|
Pintu masuk Santuari Ikan Sungai Chiling. Atas sedikit dari Kuala Kubu Bharu, jika anda dalam perjalanan ke Bukit Fraser, anda akan nampak gerbang ini di sebelah kanan. |
Sungai Chiling
Fish Sanctuary
Hujung
minggu Awal Muharram, sepatutnya kami sekeluarga bercuti ke Genting Highland.
Hotel pun sudah ditempah beberapa minggu sebelum itu lagi. Namun , seminggu
sebelum waktunya, ramalan kaji cuaca mengatakan yang akan hujan sepanjang Sabtu
dan Ahad, maka kami mengubah perancangan. Iyalah, tak guna juga ke Sky World Genting
tetapi tidak boleh bermain apa-apa kerana hujan, bukan?
Hari Sabtu
30 Julai, kami ke Escape PJ. Hari Ahad 31 Julai pula, kebetulan sahabat hiking
saya, Arash, ada membawa beberapa orang sahabat ke Sungai Chiling Fish Sanctuary.
Pada
mulanya saya meminta izin suami saya untuk ikut. Tidak saya sangka, beliau juga
berminat untuk turut serta. Bayaran RM40 dikenakan, termasuk permit , makan
tengahari serta khidmat guide serta sweeper. Iyalah, pertama kali pergi, lebih
baik pergi dengan orang yang sudah berpengalaman.
Kami
diminta berkumpul di tapak letak kereta Sungai Chiling jam 8.30 pagi. Seawal
7.30 pagi kami sudah bergerak dari rumah. Google Map memberi pandu arah, agar
kami menggunakan laluan Jalan Sungai Tua, Ulu Yam hinggalah ke Kuala Kubu
Bharu. Pelik juga kenapa tidak disuruh melalui Rawang Bypass sahaja, tetapi
kami turuti sahaja. Damai juga pagi-pagi menelusuri jalan dengan pemandangan
empangan yang indah.
Kami tiba
sekitar 8.45 pagi, semua ahli kumpulan sudah sampai. Alhamdulillah masih ada
tempat parking yang kosong.
|
Tempat letak kereta ini tidak berturap ya. Sebaiknya jika ada 4WD bawalah kereta itu, atau Myvi. Semasa kami sampai, ada kereta Vios tersagat bumper terkena batu |
Kami diberi
taklimat, bahawa tempat untuk menukar pakaian, solat dan sebagainya terletak di
campsite. Kami boleh membawa pakaian untuk bersalin sekali, tetapi perlu diletakkan
di dalam beg plastik untuk mengelakkannya basah.
Dari tempat
letak kereta, kami berjalan kira-kira 10 minit ke tapak perkhemahan atau
campsite. Di sini, guide kami iaitu Arash pergi mendaftar bagi semua ahli
rombongan kami seramai 16 orang. Di camp site ini kemudahan serba lengkap. Ada
tandas, bilik mandi, wakaf, gerai dan surau.
Selesai
mendaftar, kami bergerak ke pintu masuk, iaitu sebuah jambatan. Di sini ranger
akan membuat pemeriksaan beg, bagi memastikan tiada sesiapa yang membawa
peralatan memasak. Adalah menjadi kesalahan jika membawa peralatan sedemikian,
dan boleh dedenda sehingga RM10,000. Antara sebabnya adalah, ikan kelah yang
terdapat di sini adalah dipelihara, dan tidak boleh ditangkap , sama ada untuk
dibawa pulang mahupun dimasak!
Tepat jam
9.30 pagi, kami memulakan perjalanan. Saya lihat ramai juga ibu bapa yang
membawa anak kecil. Malah ada yang menggendong anak menggunakan carrier, yang
saya kira adalah lebih selamat berbanding segelintir yang mendukung anak di
atas bahu. Perbuatan ini merbahaya, kerana laluan adalah berbatu, dan licin di
sesetengah tempat. Hampir sahaja suami saya ingin menegur seorang bapa yang
mendukung anaknya begitu. Tetapi saya kata, they must have known the risk.
