Thursday, 23 January 2014

Travelog Hajjah (Bahagian 11) : Mengapa kami "diusir" dari Mekah?

10 Zulhijjah 1434H 

Aidiladha... 

Kebiasaannya pada pagi hari raya, tak kira raya Aidil Fitri mahupun Aidil Adha, pasti ada ketupat dan rendang yang disajikan. Tanpanya, seolah tidak lengkap sambutan hari raya.

Aneh tetapi benar. Ini kali pertama tiada langsung makanan seperti yang disebutkan tadi, tetapi ini juga merupakan Aidil Adha yang paling bermakna buat kami. Apa tidaknya, kami berada di bumi Mina, bumi yang mustajab doanya, selama hari tasyrik, setaraf dengan berdoa di Arafah pada hari wukuf. Walaupun tanpa ketupat dan rendang, kukira makanan di Mina cukup mewah. Apatah lagi makan sambil bersila di dalam khemah, bersama jemaah haji yang lain, satu kenangan yang cukup manis bagiku.


Suasana di Khemah di Mina




Juadah istimewa Mina, Nasi Lemak Malaysia :)




Bekalan air mineral yang tidak pernah putus Alhamdulillah



Wajah-wajah suci teman-teman satu khemah di Mina. Semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan. Amin..

Ada jemaah haji yang bergegas pulang ke Mekah selepas melontar pada 10 Zulhijjah, untuk menyempurnakan ibadah tawaf dan saie haji, lantas boleh bertahlul thani atau menggugurkan semua larangan dalam ihram, termasuk hubungan suami isteri dan nikah kahwin. 

Kami memilih untuk tinggal di bumi Mina sehingga selesai semuanya. Menurut Ustaz Syukri dari Tabung Haji Travels, inilah sunnah yang dilakukan oleh Rasululllah Solalallahu Alaihi wassalam. Namun kami berbaik sangka dengan dengan mereka yang pulang. Mungkin ada panggilan fitrah yang mendesak. 

4 hari 3 malam yang sungguh menguji minda, bagi mereka yang kurang bersedia. Maklum sahajalah, tinggal di khemah, cuaca yang panas, aircond yang tidak cukup kuat untuk melawan sengatan mentari padang pasir. Pasti terbayang katil dan tilam yang empuk di hotel, makanan yang mewah dan tempat solat yang selesa di Masjidil Haram, tidak seperti di dalam khemah di Mina, solat di celah-celah juluran kaki jemaah haji lain. Tandas serba sederhana, mengingatkan aku kepada tandas di rumah datukku di kampung, yang terletak di luar rumah. Kalau nak melabur pada waktu malam, puaslah kena pujuk abang atau sepupu  lelaki untuk menemankan. 


Alhamdulillah Biovelocity Sleepmate menjadi peneman setia di Masyair. 
Aku terfikir, mengapa kami semua "dicampak keluar" dari keselesaan Mekah dan Masjidil Haram ke padang pasir ini? Sudah elok dapat bersolat di hadapan kaabah, kami diperintahkan ke Arafah. Baru sehari di Arafah, disuruh pula bermalam di Muzdalifah, yang berlantai bumi berbumbung langit? Bermalam pula di Mina dan disuruh melontar anak batu ke jamrah? Memang, aku yakin kita sebagai hamba tidak layak mempersoalkan perintah Tuannya, tetapi aku juga yakin setiap sesuatu itu pasti ada hikmah disebaliknya.

Persoalanku terjawab pada suatu sesi tazkirah di Mina. Ustaz Nasib menjawab persoalanku satu persatu, seolah-olah ada SMS yang kuhantar kepadanya. Subhanallah Allah beri jawapan melalui seorang daie.

Kami diingatkan dengan kisah Nabi Adam yg tercampak ke Ceylon selepas dikeluarkan dari syurga, bagaimana baginda menangis & bertaubat selama bertahun-tahun. Selama bertahun-tahun juga Nabi Adam berjalan hingga akhirnya sampai ke bumi hijjaz ini, bertemu dgn isteri yang sangat dirindui iaitu Siti Hawa. Berkenalanlah semula Nabi Adam dengan Siti Hawa & mereka saling mengenali diri mereka semula, di bumi Arafah, yang bermaksud perkenalan. 

