Thursday, 25 July 2013

Majlis Berbuka Puasa CDM bersama Anak-anak Yatim Rumah Ampuan Rahimah Subang

Salam 17 Ramadhan, Salam Nuzul AL-Quran...

Alhamdulillah dah 17 hari kita berada dalam bulan yang mulia ini.. atau adakah kita sepatutnya istighfar, dah berapa banyak kita lalai dan buat perkara lagha dalam bulan Ramadhan, dan mungkin tidak memaksimumkan peluang membuat pahala?

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan. (Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Hai-O Marketing Sdn Bhd juga tak mahu ketinggalan untuk membuat amal, di samping menggembirakan anak-anak yatim. Lebih kurang 40 orang anak yatim telah dijemput untuk ke sebuah Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Summit Hotel USJ pada 24 Julai yang lalu

Sebelum majlis bermula, ada slot permainan teka-teki dan mewarna untuk anak-anak, yang dijalankan oleh staf-staf Hai-O. Jadi kami CDM-CDM yang baru sampai, terus ambil tempat dan bersiap untuk buka puasa.

Enjoy the pics k :) 

With 3 Iron Ladies in B32, CDM Siti Rohana, CDM Zalina Ramzi & CDM Juliana Hamzah (and yes, kak Jue is wearing Rizman Ruzaini)


The love of my life, thank you darling sudi pakai baju baby pink ehehehe

With CDM Ayu Lisa from N9 & CDM Azlini from Kuantan

With CDM Hamisah Alias yang sangat motherly

With CDM Lily Jasmin.. daughter and wife of a CEO but so humble, Mashaa Allah

Kak Ana siap sedia ambil food untuk buka puasa

Tan Sri Osman S Kassim greeting the crowd

All 400+ CDM from all over Malaysia, on one stage

Close up hehe

Meraikan anak-anak yatim dengan sumbangan duit raya



Persembahan Nasyid dari adik-adik Rumah Anak Yatim Ampuan Rahimah Subang
B32 CDM with anak-anak yatim yang comel

Pasangan paling sweet, CDM Dr Belle & hubby Mr Hafiz

Me and the very person who brought us into this business, CDM Dr Rosmaliza

Ada gaya pengantin baru tak? ehehe

With Jyann executive manager from Hai-O & CDM Natashaa Aimee

With sahabat seperjuangan CDM Dr Belle, CDM Natasha, CDM Suhaily Elda, CDM Suhaila, CDM Kak Kathy, CDM Salha Zain, me, CDM Siti Rohana Yusoff, CDM Suhana, CDM Emy & CDM Lily Jasmin.

The guys, CDM Kapt Dr Adrin, CDM Dr Hafiz, Mr Zafren, CDM Yusry, CDM Fahmi & Mr Hafiz

Pose wajib tahunan hehehe...

With our beloved CDM kak Ana & CDM Abang Lan. Our Mentor, our Sifu, our idol & most importantly our family...

To be honest, sebelum buat bisnes ni I tak pernah terfikir pun nak adakan atau nak involve dengan acara-acara kemasyarakatan macam ni. Dulu rasa my family is the centre of everything, kalau family dah ok, dah selesa,dah ok. Padahal ramai lagi orang yang memerlukan.

Thank you Hai-O for opening my eyes, and my heart to do more charity, with the extra income that we get from this business.

Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah...

Thursday, 11 July 2013

Niatlah nak jadi kaya, supaya boleh menyumbang lebih banyak kepada ummat!



Salam Ramadhan

Alhamdulillah malam tadi malam 3 Ramadhan, hubby & me berpeluang solat tarawikh di Masjid Amaniah Batu Caves. Istimewanya malam tadi ada imam jemputan dari Gaza, Palestin iaitu Imam Islam Diab Qanitoh, yang merupakan imam Masjid Safa Wal Mafwah di Gaza.




Rasulullah kata " sampaikanlah dariku walau sepotong ayat", jadi saya rasa sangat terpanggil ingin menyampaikan apa yang disampaikan oleh imam ini semasa tazkirahnya.  

Pesanan dari Imam Islam Diab Qanitoh.

