Hai-O Marketing Sdn Bhd








Hai-O Marketing Sdn Bhd merupakan anak syarikat yang disokong 100% oleh Hai-O Enterprise Bhd. Sejak penubuhan Hai-O Enterprise pada tahun 1975, syarikat ini menjalankan perniagaan perubatan    
tradisional China dengan berlandaskan konsep, "Produk berkualiti dengan harga berpatutan" dan sentiasa melakukan kerja amal.


Pada tahun 1996, Hai-O Enterprise melangkah ke era baru setelah berjaya disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur (Bursa Malaysia), dan mengekalkan rekod gemilang dengan mengagihkan dividen setiap tahun. Pada masa yang sama, ia juga merupakan syarikat pertama dan satu-satunya syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia melalui penjualan produk penjagaan kesihatan tradisional.

Perniagaan Kumpulan Hai-O termasuk pemborongan, pengimportan, peruncitan, jualan langsung, farmaseutikal dan klinik perubatan tradisional. Dalam masa 30 tahun ini, Hai-O berjaya menubuhkan rangkaian jualan dengan strategi pemasaran yang kukuh.


Sejak penubuhan Hai-O Marketing pada bulan September 1992, syarikat ini terus berkembang dan menjadi sebuah syarikat jualan langsung yang unggul di Malaysia.

Atas pencapaian yang terserlah, Hai-O Marketing dipilih sebagai salah sebuah syarikat jualan langsung yang unggul daripada sepuluh buah syarikat jualan langsung di Malaysia. Di samping meraih gelaran "Syarikat yang Paling Menakjubkan", "Syarikat Jualan Langsung yang Berkembang Paling Cepat" dan "Syarikat yang Paling Stabil".


Kini,  memiliki lebih daripada 34,000 orang pengedar aktif dan lebih daripada 50 buah stokis / pusat jualan di seluruh Malaysia bagi memudahkan pembelian barangan oleh pengedar.

Menjadi ahli kepada Persatuan Jualan Langsung Malaysia sejak tahun 1994.

PENGIKTIRAFAN
Pengiktirafan dari dalam negara
Anugerah Forbes Asia tiga tahun berturut-turut 2007,2008dan 2009
Hai-O Marketing menerima anugerah CSR Perdana Menteri

Anugerah Syarikat Bintang Harapan 2010/2011

Program Pengiktirafan Kod Etika Global 2012
The Genuine Corporate Award







No comments:

Post a Comment