Bayangkanlah, hanya kerana satu kesalahan memakan buah larangan, Nabi Adam dan Siti Hawa terkeluar dari syurga. Mana mungkin kita yang bergelumang dgn jutaan dosa senang-senang boleh masuk syurga? Maka kita diminta keluar dari Mekah, menuju ke Arafah utk mengenali diri semula , dan memohon ampun di sana, kerana Allah berjanji seperti dalam hadis Qudsi: 

Pada hari yang mulia itu Allah SWT sedang memanggil para malaikatnya berkumpul di langit Arafah, dan membangga-banggakan umatnya yang sedang wukuf di Arafah di hadapan para malaikatnya di langit.



Disebutkan dalam hadits qudsi bahwa Allah berfirman bahwa :
“ Lihatlah kepada hamba-Ku di Arafah yang lesu dan berdebu. Mereka datang kesini dari penjuru dunia. Mereka datang memohon rahmat-Ku sekalipun mereka tidak melihatku. Mereka minta perlindungan dari azab-Ku, sekalipun mereka tidak melihat Aku”


Allah sangat memuliakan hari wukuf di Arafah. Hari itu, Allah mendekat sedekat-dekatnya kepada orang-orang yang wukuf di Arafah untuk mendengarkan ungkapan dan keluhan hati mereka, menatap dari dekat wajah dan perilaku mereka. Nabi Muhammad saw bersabda :
“ . . . Ia (Allah) mendekat kepada orang-orang yang di Arafah. Dengan bangga Ia bertanya kepada para malaikat, Apa yang diinginkan oleh orang-orang yang sedang wukuf itu ? “


“Hai malaikat-Ku ! Apa balasan (bagi) hamba-Ku ini, ia bertasbih kepada-Ku, ia bertahlil kepada-Ku, ia bertakbir kepada-Ku, ia mengagungkan-Ku, ia mengenali-Ku, ia memuji-Ku, ia bershalawat kepada nabi-Ku. Wahai para malaikat-Ku ! Saksikanlah, bahwasanya Aku telah mengampuninya, Aku memberi syafaat (bantuan) kepadanya. Jika hambaku memintanya tentu akan Kuberikan untuk semua yang wukuf di Arafah ini.”(Imam al-Ghozali)


Kedua, kami diminta mengimbau kisah Nabi Ibrahim yang tersangat mengidamkan anak tetapi isterinya Siti Sarah tidak boleh melahirkan anak. Betapa baginda gembira apabila bernikah dengan Siti Hajar & dikurniakan pula seorang anak bernama Ismail. Sedang berbunga hati dengan kasih seorang ayah kepada anaknya, turun perintah dari Allah, menyuruh Nabi Ibrahim untuk menghantar mereka ke Lembah Bakkah. 


Berbulan-bulan mereka berjalan dari Palestin hingga ke Mekah. Hebatnya wanita bernama Siti Hajar,  langsung redha & tinggal di Mekah di Hijir Ismail apabila diberitahu, itu adalah perintah TuhanNya. Nabi Ibrahim terus berjalan tanpa menoleh ke belakang (kerana terlalu sedih) & berdoa apabila sampai di Jabal Qubais. 



"Wahai Tuhan kami,sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ada tanaman padanya,disisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya.Wahai Tuhan kami,mereka ditempatkan di situ supaya mereka mendirikan solat dan memakmurkan tempat itu dengan ibadat.Oleh itu,jadikanlah orang sekeliling tertarik dan kasih terhadap mereka,dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dari hasil tanaman,semoga mereka bersyukur"


Pengajaran dari perintah ini ialah, Allah tidak mahu kecintaan Nabi Ibrahim terhadap anak & isteri melebihi kecintaan baginda kepada Allah. Namun Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang, memberi ganjaran kepada keluarga ini, dengan mengangkat martabat Hajar hingga diberi nama Hijir Ismail sedemikian, dan pergerakan saie sempena pergerakan Siti Hajar mencari air di antara Safa dan Marwah, diabadikan sebagai salah satu rukun haji dan umrah.

