Tuesday, 27 August 2013

Kursus Perdana Haji di Putrajaya

Assalamualaikum.... 

Semenjak mendapat panggilan haji, tiada yang lebih saya mahukan selain menjadi tetamu Allah yang paling istimewa. Sesiapa yang belum berpeluang untuk membaca buku TRAVELOG HAJI, MENGUBAH SEMPADAN IMAN by Prof Kamil ( Blog: Kehidupan Ringkas tetapi Signifikan) , please do so and BE INSPIRED.

My mom went to hajj with my dad in year 2001. That same year my husband proposed to me & we got engaged the end of 2001, cos one of my mom's doa in front of the Kaabah was for me to marry a pious doctor :) 

Mama selalu sebut betapa seronoknya nak pergi haji, bermula dari Malaysia lagi, terutama masa Kursus Perdana Haji. Mama kata masa tu memang boleh rasa seolah-olah kita sudah berada di Tanah Suci.

Jadi masa saya dan suami dapat jemputan untuk menghadiri Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Putra, Putrajaya, kami memang tak lepaskan peluang. 


Kursus ini adalah kursus terakhir sebelum penerbangan pertama ke Tanah Suci pada 7 September 2013, dan melibatkan lebih 1600 orang bakal jemaah haji dari seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Program bermula jam 2 petang, bakal jemaah haji solat zuhr dan mendaftar ke Maktab masing-masing. I was in maktab 72, together with another 500 ladies and gents. The simulated maktab was quite humbled but I suppose it is good untuk biasakan kami dengan apa yang bakal kami lalui di Arafah dan Mina nanti.



Jam 3.30 petang , taklimat dari Ustaz dan Ustazah di maktab masing-masing. 


Then after Asar, semua jemaah diminta "niat ihram", bakal jemaah haji lelaki bertukar kepada pakaian ihram, dan kami bergerak ke model kaabah untuk menunaikan tawaf umrah, kerana amali haji ini adalah untuk haji tamattuk, iaitu mengerjakan umrah dahulu dalam bulan haji, kemudian menunaikan ibadah haji. 




Semasa bergerak di dalam kumpulan, diketuai oleh Ustaz Hasnil, bertalbiah bersama, airmata mula gugur, terasa sayu, syahdu dan kerdil untuk mengadap Allah Yang Maha Kuasa. Putih suci kain ihram dan telekung yang dipakai oleh jemaah, dengan penuh pengharapan kepadaNya agar ibadah haji kami nanti diterima sebagai haji mabrur, yang bakal menyucikan kami dari dosa, seputih kain yang dipakai kami. 




Tatkala melambai di penjuru Hajar Aswad, memulakan langkah untuk mengelilingi kaabah sebanyak tujuh pusingan, hati bagai diragut untuk terbang ke Tanah Suci ketika itu juga. Rindu tak terkira untuk melihat Hajar Aswad, Multazam, Pintu Kaabah, Hijir Ismail, Maqam Ibrahim dan Baitullah itu sendiri, yang sebenar... 



Selesai tawaf, kami "saie' bersama. Simulasi lengkap dengan melambai ke arah Kaabah, dan jemaah lelaki diminta berlari-lari anak tatkala sampai di penanda hijau, sebagai memperingati Siti Hajar yang berlari-lari anak di antara Safa dan Marwah, mencari sedikit air untuk anaknya yang kehausan di padang pasir. 


Selesai saie dan tahallul dengan bergunting, kami kembali ke masjid untuk makan malam dan solat maghrib berjemaah. Jemaah haji diminta mengekalkan pakaian ihram, sebagai latihan untuk di sana nanti.

Seusai solat maghrib, Majlis Perasmian dijalankan, diikuti dengan solat isyak berjemaah. Semasa majlis perasmian inilah, kami diamalikan, sedang wukuf di Arafah. 


Selepas isya', sekali lagi kami bergerak bersama, diketuai oleh Ustaz, untuk melontar jamrah. Walaupun jemaah dalam setiap maktab hanyalah 500-600 orang, model jamrah yang disediakan adalah kecil. Hati terdetik cemas bila mula ditolak-tolak ke arah jamrah dan terhimpit di antara jemaah lain, sedangkan suami tidak kelihatan. Ustaz berpesan, semasa melontar jamrah di Mina nanti, para suami hendaklah memimpin tangan isteri masing-masing. 

