Friday, 20 January 2012

The romantic city of Paris...

Kalau tanya aku, antara banyak-banyak bandar di Eropah yang aku dah lawati, yang mana aku nak pergi lagi dan lagi dan lagi? Pasti jawapan aku adalah P.A.R.I.S...


Pertama kali ke Paris, semasa menyambut ulangtahun kelahiranku yang ke 20, sambut di Eiffel Tower. Itu impianku semasa pertama kali menjejakkan kaki ke Ireland, nak sambut birthday setiap tahun di negara berbeza. Masa tu tinggal di Youth Hostel saja, toilet pun share lelaki & perempuan. Elok tgh gosok gigi pagi-pagi kat sinki toilet, lelaki datang guna urinal kat sebelah.. Oh tidak!!! 


Tapi kenangan manis juga sbb pertama kali ke Eurodisney!


Trocadero, Paris

Euro Disneyland


Kali ke dua, selepas pass exam jadi doktor, my parents datang dari Malaysia, Mama Ayah teringin nak tgk Eiffel Tower, jadi aku pun bawa lah mereka berjalan-jalan. Memang mereka sangat enjoy walaupun tinggal di hotel murah San Sebastian Hotel. Makan pun budget-budget sbb mahal.




Kali ketiga adalah sebelum aku balik ke Malaysia for good. Alhamdulillah rezeki bekerja di luar negara, aku dapat bawa suamiku melancong ke 5-6 negara di Eropah. Masa ni memang memori indah sbb ala-ala honeymoon, tapi sedih sikit lah, duduk dalam khemah!


Museum Du Louvre

The infamous Eiffel Tower




Tapi yang paling seronok adalah ketika pergi bersama Hai-O, bersama usahawan-usahawan Premium Beautiful yang lain pada tahun 2008. Hotel Pullman bertaraf 5 bintang, menjadi tempat tinggal, makan di restoran mewah yang mana satu hidangan berharga RM150! Berjalan ke sana sini dengan bas persiaran mewah, tourist guide setia menemani ke mana jua, menaiki cruise mewah di Sungai Seine...


Saksikan sahaja dalam videoclip ini... Percayalah hidup lebih indah dengan Hai-O ... I live a beautiful life now because of Premium Beautiful... Alhamdulillah...


Videoclip Paris 2008 with Premium Beautiful

2 comments:

  1. salam...

    teringat kenangan saya semasa berada di Paris dulu...selepas baca entri Dr ni...:)

    ReplyDelete
  2. Memang memori MELANCONG ke luar negara terlalu manis dan pasti tiada yg dpt menandinginya kan... :)

    ReplyDelete