Setelah Nabi Ismail meningkat dewasa, Allah perintahkan pula Nabi Ibrahim bersama anaknya, untuk membina Kaabah, yang akan menjadi satu simbol kesatuan ummah Islam, menjadi kiblat dari ribuan tahun yang lalu, selepas Rasulullah mendapat wahyu pertukaran kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram, hinggalah ke saat ini.


Kemuncak ujian bagi Nabi Ibrahim, bukti cinta Nabi Ibrahim kepada Allah, melebihi segalanya, adalah apabila diminta menyembelih anaknya yang soleh. Syaitan mendesak dan menghasut dengan hebat, ketiga-tiga insan dari ibunya, bapanya, hinggalah ke Nabi Ismail sendiri, lantas dilontar anak batu hingga tewas syaitan terkutuk.


Inilah hakikatnya, Mina adalah kemuncak ujian iman semasa haji sama seperti kemuncak ujian iman Nabi Ibrahim dari Tuhannya, di bumi Mina ini juga. Jemaah haji harus "menyembelih" semua "Ismail" dlm diri kami, sama ada kecintaan itu dalam bentuk anak, harta, isteri, pangkat dan sebagainya, yang mungkin bisa menghalang cinta kita kepada Allah. Di sinilah PERANG diisytiharkan dengan syaitan. 
Hakikatnya melontar jamrah BUKAN sekadar ritual! Bukan jua jemaah haji itu datang menunaikan ibadah haji hanya kerana sudah sampai waktunya, atau sudah cukup simpanannya. 


Subhanallah, banyak yang dapat kupelajari. Satu proses menuntut ilmu yang sangat indah, dan tak mungkin dapat kulalui buat kedua kalinya. Hatta andai ada rezekiku menunaikan haji kali ke dua, pastinya tidak sama dengan pengalaman kali pertama.


Rupanya ibadah haji ini penuh simbolik. Tawaf lambang kepatuhan, sambil kita melakonkan perbuatan para malaikat di langit yg mengelilingi Sidratul Muntaha. Selain ketika sujud, bagi yang pernah ke Tanah Suci, pasti bersetuju jika kukatakan, ketika tawaflah kita terasa begitu hampir dengan Rabbul Alamin, Allah Azzawajalla. 

Saie rupanya simbolik kita berusaha dalam hidup. Benar kita boleh berusaha tetapi hasilnya terserah pada Allah Yang Esa. Seperti Siti Hajar berlari-lari mencari air di Safa dan Marwah, namun air zam-zam yang dikurniakan Allah atas asbab hentakan kaki seorang bayi, di bawah redup naungan Kaabah, dan bukannya di tempat Siti Hajar berlari. Hakikatnya usaha tidak boleh berlaku tanpa kita mendekatkan diri dengan Allah terlebih dahulu, justeru saie hanya sah andai dilakukan selepas tawaf. 

Ternyata sepanjang ibadah haji, kita diminta melakonkan watak-watak Nabi Adam Alaihissalam, Nabi Ibrahim Alaihissalam dan Siti Hajar Alaihassalam.  Bukan sekadar lakonan, namun dikerjakan atas dasar kepatuhan, yang diiringi penghayatan. 


Bukan atas dasar suka-suka Allah "mengusir" kami dari Kota Mekah. Rupanya supaya kami sedar, kadangkala perlu meninggalkan sedikit keselesaan, untuk kita kembali mengenali asal diri kita, seorang hamba yang tidak layak meminta apa-apa dari Tuhannya, namun hanya kerana DIA itu Maha Pengampun dan Pemurah, Maha menyayangi kita tidak seperti yang lainnya, maka kita letakkan segala pengharapan, memanjatkan segala permohonan hanya padaNya.

Tiga hari di bumi Mina cukup menginsafkan. Semua insan disama ratakan. Tiada gelaran yang dibawa, hanya satu nombor yang terlekat di tilam, dan sebuah tanda nama tersangkut di leher. 


