Tuesday, 17 July 2012

Guangzhou Day 2: Jade Shop, Shenzen, OCT East Resort in Shenzen...



MORNING PEEPS!!!

The beautiful view of Guangzhou from our hotel room

OK selepas tidur dengan sangat nyenyak di atas katil dalam bilik hotel 4 star kami, bangun breakfast pula di hotel. Istimewanya Rosedale Hotel ini menyediakan satu ruang makan yang special untuk semua usahawan Hai-O. Semua makanan adalah halal, hinggakan pinggan mangkuk pun mereka beli baru untuk memastikan kesucian makanan dan peralatan. Nasi goreng dan kuey tiaw goreng pun ada!



Hari ini kami berpeluang ke kota Shenzen yang terletak 2 jam dari Guangzhou. Apa yang menarik tentang Shenzen, ia adalah sebuah kota baru yang sangat terancang, macam Putrajaya juga. Dalam masa kurang dari sepuluh tahun, penduduk Shenzen meningkat dari 2 juta kepada 14 juta orang, dan majoriti rakyatnya adalah orang muda! Shenzen ni BERSIH sangat! Katanya di sini, kalau ada orang memetik sebiji buah mangga di tepi jalan (pokok yang ditanam oleh kerajaan), polis akan menangkap pesalah itu dan menunggu bersama-sama di bawah pokok itu, sampailah ada pesalah kedua melakukan kesalahan yang sama, just to teach them a lesson. Kalau tak ada pesalah kedua? Kena la buat voluntary service kutip sampah sepanjang hari.. Gitu!!

Wajah ceria dalam bas.. CDM Chan kata, enjoy the journey, not just the destination...


More skyscrapers in Guangzhou, on the way to Shenzen



Perjalanan selama dua jam tak terasa langsung kerana kami penuhi masa dalam bas dengan karaoke! Baru tahu rupanya ramai usahawan Hai-O ada bakat terpendam dalam nyanyian! Terutama rakan kongsi I kak Anne Nieza yang merupakan penyanyi dari hospital tempat kerja beliau! Cuba masukkan nama “Aniza Ahmad” kat Youtube! (punya la sedap beliau menyanyi, sampai terlupa nak ambil gambar dia!)


Our lady gojes.. LADY FAIEZ in da house!


CDM Yusri jiwang sangat!!!


Our very own Siti Nurhaliza.. CDM kak Yaty


Feeling betul upcoming DDM Ustaz Hafiz nyanyi!


Ehem.. diriku lupa lirik so kena tengok skrip!


Bandar Shenzen yang bersih!


Saling tak tumpah cam Putrajaya kan


More skyscrapers in Shenzen


Sampai saja di Shenzen, kami ke kilang Jade dulu. Rupa-rupanya Jade ni ada ciri-ciri istimewa untuk memastikan keasliannya... antaranya adalah bunyinya yang berdenting kalau diketuk, selain daripada ia transparent kalau dilihat di bawah cahaya. He he.. dapat juga beli sebentuk cincin Jade yang diikat dengan emas putih, dan sebutir loket. Harga? Tak lah terlalu mahal... dalam RM1000 sahaja. Cukup sebagai kenangan dari China :)


Mengabadikan kenangan dengan CDM lagenda, CDM Siti Rohana di Jade Factory


The Hafizsss with CDM Azlan Deraman


Gaya mengada depan pintu masuk hahahahah


A jade ship!


Tekun mendengar penerangan tentang jade, walaupun sebenarnya dah tak sabar nak menyopping!


Mari mari mari!!! Mari pilih!!!


Letih bershopping, tempat minum teh pun disediakan.. bergambar bersama CDM Ghadafi dari utara dan Encik Zakri dari syarikat


Inilah hasil tangkapan masing-masing eheheheeh


Selepas lunch yang sangat sedap di Restoran China Muslim, kami solat zuhur dan asar jamak di tingkat lapan restoran ini, yang merupakan sebuah masjid.


Tak kisah lah berat badan naik 2kg pun kat Guangzhou/Shenzen ni... makanan sedap sangat!


A local shop near the masjid


Kemudian kami terus ke OCT East Resort iaitu sebuah kawasan peranginan yang unik. OCT stands for Oversea China Town, ia didirikan oleh warga China yang dahulunya merantau ke Indonesia, kemudian pulang semula ke China. Resort ini sangat menarik kerana ia adalah sebuah “mini-Europe”. Ada kawasan perumahan seperti di Germany, kawasan kebun bunga seperti di Holland dan Bandar seperti di Interlaken di Switzerland. Enjoy the pics k!


Sampai je OCT mommy ajak anak-anak beli topi ala-ala Inggeris gitu


Hasil tangkapan masing-masing


Hari tu tak dapat gi Kaukenhauf Holland sebab kena gi USA, rupanya dapat juga bergambar dengan bunga-bunga segar di OCT


The ladies


..and the SUNSHINE group :)


Naik train mengelilingi taman


Japanese Garden


Did I see a SPA?



Terasa macam dah sampai ke Switzerland semula!

Breathtaking view




Dah sampai Interlaken!


Bertuah sungguh YMG dapat ambil gambar dengan CDM Siti Rohana dan CDM Azlan di tempat bersejarah ni


YAHOO!!! I LOVE MY TYMG FAMILY!


My BFF, CDM Belinda yang cantik


All my besties..... 


Mat bunga?


Our Shah Rukh Khan & Rani Mukherjee pose hihihi




Love this pic so much! My best friends & sisters Elena & Rose

 Lastly sebelum kami balik ke Guangzhou, kami makan malam dulu, then terus pulang ke hotel kami 




YUMMEEHH!!!


Dalam restoran pun CANTIK!


OK esok sambung cerita lagi k.. perjalanan kat dalam daerah Guangzhou lak :)

No comments:

Post a Comment