Subhanallah, bayangkan bagaimana keadaan di sana nanti dengan lebih 2 juta orang jemaah haji. Sememangnya pergantungan hanya pada Allah, untuk membantu setiap pergerakan jemaah haji.


Selesai melontar, kami kembali ke masjid.

Hari berikutnya bermula seawal 3 pagi untuk qiamullail. Ustaz Shafawi iaitu Ketua Pembimbing Jemaah Haji mengimami solat tasbih, solat taubat dan solat hajat. Kesunyian pagi dipecahkan dengan alunan merdu suara ustaz, menbacakan zikir munajat, dan mendayu-dayu membacakan doa kepada Allah agar memberi keampunan kepada kami, dan mempermudahkan urusan haji kami. Sungguh mencabar melalukan solat sunat tasbih yang mengambil masa lebih 20 minit utk satu solat, namun ustaz mengingatkan kami, bahawa pahala yang amat hebat menanti mereka yang melalukan solat tasbih, di mana Rasulullah menyeru umatnya melakukannya setiap hari, atau seminggu sekali jika tidak mampu, atau sebulan sekali, atau setahun sekali, atau sekali seumur hidup. Semoga Allah menerima semua amalan kita, amin..

Selepas subuh, kami dibawa tawaf dan saie haji, kali ini dengan simulasi sekiranya iqamah berkumandang, bagaimana cara untuk menyusun saf & menyambung tawaf atau saie selepas solat. 



Syahdu tak terkira,saat berjalan berjemaah dari Safa ke Marwah, dalam keheningan dan kedinginan subuh. Selesai tawaf dan saie, kami kembali ke masjid untuk rumusan oleh Ustaz Shafawi, diikuti Doa Perdana yang amat menyentuh hati. Di kiri kanan dan sekeliling saya, hampir semua jemaah haji menitiskan air mata tatkala Ustaz menbacakan doa, agar kami semua dikumpulkan di Arafah kelak, dan agar semua yang hadir, dikurniakan haji mabrur, yang tiada balasan lain baginya kecuali syurga Allah. 

Alhamdulilah it was a very valuable experience for me and husband. Saat terpisah waktu tawaf dan saie, hati saya tercari-cari dia, dan bila bertemu sewaktu minum petang, hati berbunga-bunga, walaupun baru beberapa jam terpisah. Terbayang perasaan Nabi Adam, ketika bertemu semula dengan isterinya Hawa, setelah terpidah bertahun-tahun selepas terkeluar dari syurga dek kerana muslihat Iblis durjana. Nabi Adam dan Hawa berputar mengelilingi lembah Mekah, yang menjadi salah satu penanda atau permulaan sejarah ibadah tawaf dalam haji. 


Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, perjalanan kami, dan ibadah haji kami ya Allah.. Kurniakanlah kami haji mabrur ya Allah, Ya Rahman, Ya Rabbal 'Alamin...

Sunday, 25 August 2013

Boleh ke niat nak buat bisnes sebab nak buat haji awal?

Assalamualaikum dearests... 

First of all I would like to thank you for spending time to read this blog. 

Ok memang asalnya blog ni saya nak dedicate utk business, and satu lagi eternity383.blogspot.com utk kisah-kisah lain. Tapi hakikatnya I cannot maintain both so I'll just share whatever I can in this blog ok. Please apologize the jumble mumble :) semoga Allah jauhkan saya dari sifat riak & takbur, saya berkongsi untuk sharing sedikit pengalaman & ilmu yg saya perolehi dari orang lain 

Alhamdulillah pada bulan Mac lepas saya & husband (www.drhafizosman.com) telah mendapat panggilan haji. Al-kisahnya my father in law dah ajak pergi haji since last year, tapi memandangkan I was still in Masters & susah nak Cuti, I requested for this year. 

