Thursday, 4 July 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki

Salam...

Tinggal a few days je lagi kita nak menyambut Ramadhan Al-Mubarak kan :)

I nak share satu buku yang I baru habis baca baru-baru ni. Buku ni dianjurkan oleh salah seorang rakan usrah saya iaitu kak Sufi. Beliau kata suami beliau kawan kepada penulis buku ini iaitu Ustaz Fathuri Saleh. 




Buku ni memang best, saya teruja nak baca kenapa dipanggil "menjemput rezeki" dan bukan "mencari rezeki".

Ustaz Fathuri jelaskan, kalau mencari tu macam kita cari kunci yang hilang, tak tahu kat mana nak mula dan tak tahu di mana. Sedangkan urusan rezeki adalah urusan Allah, kita dah tahu pun sumber rezeki kita tak lain dan tak bukan memang dari Allah. 

Contoh lagi kalau kita nak buat satu majlis, kita mesti dah tahu siapa tetamu yang kita nak jemput kan? cuma cara saja mungkin berbeza, mungkin melalui Facebook, atau call, atau SMS atau Whatsapp atau sebagainya. Hakikatnya nak jemput memang lebih mudah berbanding nak cari kan :)

Ok antara tips yang diberi oleh Ustaz Fathuri, saya ambil 4 dulu ya, sebab Allah benci orang yang cakap tapi tak amalkan. Saya baru nak mula dengan yang 4 ini:

1) SOLAT AWAL WAKTU - sebab itu hak Allah.. kalau kita lambat-lambatkan solat, kita lambat-lambatkan rezeki kita juga

Dari Ibnu Mas'ud Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Perbuatan yang paling mulia ialah solat pada awal waktunya." Hadis riwayat dan sahih menurut Tirmidzi dan Hakim. Asalnya Bukhari-Muslim. 



2) SOLAT DHUHA - sebab Rasulullah kata siapa yang solat 4 rakaat pada waktu pagi, Allah akan cukupkan keperluannya pada waktu petang hari.

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman: “Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)



3) SEDEKAH - sebab the more you give, the more you get back! Satu dibalas 700.. takkan tak nak kan :)

Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui".{Qs. Al Baqarah (2) : 261}




4) SOLAT TAHAJJUD - haaaaa.. yang ni memang ramai orang liat nak buat.. saya pun baru nak belajar. Kita sama-sama cuba ya. Sebab katil kita yang sedap tu sementara je, lepas tu kita di alam barzakh entah berapa lama lagi, kita pun tak tahu... Kita try seminggu sekali dulu ya :) Bulan puasa nanti lagi senang nak start sebab sebelum sahur kita solat dulu at least 2 rakaat

"Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya." (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)





OK nanti saya share lagi in next entry ya In Shaa Allah...

Usaha mesti ada dalam berniaga tapi pengharapan pada Allah mesti di tahap tertinggi sentiasa... Sebab Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka mengubahnya. Beza kita dengan non-Muslim adalah, mereka usaha, tapi kita usaha dan doa.. sebab Allah kata mintalah dengan SABAR dan SOLAT.... SABAR means sabar semasa berusaha, jangan putus asa.. dan SOLAT means sentiasa dekat dengan Allah, mengharap padaNya, YAKIN YAKIN YAKIN bahawa rezeki itu dariNya...


Allahu Alam...

No comments:

Post a Comment