Suatu senja di Mina
Bangunan apartment di belakang khemah kami, yang menjadi landmark bagi khemah Tabung Haji Travels


Bergambar kenanagan pada hari terakhir melontar jamrah 13 Zulhijjah

Abah sakit pinggang, jadi terpaksa guna kerusi roda. Alhamdulillah Abah tetap kuat dan dapat melontar jamrah sendiri.


Mina pada 13 Zulhijjah
Mentari pagi 13 Zulhijjah

Di hadapan kompleks jamrah

Menjelang hari 13 Zulhijjah, selepas melontar jamrah untuk hari ke tiga, bumi Mina semakin lengang. Pastinya ramai yang sudah kembali kelmarin dan menunaikan nafar awal. 


Alhamdulillah bertemu Profesor Tajunisah, pensyarahku semasa di Universiti Malaya

Bergambar kenangan di hadapan khemah sebelum berlepas pulang ke Mekah

Kerinduan kepada Baitullah semakin mencengkam. Bas merangkak perlahan meninggalkan Mina, bersama seribu kenangan dan keinsafan..




Tuesday, 21 January 2014

Travelog Hajjah : Bertemu Penulis Buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman

Salam,

Alhamdulillah Allah SWT telah mengatur perancangan untuk kami berpeluang bertemu dengan salah seorang idola haji muda kami.

Here is the completed 2 parts of the tazkirah from Prof Kamil Ibrahim whom we met in Madinah after our hajj, in Elaf Taiba Hotel Madinah



Tajuk: Bagaimana Mengekalkan Haji Mabrur (Bahagian 1 dan Bahagian 2)

YouTube keyword: draisyahafiz and kamil


Part 1


Part 2

Semoga bermanfaat. Amin

Thursday, 16 January 2014

Travelog Hajjah (Bahagian 10) : Terlerai 10 larangan ihram...


Kami tiba di khemah kami di Mina kira-kira jam 4 pagi, 10 Zulhijjah 1434H. Terkebil-kebil mataku, mengibas sisa kantuk dari diri, mengemas barang-barang dari dalam bas untuk di bawa turun. Dua tiga orang petugas Tabung Haji kulihat berlari-larian mengambil kerusi roda dari perut bas, untuk menyambut jemaah yang uzur dari bas kami. Cuma aku agak hairan melihat mereka berpakaian biasa, berseluar panjang dan berbaju kemeja T. "Eh, diorang tak buat hajikah? Atau sudah selesai melontar jamrah Aqabah maka dah boleh tahlul awal?". Namun sifat komited mereka dalam menunaikan tanggungjawab menyantuni para tetamu Allah amat aku kagumi hingga ke hari ini. Selepas beberapa ketika berada di Mina, baru kuketahui rupanya memang ada sebahagian petugas Tabung Haji yang tidak menunaikan ibadah haji pada tahun ini, demi memastikan kelancaran segala urusan. Mereka pun sebenarnya sudah beberapa kali menunaikan ibadah haji pada tahun-tahun sebelumnya. 


Dalam kesibukan menurunkan barang, dan berjalan dalam remang cahaya di celah-celah khemah, suara azan Subuh berkumandang. Aku terpinga-pinga. "Ini azan subuh atau azan tahajjaud seperti di Mekah?". Kami sekumpulan bergegas mencari khemah kami. Rupanya kami adalah bas terakhir yang sampai dari Arafah. Tiga bas pakej Aqiq yang bergerak serentak dengan kami sudahpun tiba pukul 1.30 pagi, kira-kira dua jam setengah sebelum kami. Alkisahnya pihak Tabung Haji sudah ternanti-nanti ketibaan kami, dan rupanya bas kami tersesat. Namun aku bersyukur kerana aku telah tertidur sepanjang perjalanan, dan tidak merasakan keletihan akibat jangkawaktu yang lama di dalam bas. 


