Tuesday, 17 July 2012

Guangzhou 2012 Day 3: Guangzhou Tower, ONELINK Wholesale Market, Fabric Market & GALA DINNER!


Hari ke tiga kami di Guangzhou adalah hari yang paling dinanti-nanti. 


Pertama kerana hari ini adalah hari SHOPPING! 


Kedua sebab malam hari ketiga adalah hari GALA DINNER. 


Ketiga sebab CDM Chan & Madam our sifu akan sampai ke Guangzhou pada hari ini! WEEHUUUU!!!

Selepas breakfast, kami shooting untuk videoclip kami di Lobby Hotel dulu. Hehehe.. kelakar melihat aksi setiap seorang.


Gaya manja ala-ala doctor mata giteww!


Gaya Inggeris la sangaattt... Hahahahaha

First stop of the day,kami ke Guangzhou tower yang merupakan landmark penting di Guangzhou.  Kawasan ini dulunya kawasan pertanian, masa kerajaan China nak ambil tanah dari farmers ni, mereka diberi pampasan tiga unit kondo untuk setiap ekar tanah mereka. Jadi sekarang ni mereka duduk goyang kaki je lah, ambil sewa rumah je hihi...



Bus F yang HAPPENING!!! LOVE YOU GUYS!!!


Cantik kan bangunan-bangunan kat sini...



Pose peluk-peluk memang wajib lah... Cik Abang I manjaaaaa hihihihihi


Di sekitar Guangzhou Tower... Semua CERIA lah! 
~photo credit to I-Web Photography, YMG's official photographer~

Next stop?  ONE LINK WHOLESALE SUPERMARKET! Kat sini ada 8 tingkat, semua barang dijual pada harga borong! Kalau di luar satu beg kecil untuk souvenir dijual pada harga RMB100-180, di sini RMB35 saja!!! MURAH UOLLS!!!! Fridge magnet pun macam tu, kalau di luar RMB20-30, di sini RMB4 -8 je satu! Naik berputar biji mata nak memilih!

Paling seronok sebab berjumpa kawan-kawan seperjuangan dari bas-bas lain, seperti CDM Suhaily Elda, CDM Juliana, CDM Mazni, CDM Said Saiful dan our sifu CDM Kak Ana.

With CDM Suhaily Elda depan Wholesale Supermarket



Me & BFF pilih sunglasses... RM10 je uollss!!


With my idol, CDM Juliana Hamzah


CDM Said & the gang.. memang pandai shopping!


Gembira dapat teman CDM Kak Ana beli barang untuk anak-anak perempuan :)

Antara yang menjadi tumpuan di sini, selain keychain, fridge magnet dan souvenir, adalah TOYS! I pun ambil kesempatan beli mainan untuk anakanda tersayang. Kalau di Malaysia satu mainan kereta CARS yang ada bunyi, lampu dan boleh meluncur sendiri berharga dalam RM200-300, di sini RM100 je! Kerusi baby yang ada music, di Malaysia RM269, di sana nombornya sama, 269 tapi dalam RMB (yuen). Separuh hargalah! Itu tak ditawar lagi harganya! Antara yang murah juga adalah helicopter kawalan jauh, harga dalam RM80 je!



Masing-masing happy dengan hasil tangkapan hehe



OK dah penat shopping, kita gi makan dulu!


Lepas lunch, kami sambung lagi shopping di Gedung Fabric pula. Sutera China yang high grade boleh dapat dalam RM15 sahaja semeter! Sebab hari tu beli kain di Vietnam pun banyak lagi tak ditempah, I beli 4 pasang je, one each for Mama & Ibu, 2 for me J Yang I paling suka, I dapat beli satu blouse sutera berwarna KUNING! Esok I pakai k :p

Kami sampai semula ke Hotel pada pukul 4.30ptg, dan kami ada sejam setengah sahaja untuk bersiap ke GALA DINNER di Hilton Hotel, Guangzhou, iaitu sebuah hotel 6 bintang!

Perjalanan ke Hilton mengambil masa lebih kurang 45 minit, tapi memang tak terasa sebab masing-masing berebut-rebut bercerita kisah lawak masing-masing. Lawak PONTIANAK  dan TIGA PEMUDA DUNGU pasti sukar kami lupakan... Thanks to DSM Ustaz Hafiz yang menjadi penglipurlara, sampai tak sedar jalan jem!

Sampai saja di Hilton, kami mengambil tempat dalam dewan yang memuatkan lebih 600 orang qualifier, yang mana semuanya adalah rakan kongsi di bawah pimpinan CDM hebat kami iaitu CDM Siti Rohana Yusoff. Hai-O sendiri mengakui ini adalah rekod baru dalam syarikat, paling ramai usahawan diterbangkan dalam satu trip, iaitu seramai 816 orang, dan ¾ daripadanya adalah dari stokis B32! I’m Sooooooo PROUD!

Suasana dalam Grand Ballroom Hilton Hotel Guangzhou



Us dengan gaya casual



Persembahan Lion Dance yang COMEL!



My beautiful sisters in business



The DIVA :)



Hotel Lobby pun cantik sangat!



The PROUD TYMG in Black & YELLOW... 
BERSATU HATI SEMAKIN KE DEPAN :)


Makanan, entertainment, birthday celebration, all were perfect! Enjoy the pics k! Esok sambung cerita last day di Guangzhou dan our unforgettable moments... Kisah best ni! Tungguuuuu!!!

No comments:

Post a Comment