Monday 30 September 2013

Ambang Konvokesyen... Graduate lagi ALHAMDULILLAH!!

Alhamdulillah esok adalah satu lagi hari bersejarah dalam hidup saya. In shaa Allah saya bersama 8 orang sahabat bakal menerima ijazah Sarjana Oftalmologi dari Universiti Malaya, yang melayakkan kami bergelar Pakar Mata. 

How I feel at this moment? Like jumping up & down on a giant trampoline! 

ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH .. ALHAMDULILLAH... 

Bermula dari 2008, Alhamdulillah saya berjaya menamatkan pengajian dalam masa empat tahun. Walaupun terpaksa delay selama 6 bulan, sebab cuti bersalin selepas melahirkan Umar, Alhamdulillah ketiga-tiga peperiksaan semasa Masters dapat saya lalui dengan lancar. All thanks to hubby yang banyak support, tolong jaga anak, give motivational "pep-talk' all the time (especially during my "fragile" times), run our business single handedly during my absence (with back up dari pemimpin of course). Without him, I can hardly stand!

Actually my parents lah yang paling bercita-cita tinggi. All my siblings tak ada yang belajar di IPTA Malaysia so my parents memang sangat berimpian nak ada anak or menantu yang graduate dalam negara. My brother ada seorang graduate from Uni. Teknologi Petronas tapi Mama teringin sangat nak ada anak grad from UKM or UM.

OK lah jom tengok preparations nak konvo esok ni... Plus a few flashback photos :)


Ehemmm... jangan gelak ya.. I memang muda remaja dah jadi doktor hehe... (cover muka innocent!)

Ni je gambar ramai-ramai yang ada, yang proper mana ntah tak dapat-dapat .... Mind you this nice hall is actually our basketball court! Diorang pasang langsir dengan carpet je... huhuuu..

The Malaysian Students with the proud parents... 

My dearest parents came all the way utk my convocation. Best sangat walaupun sedih sikit hubby takde. Masa ni dah kawin dah.. The dress underneath the robe is my nikah dress :) (safe budget)

Ni lak throwback gambar graduasi my husband, dapat first degree... Masa ni baruuuu nikah. After 4 years, in Universitas Gadja Mada dapat degree in science. After another 2 years dapat degree untuk doktor pulak

26 Sept yang lepas kami gi ambil robe untuk our convo... To see my name printed on this smart card, worth a million dollars! Terasa perit jerih nak dapat masters in 4 years ni berbaloi sangat-sangat :)

The Robe and a few souvenirs

Cantik kan!!

The invitation cards :) Wish I can bring my parents and my hubby, but we only got 2 cards so just Mama & darling hubby then..


On the 28th Sept hari tu pulak our rehearsal. Excited tak terkira! In this pic is my best buddy Siva (study group buddy) & Tai Lai Yong :) Hidup 1Malaysia! Heheh

The centre stage. The goes my plan nak pakai yellow! Nanti blend in dengan stage, nampak robe I terbang pulak... karang melatah pulak Cansellor hehe

Panoramic view of the hall

Another great friend of mine who is graduating with me, Lee Wei Wei yang comel! Kat belakang tu raptai kawad by PALAPES

Balik rumah I pun melaram la tengok baju apa yang sesuai. Mind you I tak beli apa-apa pun, semua recycle! I asked my friend via whatsapp, ramai pilih PINK. So PINK it is!!

OK! Got to go... Nak kena tidur awal, esok pukul 7 dah kena sampai UM. Bye!

Wednesday 25 September 2013

11 days to departure to Makkah ... Ilmu datang dari sumber yang tidak disangka-sangka...

Salam my beloved readers...

In shaa Allah 19 hari lagi umat Islam di seluruh dunia akan merayakan Hari Raya Aidil Adha untuk tahun 1434H. 

It also marks that there is only 18 days left before the day of the Great Assembly in Arafah during the ibadah of wukuf. Musim haji tahun ini pastinya memberikan satu makna yang tidak ternilai bagi kami sekeluarga kerana in shaa Allah, dengan izinnya kami akan menunaikan ibadah haji, untuk menyempurnakan rukun Islam yang ke lima. 


In shaa Allah we will be departing in early October with Tabung Haji Travel. I have intention to write on this life-changing journey to share with you, in shaa Allah with His will. It will be in Malay entirely and please apologise on the "language jumble" in this blog. Ada kalanya lebih mudah untuk meluahkan dengan salah satu bahasa. 

Perasaan ketika ini sentiasa bercampr aduk. Ada kalanya gembira dan teruja, tak sabar ingin melihat dan menatap Baitullah yang asalnya didirikan oleh para malaikat bersama Nabi Ibrahim. Ada ketika bayu kesedihan dan kesyahduan menyapa, terasa diri kerdil di sisinya. Diri yang bergelumang dosa, apakah layak menjadi tetamuNya? Tapi di kala bersendirian, Allah membisikkan ke dalam hati kecil, Dia Maha Kuasa, Maha Penyayang, Maha Pengampun. Pasti Dia ada disetiap langkah yang diatur untuk menuju RumahNya yang agung. 

Minggu lalu, tanpa disangka selepas konferens perubatan lazim di UITM Sungai Buloh, saya menyapa seorang professor yang akan menunaikan haji pada tahun ini. Bersama professor itu, ada Professor Hapizah Nawawi iaitu Timbalan Dekan yang baru sahaja menunaikan haji tahun 2009 yang lalu. Tanpa disangka-sangka, Prof Hapizah meluangkan masa hampir setengah jam berkongsi pengalaman beliau semasa dijemput menjadi tetamuNya. Dua kali beliau menitiskan air mata kerana digamit rindu pada Tanah Suci.

