Monday, 16 July 2012

Guangzhou 2012 Day 1: Baiyun International Airport, Saad Bin Abi Waqas Mosque, Abdullah Restaurant, Pedestrian Street & ROSEDALE HOTEL! Fuh!!


Hello hellooooo!!! Yippie yeay yeay dah selamat sampai semula ke bumi bertuah bumi Malaysia ni :)

Kali ni melancong ke Guangzhou China ni adalah kali ke 13 kami melancong bersama Hai-O dalam masa 4 tahun setengah kami berbisnes bersama syarikat yang hebat ini. Walaupun ini kali ke tiga ke negara People’s Republic of China selepas Beijing pada tahun 2010  dan Hongkong pada 2011, setiap perjalanan ada keistimewaan dan kenangan manis tersendiri. Kali ini yang paling seronok adalah kerana ramai kawan-kawan baru yang baru pertama kali melancong ke luar negara bersama Hai-O

Kami berkumpul seawal pukul 5.30 pagi pada Selasa 10 Julai itu, semua sepakat memakai warna kuning dan putih. Cantik sangat!


We're in this together!

Gaya model tarik beg HARIMAU.. our mascot!

Old Town White Coffee tastes 100 times better when share with friends,en route to our VIP FREE oversea trip!

Dalam Aerotrain pun nak posing! Happy lah katakaaaaaan!

With Nenda CDM Zura & CDM Dr Rosma

Nak boarding dah!

Sesudah solat subuh, kami boarding flight Thai Airways TG420 ke Bangkok. Kali kedua naik Thai Airways ni, memang kelassss sangat sebab aircraft baru, interior design pun cantik, food pun sedap!

The Sunshine group, gabungan YELLOW MANIA & GOLD MANIA sebagai kumpulan pertama diterbangkan, daripada 7 penerbangan usahawan di bawah pimpinan CDM Siti Rohana Yusoff & CDM Azlan Deraman

Pemandangan kota Bangkok dari udara

...and we safely landed in Bangkok at 10am local time

Sampai di Bangkok kami ada masa sejam setengah saja untuk transit, tapi sempat juga posing dengan arca-arca yang menggambarkan KINGDOM OF SMILES ni :)

The macho guys.. ahaksss...

Sawasdee!

Bila lagi nak posing dengan kereta ni kan..kat Malaysia confirm orang kutuk hihihih

 Penerbangan ke Guangzhou dari Bangkok TG669, mengambil masa 2 jam 45 minit untuk sampai. Oleh kerana waktunya lama, I dan suami decide untuk solat dalam flight. Ambil wudu’, tutup aurat, waktu takbiratul ihram menghadap ke kiblat, then solat isyarat. Rasa lega lepas solat, menunaikan tanggungjawab pada Ilahi.


Yahoo!! Dapat naik kapal terbang banyak kali!


 Ketibaan kami di Baiyun International Airport Guangzhou, kami disambut dengan tour guide yang sangat peramah dan pandai berbahasa Inggeris, namanya Jackie... bukan Jackie Chan tau! Jackie Lee je hehehe



Suhu agak panas juga, dalam 35-37 darjah tetapi panas kering, tak macam Malaysia yang panas dan lembab. Memang kalau nak ke Guangzhou dalam bulan Jun hingga Ogos, kena sedia spek hitam, topi dan sunblock secukupnya :)

"GUNS" ready... for us to shop in Guangzhou!

Suasana havoc di Airport.. we're in the F bus... F for FANTASTIC! (or F cup pun boleh hahahahah)

Bas persiaran yang membawa kami ke kota Guangzhou pun warna KUNING.. weehuuu!! SEMANGAT!



First stop? Masjid Saad Bin Abi Waqas. Hebatkan melancong dengan Hai-O.. sangat sensitive dengan keperluan usahawan yang beragama Islam. Waktu solat memang stop. Uniknya masjid ini, bentuk masjid tak ada kubah, rupa bentuknya macam bangunan Forbidden City, cuma ada bulan di atasnya, lambing Syiar Islam :) These are the pics around this masjid...






Berehat sebentar selepas solat.. with the people I love... :)


Selesai solat, kami makan malam dulu di Restoran Makanan China Muslim milik ayah saya.... ehehehe... propa lak... Tak lah, kebetulan restoran ini namanya RESTORAN ABDULLAH hehehe.. Sedap mak datuk! TERANGKAT ! Alhamdulillah sangat memang kenyang lah! Paling syok makan semeja dengan sahabat-sahabat sejati... YUMM!!!



Muka happy sebab dah kenyang!

Selesai makan, kami ke Pedestrian Street, Guangzhou untuk SHOPPING!!! Bergambar group tu jatuh hukum wajib lah kat setiap tempat. 

The skyscrapers in Guangzhou

The proud YMG at SHANG XIA JIU (Pedestrian Street)

Yup, am definitely madly in love with this chap!


With my biz partners yang giler-giler!

Kat sini ada bazaar pakaian yang ala-ala Beijing juga, baju-baju cantik tapi kebanyakannya tak menutup aurat. Maklumlah sekarang musim panas.. huhu.... Tapi dapat jugalah diriku capai 3-4 helai baju.. 

Kena careful sikit beli kasut.. takut kulit bab* hihihi

Cik Abang terpisah sebab nak shopping baju lelaki.. .. dia tahu-tahulah.. mesti nak cari favourite brand dia iaitu Giordano :) Murah juga.. kalau di Bazar boleh menawar, di supermarket tak boleh menawar tapi ada banyak sale juga sebab summer sale. I dapat beli satu hardcase luggage yang besar pada harga RMB216 sahaja! Lebih kurang RM100 lah... kualiti? Tak kisah lah.. kalau pergi melancong sekali dua dah rosak, kita beli baru saja hahahahah

Balik dari shopping, kami check in di ROSEDALE HOTEL di Guangzhou... 4 star hotel yang agak lama, tapi biliknya memang cantik! Alhamdulillah CDM-CDM (Crown Diamond Manager) dapat suite, ada satu bilik tidur, satu ruang tamu dan 2 bilik air! KERRRLASSS!!!


Living room

Where magic happens... ehehehe

My hubby took picture of me taking picture of the room.. ehehehehehe

So kami rest dulu lah malam tu. Esok kita sambung cerita second day di Guangzhou k!

No comments:

Post a Comment