1) Masjidil Aqsa bukan milik rakyat Palestin tetapi milik semua orang Islam. Masjidil Aqsa adalah kiblat kita yang pertama sebelum diubah ke Masjidil Haram Mekah.

Istimewanya Masjidil Aqsa, sebelum Rasulullah naik ke langit semasa Isra’ Mi’raj, Rasulullah singgah di masjid ini dahulu.

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda Kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”


(Al Qur’an surat Al Israa’ surat ke 17 ayat 1)

Isteri Rasulullah Maimunah pernah bertanya kepada Rasulullah, “ Wahai Rasulullah, ceritakan denganku tentang Masjidil Aqsa”. Rasulullah menjawab , “bersolatlah kamu di dalam Masjidil Aqsa. Jika kamu tidak dapat bersolat di dalamnya, maka dermakanlah minyak zaitun untuknya”. Pada zaman dahulu, minyak zaitun digunakan untuk menyalakan pelita di dalam masjid. Signifikan hadis ini ialah kita dituntut untuk bersolat di Masjidil Aqsa, dan jika tidak mampu, sekurang-kurangnya dermalah untuk kemaslahatan ummat yang menggunakan masjid itu.





2) Masjidil Aqsa mendapat penghinaan yang dasyhat dari kaum Yahudi hari ini, setiap hari sampah sarap dan najis dibaling ke dalam masjid. Umat Islam yang menunaikan solat di dalam Masjidil Aqsa sentiasa dalam keadaan bimbang dan takut-takut kerana mendapat ancaman dari tentera Yahudi.

Bayangkan betapa aman kita bersolat Isyak dan terawih berjemaah dalam masjid hari ini, dengan lampu, kipas dan air-cond, sedangkan saudara kita bersolat dalam gelap, panas dan sentiasa diburu rasa bimbang.



3) Presiden Dr Morsi dari Mesir telah membuka pintu masuk di Gaza selepas kemenangannya dalam pilihanraya tahun lalu, yang banyak membantu rakyat Palestin. Selepas beliau digulingkan, semua pintu masuk ke Palestin telah ditutup dan tiada bantuan dari segi makanan, petrol, ubat-ubatan malah air bersih boleh masuk ke dalam Palestin. 

Imam Islam Diab Qanitoh memberitahu beliau baru sahaja berhubung dengan keluarga beliau di Palestin, keadaan sememangnya sangat tegang sekarang ini. Tiada rakyat Palestin yang dibenarkan keluar dari negara mereka hatta untuk mendapatkan rawatan perubatan, dan tiada rakyat Palestin yang berada di luar negara mereka akan dibenarkan kembali ke tanahair mereka.

Bayangkan Tebing Gaza yang berkeluasan 350km persegi itu menampung lebih 2 juta rakyat Palestin....  

4) Beribu-ribu rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak sekarang berada di dalam PENJARA di Palestin, tanpa makanan, minuman dan bantuan perubatan. Mereka yang sakit akan dibiarkan mati. Bayangkan, anak-anak kita sibuk memilih baju dan kuih raya, anak-anak Palestin yang merupakan saudara kita, kelaparan dan tidur dalam kesejukan di atas lantai penjara.

 

5) Motif dan tujuan Imam Islam bersama 13 orang lagi Imam dari Gaza, Palestin datang ke Malaysia untuk mengimamkan solat tarawikh di seluruh Malaysia, dengan usahasama Aman Palestin , bukanlah untuk  mencari gaji, mengutip derma atau mengumpul dana untuk dibawa pulang, tetapi untuk mengeratkan silaturrahim dan menyampaikan situasi sebenar mereka, yang tidak akan disampaikan oleh media barat.

