Thursday, 15 December 2011

Family Day B32 ke Singapore

Alhamdulillah Alhamdulilah Alhamdulillah J Pagi tadi kami sekeluarga baru sahaja sampai dari Singapura untuk Hari Keluarga CDM-CDM Kumpulan kami.  Ini adalah kali pertama hari keluarga diadakan di luar negara, dan sebanyak lapan keluarga telah bersama-sama menyertai percutian 3 hari dua malam ini.
Sebenarnya ini baru kali ke tiga saya ke Singapura, walaupun saya ni orang Johor! Maklumlah, dibesarkan dari keluarga yang biasa-biasa sahaja, tidak pernah melancong ke luar negara. Kali pertama dulu selepas dapat keputusan cemerlang dalam SPM,dan kali  ke dua masa transit untuk pulang ke Ireland.
Yang paling teruja adalah anak-anak saya sebab ini pertama kali mereka ke Singapura. Di lapangan terbang lagi sudah excited nak naik kapalterbang. Setibanya di Singapura, kami berhenti makan dulu di perkampungan Melayu Arab, di restoran Glam. Makanannya biasa-biasa sahaja, tapi harganya agak murah juga. Saya mencuba gado-gado Singapura dan teh tarik J


Pemandangan Singapura Dari Jendela Pesawat Tiger Air






Pemandangan di salah sebuah kedai di Kampung Melayu , Singapura


Rojak Singapore



Perhentian seterusnya, kami ke Statue Merlion, simbol Kota Singapura iaitu gabungan ikan duyung (mermaid) dan singa (lion). Sempat juga bergambar dengan Marina Bay Hotel yang terkenal dengan infinity pool di ketinggian 52 tingkat itu. Tiba di Hotel  Concorde, Orchard Road, kami diberi masa sejam untuk berehat dan bersiap, sebelum bertolak ke Night Safari. Memang seronok melihat haiwan-haiwan pada waktu malam, terutamanya ketika Animal Show kerana semua haiwan sedang aktif.

Seronok bila dapat melancong bersama sahabat-sahabat seperjuangan

Pemandangan di Lobi Hotel Concorde Singapore

Suasana bilik hotel
Bergambar di pintu masuk Night Safari Singapore

Animal Show Safari Night Singapore

Hari ke dua adalah hari yang sangat-sangat ditunggu-tunggu. Universal Studio! Kami diberi masa 7 jam untuk bermain, dan pasti kami tak lepas peluang untuk bermain sepuasnya! Makanan halal pun banyak terdapat di dalam theme park ini, dan kemudahan bilik solat juga disediakan. Antara permainan yang best adalah Shrek 4D movie. Kelakar sungguh melihat anak-anak menepis-nepis serpihan api yang terbang mendekati mereka. Nampak sungguh REAL dengan cermin mata 4D.
Di Madagascar kami naik boat melihat patung-patung watak-watak utama filem itu menari-nari.

Di Enchanted Airways pula, Wardina menjerit sekuat hati kerana takut, tapi Fatimah cool saja.. katanya “Kakak kat mulut tak takut, tapi dalam hati takut!”... ada-ada saja budak-budak ni J
Kami berhenti makan seketika di Friar’s Restaurant yang menghidangkan kebab halal. Lepas makan, anak-anak terus tertidur dalam stroller, ummi abi sambung main roller coaster di Ancient Egypt dan Transformer’s Ride. Hajat hati nak main Battlestar Galactica, tapi kecut perut pula! Tak jadi main, kami jalan-jalan makan icecream saja J Last show, kami menonton Monster’s Rock tapi agak seksi persembahannya dan tak begitu sesuai dengan anak-anak kecil. Jam 5 petang, kami berkumpul untuk sessi shooting, menari di hadapan globe Universal Studio.
Balik sahaja ke hotel, anak-anak terus tidur sampai pagi! Letih sangat agaknya.

Bergambar di pintu masuk Universal Studio Singapore
Sempat Membeli Belah di Universal Studio Singapore

Keesokan harinya, sebelum bertolak balik, sempat bawa anak-anak mandi swimming pool selepas breakfast. Selepas check out, kami bershopping di sekitar Orchard Road, sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur dengan flight Tiger Airways.

Best tak terkata pengalaman kali ini. Kalau tidak kerana peluang yang satu ini, tak mungkin dapat membawa anak-anak melancong ke luar negara. Insya Allah next Family Day adalah ke Beijing China. Don’t hesitate to call us k. Peluang sentiasa ada untuk mereka yang sudi mengambil peluang itu. See you at the top!

Next Family Day 2012 InsyaAllah ke Beijing China..



No comments:

Post a Comment