Tuesday, 27 December 2011

Kisah Baju Tidur : Dari Premium Beautiful menjadi Beautiful

Semalam saya ada terbaca satu blog berkaitan peranan seorang isteri dalam rumahtangga. Katanya isteri-isteri sekarang, pada awal usia perkahwinan, memang amat menjaga penampilan. Di rumah, muka ceria dan cerah, rambut tersusun rapi, pakaian yang cantik dan seksi sentiasa untuk suami, sentiasa semerbak wangi. Namun apabila sudah memiliki seorang dua putera puteri, mulalah T-shirt dan seluar tract menjadi pakaian sehari-hari, rambut ikat tocang tinggi, kadang-kadang suami balik, mandi pun belum lagi!


Antara penyebabnya adalah, rasa yakin diri yang terlalu tinggi, kononnya diri sudah jadi isteri yang rasmi, suami jadi milikku yang abadi. Tak perlu susah-susah, sebab sudah tinggal serumah.

Hakikatnya, jangan terlalu yakin. Sememangnya si suami jarang-jarang akan berbunyi, sebab sayang si isteri, iyalah berterima kasih kerana menguruskan si kecil si buah hati, badan jadi montel pun sebab melahirkan zuriat suami. Tapi kita sebagai isteri, kena ambil tahu dan ambil peduli, di luar sana anak-anak dara terhias rapi, satu pejabat dan tempat kerja suami, dengan badan yang solid-molid, dibaluti fesyen terkini.



Isteri perlu ada inisiatif diri untuk sentiasa kemas berketrampilan, bukan nak jadi model sambilan, tapi untuk buat hati suami sentiasa tertawan.


Di rumah, pakai pakaian yang seksi (janji jangan terlihat dek yang bukan mahram), make up sedikit biar wajah berseri, sebelum suami pulang, sembur sikit minyak wangi.


Kalau rasa-rasa dulu pinggang 28 inci, sekarang dah 34 inci, usahalah sedikit untuk baiki diri. Corset Premium Beautiful satu pilihan yang menjadi pujaan ribuan wanita kini. Sekali beli, jaminan seumur hidup, boleh repair dan servis FREE. Badan yang menggelebeh boleh kemas kembali, Cik Abang yang dulu kalau jalan sebatu jauh ke depan, sekarang nak jalan sambil berpimpin tangan (atau pinggang!). Far Infra Red di dalamnya membantu yang longgar menjadi rapat kembali.

Di tambah dengan Lactolite yang memang berkesan, minum sekali sehari, terasa ringan badan. Minum dengan konsisten, insya Allah yang 97kg boleh turun kepada 56kg!



Testimoni diri sendiri? Dulu 80kg, sekarang 60kg sudah dihampiri. Yang paling menggembirakan hati, baju tidur malam pertama sudah muat kembali!  9 tahun usia perkahwinan, rasa baru semalam suami dan khadi berjabat tangan.  Apa kata suami? Pasti lah H.A.P.P.Y!!  Apa tunggu lagi? Call me! 012-3051984...


Saturday, 24 December 2011

Program Dari Masyarakat Kepada Masyarakat ~ Rumah Anak Yatim Shifa'

Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Luas Rezeki dan KekayaanNya.Pada 24 Disember 2011, kumpulan usahawan Premium Beautiful Yellow Mania Group (YMG) di bawah pimpinan CDM Nor'Azura Mustapha telah menganjurkan satu program amal iaitu kunjungan dan sumbangan kepada anak-anak yatim yang bernaung di Rumah Anak Yatim Shifa'. Program tahunan anjuran Kumpulan Besar Stokis B32 Batu Caves ini sememangnya sudah menjadi tradisi kumpulan kami, bagi menimbulkan rasa kesyukuran atas apa yang kami perolehi dari perniagaan ini. Di samping itu, program ini juga untuk mengingatkan bahawa dalam rezeki yang kita semua perolehi, ada rezeki milik insan-insan lain, termasuk anak-anak yatim.


Kami berkumpul di Restoran As-Siddiq di Batu Caves, sebelum 15 orang usahawan pemimpin berpangkat Diamond dan ke atas, bertolak ke Rumah Anak Yatim Shifa yang terletak di Setapak



   Semoga Allah memberkati program kami hari ini




 Ketibaan kami disambut mesra oleh Mak Tom, yang merupakan pemilik rumah anak yatim ini, juga merangkap penjaga mereka. 



Mak Tom menunjukkan bunga-bunga yang cantik di nursery miliknya



Kisah Mak Tom bagaimana beliau memutuskan untuk mengubah hidup daripada seorang yang sibuk bermain saham untuk mengumpul harta bernilai jutaan ringgit, kepada seorang yang menyerahkan jiwa raganya untuk anak-anak yatim demi harta akhirat, sangat menginsafkan. Dek kerana satu serangan jantung pada awal 40-an, yang hampir meragut nyawanya, beliau berubah 360 darjah, daripada sibuk mengumpul hartanah, kepada mengumpul biaya untuk menjaga anak-anak yatim yang merupakan amanah Allah. Namun pesanannya yang tidak mungkin kami lupakan adalah, bagi setiap kebaikan yang kita lakukan kepada anak-anak yatim, yakinlah insya Allah ganjaran yang amat besar menanti kita. 