Khemah kami serba sederhana. Ruang yang dulunya agak luas dan ada privasi di Arafah, tidak lagi sebegitu di Mina. Sebuah khemah besar menempatkan ratusan jemaah haji, yang hanya dibekalkan sebuah tilam lipat dan selimut setiap seorang. Ruang untuk kami bergerak hanyalah sebesar satu tapak kaki apabila semua tilam dibentangkan. Kami 14 jemaah haji wanita berkongsi satu "cubicle" yang dipisahkan dari jemaah lain, dengan satu tali yang direntangkan sebagai tempat penyidai. Benarlah orang kata, di bumi Minalah ujian yang sebenar, tatkala ruang sendiri hanyalah sebesar liang lahad! Allahu Akbar...



Tilam, selimut, selipar, tuala dan seuncang anak batu yang disediakan. Dalam uncang putih itu adalah syampu, sabun dan sikat untuk membersihkan diri.




Seketika kemudian kami mendengar iqamah! Allah! Jemaah lain sudah siap sedia untuk solat subuh berjemaah sedangkan kami baru sahaja sampai. Mujur Ustazah Asma segera datang, memujuk kami agar berjemaah sesama kami sahaja. Walaupun ketinggalan dari jemaah yang lain, sekurang-kurangnya kami masih mendapat pahala beribadah sepanjang malam in shaa Allah.


Usai solat subuh, ramai yang berehat seketika. Kami dimaklumkan akan dibawa melontar jamrah Aqabah untuk 10 Zulhijjah itu, pada malam nanti iaitu malam 11 Zulhijjah bagi mengelakkan kesesakan. Ini kerana bagi jemaah haji bermazhab selain mazhab Shafie, mereka wajib melontar pada waktu dhuha 10 Zulhijjah. 


Namun ketika aku ingin ke tandas, aku berselisih beberapa jemaah haji yang berselendang hijau, yang baru pulang dari melontar. Kata mereka, masih belum ramai orang kerana ramai jemaah yang belum tiba dari Arafah dan Muzdalifah. Aku segera pulang ke khemah dan mengajak keluargaku untuk melontar sebelum habis waktu subuh itu. Suamiku aku hubungi melalui SMS. 


Tidak sampai 15 minit kemudian, kami berkumpul di hadapan khemah kami. Ternyata ada beberapa orang Petugas Tabung Haji juga ingin melontar pagi itu, bagi membolehkan kami tahlul awal dan terbebas dari 10 larangan ihram (kecuali larangan yang berkaitan nikah kahwin).




Dalam remang subuh, kami melangkah ke arah kompleks Jamaraat. Hatiku tidak berhenti beristighfar, dan memohon agar semua urusan dipermudahkan. Kami mengikuti beberapa jemaah haji dan petugas Tabung Haji yang turut serta, semua jemaah wanita berselendang hijau, yang merupakan warna pengenalan kumpulan kami. 


250meter, dan kami sampai di tangga bergerak. Kami dimaklumkan untuk terus ke tingkat 3 yang merupakan jamrah yang dikhususkan untuk jemaah dari Asia Tenggara. 


Setibanya kami di tingkat tiga, MA SHAA ALLAH kulihat lautan manusia dari arah kananku. Semua melaungkan lafaz
"Labbaikallahumma labbaik!" secara berjemaah. Majoriti kulihat dari negara jiran, Indonesia. Masing-masing dengan bendera dan panji-panji masing-masing, berganding tangan bergerak dalam satu kumpulan ke arah jamrah. Meremang bulu romaku melihat fenomena luar biasa ini. Seolah-olah satu bala tentera bersedia menyerang syaitan durjana! 





Beriringan suami tercinta menuju Jamratul Aqabah


Suamiku menarik tanganku agar bergerak bersamanya. Kami melintas Jamratul Ula dan Jamratul Wusta yang dipagari pita merah dan dikawal oleh tentera Arab Saudi. Mungkin khuatir ada yang tersalah melontar. 

Sampai di Jamratul Aqabah atau nama lainnya Jamratul Kubra, imanku tergugat sekali lagi. Perasaan gerun menyelubungi hati dan perasaanku, melihat jemaah yang berlari-lari ke arah jamrah, seolah-olah sedang memecut dalam acara 100m,  dan melontar anak batu dengan sepenuh hati, seolah-olah merejam syaitan di depan mata. Mujur ibu mertuaku sentiasa di sisi. Aku pun tidak pasti, siapa yang melindungi siapa tetapi yang pasti kehadirannya memberi kekuatan buatku. Suami dan bapa mertuaku mengikut rapat dari belakang. 


