Tuesday, 27 March 2012

VIVA VIETNAM ~*~Day 2~ Cu Chi Tunnel, an unforgettable experience

Hari ke dua kami di Vietnam, pada 21 Mac 2012, kami di bawa ke Cu Chi (sebutnya Ku ci) Tunnel. Tempat ni masih dalam kawasan Ho Chi Minh tetapi mengambil masa dalam sejam setengah untuk sampai dengan menaiki bas.



Good Morning Ho Chi Minh!!!




Breakfast dulu sebelum bertolak


Yup.. makan kuey tiow goreng je... tapi sedap! Tambah 2 kali! (Makanan lain banyak, tapi perut Melayu ku tetap nak makan berat pagi-pagi hahahahaha)


Sementara tunggu bas, ambil gambar dulu depan Hotel :)


Antara pemandangan kota Ho Chi Minh, en route ke Cu Chi Tunnel


Dah sampai!




Sampai saja di kawasan itu, dalam jam 11.30 pagi, kedengaran bunyi tembakan dan letupan. Agak mendebarkan juga. Kami di bawa masuk ke kawasan hutan yang telah dipelihara untuk dijadikan kawasan pelancongan.


Antara yang menarik adalah terowong bawah tanah yang digali oleh rakyat Vietnam sewaktu negara mereka di serang tentera Amerika pada tahun 1948. Bayangkan kesusahan dan penderitaan yang mereka lalui, hingga dalam keadaan kesempitan, mereka mampu menggali lebih 200km terowong bawah tanah yang amat sempit, untuk mereka menyelamatkan diri dan bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain. Sesetengah terowong itu, hanya dapat dilalui dalam keadaan merangkak, dan sangat gelap, serta hanya mempunyai beberapa lubang udara. Yang menariknya, terowong ini digali dengan tangan, dan digali dalam keadaan bengkang bengkok supaya sukar musuh melepaskan tembakan jika mereka mengejar.



CDM Dr Rosma tunjuk skill masuk dalam lubang terowong


Diriku masuk terowong yang besar je hehehe


Tapi rupanya jalannya sangat sempit.. muat masuk dalam keadaan meniarap je!




Jerangkap-jerangkap samar yang dicipta oleh rakyat Vietnam pun ada ditunjukkan.


Our tour guide, Mai tgh tunjuk cara jerangkap samar ni berfungsi


Nampak buluh runcing tu! Mau tak surrender tentera Amerika!



Kami juga dapat merasa melepaskan beberapa tembakan dengan senapang, rifle dan M16! Tapi peluru kena beli, satu peluru dalam 35,000 Dong, iaitu dalam RM5. Kreatif sungguh mereka ni nak buat duit kan!


Lapangan sasar









Aktiviti: Sila cari tiga orang askar Vietnam di antara kami semua :)


TYMG bergambar dengan kereta kebal.. tapi ramai sangat, tak nampak kereta kebal tu!


Aktiviti mengisar beras :) untuk dijadikan rice paper.... kira macam kulit popiahlah ni  






Pengalaman yang tak dapat dilupakan, menyelusuri terowong bawah tanah itu sendiri. Sudahlah berjalan dalam keadaan bongkok, GELAP sungguh! Sangat menginsafkan... Itu pun katanya sudah diubah suai untuk pelancong.. iyalah, takkan nak suruh pelancong COMMANDO-CRAWL kan... :) 


Suasana dalam tunnel... seram! 


 Dah keluar! Phew!

Selesai melihat peninggalan sejarah, kami disajikan dengan sajian istimewa... UBI KAYU REBUS cecah KACANG & TEH VIETNAM! Interesting! 





Gaya Manja TYMG sempena kawan dengan doktor mata kaaann...




Graceful je ikan ni kena goreng hahahaha


Lunch dulu, kumpul tenaga nak shopping






Merasa la beli satu baju harga juta-juta... DONG ya bukan ringgit!


Setiap negara wajib shopping kat Hard Rock ni




Pulang dari Cu Chi Tunnel, kami shopping, shopping,dan SHOPPING Lagi!




Nantikan entry untuk hari ke 3! LAAAAGI interesting!!

No comments:

Post a Comment