Saturday, 28 April 2012

Aja Aja Fighting!

Hye uolls, 


Hari ni 29 April, tinggal 2 hari saja untuk kita sama-sama "fight" untuk ke Guangzhou... Nothing Is Impossible, Impossible is Nothing!


Rasa nak share sikit tentang FIGHTER ni. Dalam business ni memang kami selalu guna perkataan "fighter" tapi kita kena jadi fighter cam ni:




Kung Fu Panda atau Kung Fu Fighter... seorang (? ke seekor ya?) panda yang dipandang rendah kerana dirinya gemuk, montel dan tiada ilmu kung fu langsung. Tapi seorang Sifu atau Mahaguru, nampak potensi dalam dirinya, kerana kelebihan dirinya adalah beliau sangat termotivasi dengan MAKANAN... Jadi training kung fu baginya mudah jika beliau diberi GANJARAN berbentuk makanan.


Kita bisnes macam tu juga, kena ada Sifu yang nampak potensi diri kita & tahu Hot Spot kita yang boleh dijadikan ganjaran apabila kita mencapat sesuatu target


Us with Our Beloved Sifu, CDM Chan who never see a negative side of anyone. Thank you Sifu for believing in us :)




Kita tak mahu jadi fighter macam ni:




Menang bertekak saja, nak cari GADUH dengan semua orang, mencari-cari kesalahan orang lain dan sentiasa rasa dirinya betul. Dalam bahasa Inggeris namanya FIGHT :)


Tapi yang saya paling suka maksud perkataan "fight" ini adalah dalam ertikata:


1) FIRE FIGHTER



Iaitu orang yang BERJUANG habis-habisan untuk mengawal kebakaran dan cuba menyelamatkan nyawa orang lain, tanpa mengira bahaya kepada keselamatan diri sendiri


2) FIGHTER JET




Iaitu JET PEJUANG yang berteknologi tinggi, boleh digunakan untuk membantu mempertahankan keamanan sesebuah negara. Tahan lasak, pantas dan berketrampilan.


So choose wisely which type of fighter you wanna be. I choose to be a "PEJUANG" dan bukan orang yang suka cari gaduh :) Biar jadi pejuang yang BERTINDAK BERMATI-MATIAN demi apa yang diimpikan, demi menyelamatkan kawan-kawan dan keluarga kita dari kesempitan dan beban kewangan, macam fire fighter yang berjuang bermati-matian untuk menyelamatkan harta dan nyawa.


Biar jadi pejuang yang tahan lasak, berketrampilan dan sedia untuk upgrade diri dengan teknologi terkini, demi memajukan perniagaan dan mempertahankan apa yang diperjuangkan, macam jet pejuang yang serba canggih!


Teringat kata-kata CDM Siti Rohana semalam, "Motto kita dalam bisnes ni ialah IKHLAS, JUJUR, BENAR dan SABAR".




So let us be PEJUANG yang lasak di luar tetapi dalam hati sentiasa IKHLAS, JUJUR, BENAR dan SABAR :)


AJA AJA FIGHTING for GUANGZHOU!!!



No comments:

Post a Comment