6) Allah Ta'ala berfirman : "Berangkatlah engkau semua, dengan rasa ringan atau berat dan berjihadlah dengan harta-harta dan dirimu semua fisabilillah." (at-Taubah: 41) . Kenapa dalam ayat ini Allah tekankan jihad dengan HARTA dahulu, kemudian dengan diri, kerana dengan hartalah kita masih boleh hidup, masih dapat makanan dan dapat jalani kehidupan. Kalau kita tiada niat atau upaya untuk pergi ke Palestin dan melihat sendiri penderitaan mereka, dan berjihad dengan mengangkat senjata, the least we can do is to support them financially. Orang Yahudi satu dunia bersatu hati, jutawan mereka menyumbangkan hampir seluruh harta mereka untuk bantu orang Yahudi rampas tanah orang Palestin, tetapi orang Islam senyap seolah-olah tiada apa yang berlaku.

 Bersempena bulan Ramadhan yang Allah janjikan keuntungan dan pahala yang berlipat ganda untuk setiap kebajikan, marilah kita sumbangkan seberapa yang kita mampu untuk membantu rakyat Palestin. 

Kalau kita sanggup bayar RM6000 untuk sebuah beg Louis Vuitton, sanggupkah kita sumbangkan sebanyak itu untuk Islam? 

Separuh? 

Atau mungkin seperempat?

Jangan risau, janji Allah pasti benar! For every cent we spend, He is giving back 700 times!

Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)

Klik NOW: 



    

Tuesday, 9 July 2013

Selamat menyambut Ramadhan!!

salam all.. 

🌙Ramadhan is coming. 
👿Syaitan is crying. 
👀Malaikat is Waiting. 
🍃Syurga is Opening. 
🍂Neraka is Closing. 

Alhamdulillah.... 😂 May Allah bless us this coming ramadhan.... InsyaAllah.. ⭐..Happy Ramadhan all..🌙..⭐☝👏👏

salam ramadhan utk semua! 

moga tahun ini kita lebih berjaya & bertaqwa.



Thursday, 4 July 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki

Salam...

Tinggal a few days je lagi kita nak menyambut Ramadhan Al-Mubarak kan :)

I nak share satu buku yang I baru habis baca baru-baru ni. Buku ni dianjurkan oleh salah seorang rakan usrah saya iaitu kak Sufi. Beliau kata suami beliau kawan kepada penulis buku ini iaitu Ustaz Fathuri Saleh. 




Buku ni memang best, saya teruja nak baca kenapa dipanggil "menjemput rezeki" dan bukan "mencari rezeki".

Ustaz Fathuri jelaskan, kalau mencari tu macam kita cari kunci yang hilang, tak tahu kat mana nak mula dan tak tahu di mana. Sedangkan urusan rezeki adalah urusan Allah, kita dah tahu pun sumber rezeki kita tak lain dan tak bukan memang dari Allah. 

Contoh lagi kalau kita nak buat satu majlis, kita mesti dah tahu siapa tetamu yang kita nak jemput kan? cuma cara saja mungkin berbeza, mungkin melalui Facebook, atau call, atau SMS atau Whatsapp atau sebagainya. Hakikatnya nak jemput memang lebih mudah berbanding nak cari kan :)

Ok antara tips yang diberi oleh Ustaz Fathuri, saya ambil 4 dulu ya, sebab Allah benci orang yang cakap tapi tak amalkan. Saya baru nak mula dengan yang 4 ini:

1) SOLAT AWAL WAKTU - sebab itu hak Allah.. kalau kita lambat-lambatkan solat, kita lambat-lambatkan rezeki kita juga

Dari Ibnu Mas'ud Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Perbuatan yang paling mulia ialah solat pada awal waktunya." Hadis riwayat dan sahih menurut Tirmidzi dan Hakim. Asalnya Bukhari-Muslim. 



2) SOLAT DHUHA - sebab Rasulullah kata siapa yang solat 4 rakaat pada waktu pagi, Allah akan cukupkan keperluannya pada waktu petang hari.

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman: “Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)



3) SEDEKAH - sebab the more you give, the more you get back! Satu dibalas 700.. takkan tak nak kan :)

Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui".{Qs. Al Baqarah (2) : 261}




4) SOLAT TAHAJJUD - haaaaa.. yang ni memang ramai orang liat nak buat.. saya pun baru nak belajar. Kita sama-sama cuba ya. Sebab katil kita yang sedap tu sementara je, lepas tu kita di alam barzakh entah berapa lama lagi, kita pun tak tahu... Kita try seminggu sekali dulu ya :) Bulan puasa nanti lagi senang nak start sebab sebelum sahur kita solat dulu at least 2 rakaat

"Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya." (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)





OK nanti saya share lagi in next entry ya In Shaa Allah...