How to apply? Well first & foremost mestilah kena daftar haji. Sekarang lebih mudah sebab boleh mendaftar online di website Tabung Haji (www.tabunghaji.gov.my). Tapi sebelum itu mesti cukupkan RM1300 dalam akaun Tabung Haji kita. In shaa Allah this is the very least we can do as a proof to Allah that we WANT and INTEND to perform Hajj. Tak kisahlah Tabung Haji nak beri tahun berapa pun, yang penting kita daftar dulu. Bila kita akan pergi tu terserah pada Allah Subhanahu Wa Taa'la.


Pada 2 Januari 2013, my father-in-law buat surat rayuan untuk menunaikan haji pada tahun ini atas alasan kesihatan. Abah ada masalah kesihatan, dan beliau meminta agar Tabung Haji membenarkan beliau dan isteri menunaikan haji sebelum keadaan kesihatan beliau makin serius, dan beliau memohon agar suami saya dibenarkan pergi bersama sebagai doktor peribadi. Memang secara teknikal, kami terpilih kerana Abah buat rayuan, tapi in a higher level, a spiritual level, it is ALLAH Himself who decides who will be called to be His Guests, Duyufurrahman... The moment I checked online that we were seleected, my heart and my whole body was trembling, and I couldnt help but conveying the news to a fellow specialist, who had went for hajj at the age of 40 few years back. I couldn't help but crying, and I remember she said "Aisyah, Allah yang panggil Aisyah... Allah yang pilih. Mesti nak buat haji betul-betul sebab kita akan pergi SEKALI sahaja. Kalau kita pergi banyak kali, takut-takut kita ambil kuota orang lain"... Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah.. ALLAHU AKBAR.

From that day onward, my mom who had went for Hajj in 2001 pesan, "Dah, jangan beli apa-apa lagi. Cukup-cukup dah tu, mesti nak simpan duit untuk pergi haji". And Alhamdulillah, having just came back from London & Paris, I spent almost 10K on branded stuffs, and yet if did not gave me the satisfaction I seeked. I was merely happy for a few days, then that feeling was gone. Getting the called to Hajj after returning form our Europe trip, was a wake-up call I longed for a long time. I must praise Allah who had taken my nafs from expensive things like handbags, designer clothes, luxury cars. ALHAMDULILLAH... 

Having an Usrah group also helped a lot in preparing myself spiritually towards fulfilling Islamic pillar number 5. Yang uniknya, kumpulan Usrah kami ini, semua terdiri dari CDM-CDM Hai-O, termasuk CDM Siti Rohana Yusoff my idol. I will share about this usrah group of ours some other time, in shaa Allah.

Disebabkan baru sahaja mendapat panggilan, saya terus mencari kursus asas haji (Modul dan Sillibus Kursus Asas Haji Modul) mingguan di masjid terdekat, dan Alhamdulillah rupanya yang terdekat dengan saya adalah di Masjid Amaniah Batu Caves, di bawah kelolaan Ustaz Hasnil. Saya ingat lagi masa saya first time ke kelas itu, sudah kelas yang ke 8, dan sudah masuk topik Saie. Ada sedikit terkilan dan sedih, tapi saya yakin in shaa Allah, Allah akan bantu saya. Tambahan pula ada sekelumit pengalaman semasa menunaikan umrah pada tahun 2010, saya berharap ia dapat membantu.

Kelas mingguan yang diadakan pada setiap Ahad ini, sememangnya merupakan satu tuntutan pengorbanan. Pada hujung minggu yang sepatutnya menjadi waktu santai bersama keluarga, terpaksa dikorbankan oleh bakal jemaah haji, untuk menuntut ilmu sebagai persediaan haji. Tetapi hati terubat bila Ustaz mengatakan, in shaa Allah dengan hadir kursus asas haji juga, merupakan satu jihad kepada bakal jemaah haji. I remembered there was one weekend that our maid left, I had to bring all my 3 kids to the class, but Alhamdulillah the masjid was very accommodating. 

