Thursday, 11 July 2013

Niatlah nak jadi kaya, supaya boleh menyumbang lebih banyak kepada ummat!



Salam Ramadhan

Alhamdulillah malam tadi malam 3 Ramadhan, hubby & me berpeluang solat tarawikh di Masjid Amaniah Batu Caves. Istimewanya malam tadi ada imam jemputan dari Gaza, Palestin iaitu Imam Islam Diab Qanitoh, yang merupakan imam Masjid Safa Wal Mafwah di Gaza.




Rasulullah kata " sampaikanlah dariku walau sepotong ayat", jadi saya rasa sangat terpanggil ingin menyampaikan apa yang disampaikan oleh imam ini semasa tazkirahnya.  

Pesanan dari Imam Islam Diab Qanitoh.

1) Masjidil Aqsa bukan milik rakyat Palestin tetapi milik semua orang Islam. Masjidil Aqsa adalah kiblat kita yang pertama sebelum diubah ke Masjidil Haram Mekah.

Istimewanya Masjidil Aqsa, sebelum Rasulullah naik ke langit semasa Isra’ Mi’raj, Rasulullah singgah di masjid ini dahulu.

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda Kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”


(Al Qur’an surat Al Israa’ surat ke 17 ayat 1)

Isteri Rasulullah Maimunah pernah bertanya kepada Rasulullah, “ Wahai Rasulullah, ceritakan denganku tentang Masjidil Aqsa”. Rasulullah menjawab , “bersolatlah kamu di dalam Masjidil Aqsa. Jika kamu tidak dapat bersolat di dalamnya, maka dermakanlah minyak zaitun untuknya”. Pada zaman dahulu, minyak zaitun digunakan untuk menyalakan pelita di dalam masjid. Signifikan hadis ini ialah kita dituntut untuk bersolat di Masjidil Aqsa, dan jika tidak mampu, sekurang-kurangnya dermalah untuk kemaslahatan ummat yang menggunakan masjid itu.





2) Masjidil Aqsa mendapat penghinaan yang dasyhat dari kaum Yahudi hari ini, setiap hari sampah sarap dan najis dibaling ke dalam masjid. Umat Islam yang menunaikan solat di dalam Masjidil Aqsa sentiasa dalam keadaan bimbang dan takut-takut kerana mendapat ancaman dari tentera Yahudi.

Bayangkan betapa aman kita bersolat Isyak dan terawih berjemaah dalam masjid hari ini, dengan lampu, kipas dan air-cond, sedangkan saudara kita bersolat dalam gelap, panas dan sentiasa diburu rasa bimbang.



3) Presiden Dr Morsi dari Mesir telah membuka pintu masuk di Gaza selepas kemenangannya dalam pilihanraya tahun lalu, yang banyak membantu rakyat Palestin. Selepas beliau digulingkan, semua pintu masuk ke Palestin telah ditutup dan tiada bantuan dari segi makanan, petrol, ubat-ubatan malah air bersih boleh masuk ke dalam Palestin. 

Imam Islam Diab Qanitoh memberitahu beliau baru sahaja berhubung dengan keluarga beliau di Palestin, keadaan sememangnya sangat tegang sekarang ini. Tiada rakyat Palestin yang dibenarkan keluar dari negara mereka hatta untuk mendapatkan rawatan perubatan, dan tiada rakyat Palestin yang berada di luar negara mereka akan dibenarkan kembali ke tanahair mereka.

Bayangkan Tebing Gaza yang berkeluasan 350km persegi itu menampung lebih 2 juta rakyat Palestin....  

4) Beribu-ribu rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak sekarang berada di dalam PENJARA di Palestin, tanpa makanan, minuman dan bantuan perubatan. Mereka yang sakit akan dibiarkan mati. Bayangkan, anak-anak kita sibuk memilih baju dan kuih raya, anak-anak Palestin yang merupakan saudara kita, kelaparan dan tidur dalam kesejukan di atas lantai penjara.

 

5) Motif dan tujuan Imam Islam bersama 13 orang lagi Imam dari Gaza, Palestin datang ke Malaysia untuk mengimamkan solat tarawikh di seluruh Malaysia, dengan usahasama Aman Palestin , bukanlah untuk  mencari gaji, mengutip derma atau mengumpul dana untuk dibawa pulang, tetapi untuk mengeratkan silaturrahim dan menyampaikan situasi sebenar mereka, yang tidak akan disampaikan oleh media barat.

6) Allah Ta'ala berfirman : "Berangkatlah engkau semua, dengan rasa ringan atau berat dan berjihadlah dengan harta-harta dan dirimu semua fisabilillah." (at-Taubah: 41) . Kenapa dalam ayat ini Allah tekankan jihad dengan HARTA dahulu, kemudian dengan diri, kerana dengan hartalah kita masih boleh hidup, masih dapat makanan dan dapat jalani kehidupan. Kalau kita tiada niat atau upaya untuk pergi ke Palestin dan melihat sendiri penderitaan mereka, dan berjihad dengan mengangkat senjata, the least we can do is to support them financially. Orang Yahudi satu dunia bersatu hati, jutawan mereka menyumbangkan hampir seluruh harta mereka untuk bantu orang Yahudi rampas tanah orang Palestin, tetapi orang Islam senyap seolah-olah tiada apa yang berlaku.

 Bersempena bulan Ramadhan yang Allah janjikan keuntungan dan pahala yang berlipat ganda untuk setiap kebajikan, marilah kita sumbangkan seberapa yang kita mampu untuk membantu rakyat Palestin. 

Kalau kita sanggup bayar RM6000 untuk sebuah beg Louis Vuitton, sanggupkah kita sumbangkan sebanyak itu untuk Islam? 

Separuh? 

Atau mungkin seperempat?

Jangan risau, janji Allah pasti benar! For every cent we spend, He is giving back 700 times!

Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)

Klik NOW: 



    

7 comments:

  1. izin copy boleh tak akak? saya letak credit ke blog ini :)

    ReplyDelete
  2. aah kan..sentiasa bersedekah..ikhlas keranaNya

    follower ke 185..jemput singgah ke blog Yumida & follow back klo sudi
    http://umikasum.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. semoga kita dan semua umat islam seluruh dunia dilindungiNya.. amin

    ReplyDelete
  4. Doakan mereka sentiasa,semoga saudara seislam kita sentiasa dibawah peelindungan Allah :) :)

    ReplyDelete
  5. sedih pulak baca kisah nie...follow sini..

    ReplyDelete
  6. salam ukwah..follow sini #283..untuk segmen jom pilih hadiah raya
    jemputla ke blog zara nanti
    time kcih..=)

    ReplyDelete