Usaha mesti ada dalam berniaga tapi pengharapan pada Allah mesti di tahap tertinggi sentiasa... Sebab Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka mengubahnya. Beza kita dengan non-Muslim adalah, mereka usaha, tapi kita usaha dan doa.. sebab Allah kata mintalah dengan SABAR dan SOLAT.... SABAR means sabar semasa berusaha, jangan putus asa.. dan SOLAT means sentiasa dekat dengan Allah, mengharap padaNya, YAKIN YAKIN YAKIN bahawa rezeki itu dariNya...


Allahu Alam...

Tuesday, 2 July 2013

The GWIYOMI Party for YMGeee !!



 Hye hye!

Semalam adalah hari Isnin yang paling HAPPY bagi semua usahawan Yellow Mania Group yang diraikan dalam sebuah majlis GWIYOMI for YMGeee!

Majlis ini sebenarnya untuk meraikan semua usahawan YMG yang telah qualify pakej melancong ke KOREA September ini!

Party ni sempoi je tapi meaningful sebab pertama kali dianjurkan dalam YMG. Dulu-dulu qualify, diraikan masa di oversea lah, tapi kali ni di Malaysia lagi dah diraikan! Syiok sangat especially rakan kongsi yang first time qualify!


YELLOW IS THE WORLD'S HAPPIEST COLOUR! With BFF CDM Dr Belle yang jelita! 













I must say that the party planning was impeccable... Suasana sangat ceria dan BEST!

Paling BEST BEST BEST mesti lah sebab pemimpin Top Leader kami CDM Hj Azlan Deraman pun datang juga! Barisan Crown Diamond Manager YMG pun tak lepas peluang nak ambil gambar sebelum makan!



The food pun sedap, ala-ala masakan kampung.. diriku yang belum sempat berbuka puasa proper apa lagi.... Baluuun laah! Hahaha




Rojak my FAVORITE!!




I nominate this dish as the BEST! SUP EKOR! MANTOP!


Nak makan pun sempat posing!


Kanak-kanak Ribena yang happy! Hahaha... 


Our table yang HAVOC!


Tersangat lah kiutnya abang Ijam ni.. Sama macam wife dia kak Niza... Abang Ijam first time join biz, terus qualify within a month! Tahniah!

Meja Kak Niza & Abang Ijam - peminat Garam Buluh heheh... Tengah nak makan pun sempat sharing, " Kalau ada Garam Buluh ni, tabur atas food ni laaaagi sedap!"

Usahawan sejati lah! ;)

Bisnes mengaum, makan pun mengaum! Upcoming DDM Kak Niza yang maintain cantik walaupun dah masuk 4 series!


Ketika "anak-anakku" ini nak bergambar ni lah, cepaaat je waiter tu angkat pinggan I.. chiss chisss chissss...

Lepas semua dah sendawa 2-3 kali, then to next acara which was ucapan dari CDM Hj Azlan Deraman, yang telah dilantik sebagai Dekan Open University of YMG!


  
Abang Lan challenged kami semua untuk ganda jumlah qualifier untuk next trip ke GOLD COAST! YES!!

Next was time untuk first timer berucap share perasaan yang first time nak gi melancong bersama Hai-O!


Lepas tu sesi cenderahati pulak! Bestnya dapat hadiah lagi!!!


CDM pun dapat hadiah!!! Weeee!



Then last but not least sessi berGWIYOMI dan bergambar! Look at the HAPPY FACES! 

Abang Lan memang sangat sporting lah! We love you abang Lan!

 Lawyer Aizat pun nak berGwiyomi!



 The Beautiful Lawyer SSM Faezar :)



 The Happy YMG Family! 


In Shaa Allah this happy tradition will be continued for the next trip. Cepat book seat utk GOLD COAST!! Weee!!!