Dua hari lalu, beliau menjemput saya ke pejabatnya, katanya ada buku yang ingin dikongsikan dengan saya. Alhamdulillah selama lebih 2 jam, beliau memberikan "tutorial" ibadah haji kepada saya. Kalau diikutkan pangkat, siapalah saya untuk mendapat penghormatan seperti itu, tetapi Allah memilih untuk menyampaikan ilmu, melalui lidah seorang professor. 

Ingin saya kongsikan di sini secebis ilmu yang saya perolehi. Semoga ada sekelumit jariah yang dapat diperpanjangkan di sini, in shaa Allah... Pastinya penyampaian sedikit berbeza, tiada ruh dalam penulisan ini sebagaimana lantunan suara beriring senyuman persis yang diberikan Prof Hapizah tetapi semoga ada ilmu yang baik, yang bakal mengetuk pintu hati pembaca, untuk menanam azam untuk menunaikan haji pada usia muda, in shaa Allah..



Use every second! Every second counts when you are in Makkah & Masya'ir ( Arafah & Mina)

Jgn bercakap hal dunia 

Jaga hubungan dgn Allah sahaja (Tak perlu berbual kosong dengan jemaah lain untuk menjaga hati)

Pohon diampunkan dosa di Arafah nanti:
- Dosa kecil & besar
- Dosa yang nampak &x nampak
- Dosa yang jelas & x jelas 
- Dosa yang terlafaz & x terlafaz
- Dosa dari semenjak lahir hingga ke saat pertemuan dengan Allah pada hari mahsyar 

Doakan kebaikan untuk semua:
- Org memberi Petunjuk & beri kebaikan kepadaku & org yg aku berikan kebaikan & petunjuk
- Org yg ada hak ke atas ku. 
- Muslimin Muslimah mukminin mukminat & seluruh Umat Nabi Muhammad 

Minta akhirat, akhirat,  AKHIRAT!

Minta doa mustajab

Minta semua amalan diterima 

Bolah aplikasi doa lailatulqadar untuk berdoa semasa di Arafah 
-minta ampun 
- minta amalan diterima & doa makbul 
- dpt jumpa Lailatul Qadar (atau dtg ke Tanah suci) setiap tahun sehingga akhir hayat
- dinaikkan darjat di saat dipertemukan dgn Allah 

Minta temukan dgn org Soleh Solehah & berilmu, bertaqwa, beriman & beramal 

Minta ampun dosa semua org, 70,000 malaikat akan aminkan doa kita

Haji mabrur boleh bg syafaat 70 org apabila dia pulang - peluk semua ahli keluarga apabila pulang

As a believer, life begins after we die . Ask yourself are you ready to die when we go to Arafah 

You will feel the presence of Allah 
All ibadah adalah kerana Allah. The rest is  not important . Tak kisah apa pun dugaan, org tolak etc tak apa. Redha!

Amalan di Masjidil Haram:
Solat sunat 2 rakaat 
Solat Sunat wudhu 
Solat sunat dhuha 12 rakaat (buat yg terbaik) 
Semua solat sunat 

Always in wudhu 
Solat sunat wudhu
Always niat iktikaf tak kisah walaupun utk 5 minit
Solat tahiyatul masjid 

Remember all the time semua ibadah times 100,00 pahala

Minta redha suami & parents 

Sabar & redha 

Jaga mulut- jgn celupar, semua dibayar cash on delivery 

Buat baik akan di balas terus 

Ada yg di sini penyabar, di sana tak sabar. Ada yg di sini tak sabar, di sana dia redha.

Doa pada Allah di Arafah, pasti dikabulkan, one by one, it's just a matter of time. Kalau bukan di dunia sekali pun, Allah kumpulkan di akhirat 

Help people whenever the opportunity arise.
-kisah prof Hapizah bersabar dgn jemaah yg solat di depan beliau semasa di dataran kaabah, jemaah itu tidak mahu berganjak walau sedikit, tetapi Prof sabar, hingga beliau terpaksa sujud di celah kaki org, ttp kemudian diwaktu solat yang lain Allah beri tempat di tingkat 1, jemaah lain memanggil prof utk ke kawasan yg nampak sesak, tapi ada satu ruang kosong seolah-olah Allah reserve untuk Prof

-kisah bawa 2 utas jam out of habit, just in case hilang satu, masih ada satu lagi. Memang hilang pun, so do not ever said "just in case". Percaya pada Allah! . DO NOT HAVE A SINGLE DOUBT with HIM

- kisah terlintas ttg macamana org sesat dlm Masjidil haram sedangkan semua pintu bertanda dengan nombor. Terdetik dalam hati sahaja. Tatkala Prof nak baharui wudhu di tempat air zam-zam, tak sampai pun 50 meter dari sahabat beliau, waktu nak kembali ke tempat solat itu, Prof tak jumpa cari sahabatnya. Selepas prof istighfar, rupanya kawannya ada di tempat tadi, cuma Allah hijabkan mata kita tak nampak.

Begitulah sedikit perkongsian dari saya. In shaa Allah I will try to write as much as Allah lets me. So that I can share the feelings, the ruh, the prepration (mental, physical, ibadah) for this once in a lifetime journey towards Allah.

Doakan kami selamat berangkat dan kembali dan beroleh haji mabrur, bersama-sama 5 juta jemaah haji tahun ini, in shaa Allah..