Kuingat satu persatu pesanan Professor Kamil Ibrahim dalam bukunya Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman.  Sabar! Sabar! Sabar! Jemaah akan beredar sebaik sahaja habis 7 anak batu dilontarkan. Memang benar, semakin lama semakin sedikit jemaah di hadapanku, hingga aku berada betul-betul di hadapan takungan itu. 


Kuniatkan untuk melontar jamrah sebagai sebahagian wajib haji. Kulintaskan 7 sifat keji yang ingin kulontarkan dari dalam diriku.


Riak!

Takbur!
Sombong!
Ujub!
Kasar!
Pemarah!
Kuat cemburu!

1

2
3
4
5
6
dan akhirnya 7 biji anak batu kulontarkan.

Alhamdulillah...


Kami mencari arah kiblat. Berpandukan menara jam Zam-Zam Tower, kami menghadap kiblat dan membacakan doa. 


Alhamdulillah selesailah ibadah wajib haji melontar di Jamrah Aqabah. Sesudah memotong sedikit rambut (minima 3 helai), maka terlerailah sudah 10 larangan ihram kami termasuk menghilangkan rambut atau bulu pada badan, memakai wangi-wangian dan memakai pakaian berjahit buat jemaah lelaki. Ternyata 9 hari berada di dalam ihram tidak mudah. Namun Alhamdulillah aku bersyukur diberi kekuatan dan secebis ilmu untuk aku mempertahankan ihram haji Ifradku. 



Seusai menunaikan ibadah melontar jamrah pada pagi Aidiladha 1434H. Aku dan ibu telah selamat bergunting, suami dan  bapa mertuaku akan bercukur.
Tatkala kami menuruni escalator untuk pulang, bumi Mina sudah berubah menjadi lautan manusia berpakaian putih. Majoriti jemaah haji sudah mula sampai dari Arafah dan Muzdalifah. 


Hebatnya Allah yang boleh menerima jutaan tetamu pada satu masa, dan tidak ada seorangpun yang terlepas dari mendapat layanan istimewa dari Rabbnya..

Suami dan bapa mertuaku bercukur di sebuah kedai gunting yang berdekatan dengan kompleks jamrah. Bayarannya cukup mahal. 50 Riyal  untuk bercukur! Namun apalah nilai 50 Riyal berbanding dosa yang berguguran bersama setiap helaian rambut itu.




Abah beratur menunggu giliran untuk bercukur. Rasanya selama sepuluh tahun kukenali Abah, tak pernah Abah botak!

Sempat kubergambar dengan anak Arab yang comel ni.

Ibu dan wanita Arab yang berjualan di sekitar kedai potong rambut. Maklumlah selepas bercukur, jemaah lelaki dibenarkan memakai pakaian berjahit. Sesiapa yang tidak ada pakaian, boleh terus beli jubah di sini dengan harga 20-30 riyal sahaja sepasang. 


Like father, like son :)
Bergambar kenangan pagi Aidiladha.. Walaupun tiada suasana hari raya, tetapi pastinya satu kenangan terindah dalam hidup, berada di bumi Mina pada 10 Zulhijjah...

Mentari pagi yang mengiringi kami pulang khemah hari itu cukup indah. Mungkin kerana mentari itu menyinari cahayanya di bumi Mina yang bertuah  dan penuh keberkatan itu. Atau mungkin ia terlihat indah, dek kerana kebahagiaan yang kurasai pagi itu. Diiringi ahli keluarga tercinta, satu demi satu rukun dan wajib haji kami sempurnakan bersama. 



Atau mungkin juga kerana ada satu kelegaan dari dalam diri, kerana kutahu setibanya aku di khemah nanti, aku boleh mandi dan bersyampu sesuka hati, mengenakan deodorant Rexona yang wangi, dan menyikat rambutku yang sudah sembilan hari tidak terurus. Baru kutahu besarnya nikmat benda-benda yang selalu tidak disyukuri semasa di bumi sendiri... Betapa unik ibadah haji ini, hinggakan setiap helaian rambut ada nilainya. Andai terlanggar larangan, bayaran dam harus dibayar. Benarlah haji adalah ibadah menuju Ilahi. Setiap degup jantung, setiap langkah kaki, hingga setiap kuku jari ada nilai tersendiri, di sisi Rabbul Alamin...



