Wednesday, 29 August 2012

My first car.... kenangan manisssss hingga hari ini...


"Senang selepas susah adalah satu kemanisan" - CDM Siti Rohana Yusoff

Memang betul kata-kata ni our mentor dalam majlis ilmu hari ini. 

Teringat masa zaman sekolah dulu,I  kena naik basikal pukul 6 pagi, then tunggu bas ke Bandar Muar, then jalan kaki 1km baru sampai ke sekolah menengah. 

Balik tengahari panas terik, tunggu bas, balik rumah semula, makan dan rehat setengah jam lepas tu kayuh basikal & naik bas semula untuk ke sekolah agama pula. Bekal duit makan hanya 30sen untuk pagi, 30 sen untuk petang. This is in 1990s... Paling tak tahan naik bas ni adalah, ramai warga asing yang balik keje, ada yang berpeluh-peluh, berhimpit-himpit dengan mereka, dan yang paling boring bila kena ngorat dengan mereka... koserrr makk!! Haihh!

Hence, I vowed to myself when I was 17, I will buy a Honda CRV as my first car, when I become a doctor, and I will NEVER get on the public bus again. Alhamdulillah masa dapat CRV ni, happy sangat, and I believe in the POWER OF DREAM.. and since then I never stopped dreaming BIG. Sampai sekarang dah ada a few cars tapi I still remember my first car ni :) 


Our CRV yang dah jual after we got our 2nd child. The best thing is my idol CDM Chan pun peminat CRV! Weeehuuu aura sama!

So moral of the story? Tak apa bersusah payah sikit sekarang, sementara muda, supaya boleh mencapai impian kita. BELIEVE in the POWER of DREAM & DREAM BIG! Percaya dengan kemampuan diri sendiri & berusaha dengan gigih, pasti berjaya. 

CHAIYUK!! LONDON PARIS STILL ON PEEPS! LET'S GO!!



Monday, 27 August 2012

SELAMAT HARI RAYA!!! Minal Aidil Wal Faizin...

Selamat Hari Raya!!

Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua... 

Sooooo sorry dah sepuluh hari raya baru sempat update blog. Ini pun sebab dapat cuti hari ni :)

Alhamdulillah this is the 6th raya we celebrated as part of Hai-O's family. 

2007 kami join tu, baru je join, masa tu raya pun pakai MERAH sebab semangat! 


2008 first time kami raya dengan kereta WISH, hasil Tabung Kereta yang pertama.

2009 raya dengan keadaan sangat preggy! Raya pun pakai baju masa naik anugerah Diamond. Kalau tak buat Hai-O, rasanya raya pakai baju kurung beli siap je hehe.. Masa ni Cik Abang I rasa sebagai CDM lah sebab dapat capai CDM masa bulan puasa.

2010 raya dengan BMW 5 series baru, hasil Tabung Kereta yang kedua.. Ni yang bestnya buat bisnes husband & wife, dua-dua boleh dapat tabung kereta :)


2011 raya yang paling memorable bagi I sebab first time dapat pakai baju designer untuk raya. Of course I pilih Calvin Thoo! 


2012 sekali lagi I pilih Calvin Thoo untuk baju raya I, tapi kali ni buat sepasang dengan Cik Abang sekali. Plus hope kali ni raya last dengan our Beemer... Insya Allah next raya kami raya dengan wheels baru :)


So enjoy the rest of the raya pics k :)


Beraya pertama di Tampin & Rembau... Love the kampung houses..


Raya ke dua di Kampung di Muar... With my grandfather.. dah 97 years old tapi masih sihat lagi, Alhamdulillah... Tergelak sebab Atuk bagi duit raya, then I pulak bagi duit raya kat dia...



Laksa Johor power di rumah my auntie, Saemah Basiron...


Wardina's 5th birthday celebration on second raya.. She's one lucky girl to be surrounded by so many people who love her so much! :)



Orange on Raya ke Tiga... Love this man to bits!!


So now we're back in KL, business fully ON.. Feel free to contact us k! 

LONDON & PARIS PROJECT STILL ON! Come on grab your RM4500 next 11th Sept NOW!

Thursday, 16 August 2012

Aktiviti Terakhir Ramadhan kali ini....

Salam 27 Ramadhan...

Hye uollss...malam tadi sempat terawikh tak? Haaa.. malam 27 ni memang famous orang kata malam Lailatul Qadar... hakikatnya hanya Allah yang tahu bila malam Lailatul Qadar yang sebenar kan :)
Insya Allah amalan yang paling minimal boleh kita lakukan untuk mengimarahkan malam Lailatu Qadar adalah dengan solat Isyak dan terawaikh berjemaah, dan solat Subuh berjemaah. Insya Allah kita akan dapat pahala beribadat sepanjang malam...