Masjid Jamek Al-Amaniah Batu Caves

We were called for our medical check up around early June, got our compulsory meningococcal injection in Tabung Haji Maju Junction and I took the additional Influenza injection in Masjid Negara in July. We were called to submit our passports on the 22 July in Tabung Haji Jalan Tun Razak, and told to have enough savings in our account for the Hajj expenses by the end of July. Tahun 2013 bayarannya adalah RM9980 selepas ditolak subsidi dari Tabung Haji, untuk seorang jemaah haji yang akan tinggal di mu'assasah. 

Tabung Haji Jalan Tun Razak

Kebanyakan jemaah haji dijemput untuk kursus intensif haji pada awal Ramadhan tetapi somehow my name was not included, tetapi Alhamdulillah kami dijemput untuk menghadiri Kursus Perdana Haji di Putrajaya 24 - 25 Ogos yang lalu. 

What inspired me to go to Hajj early?

Number 1,actually ada seorang profesor ophthalmology di UM yang menunaikan haji pada usia 40 tahun, and she kept saying, " Aisyah, kena pergi masa muda. Di sana ada banyak aktiviti fizikal, kesian saya tengok makcik-makcik tua yang berjalan 3km dari khemah di Mina untuk melontar di jamrah." 

Number 2, semasa menunaikan umrah pada tahun 2010, I was really really sad masa meninggalkan Rasulullah di Madinah, and I prayed and prayed that I can visit him & the Haramain again, and I know I shouldn't go for umrah again as now it is compulsory for me to go to Hajj. 

Number 3, is none other than CDM Hajjah Siti Rohana & CDM Haji Azlan sendiri, yang pergi pada tahun 2009. Pernah sekali kak Ana beritahu, "Kalau ada kemampuan, lebih baik pergi dengan pakej. Mahal tak apa sebab di sana urusan sangat-sangat dipermudahkan. Hotel dekat dengan Masjidil Haram, di Arafah dan Mina selesa, selesai haji juga lebih awal kerana selepas wukuf terus patah balik ke Mekah untuk tawaf & saie haji. Bila selesa, lebih mudah kita bawa orang tua kita, kita beribadah lebih khusyuk. Allah mudahkan urusan ada banyak cara. Ada orang kata lebih baik bersusah payah di Mekah dengan tinggal di mu'assasah, lebih banyak pahala. Tapi sebenarnya pergi dengan pakej, kita tak berkorban tenaga tapi kita berkorban kerja kuat untuk kumpul duit, untuk spend duit untuk haji, in shaa Allah di situ pun dapat pahala."

Alhamdulillah back in 2007 when we first started the business, we only wanted to generate side income. But Allah blessed us in meeting us with wonderful people like Kak Ana & Abang Lan who always remind us to balance the pursue of worldly possession and the ultimate happiness in akhirat. 

Rezeki semua dari Allah tapi tanpa usaha rezeki tak mungkin datang bergolek. Itu sunnatullah. Alhamdulillah dengan rezeki bisnes ini kami dapat menunaikan umrah pada tahun 2010, dari situ terbit rasa cinta dan rindu yang amat sangat pada Baitullah, dan tatkala selesai Umrah wajib, maka pastilah tiada yang lebih utama bagi kami selain menunaikan haji.

Allah Maha Penyayang. Rasululah jua sangat penyayang. Saidatina Aisyah pernah bertanya pada Rasulullah, bukankah amalan yang paling utama adalah JIHAD, jadi bagaimana kami (kaum wanita) mahu berjihad? Rasulullah menjawab, JIHAD kamu adalah menunaikan HAJI dan mendapatkan haji mabrur. 


Haji adalah kemuncak ibadah seseorang Muslim, yang menggabungkan semua aspek kehidupan, dari fizikal, spiritual, dan tidak lupa ekonomi. In shaa Allah if your intention to start or continue this business is the get redha Allah, to give zakat & charity, to do hajj, in shaa Allah He will make it easy for you.

Allahu 'alam..

~CDM Dr Aisyah
Young Muslims Genuine-Entrepreuner (YMG)
25th August 2013
50 days to wukuf...



Thursday, 22 August 2013

Syukur..

Salam Jumaat yang mulia...