Laluan pertama
, landai sahaja, tetapi sangat berselut. Kami memilih untuk memakai hiking
boots walaupun tahu memang akan basah nanti. Untuk sampai ke air terjun iaitu
penghujung laluan trekking kami ini, anda perlu merentas sungai sebanyak 6
kali. Yang pertama dengan jambatan, dan 5 kali lagi meredah air sungai.
Ada sebahagian
hikers yang saya lihat membuka kasut dan meredah berkaki ayam. Kami basahkan
sahaja kasut, kerana khuatir ada objek tajam di dalam sungai. Saya kira jika
anda memakai hiking sandals, adalah pilihan yang baik.
Lintasan-lintasan
ini, semuanya ada disediakan tali untuk anda berpaut, maka tidaklah susah.
Mungkin bagi kanak-kanak berusia 7-8 tahun seperti Uwais, perlu pengawasan rapi
kerana ada kawasan yang airnya deras juga. Tetapi pengalaman ini amat menyeronokkan
bagi saya, kerana setiap kali melintas, kami dapat melihat betapa banyaknya
ikan kelah yang berenang-renang di dalam air yang teramat jernih.
Lintasan ke
enam adalah yang paling mencabar, kerana airnya agak dalam. Untuk saya yang
berketinggian 162cm, hampir mencapai paras pinggang. Saya yang tidak mahu beg
saya basah, berjalan dengan berjingkit.
Alhamdulillah
selepas 40 minit, akhirnya kami sampai di Air Terjun Sungai Chiling yang amat
cantik. Oleh kerana tempat ini hanya dibukan Sabtu dan Ahad, memang sangat ramai
pengunjung. Kami bersyukur kerana Arash sudah berpesan untuk membawa roti untuk
memberi makan kepada ikan. Puaslah kami mandi manda di air terjun yang dingin,
memberi makan ikan kelah yang jinak, bergambar dengan sahabat-sahabat dan
berpiknik sambil menikmati pemandangan yang indah.
Selepas
sejam berada di kawasan air terjun, kami mula bergerak pulang, dan perjalanan
pulang juga mengambil masa 40 minit. Pada mulanya saya berniat untuk bersalin
pakaian di bilik mandi di campsite. Tetapi oleh kerana ramai yang beratur, kami
terus menukar perancangan dan meneruskan perjalanan ke Kuala Kubu Bharu, untuk mandi
dan solat di Masjid Kuala Kubu Bharu.
Malangnya ,
perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa tidak sampai 20 minit, menjadi hampir
sejam, kerana ada perarakan Hindu yang berlangsung di tengah jalan, hingga
menyebabkan kesesakan lalulintas.
Apabila
sampai sahaja di Masjid Kuala Kubu Bharu, suami saya yang keletihan, meminta
saya pergi mandi dan bersalin pakaian serta solat dahulu, sementara beliau melelapkan
mata seketika.
Kagum saya
melihat Masjid Kuala Kubu Bharu, yang mana tandasnya sudahlah bersih, kamar
mandinya lengkap dengan pancuran mandi, sabun, tempat menggantung pakaian dan
sebagainya. Tempat solat wanita juga amat bersih dan luas.
|
Pintu berbunga itu adalah pintu masuk ke Dewan Solat Muslimah ya |
|
Masuk saja pintu berbunga tadi, ada tempat ambil wudhu untuk wanita |
|
Luas sungguh tempat solat untuk wanita |
Selesai
kami berdua solat, kami sempat singgah menjamu selera di warung cendol Pak Samad
yang terletak betul-betul di hadapan masjid. Enak betul, badan letih, perut
lapar, dapat pula nasi putih gulai daging salai, laksa penang, cendol dan
pisang goreng.
|
Daging salai masak lemaknya memang mengancam |
|
Saya tak tahu nak pilih , jadi saya order saja semua haha. Laksanya sedap, rojak pun sedap. Cendol juga sedap. Harga juga berpatutan |
Alhamdulillah,
Sungai Chiling Fish Sanctuary adalah sebuat hidden gem di Kuala Kubu Bharu.
Berbaloikah
memandu sejam untuk sampai ke sana?
Totally
worth it!