Monday 21 November 2022

Pengalaman menjadi ejen tempat mengundi PRU 15

Alhamdulillah pada jam 4 petang, 19 November 2022, saya selesai bertugas sebagai ejen tempat mengundi untuk Pilihanraya Umum ke 15.

Setakat pukul 2.45 petang, 400 pengundi daripada 699 yang tersenarai sudah mengundi di saluran orang muda.

Yang beratur pun berpuluh-puluh lagi.

Nak minum pun hampir tak sempat tadi. 

Ada yang baru accident, bertongkat, minta mengundi di bawah.

Ada yang dukung aak, beratur berjam-jam.

Ada yang tangan menggigil nak celup dakwat.

Ada yang confuse, nak bagi kertas undi kat kami, PACA ni.

Kelakar pun ada, but mostly I'm immensely proud. 

Saya nak kongsikan, nak tahu tak cerita paling kelakar jadi ejen tempat mengundi ?

Ada lah seorang pengundi muda ni.

Saluran saya saluran 6, untuk pengundi-pengundi lahir tahun 1996 hingga 2004.

Semua muda-muda.

Masuk seorang wanita muda ni.

Tinggi lampai, langsing.

Punyalah cantik, pakai dress. Sampai saya pun terpandang dua kali.

Jelas kelihatan ini pertama kali beliau nak mengundi. Nak celup jari dalam dakwat kekal pun agak gelabah. 

Selepas dapat kertas undi, beliau tanya kami, nak undi di mana.

Saya pun tunjuk, "Pergi pangkah di kotak, dik."

Ketua Tempat Mengundi (KTM) kami perhati je beliau.

Tak lama kemudian, sedang kami sibuk semak nama pengundi lain, tiba-tiba wanita itu angkat kepala dari tempat mengundi.

KTM pandang beliau.

Beliau kata,"Encik, dakwat kat jari tu tak lekat lah kat kertas undi. Tak boleh."

KTM pun jawab, "Pangkah pakai pen, Cik."

Wanita pun tunduk balik dalam kotak mengundi.

Kemudian KTM pandang saya, saya pandang KTM. Masing-masing tahan nak gelak.

Kepala wanita tu muncul balik, sambil beliau kata, "Ooooh!".

Selesai wanita tu mengundi dan masukkan kertas undi dalam kotak undi, beliau ucap terima kasih dan keluar.

Ada ahli keluarga beliau tunggu di luar bilik darjah.

Tak lama lepas tu saya dengar mereka ketawa berdekah-dekah.

Saya pun tumpang gelak sekali dalam hati dengan penuh sopan.

Begitulah.

Apa pun, saya bangga dengan wanita muda itu.

Sungguh pun blur, beliau tetap turun mengundi, tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.


Syabas anak muda.


#drazlindarita

#kisahkehidupanDrAzlindarita

#GE15

#PRU15




No comments:

Post a Comment