Bersambung...

Friday, 10 January 2014

Biovelocity Sleep Mate.. Change the way you sleep, change your life!

Salam dearests,

Dah lama tak update kan. Maaflah sedikit sibuk dengan persiapan untuk menunaikan haji in shaa Allah. Few days back kami menerima surat meminta kami menyerahkan salinan sijil nikah sebagai pengesahan bahawa mahram saya untuk menunaikan haji ini adalah suami saya. 

Ini disebabkan polisi terbaru dari kerajaan Arab Saudi kerana pembinaan dan pembesaran Masjidil Haram yang sedang rancak berjalan, maka kuota untuk haji telah dikurangkan sebanyak 20% untuk setiap negara untuk musim haji 2013 ini. Please please please doakan semua dipermudahkan untuk saya dan suami ya.

Saya nak share tentang satu produk yang tengah sangat hot sekarang ini, iaitu BIOVELOCITY SLEEP MATE. 

Ia adalah satu pelapik tilam yang baru dilancarkan oleh Hai-O Marketing. 



As we know, sleep is very important in our lives. Babies yang baru lahir akan memerlukan hampir 23 jam tidur sehari (YES! No wonder they grow up so fast!). Kanak-kanak perlu hingga 16 jam, dan orang dewasa, idealnya dalah anatara 6 hingga 8 jam

Kenapa?

Sebab sewaktu tidur semua proses pembaikpulih sel-sel yang rosak dalam badan akan berlaku. Semua informasi yang diperolehi dan dipelajari akan disimpan dalam "hard disc" otak kita untuk dijadikan "long term memory". Bagi wanita, waktu ini paling penting untuk pemulihan kulit dan memastikan kita awet muda. If you must know, kalau anda nak invest on ONE cosmetic product to prevent those wrinkles, invest on a good NIGHT CREAM, cos the absorption is 60% more than waktu siang.

As we know, medicine is a just a small fraction of Alalh's knowledge, yang umpama 7 lautan yang tak pernah kering, sedangkan ilmu manusia ini umpama setitis yang melekat pada sebatang jarum.

Walaupun saya seorang doktor, saya percaya kepada perubatan alternatif. Dalam badan manusia, kita ada aura tersendiri. Cara paling senang nak tahu aura ni, pernah tak kita pergi ke satu majlis atau satu tempat, bila ada seseorang yang berpengaruh masuk, suddenly the room became quiet and everyone started to look at that person? Well, that's a simple analogy of AURA

Salah satu fungsi Biovelocity Sleepmate ini adalah untuk menyeimbangkan aura ini, yang kita kehilangannya, on a daily basis dari stress, radiasi dari telefon, alat elektronik, pemakanan tidak seimbang, and of course tidur yang tidak berkualiti.


In a nutshell, BVSM will improve your sleep, and will improve your health, stabilise your mood and emotion, increase your immune system & trust me, it will improve your energy level! Hence why I always have it with me bila travelling or bila ada program di masjid. Walaupun tidur sekejap, memang bila bangun rasa FRESH sangat!




Kenangan bawa Biovelocity Sleep Mate masa kursus Perdana Haji di Masjid Putra .



Ini pula satu testimoni dari seorang customer yg berpuas hati gunakan Biovelocity utk ibunya yang uzur. 



So call/SMS/whatsapp 0122979270 now to get yours! :) 

Azam Tahun Baru 2014. Kalau nak kurus, klik sini :)

Salam, 

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca dan fellow bloggers. 

Setiap tahun bila tahun berubah, secara automatik selalunya kita akan ada azam tahun baru, kan? Bukan disuruh tetapi seolah sudah sinonim dengan Tahun Baru.

Yang masih belajar, berazam nak belajar bersungguh-sungguh dan lulus exam

Yang masih single, berazam nak berusaha bersungguh-sungguh, kumpul duit dan berkahwin.