Diam tak diam dah separuh bulan Syawal kita lalui. Just untuk remind kita untuk siapkan puasa 6 hari dalam bulan Syawal ini, yang mana bila digabungkan dengan puasa sebulan dalam bulan Ramadhan, kita akan diberi ganjaran puasa selama setahun! Kalau fikir logik, memang lah tak sanggup nak puasa setahun berturut-turut kan. So jom kita ambil peluang untuk puasa enam! 



Ok hari ni I nak share pasal bersyukur... 

In my facebook I ada post ttg jutawan dari Singapura yang berusia less than 30 tahun. Pada beliau, beliau boleh jadi jutawan sebab masih lagi fly economy class lights, tak pakai barang branded, drive kereta Toyota je, bukan BMW, Mercedes, Audi dan sebagainya. 

Saya rasa sangat bersyukur sebab something happened to me in March this year, that Allah gave me a change of heart. For the better in shaa Allah.

I was like that before. Proud of the BMW that I drove, proud of every expensive handbags and designer clothes that I managed to buy with our bonus. But Allah has taken away all those feelings from me. Maybe a mere 5 % persisted but I intend to clean it up in shaa Allah bit by bit....

What happened?

In shaa Allah ada masa I will share the story.

But I want to preach us to bersyukur. Syukur is giving thanks.. to human, to Allah most importantly. 

Allah janji: 



Dan Allah juga janji dalam sambungan ayat itu, kalau kita kufur, azab seksa sangat pedih. 

Kita selalu meminta-minta dari Allah dalam doa kita, untuk dapat macam-macam dalam dunia ini. Bila dapat nikmat yang besar-besar, tunggakan gaji berpuluh ribu, dapat bonus 5 angka, dapat beli barangan mewah, baru kita panjatkan syukur. Itu saya dahulu, bukan nak mengata orang lain. 

Tapi sebenarnya nikmat Allah merangkumi semua perkara, dari kecil hinggalah besar.


Yes, nikmat sihat dan waktu luang.

I am going to be 33 this year. Masa kami mula bisnes dulu kami baru 27 tahun. Kudrat memang tak sama dahulu dan sekarang. Sekarang bila tak cukup tidur, rasa badan letih. Bila stress, mudah sakit kepala.

Maybe saya kurang bersyukur, maka Allah beri ujian sedikit supaya saya ingat. 

Saya bersyukur ditemukan dengan bisnes Hai-O, dari seorang yang tiada background bisnes langsung, saya ditemukan dengan leader-leader saya dari CDM Dr Rosma, CDM Azura, CDM Kak Ana & Abang Lan, dan of course CDM Chan. Sudah 6 tahun kami bersama Hai-O, dan dah macam-macam yang kami nikmati. 

Semua dari Allah, dari saat digerakkan hati kami untuk join, diberi kekuatan untuk kami meneruskan perjuangan, diberi kesabaran saat dugaan mendatang, dan juga kesabaran dalam menikmati rezeki yang dikurniakan. Alhamdulillah... Semua yang baik datang dari Allah..

Cuma satu observation saya dalam 6 tahun berniaga, hanya orang yang boleh berterima kasih dengan manusia sahaja, selalunya boleh bersyukur dengan Allah. Kerana hidup kita mesti ada intergrasi antara hubungan dengan Pencipta, dan dengan manusia. 

Ada orang sebut "syukur pada Allah", tapi sekadar ucapan di bibir. Kerana tatkala terbang tinggi di angkasa, diulit kemewahan dan dianugerahkan kejayaan demi kejayaan, mula mendabik dada mengatakan, kejayaan ini atas hasil USAHA dia sahaja, tiada siapa yang membantu. 

Memang ada manusia yang tidak kisah tidak diberi penghargaan, kerana pertolongan yang diberikan adalah ikhlas, tetapi berhati-hati dengan kata-kata kerana takut-takut kita tergolong dalam Istaghna yang disebut dalam surah Al-Lail, iaitu golongan yang bakhil dari membuat kebaikan, dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahan. 

Peringatan untuk diri saya sendiri. 

Saya berniaga kerana ia sunnah nabi, kerana saya nak berusaha untuk mendapat rezeki yang halal, kerana saya mahu redha Allah. 