Ok, I'm sure ramai yang dah memulakan perjalanan balik ke kampung sejak semalam lagi, sebab semalam hari Rabu 15 Ogos adalah hari terakhir persekolahan sebelum cuti raya. Hati-hati di jalan raya k

Alhamdulillah kami di famili TYMG sebelum pulang ke kampung, berjaya menjalankan dua aktiviti secara berkumpulan. Yang pertama adalah pada hari Sabtu lepas, iaitu 23 Ramadhan, kami telah adakan majlis berbuka puasa bersama, solat Isyak & terawikh berjemaah dan penyampaian hamper kepada pemimpin-pemimpin Tigers Yellow Mania Group. Walaupun sederhana kerana agak in-prompt-tu, tapi sangat meriah dan ceria... jom tengok gambar-gambar :)



Berbuka puasa secara pot-luck... simple but nice... :)


TYMG Family memang macam adik-beradik


CDM Dr Belle dgn anak-anak didiknya


Selesai berbuka, solat Maghrib, solat hajat, solat Isyak dan terawikh berjemaah


Happynya dapat hamper!


My protege, Cik Rose senyum sampai telinga dapat hamper


My adik, DSM Elena menerima hamper


Sebahagian daripada famili TYMG yang dapat hadir


Yippie!! Thanks Hai-O, CDM Kak Ana, CDM Abang Lan, CDM Chan & Madam!! We love you!


Selesai acara, kita main bunga api! Weee!!!


Semua jadi kanak-kanak ribena semula hahahaha

OK pada Selasa lepas pula iaitu 14 Ogos, kami adakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Rumah Shifa' Setapak. Ini adalah kali kedua kami ke rumah ini, yang dikelolakan oleh Mak Tom. Selain berbuka bersama, kami turut menyampaikan sedikit sumbangan duit raya kepada anak-anak ini...Here are the pics..


Me with adik Aina Mardhiah yang cute


Pembahagian duit raya


Adik Roezah ni memang ceriaaaa je!


Penyampaian duit raya kepada Rumah Anak Yatim Shifa', diserahkan kepada Mak Tom


Sebahagian daripada adik-adik di sini.. semoga tambah ceria selepas kunjungan dari kami bersama sedikit sumbangan untuk persiapan Aidilfitri


Adik-adik mempersembahkan lagu raya untuk kami... 
(akaks pun enter frame la cam biase hehehehe)


The Gentlemen Leaders in TYMG


And the Gorgeous Ladies


Tigers tapi manja.. hehehe.. TYMG memang sporting!

Truth be told, honestly before buat bisnes ni, kalau raya memang I akan fikir baju raya anak-anak, duit raya mak ayah,kuih raya, cam tu je.. but thanks to my Sifu & Mentor CDM Chan and CDM Kak Ana, mereka menyedarkan diri ini, masih banyak tanggungjawab kita kepada masyarakat. Menurut kak Ana,"kita buat bisnes bukan hanya untuk duit, tapi untuk kepuasan dan satu ikatan hubungan yang erat". Alhamdulillah dapat leader yang sangat murni hatinya. 


Usahawan bergambar bersama CDM Hajjah Siti Rohana sebelum pulang berhari raya... Semoga Allah merahmati Kak Ana sekeluarga.. dan semua pemimpin-pemimpin kami... Amin..


Insya Allah kedua-dua acara ini akan kami teruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Feel free to join us. We might not be the most glamourous group or the most fashionable group but what we have is unique that makes is special. We comprise of enterpruener from different backgrounds, united to achieve one aim... to have a better life in this world through business, and to prepare for the hereafter with the wealth bestowed on us.... Insya Allah...

Ramadan Kareem... 






Saturday, 11 August 2012

10 hari terakhir Ramadhan... Banyaknya aktiviti!!! Ramadhan adalah bulan meraikan anak yatim :)

Salam 24 Ramadhan!

Alhamdulillah kita dah sampai ke 10 hari dan malam terakhir dalam bulan Ramadhan tahun ini. Tahun ni memang I rasa pantassss sangat masa berlalu. Rasa macam nak "pause" jangan kasi raya dulu pun tak apa.

Dapat pada kita sibuk mengejar dan mencari Malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan, aktiviti kerja sebagai doktor mata dan bisnes Premium Beautiful kami teruskan juga macam biasa. Sebab rezeki Ramadhan ni memang tak sangka-sangka dan melimpah ruah, Alhamdulillah.

