Friday, 24 May 2013

Lambaian Kaabah

Hari ni I kena cover clinic my husband, sebab dia demam. Klinik ni baru je kami start April yang lalu dan Alhamdulillah so far so good.

Petang-petang antara Asar dan Maghrib ni selalunya tak ramai patient, so I ambil pelunag browse internet gambar-gambar Kaabah. Waktu antara Asar dan Maghrib adalah waktu yang mustajab untuk berdoa, so I nak ajak kita semua doa agar dapat jadi tetamu Allah..




Teringat memori menunaikan umrah bersama kak Siti Rohana Yusoff & kawan-kawan Hai-O 2010 dahulu. Kami tiba di Mekah dari Madinah sewaktu azan Isyak berkumandang. Terasa sedih kerana tak dapat berjemaah di Masjidil Haram kerana harus check-in hotel dahulu dan tunggu semua ahli rombongan siap sedia utk menunaikan umrah wajib kami (kerana pertama kali ke Tanah Suci)

Sekitar jam 10.30 malam kami bergerak ke Masjidil Haram, terus solat Maghrib dan Isyak jamak tamam (tanpa Qasar). Pertama kali melihat Kaabah, hati berdebar, "kenapa aku tak menitiskan airmata? keras sangat kah hati aku ni?". 

Bergerak melangkah ke bucu Hajarul Aswad di  Kaabah untuk memulakan rukun tawaf, hati masih gusar kerana tiada airmata yang mengalir. Namun bersama dua orang sahabat di kiri dan kanan (CDM Juliana dan CDM Azlini), suami bersama sahabat-sahabat lelaki yang lain berjalan di hadapan kami, I make du'a to Alllah to accept our ibadah Umrah. 

Tujuh pusingan Kaabah, terasa diri benar-benar di bawah naungan rahmat Ilahi. Tinggi Kaabah bersama bayang-bayangnya, menaungi setiap langkah kami. Ada kala terasa ada angin dingin bertiup, seolah-olah merestui pergerakan kami. 700 meter yang ditempuhi, mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk selesai.

Selesai tawaf, kami bersolat sunat di belakang Maqam Ibrahim, dan berdoa. Hati masih terus berdebar, sentiasa gusar takut-takut ada dugaan sebelum selesai menunaikan ibadah Umrah.

Kami bergerak ke Bukit Safa melalui Pintu Safa yang bertentangan dengan Hajar Aswad. Melambai ke arah Kaabah, berniat menunaikan saie dan langsung melangkah dengan kaki kanan. Alhamdulillah jemaah tidak terlalu ramai dan kami dapat melangkah dengan selesa. 

7 pusingan ulang dan alik, terasa Maha Pemurah dan Penyayang Allah yang membenarkan umat Islam sekarang menunaikan saie dalam keadaan berbumbung, sejuk dingin dengan penghawa dingin, malah boleh ditunaikan pada waktu malam. Tidak seperti Saidatina Hajar ibu Nabi Ismail yang melalui jarak 2.8km di tengah terik mentari, dengan meninggalkan anak bayi di tengah-tengah padang pasir. Sungguh menginsafkan.. 

Malah betapa Allah memartabatkan seorang wanita, hingga perbuatan beliau diabadikan menjadi rukun Haji dan juga Umrah

Selesai saie jam hampir menunjukkan jam 1 pagi. Kami menaiki bukit Marwah, dan bertahallul dengan menggunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut. Terlupa bawa gunting, mujur ramai jemaah Malaysia di sana, boleh pinjam sahaja seminit dua 

Sehingga selesai ibadah umrah, hati terus berkata,kenapa keras sangat hati ini hingga tiada setitis pun air mata yang mengalir ketika menjadi tetamu Allah, berbeza dengan semasa berada di Madinah, hati sentiasa merayu-rayu Rasulullah agar mendapat syafaatnya nanti. Semasa bas bergerak dari Madinah menuju ke Mekah pun, kami hingga tersedu sedan sedih meninggalkan jasad Rasulullah di Masjid Nabawi.

Rupanya Allah tangguhkan air mata di Masjidil Haram ini.... tangguh ke hari esoknya. 

Hari ke dua di Mekah, selepas solat Asar, teringin nak menunaikan tawaf sunat. Selesai tawaf sunat, saya ternampak CDM Dr Rosmaliza iaitu direct upline Hai-O saya, yang sama-sama dalam rombongan kami, sedang berada di dalam Hijir Ismail, di bawah Pancur Emas sedang berdoa di sisi ibunda beliau. Ketika itu hati saya berkata, " Ya Allah! Kak Rosma dapat masuk Hijir Ismail! Pasti doanya dimakbulkan Allah & pasti dia masuk syurga! Ya Allah aku pun nak masuk syurga!"

Ketika itu saya bingkas bangun dari tempat solat, bergerak ke Hijir Ismail sambil berdoa dipermudahkan untuk masuk ke kawasan itu yang merupakan sebahagian daripada Kaabah. Alhamdulillah Maha Kaya Tuhan yang mengizinkan saya utk sampai ke sana, masuk sahaja di dalam kawasan Hijir Ismail, saya dapat menunaikan solat sunat 2 rakaat dan terus berdoa. Ketika itu airmata mengalir tanpa dipinta, hati memohon agar tetap dalam Iman, dimatikan dengan husnul khatimah, dimasukkan ke syurga tanpa hisab. Hati berkata," Ya Allah, biarlah aku dapat berjiran dengan sahabat-sahabatku yang baik di syurga kelak".

Alhamdulillah rupanya Allah punya perancangan yang lebih baik dari apa yang saya harapkan. Allah mahu airmata penyesalan, memohon keampunan, yang mudah-mudahan dapat memadam api neraka itu, untuk tumpah di dalam RumahNya....

Astaghfirullah moga Allah menghilangkan rasa riak dan takbur dalam hati saya, dan moga Allah menerima taubat kita semua. Ya Allah, jemputlah kami untuk menjadi tetamuMu sekali lagi.. Hati ini terlalu rindu untuk melihat RumahMu.... 

Amin.. ya Rabbal Alamin...



Wednesday, 15 May 2013

Kenapa kena minum BBPlus Collagen? Sebab tgh PROMO!!

Hye darls!!

Lama tak update blog kan? Banyak sgt promotion sekarang ni tau... First one is my favorite product iaitu BBPLUS COLLAGEN yang mengandungi 5000mg collagen dr sumber ikan dlm satu sachet.. Utk bulan Mei ini saja, buy 3 box free 1 box!! Free delivery in Lembah Klang  ;)



Kenapa Kita perlu minum collagen? Sebab production collagen dlm badan kita yg penting utk kulit, sendi dan almost semua organ dlm badan Kita, mula menurun pada USIA 28 TAHUN! so if you wanna look 20 at the age of 40, start now!



Number 2, our yogurt drink with healthy bacteria, LACTOLITE pun Ada promotion buy 3 box free 1 box.. Again, free delivery in KL & klang valley ;)


Lactolite can help increase your digestion, increase metabolism, has a side effect of losing weight & it keeps bad bacteria out of our body ;)



Let's stay healthy with BBPLUS COLLAGEN & LACTOLITE!