Bukan kerana saya mahu kemewahan dunia. In shaa Allah rezeki dariNya, hanya dariNya. Bersangka baik dengan Allah sentiasa. 

Allahu 'alam

-CDM Dr Aisyah
Young Muslim Genuine-Entrepreuner (YMG)

Thursday, 15 August 2013

Fenomena Sabun Cerah Ketiak! Marine Essence Beauty Bar!

Hye! 

Ok hari ni I nak share tentang satu lagi produk yang tengah malatopsss sekarang ni... Nama dalam IC dia Sabun Marine Essence Beauty Bar... Nama glamer dia is SABUN CERAH KETIAK!

Ok apa special sangat sabun ni? Actually I am not a fan of beauty bar atau sabun buku ni tapi I make a special exception bila jumpa sabun Shrek ni.... Sebab it has a lot of amazing ingredient!



1) Bamboo salt atau Garam Buluh

- banyak mineral dan anti-oksida , so basically boleh bantu pertumbuhan sel kulit baru yang lebih sihat dan gebu


- Anti-bacterial, anti-allergy, anti-inflammatory - boleh bunuh kuman dan kurangkan radang

  2) pheno-SFE TM (Pu-erh Tea Extract) atau ekstrak daun teh istimewa Pu-Er- ala-ala tea tree oil gitu! 
 
- antioksida, jadi bantu pertumbuhan sel baru yang lebih sihat sbb antioksida ni hilangkan efek merbahaya radikal bebas macam UV dari cahaya matahari! 


- hasilnya? kulit yang AWET MUDA!
 

Sunday, 4 August 2013

Aktiviti RamadhanUsahawan Bersama Rumah Nur Kasih Bestari


Salam...

Alahaiii dah lama aktiviti ni actually baru dapat update kat blog. Maklumlah penghujung Ramadhan ni kita semua sibuk dgn aktiviti mengejar Lailatul Qadr. 

Tempoh hari I gi solat terawih kat surau, ada Ustaz beri ceramah ttg malam Lailatul Qadr ni. Pada malam yang penuh  keberkatan ini, malaikat Jibrail & malaikat-malaikat akan turun ke bumi. Malah pada malam itu, para bidadari di syurga berhias cantik, semua pintu syurga dibuka & pintu neraka ditutup. Beribadah pada malam ini, pahala amalan itu akan digandakan seperti kita beribadah selama 1000 bulan atau 83 tahun! Ma shaa Allah, sedangkan usia umat Nabi Muh5ammad rata-rata tak lebih dari 70 tahun. 

Sempena Ramadhan ini juga, Yellow Mania Group mengambil peluang beramal, bersedekah & meraikan anak-anak yatim dari Rumah Nur Kasih Bestari. 

Seramai 53 org anak yatim hadir di majlis yang berlangsung di Hotel Puteri Park, Kuala Lumpur. 

Enjoy the pics k! 


Bersama sebahagian daripada adik-adik yg diraikan. 



Ni 2 beradik, the boy is Hassan, cute kan! 


Ni pulak kembar kepada Hassan tadi, adik Hussain. Hussain ni manja sikit but Mashaa Allah they have beautiful smiles! 


Boys tak ramai kat sini, tapi tetap ada dan diraikan. 


2 org yg comel ni namanya Asiah & Suaibah. Baru 5 tahun tapi puasa penuh tau! 


Persembahan nasyid yg sangat kiut miut dari adik-adik 6 years & below! 


Si cantik ni namanya Aisyah juga.. Hehe... 


With the love of my life. 

Bestnya bersedekah ni, makin bagi makin banyak rezeki kita. Allah janji 1 dibalas 700 pada hari biasa, apatah lagi dlm bulan Ramadhan kan :) 


So jom Kita maksimumkan Ramadhan ni dengan give, give & give more! 

Dalam bisnes macam tu lah, lebih byk kita beri, lebih banyak kita dapat. 

Sebab kita tak mahulah, duit byk masuk, byk juga yg keluar, cth kereta rosak, kemalangan, kecurian dan sebagainya, sebab itu adalah petanda tiada keberkatan dalam rezeki kita. 

Allahu 'alam..