Bermula pada 1 Ogos yang lalu dengan majlis berbuka puasa dengan anak-anak yatim di Summit Hotel, USJ yang dianjurkan oleh Hai-O Marketing, pada 5 Ogos (Ahad) pula kami adakan Majlis Berbuka Puasa dn penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada Rumah Baitul Amal iaitu sebuah rumah anak yatim dan perlindungan di Sungai Buloh. Majlis ini bertempat di Hotel De Palma, Ampang. Terasa sayu hati melihat anak-anak comel yang sudah kematian ibu bapa, dan ada juga yang ditinggalkan oleh orang tua mereka kerana kesesakan hidup.

This is the first time I felt that way about them. Sebelum ni bagi sumbangan je, tapi this time benar-benar dapat beramah mesra dengan mereka. No matter what was their age, one thing I noticed is that they do not long for material, really.. but for touch & some attention.

Here are a few pics of this very moving and very touching ceremony...


Bergambar sementara menunggu anak-anak yatim sampai



TYMG leaders bersama Leader Gold Mania Group (GMG) CDM Yati & Leader Blue Mania World (BMW) CDM Ina Ramzi


The BEAUTIFUL ladies...


..and the MACHO gents...


CDM-CDM wanita yang macam adik-beradik, menunggu anak-anak yatim tiba di lobi Hotel De Palma


Sempat bergambar ala-kad raya!


Yang jejaka pun tak nak lepas peluang hehe


Akhirnya anak-anak dan adik-adik dari Rumah Baitul Amal tiba


Bergambar bersama adik-adik... yang tudung kelabu tu nama dia Aisyah, dia pun nak jadi doktor!


Adik-adik dah ready dengan food untuk berbuka


The boys duduk dengan Pakcik Zafren hehehe


Majlis penyampaian duit raya untuk adik-adik.. terpancar keikhlasan di wajah jutawan muda, Hajjah Siti Rohana yang menyampaikan sumbangan :)


Adik-adik yang boys pun nak duit raya juga!


CDM Hajjah Siti Rohana menyampaikan sumbangan dari usahawan-usahawan Hai-O di stokis B32 kepada Ummu Liza, pengasas rumah Baitul Amal. Sumbangan sebanyak RM15,000 untuk kegunaan Aidilfitri anak-anak ini.


Semua CDM-CDM bergambar bersama anak-anak yatim sebelum menunaikan Solat Isyak, Solat Hajat & Solat Terawih berjemaah.

Alhamdulillah our involvement in this business has brought to us more than just an extra income. It also build leaders with better hearts and cherish the spirit of GIVING rather than RECEIVING. All the good deeds are from Allah, the unkind ones are from me.... I truly love my B32 family... 

Alhamdulillah Ya Allah kerana menemukan kami dengan pemimpin-pemimpin yang berjiwa besar seperti CDM Siti Rohana & CDM Azlan, serta CDM Chan & Madam Lam... rahmatilah mereka dan keluarga mereka... Amin :)







Thursday, 2 August 2012

Majlis Berbuka Puasa CDM-CDM bersama Anak-anak Yatim

Salam 13 Ramadhan!


Dah nak separuh bulan Ramadhan berlalu kan. Alhamdulillah kita dapat jumpa lagi bulan yang mulia ini. One of the things yang I nak share is, I baca kat Facebook, bulan Ramadhan ni pahala berlipat ganda, jadi jangan fikir panjang kalau nak BERSEDEKAH. Nampak je orang susah, terus hulur walaupun seringgit. Insya Allah rezeki kita akan bertambah-tambah lagi.


Semalam, 1 Ogos 2012 bersamaan 12 Ramadhan 1433, Hai-O Marketing Sdn Bhd mengadakan sebuah majlis berbuka puasa untuk CDM-CDM untuk meraikan anak-anak yatim dari rumah Nurkasih Bestari. Majlis ini memang acara tahunan Hai-O, dan kali ini ia diadakan di Summit Hotel, USJ Subang Jaya.


Pemimpin TYMG bergambar kenangan bersama ikon multilevel Malaysia, CDM  Hjh Siti Rohana Yusoff & CDM HJ Azlan Deraman


Majlis bermula jam 5 petang, dengan pendaftaran, kemudian kami disajikan dengan takzirah Ramadhan oleh Ustaz Halim Din dari PISANG... HA?? PISANG?? Haihh... bukan pisang kita makan tu, PISANG stands for Professional Islamic Support And Nurturing Group yang beribu pejabat di Eropah. Tajuk tazkirah ini adalah Mencari Barakah. Ustaz ni memang sangat best sebab banyak diselitkan lawak disamping isi-isi yang bernas. Yang I paling ingat, Ustaz Halim kata, amalan berniaga adalah pekerjaan yang sangat-sangat digalakkan dalam Islam. Yang penting kita mesti sentiasa JUJUR dan AMANAH dalam menjalankan perniagaan. Saidatina Khadijah sendiri adalah seorang tokoh korporat muslimat. KELASS!! 