Seramai 12 daripada 18 orang anak-anak yatim seterusnya bersama kami untuk makan tengahari, sessi fotografi dan kemudian solat Zuhr bersama. Berselera sungguh anak-anak makan KFC! 







Selesai solat, kami dihiburkan oleh persembahan dari anak-anak, yang kemudian di"balas" pula dengan persembahan dari kami! Menurut Mak Tom, kamilah kumpulan pertama yan
g membuat persembahan bagi anak-anak yatim di situ. Sporting habis!!






Selesai menyerahkan sedikit sumbangan dari kami, kami membantu dengan cara bershopping barang-barang yang dijual di situ, bagi membantu anak-anak yatim membeli pakaian sekolah. Saya tak lepaskan peluang untuk membeli 3 pasu bunga daisy dari nursery Mak Tom yang sangat subur!







Alhamdulillah ada macam-macam cara untuk kita mengembalikan sedikit rezeki yang Allah berikan kepada kita, kembali kepada masyarakat. Kami memilih untuk membuka peluang perniagaan tanpa risiko, dengan modal yang minimum dan disertakan dengan pakej ilmu perniagaan, kepada sesiapa yang sudi dan mahu bangkit dari keselesaan sementara. Ayuh kita majukan masyarakat Malaysia dengan berniaga! :) 




Thursday, 15 December 2011

Family Day B32 ke Singapore

Alhamdulillah Alhamdulilah Alhamdulillah J Pagi tadi kami sekeluarga baru sahaja sampai dari Singapura untuk Hari Keluarga CDM-CDM Kumpulan kami.  Ini adalah kali pertama hari keluarga diadakan di luar negara, dan sebanyak lapan keluarga telah bersama-sama menyertai percutian 3 hari dua malam ini.
Sebenarnya ini baru kali ke tiga saya ke Singapura, walaupun saya ni orang Johor! Maklumlah, dibesarkan dari keluarga yang biasa-biasa sahaja, tidak pernah melancong ke luar negara. Kali pertama dulu selepas dapat keputusan cemerlang dalam SPM,dan kali  ke dua masa transit untuk pulang ke Ireland.
Yang paling teruja adalah anak-anak saya sebab ini pertama kali mereka ke Singapura. Di lapangan terbang lagi sudah excited nak naik kapalterbang. Setibanya di Singapura, kami berhenti makan dulu di perkampungan Melayu Arab, di restoran Glam. Makanannya biasa-biasa sahaja, tapi harganya agak murah juga. Saya mencuba gado-gado Singapura dan teh tarik J


Pemandangan Singapura Dari Jendela Pesawat Tiger Air






Pemandangan di salah sebuah kedai di Kampung Melayu , Singapura


Rojak Singapore



Perhentian seterusnya, kami ke Statue Merlion, simbol Kota Singapura iaitu gabungan ikan duyung (mermaid) dan singa (lion). Sempat juga bergambar dengan Marina Bay Hotel yang terkenal dengan infinity pool di ketinggian 52 tingkat itu. Tiba di Hotel  Concorde, Orchard Road, kami diberi masa sejam untuk berehat dan bersiap, sebelum bertolak ke Night Safari. Memang seronok melihat haiwan-haiwan pada waktu malam, terutamanya ketika Animal Show kerana semua haiwan sedang aktif.

Seronok bila dapat melancong bersama sahabat-sahabat seperjuangan

Pemandangan di Lobi Hotel Concorde Singapore

Suasana bilik hotel
Bergambar di pintu masuk Night Safari Singapore

Animal Show Safari Night Singapore

Hari ke dua adalah hari yang sangat-sangat ditunggu-tunggu. Universal Studio! Kami diberi masa 7 jam untuk bermain, dan pasti kami tak lepas peluang untuk bermain sepuasnya! Makanan halal pun banyak terdapat di dalam theme park ini, dan kemudahan bilik solat juga disediakan. Antara permainan yang best adalah Shrek 4D movie. Kelakar sungguh melihat anak-anak menepis-nepis serpihan api yang terbang mendekati mereka. Nampak sungguh REAL dengan cermin mata 4D.
Di Madagascar kami naik boat melihat patung-patung watak-watak utama filem itu menari-nari.

Di Enchanted Airways pula, Wardina menjerit sekuat hati kerana takut, tapi Fatimah cool saja.. katanya “Kakak kat mulut tak takut, tapi dalam hati takut!”... ada-ada saja budak-budak ni J
Kami berhenti makan seketika di Friar’s Restaurant yang menghidangkan kebab halal. Lepas makan, anak-anak terus tertidur dalam stroller, ummi abi sambung main roller coaster di Ancient Egypt dan Transformer’s Ride. Hajat hati nak main Battlestar Galactica, tapi kecut perut pula! Tak jadi main, kami jalan-jalan makan icecream saja J Last show, kami menonton Monster’s Rock tapi agak seksi persembahannya dan tak begitu sesuai dengan anak-anak kecil. Jam 5 petang, kami berkumpul untuk sessi shooting, menari di hadapan globe Universal Studio.
Balik sahaja ke hotel, anak-anak terus tidur sampai pagi! Letih sangat agaknya.

