Monday, 6 February 2012

Sydney.. a Great City Down Under... a Journey with Hai-O!

Bestnya kalau dapat travel satu dunia kan...Dulu pernah bercita-cita nak round the world dan jejakkan kaki ke semua benua di dunia...


Benua Eropah dah pernah pergi, duduk sana 6 tahun..
Benua Asia memang lah.. dah namanya orang Malaysia.. Alhamdulillah pernah juga pergi ke Tokyo Jepun masa muda-muda dulu...
Benua Afrika pernah juga jejak masa ke Mesir tahun 2001 dulu.. kira ok lah tu.. Afrika Utara hahahah (walaupun sebenarnya Middle East)..

Benua Australia je yang belum pernah kujejak.. Pada tahun 2009, selepas lebih kurang setahun setengah join bisnes,  Hai-O buka pakej ke Sydney Australia. Masa tu memang hati rasa nak melompat-lompat! Tak pernah lagi tengok kangaroo dan koala secara live! Alhamdulillah dalam masa 4 bulan, aku dan suami dapat qualify 2 tiket bersama 3 orang rakan kongsi. Kira oklah sebab pertama kali bawa rakan kongsi ke oversea.

Paling seronok sebab transit di Bangkok Thailand.. boleh la juga beli souvenir dari Thailand. 


Manusia-manusia excited first time jejak kaki ke Thailand hehe 


  Gaya Sawadikaaap!

Imagine dalam flight Thai Airways boleh ada lapik kepala WELCOME HAI-O! Mak bangga!

Sampai ke Sydney, cuaca hujan renyai-renyai... tapi sbb first destination adalah Bondi Beach, kami pegi juga lari-lari atas pasir pantai tu. Bukan selalu dapat peluang kan. Cuma cik abang-cik abang frust la sikit, tak ada la minah salleh sun bathing dgn swim suit kan. kahkahkah....

 Gaya surfing la konon hahaha.. kamera pun kena air hujan. Nasib baik tak basah!

 Bergambar dgn JUTAWAN MALAYSIA CDM Kak Ana & CDM Abang Lan...

Dari BONDI BEACH, kami ke tempat paling penting di Sydney lah iaitu SYDNEY OPERA HOUSE. Hujan pun posing jugak! Sebab excited terlebih. My business partner Dr Belinda dgn husband pun asyik nak berpeluk je. Maklumlah sejuuk! kalau kat Malaysia nak peluk-peluk rimas hehe

 Melancong ke oversea, automatic jadi romantic! 
 Pinjam banner jap 
 Ni namanya senyum sampai telinga!

Dream come true nak tgk OPERA HOUSE SYDNEY & SYDNEY HARBOUR BRIDGE

Lepas ambil group photo, kami di bawa shopping di gudang souvenir yang berdekatan dengan Masjid. Then terus check in ke Mercure Hotel di tengah-tengah kota Sydney. Memang hotel 4 star yang sangat tip top!

Second day kami ke Featherdale Wildlife Park, tengok koala dan kangaroo secara LIFE!



 2-2 Koala dan keeper dia cumil kan!

 Tengah tahan geli kangaroo makan kat tangan tu..

 Kangaroo semua kekenyangan sebab ramai sangat orang Hai-O yang bagi makan. Maklumlah orang Hai-O memang pemurah :)

 Merak Albino

 Lepas makan tengahari, ada pulak acara sukaneka angkat isteri masing-masing. Ini baru lah betul-betul ISTERI-REHAT hahahahaha

 Kami cam biasa, mesti nak posing peluk-peluk hehe.. ini lah tempat kami lunch Lamb Steak... sedap dan Halalan Toyyiban! Nama tempat ni HERITAGE MOUNTAIN

 Next stop ke Blue Mountain, macam Taman Negara di sini lah.

 Dapat naik SKYWAY yang BEST!

 Tengok banjaran gunung kat belakang tu.. memang biru kan!

 3 Sisters Rock.  Kononnya mereka ni tiga beradik yang disihir jadi batu. Cam tak rupa orang pun kan hehe

Balik dari Blue Mountain, kami rest kejap kat hotel, lepas tu jalan-jalan tgk pemandangan kota Sydney di waktu malam...

 Gaya Macho hahahahah

 Gaya bebas lepas menari.. sebelah bawah dataran ni ada restoran dan bar yang ada life music, so kami pun dancing under the moonlight lah. Romantik, uolls! Best! Kami dapat jadi saksi satu pasangan mat salleh ni yang tengah propose to the girlfriend lagi... Aawwww... Cair!


OK so last day di Sydney, tak lain adalah aktiviti MELONTAR.. bukan melontar Jamrah, melontar duit utk SHOPPING! 




 First stop: MARKET CITY..


 Kedai kat PADDY'S MARKET belum buka, kami bergambar dulu hehe

 Habis shopping, naik bus tour untuk ke harbour untuk naik CRUISE.. singgah sekejap bawah Harbour Bridge

 Warga bas kami yang sangat HAPPENING!!

 Atas cruise, apa lagi? BERGAMBAR lagi laaaah


Cam biasa, kami ni pantang nampak Kak Ana & Abang Lan, confirm nak ambil gambar untuk ambil aura!

 Menyanyi lagu GEMURUH ramai-ramai di Macquarie

 1,2,3.. KISS!! (isteri masing-masing yang sah sahaja k! kalau tak HAREM!)

 Habis CRUISE kami sambung S.H.O.P.P.I.N.G kat DFO iaitu Direct Factory Outlet..

 Sebelah malam, ada majlis meraikan birthday usahawan-usahawan yang lahir dalam bulan MAC. Yang paling best, Dr Belinda our business partner dipilih sebagai TESTIMONI first timer melancong..Weeeee!!

Sebelum masuk tidur, bergambar kenangan dengan MADAM LAM depan hotel... pas tu masuk tidur dan packing barang...

All in all, trip ke SYDNEY memang sangat BEST lah. Imagine all expenses paid, bawa duit utk shopping sahaja. Yang lain tinggal bawa badan je. SYIIOOKKK!!! 

Trip sentiasa ada, peluang di depan mata, terserah pada kita je, nak ambil atau nak tunggu dan lihat sahaja.

Make that phone call that you will not regret! :)

No comments:

Post a Comment