Tuesday, 27 December 2011

Kisah Baju Tidur : Dari Premium Beautiful menjadi Beautiful

Semalam saya ada terbaca satu blog berkaitan peranan seorang isteri dalam rumahtangga. Katanya isteri-isteri sekarang, pada awal usia perkahwinan, memang amat menjaga penampilan. Di rumah, muka ceria dan cerah, rambut tersusun rapi, pakaian yang cantik dan seksi sentiasa untuk suami, sentiasa semerbak wangi. Namun apabila sudah memiliki seorang dua putera puteri, mulalah T-shirt dan seluar tract menjadi pakaian sehari-hari, rambut ikat tocang tinggi, kadang-kadang suami balik, mandi pun belum lagi!


Antara penyebabnya adalah, rasa yakin diri yang terlalu tinggi, kononnya diri sudah jadi isteri yang rasmi, suami jadi milikku yang abadi. Tak perlu susah-susah, sebab sudah tinggal serumah.

Hakikatnya, jangan terlalu yakin. Sememangnya si suami jarang-jarang akan berbunyi, sebab sayang si isteri, iyalah berterima kasih kerana menguruskan si kecil si buah hati, badan jadi montel pun sebab melahirkan zuriat suami. Tapi kita sebagai isteri, kena ambil tahu dan ambil peduli, di luar sana anak-anak dara terhias rapi, satu pejabat dan tempat kerja suami, dengan badan yang solid-molid, dibaluti fesyen terkini.



Isteri perlu ada inisiatif diri untuk sentiasa kemas berketrampilan, bukan nak jadi model sambilan, tapi untuk buat hati suami sentiasa tertawan.


Di rumah, pakai pakaian yang seksi (janji jangan terlihat dek yang bukan mahram), make up sedikit biar wajah berseri, sebelum suami pulang, sembur sikit minyak wangi.


Kalau rasa-rasa dulu pinggang 28 inci, sekarang dah 34 inci, usahalah sedikit untuk baiki diri. Corset Premium Beautiful satu pilihan yang menjadi pujaan ribuan wanita kini. Sekali beli, jaminan seumur hidup, boleh repair dan servis FREE. Badan yang menggelebeh boleh kemas kembali, Cik Abang yang dulu kalau jalan sebatu jauh ke depan, sekarang nak jalan sambil berpimpin tangan (atau pinggang!). Far Infra Red di dalamnya membantu yang longgar menjadi rapat kembali.

Di tambah dengan Lactolite yang memang berkesan, minum sekali sehari, terasa ringan badan. Minum dengan konsisten, insya Allah yang 97kg boleh turun kepada 56kg!



Testimoni diri sendiri? Dulu 80kg, sekarang 60kg sudah dihampiri. Yang paling menggembirakan hati, baju tidur malam pertama sudah muat kembali!  9 tahun usia perkahwinan, rasa baru semalam suami dan khadi berjabat tangan.  Apa kata suami? Pasti lah H.A.P.P.Y!!  Apa tunggu lagi? Call me! 012-3051984...


2 comments:

  1. Alhamdulillah...sy masih boleh kekalkan bentuk badan spt 10 thn dulu walaupun dah beranak 3 (simpan 1). Rutin harian yg sebok dgn rumah tangga, kerjaya, pelajaran & sosial membuatkan sy aktif, sihat & bertenaga.

    ReplyDelete
  2. Cinta Misteri, tahniah ya kerana masih boleh kekalkan bentuk badan selepas dah beranak 3. Tak ramai yang mampu kekalkan terutama yang bersalin secara caesarean section (bedah caesarean)...

    ReplyDelete