Bergambar di pintu masuk Universal Studio Singapore
Sempat Membeli Belah di Universal Studio Singapore

Keesokan harinya, sebelum bertolak balik, sempat bawa anak-anak mandi swimming pool selepas breakfast. Selepas check out, kami bershopping di sekitar Orchard Road, sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur dengan flight Tiger Airways.

Best tak terkata pengalaman kali ini. Kalau tidak kerana peluang yang satu ini, tak mungkin dapat membawa anak-anak melancong ke luar negara. Insya Allah next Family Day adalah ke Beijing China. Don’t hesitate to call us k. Peluang sentiasa ada untuk mereka yang sudi mengambil peluang itu. See you at the top!

Next Family Day 2012 InsyaAllah ke Beijing China..



Sunday, 4 December 2011

Part 2 Insentif melancong bersama Premium Beautiful..


OK 2010 memang tahun yang sangat sangat mengujakan sbb kami dapat pergi ke tiga benua. Mac kami ke Beijing, Jun kami ke Mekah untuk menunaikan Umrah, dan bulan November kami ke Switzerland yang terletak di Eropah.

Masjid Nabawi di Madinah

Shopping kurma di Pasar Kurma Madinah, bersama CDM Dr Rosma tersayang

The BEST place in the world

Kalaulah dulu CDM Dr Rosmaliza, pemimpin kami tidak datang share peluang ini dengan kami, pasti kami tak merasa nak melancong 3 negara setahun, secara PERCUMA... again.. PERCUMA!!! HUWAAA!!! Memang best, best dan BEST! Alhamdulillaaaahhh....

Siapa sangka selepas balik dari Ireland, saya masih berpeluang menjejakkan kaki ke Switzerland pada musim luruh 2010.


Bestnya main salji!!

Honeymoon lagi dan lagi dan lagi ... Alhamdulillah :) 

Tengah berangan berlakon hindustan hihihihihii
Tak sangka dalam trip ke Switzerland, sempat pula kami ke Germany iaitu di Titisee... Yahoo!!!


Rhine Waterfall... Air terjun terpanjang di Eropah.. terletak di Germany

Di Kilang Cuckoo Clock di Titisee,Germany

Tak lepas peluang borong handbag jenama AIGNER yang terkenal di Germany...harga 50% off!!!!


Bulan Januari 2011 pula, kami dapat ke Bandung dan Jakarta untuk trip melancong hasil insentif jualan produk-produk herba. 

Pasar Baru Bandung

Kawah Ratu Tangkuban Prahu

Dengan kawan-kawan yang BEST!


Hasil menyopping...


Seronok tak terkata bershopping, pergi bawa satu beg, balik dengan 6 beg! Bawa duit belanja sahaja sebab yang lain, ditanggung beresssss...

Bulan Mac 2011, saya ke Sydney untuk ke Konvension Oftalmologi (dengan duit sendiri dan untuk dengar ceramah, tak la best sangat macam trip dengan Hai-O yang FREE!). Dr Hafiz pula ke Perth, Australia pada bulan April. Yang sedih sedikit, saya tak dapat join sebab dah habis cuti tahunan. Maklumlah masih belajar.. hu hu...



Add caption

Bergumbira di ladang buah di Perth

Musim cuti sekolah Jun 2011 adalah trip yang paling super duper FUN! Kerana saya dan suami, bersama 19 orang rakan kongsi telah berpeluang berGUMBIRA di HONG KONG DISNEYLAND!! Bayangkan tinggal di hotel 5 Bintang... aduhaaaiii..... saya ni anak penoreh getah, tak pernah bermimpi nak jejak tangga hotel pun. Tetapi ternyata dengan Hai-O tiada yang mustahil.

Di hadapan El Nina Hotel bertaraf 5 bintang di Hong Kong
 Yang paling best adalah, trip kali ini kami mula menggelar diri kami the YELLOW MANIA GROUP sbb warna tema kumpulan kami adalah warna KUNING DIRAJA! It’s my favourite colour & kawan baik saya kata, itu warna AURA saya!


Lady's Market

Pemandangan Hong Kong pada waktu malam yang memang best.. rasa nak peluk cik Abang je.. hehehe

Shopping jewellery di TSL

Paling BEST BEST BEST!! HONG KONG DISNEYLAND!

Rakan kongsi yang sangat happy selepas Gala Dinner sebab dapat RABBIT EMAS seorang satu! Thank you Hai-O!

Jadi penutup tahun 2011 ini,kami akan ke UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE pula untuk Family Day CDM-CDM kumpulan kami. Bestnya boleh bawa anak-anak pergi oversea! Tak apa tahun ini yang dekat dulu, tapi tahun depan Family Day di Gold Coast Australia! WOW WEE!!!!



Apa tunggu lagi? Impossible is NOTHING apabila anda bersama Hai-O. Call or SMS 0123051984 now... Jom kita buat azam tahun baru untuk pergi melancong luar negara! YEAY!