar Crown Diamond Manager. Siapa yang sudi dibimbing, kami sepuluh kali sedia untuk membantu... Jumpa anda di puncak kejayaan bersama senyuman!

Us with our two protege... In the next anniversary we'll double the number! See you at the top!

No comments:

Post a Comment