Saturday, 24 December 2011

Program Dari Masyarakat Kepada Masyarakat ~ Rumah Anak Yatim Shifa'

Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Luas Rezeki dan KekayaanNya.Pada 24 Disember 2011, kumpulan usahawan Premium Beautiful Yellow Mania Group (YMG) di bawah pimpinan CDM Nor'Azura Mustapha telah menganjurkan satu program amal iaitu kunjungan dan sumbangan kepada anak-anak yatim yang bernaung di Rumah Anak Yatim Shifa'. Program tahunan anjuran Kumpulan Besar Stokis B32 Batu Caves ini sememangnya sudah menjadi tradisi kumpulan kami, bagi menimbulkan rasa kesyukuran atas apa yang kami perolehi dari perniagaan ini. Di samping itu, program ini juga untuk mengingatkan bahawa dalam rezeki yang kita semua perolehi, ada rezeki milik insan-insan lain, termasuk anak-anak yatim.


Kami berkumpul di Restoran As-Siddiq di Batu Caves, sebelum 15 orang usahawan pemimpin berpangkat Diamond dan ke atas, bertolak ke Rumah Anak Yatim Shifa yang terletak di Setapak



   Semoga Allah memberkati program kami hari ini




 Ketibaan kami disambut mesra oleh Mak Tom, yang merupakan pemilik rumah anak yatim ini, juga merangkap penjaga mereka. 



Mak Tom menunjukkan bunga-bunga yang cantik di nursery miliknya



Kisah Mak Tom bagaimana beliau memutuskan untuk mengubah hidup daripada seorang yang sibuk bermain saham untuk mengumpul harta bernilai jutaan ringgit, kepada seorang yang menyerahkan jiwa raganya untuk anak-anak yatim demi harta akhirat, sangat menginsafkan. Dek kerana satu serangan jantung pada awal 40-an, yang hampir meragut nyawanya, beliau berubah 360 darjah, daripada sibuk mengumpul hartanah, kepada mengumpul biaya untuk menjaga anak-anak yatim yang merupakan amanah Allah. Namun pesanannya yang tidak mungkin kami lupakan adalah, bagi setiap kebaikan yang kita lakukan kepada anak-anak yatim, yakinlah insya Allah ganjaran yang amat besar menanti kita. 






Seramai 12 daripada 18 orang anak-anak yatim seterusnya bersama kami untuk makan tengahari, sessi fotografi dan kemudian solat Zuhr bersama. Berselera sungguh anak-anak makan KFC! 







Selesai solat, kami dihiburkan oleh persembahan dari anak-anak, yang kemudian di"balas" pula dengan persembahan dari kami! Menurut Mak Tom, kamilah kumpulan pertama yan
g membuat persembahan bagi anak-anak yatim di situ. Sporting habis!!






Selesai menyerahkan sedikit sumbangan dari kami, kami membantu dengan cara bershopping barang-barang yang dijual di situ, bagi membantu anak-anak yatim membeli pakaian sekolah. Saya tak lepaskan peluang untuk membeli 3 pasu bunga daisy dari nursery Mak Tom yang sangat subur!







Alhamdulillah ada macam-macam cara untuk kita mengembalikan sedikit rezeki yang Allah berikan kepada kita, kembali kepada masyarakat. Kami memilih untuk membuka peluang perniagaan tanpa risiko, dengan modal yang minimum dan disertakan dengan pakej ilmu perniagaan, kepada sesiapa yang sudi dan mahu bangkit dari keselesaan sementara. Ayuh kita majukan masyarakat Malaysia dengan berniaga! :) 




No comments:

Post a Comment