Friday, 24 February 2012

Beijing - Syurga S.H.O.P.P.I.N.G

2009 yang lalu, Hai-O ada menawarkan pakej pelancongan ke Beijing China. Sebelum kami join Hai-O pada 2007, awal tahun memang sudah ada pakej ni tapi sebab kami belum join, tak dapat lah trip tu. Bila Hai-O announce saja ada trip ke Beijing, dgn syarat yang sangat-sangat mudah, kami pun memang buat betul-betul untuk qualify bersama at least enam orang rakan kongsi. 


Masa pakej bermula, I was heavily pregnant, tapi memang tak mematahkan semangat untuk pegi Beijing! Dijangka pergi bulan Mac 2010, masa tu dah budget memang dah habis pantang dan masih breastfeeding leave, so tak perlu apply cuti. Yang paling excited, mesti boleh borong baju baby banyak-banyak-banyak-banyak! Maklumlah excited masa tu nak dapat first boy lepas 2 girls.


Bulan Mac 2010 tu patutnya dah musim bunga, tapi nak jadi rezeki kami, sampai-sampai saja airport di Beijing, it was snowing heavily! Cantiknya SUBHANALLAH! Walaupun dulu duduk Ireland memanglah selalu tgk salji, tapi salji di Beijing memang sangat cantik! Sampai pramugara dalam flight pun excited!



First stop kami shopping dulu untuk beli baju sejuk. SANGAT SEJUK ok! Nasib baik pakai Premium Beautiful, kalau tak sure my asthma dah datang. Kat Beijing ni kalau nak menawar kena bagi 10% je harga yang ditawarkan, contoh my white winter coat ni dia letak harga 450 yuen, I minta 45 je... Lepas tu penjual tu marah-marah, kata "YOU CRAZY!", I pun buat-buat nak keluar dari kedai dia. Bila dia nak panggil balik tu, tawar lah habis-habis. Last-last dapat 90yuen, dalam RM40 je. Haha!


 Ni bergambar depan shopping complex la ni.


Selain syurga shopping, Beijing ni syurga MAKAN juga! Imagine setiap kali makan, tak ada tempat nak letak food kat atas meja sebab PENUH DGN LAUK! BEST betul.. I yang masa tu tgh nak diet sbb nak naik pentas untuk Tabung Kereta for the next Diamond Night pun, mengorbankan diet tu. Rugi je datang jauh-jauh tak makan sedap-sedap. 





Lepas beli baju sejuk and makan, kami ke The Forbidden City. Imagine main snow ball fight kat salah satu tempat paling famous di dunia! SYIOK tahap dewa dah.







Hotel Fei Tien yang kami tinggal tu, memang 4 star, yang dibina khas untuk atlit Olimpik. Kelassss! Memang honeymooooooooon manjang dgn Hai-O ni. Ehem.. tapi gambar dalam hotel tak boleh le letak kaann... hahahhaha


Malam tu kami tengok Akrobatik Show... 2 jam show tu memang tak terasa sebab seronok sangat sangat! Diorang ni practise sehari 7-8 jam untuk show yang 2 jam. Dan semua muda-muda lagi, yang baru 6-7 tahun pun ada. Very talented.. and flexible! 






Second day kami ke Tembok Besar China di Badaling. Tembok besar ni memang sangat impressive, sebab boleh dilihat dari satelit! Sejuknya ya Rabbi... negative 7 degrees k! Hingus meleleh pun tak perasan sbb hidung kebas. Hahahahahahhaha... nasib baik pakai baju tebal, 7 lapisan... nak pegi toilet pun "bercinta" sbb banyak sangat layer nak buka. Tapi bila lagi nak ada pengalaman macam ni ye tak?





Lepas Tembok Besar China, the only other memorable place yang kami pegi adalah The Bird's Nest Stadium. 






Yang lain semua aktiviti SHOPPING, SHOPPING dan SHOPPING. Memang ENJOY, ENJOY dan ENJOY lah! 


 Shopping Cadar Sutera... featured on my left side is my IDOL, my mentor, CDM CHAN CHOON SOON... He's like my 3rd dad after my father and my father-in-law... seriously adore him!

 Our first ever JADE!

 Dalam bas semua ladies tunjuk hasil tangkapan masing-masing huhuuu

Mink coat ni harganya 12,000 yuen, dalam RM5700 .... lembut giler...
tapi tak beli la.. testing je... giler apa nak beli baju harga RM5000! Baik beli emas! hahahahahahah

 Malam-malam shopping kat high street Beijing lakss

Our last night in Beijing tu, kami ada gathering semua usahawan yang qualify dari kumpulan Bat Caves. Cute sangat sebab Madam Lam (wife to my idol tadi) hadiahkan topi panda kat semua usahawan, pas tu kitorang menari pocho-pocho ramai-ramai. CUTE!!!


 Encik suami pun try belajar pocho-pocho hahahahahaha

Gaya macho la konon hahahahahhahha..

All in all memang sangat-sangat seronok pegi Beijing China...
Kalau nak tgk videoclip blh click sini! 


VIDEOCLIP BEIJING 2010 CDM DR HAFIZ

Insya Allah hujung tahun ni kami nak ke Beijing sekali lagi, untuk FAMILY DAY CDM-CDM Bt Caves pula. Excited sbb nak bawa anak-anak main ski! Jom join! :)



No comments:

Post a Comment