Ustaz Halim Din menyampaikan tazkirah


Lepas selesai tazkirah, sessi ambil makanan sebagai persediaan berbuka. Masuk sahaja waktu berbuka, kami berbuka dengan kurma dan air, then pergi solat Maghrib, baru makan yang full course. Makanan? SEDAP lah sangattt!! Mostly because I had them with the people I love :)


Ok enjoy the rest of the pics k. Insya Allah next year I hope there'll be 2 table of CDM from our beloved YELLOW group :)


The happy couple, both wearing Calvin Thoo's couture

Sebahagian daripada jelitawan Hai-O bergambar bersama sebelum majlis bermula

Boleh sama pula aura HIJAU dengan CDM Salha Zain & CDM Kamaliah Hussin serta pasangan.. kelass!

Bersama CDM hebat pengasas Yellow Professional Group, CDM Kapt Dr Mizatul... baju rekaan designer terkenal, Zerry Zambry :)

CDM Dr Belle & me tak lepas peluang bergambar dengan CDM Azlini dengan busana dari Rizman Ruzaini



Hubby lajuuuu je ambil makanan hihih

One of the most senior & most respected CDM in B32, CDM Hamisah Alias :)

CDM Suhaily Elda, CDM Dr Rosma & CDM Azlini... sambil ambil food pun boleh bagi senyuman manisssss

CDM Achik bergaya dengan baju melayu orange... OMG okeh! Abang Ayie macam biasa.. memang terserlah kemacho-an seorang Mejar tentera :)

Selesai ambil food, bergambar lagi.. dengan CDM-CDM jelita, CDM Suhaily Elda & CDM Tasha

Eh tak habis lagi ambil food? OOOOO... K.A.M.B.I.N.G lah! YUMM!!

YMG table ready baca doa

CDM Zura dah tak sabar nak makan hihihi

Alhamdulillah dapat berpuasa sehari lagi...

Tan Sri Osman S Cassim memberi sepatah dua kata

Wajah dah kenyang, boleh mendengar ucapan-ucapan dengan tenang hihihih

Persembahan dari adik-adik comel

Anak-anak yatim dari rumah Nurkasih Bestari beratur untuk menerima duit raya

Mr Tan Kai Hee sendiri menyampaikan sumbangan

Anak-anak yang diraikan

Sumbangan ikhlas dari Hai-O Marketing Sdn Bhd kepada anak-anak yatim.

Sessi bergambar berkumpulan, barisan CDM-CDM dan pasangan di bawah pimpinan CDM Siti Rohana & CDM Azlan. Penuh warna-warni sebagaimana kehidupan kami selepas menyertai Hai-O. THANK KAK ANA & ABANG LAN!!! Tak lupa buat CDM CHAN & MADAM!

Suasana aidilfitri di kampung gitew!

Model kad raya dari the YELLOW group

Seiring dan sejalan :)

Pemimpin-pemimpin dari the YELLOW group bergambar kenangan dengan CDM kesayangan kami, Kak Ana & Abang Lan
(Belakang: CDM Kapt Dr Adrin, Abang Zafren, CDM Yusri, CDM Dr Hafiz, Utz Hafiz, Faizal
Depan: CDM Kapt Dr Huda, CDM Kapt Dr Mizatul, CDM Dr Rosma, CDM Azlan, CDM Siti Rohana, CDM Nor'Azura, me, CDM Dr Belinda, CDM Budi Hayati)

Serikandi-serikandi B32 bergambar bersama anak-anak yatim (berbaju ungu di belakang)

With one more of our idols, CDM Juliana (kami panggil Kak Jue ni tuanku, sebab macam ala-ala royalti gitusss!)

Kenangan bersama adik-adik yang menang pertandingan mewarna

Beramah mesra sambil membantu anak-anak yatim dengan membeli kuih raya yang mereka buat sendiri! Bangga akaks.... I pun tak reti buat kuih raya!

Sebelum balik bergambar dengan Kak Lini & Abang Ayie tersayang

Last but not least dengan CDM "Datin" Mazni & "Dato'" Azman... (AMIN Kak Ni!)



Terasa bertuah sangat berjumpa dengan peluang bisnes Hai-O ni... It's not just about the money, but also the colourful life & the beautiful friendship.. Bliss :) Alhamdulillah... 

Don't hesitate to join us, with the first month income of RM4500... Call us now.. I am still doing this as a part time & but I get a lot more than I ever asked for...