Yang masih belum mempunyai anak, ingin berusaha untuk mendapat cahayamata. 

Yang masih belum kurus, pastinya berazam ingin menurunkan berat badan. Haa... yang ini rasanya paling popular, termasuk diri saya, saya pun nak turunkan berat badan lagi. Bukan semata-mata nak cantik, tapi nak lebih sihat. 

Kalau sakit, nak beribadah pun kurang selesa, nak bekerja pun kurang bersemangat, sedangkan kerja juga boleh jadi satu bentuk ibadah, kan?

Jadi, apa yang kita perlu buat dengan azam ini? Saya ambil contoh turunkan berat badan ya sebab ini yang saya sendiri senaraikan dalam azam tahun baru saya :)


First of all, kena TULIS dan letakkan di tempat yang selalu kita nampak. Manusia ni sifatnya mudah lupa, jadi kita perlu sentiasa diingatkan. Percayalah, selagi tidak dituliskan, ia adalah ANGAN-ANGAN. 

Kedua, pastikan azam itu REALISTIK. Contoh kalau nak turunkan berat badan sampai 40kg tu, perlulah ambil masa. 

Perlu juga tahu BAGAIMANA nak capai azam tersebut. Nak diet? Nak exercise setiap hari? Tak mahu makan makanan yang manis? 

Last but not least, DATELINE. Bila kita nak capai azam kita tu? Again, be realistic. 

Saya nak kongsi satu kisah menarik di sini. Sure enough saya memang pernah "besar", my weight was 80kg after my 3rd child but Alhamdulillah I lost almost all of my 25kg weight gain tu. Almost! 

Tetapi lelaki ni lebih hebat kerana beliau hilang lebih 100kg! 


Beliau berkongsi 7 cara untuk beliau hilang berat badan. Saya cuma nak highlight a few points, yang saya sebagai seorang doktor, setuju dengan cara ini. 



Yang pertama: PROBIOTICS

Memang sudah banyak kajian yang menunjukkan probiotik atau bakteria baik dalam usus boleh membantu pencernaan yang lebih baik, menghalang pertumbuhan bakteria jahat dan sekaligus membantu menurunkan berat badan. Hai-O telah menyediakan probiotiks dalam kuantiti yang tinggi dan selamat untuk diminum hatta oleh bayi berusia 1 tahun ke atas , iaitu LACTOLITE.

Lactolite dari Hai-O Marketing

Bukti kajian probiotiks membantu menurunkan berat badan
Yang kedua adalah TIDUR yang baik. Tak dinafikan keadaan lelaki ini lebih kritikal kerana beliau mempunyai masalah obesiti yang melampau, hingga sesak nafas. Tetapi bagi kita semua, tidur yang baik iaitu cukup jangkawaktunya dan membolehkan kita bangun tidur dengan lebih segar, adalah sangat penting untuk kesihatan secara keseluruhan. 

Saya ingin mencadangkan BIOVELOCITY SLEEPMATE bagi membantu mendapatkan tidur yang lebih baik. Tilam ini disuntik dengan garam dari dasar laut, yang memancarkan gelombang yang dapat membantu mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

Biovelocity Sleepmate dari Hai-O Marketing

Last but not least, lelaki ini ada menyebut tentang DETOKSIFIKASI iaitu proses menyingkirkan lebihan bahan buangan dalam badan. 



Saya ingin mencadangkan Garam Buluh Premier Drink dari Hai-O untuk menyah-toksik dari dalam badan. 


Selain nyah-toksik atau detoksifikasi, ia juga dapat membantu merencatkan pertumbuhan sel kanser dalam badan, seperti yang dinyatakan dalam kajian ini:


Jom realisasikan impian untuk mendapat berat badan yang unggul dan langsing. Program KURUS TANPA DIET ala draisyahafiz :) 

Once berat badan mula turun, untuk bentuk semula badan yang menggeleber, kita pakai pula corset PREMIUM BEAUTIFUL k.

0122979270 is the number you should call/SMS/whatsapp to get that dream body.

Badan sihat, ibadah pun lebih sempurna kan :)