Wednesday 26 February 2014

A tribute to our lil baby who had gone to heaven...


It was the 6th of February 2014. It's amazing how 2 simple lines can bring such joy to the family. After almost 5 years, another baby will surely light up our home. Fatimah, Dina & Umar couldn't believe what they heard but they were already arguing how would the baby look like, hoping she or he will look like them. Almost all of them wanted a baby boy. 

A day after, we were shocked by the sudden departure of our beloved sister in business, madam Lam. I was with CDM Chan's family till they brought her to the mortuary in Hospital Selayang.

Maybe from the shock and bereavement , or the excessive movements I bled a bit but I knew you would survive, lil baby. 

After a week long MC, I was back to work. I was so lucky to have such understanding superiors & colleagues, who put me off oncalls and heavy clinical works. 

The nausea & vomiting started at 5 weeks plus & much welcomed, cos I know it means you are growing strong inside me. 

At 6 weeks we saw you for the first time, in a tiny sac but we cannot see any heartbeat yet cause you are so small still. Everyday I prayed for you so that you will become a coolness to our eyes & hearts. Deep down I knew you'll be a little girl with curly hair & big beautiful eyes. 

Today, I woke up with a bad feeling, deep in the pit of my stomach. The cramps I felt since yesterday was indeed the premonition of the thing I fear most. I bled & bled... & I think I lost you.... 

You'll be 7 weeks in 2 days time but our time together was indeed very short. Allah gave you to us for a short while, only to take you back cos He knows what's best for us. 

Gravida 5, para 3 + 1 has become para 3 + 2. In lay term, 5 pregnancies, 3 successful ones, 2 ended abruptly. 

I sure hope to see you in heaven, my child. No matter how small you were in my womb, you have no idea how much I love you already. Till we meet again, darling. I will never erase you from my memories... Never... Ummi Abi love you so much.. 
 


Tuesday 11 February 2014

Travelog Hajjah (Bahagian 13) : Jalan-jalan subur iman di sekitar Masjidil Haram

Alhamdulilah pada 14 Zulhijjah 1434H, selepas Subuh suamiku selesai menunaikan ibadah tawaf dan saie haji beliau. Ibu dan Abah pula melakukannya selepas Isyak pada hari itu, kerana Abah diserang sakit pinggang pagi itu. Kiranya suamiku melakukan dua kali tawaf dan saie pada satu hari. Sekali untuk dirinya, sekali lagi untuk menyorong bapa mertuaku di kerusi roda dan menemani ibunya. Alhamdulillah terasa bersyukur, dan lega selepas keempat-empat kami selesai menyempurnakan semua rukun dan wajib haji.

Pulang dari Mina, memang ramai jemaah haji yang jatuh sakit, terutamanya mereka yang sudah berusia. Suamiku yang keletihan, juga demam dan sakit-sakit badan. Kami ke pusat kesihatan yang disediakan oleh pihak Tabung Haji, di Hotel Hassan Khazindar yang terletak tidak jauh dari hotel kami.

Hotel Hassan Kazindar yang menjadi penginapan bagi jemaah haji muassasah. 


Suamiku diperiksa oleh Medical Assistant yang bertugas. Semoga Allah merahmati semua petugas yang bertungkus lumus memberikan yang terbaik untuk keselesaan jemaah haji Malaysia. Semua perkhidmatan kesihatan di sini adalah PERCUMA

Kaunter Pengeluaran wang yang turut disediakan di Hotel Hassan Kazindar ini. Jemaah haji hanya perlu membawa tanda nama, dan memberikan cap jari untuk mengeluarkan duit, dalam matawang Riyal. 
Antara aktiviti jemaah haji pakej Aqiq selepas ibadah haji adalah acara Jalan-Jalan Subur Iman. Kami dibawa berjalan-jalan di sekitar kawasan Masjidil Haram, sambil Ustaz Syukri, Ustazah Asma dan Ustaz Ayahanda dari Tabung Haji berkongsi sirah atau sejarah Rasulullah SAW dan para sahabat.

Bergambar di hadapan Hotel Hilton Mekah. Sebuah surau di dalam hotel ini dinamakan Surau Saidina Abu Bakar kerana di sinilah terletaknya rumah asal beliau pada zaman Rasulllah SAW

Jemaah haji khusyuk mendengar penjelasan dari Ustaz berkenaan tempat-tempat bersejarah di sekitar Masjidil Haram

Antara jemaah pakej Aqiq yang turut serta. Suamiku yang masih belum sihat, tidak menyertai rombongan kali ini. Kami bergerak dari Hotel Hilton ke Jabal Qubais

Suhu sekitar jam 10 pagi

Di belakangku adalah Istana Singgah Raja Arab Saudi, yang didirikan di atas JABAL QUBAIS atau Jabal Abi Qubais.

 Antara peristiwa bersejarah di Jabal Qubais yang terletak bersetentang dengan bucu Hajar Aswad di Kaabah adaalah adalah:

1) Tempat Rasulullah dan Saidina Abu Bakar duduk semasa mereka masih kecil, sambil menjuntaikan kaki ke bawah

2) Tempat di mana Hajar Aswad diturunkan dari syurga. Selepas Nabi Ibrahim mendirikan kaabah, Jibril diperintahkan oleh Allah Subhanahu wataala untuk mengeluarkan Hajar Aswad dari bukit ini, untuk diserahkan kepada Nabi Ibrahim dan diletakkan di sisi kaabah

3) Ketika firman Allah diturunkan: "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan)mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh", (al-Hajj: 25 - Tafsir Pimpinan ar-Rahman"), dikatakan bahawa Nabi Ibrahim Alaihissalam telah melakukan seruan haji ini dari puncak Jabal Abi Qubais. 

4) Peristiwa Rasulullah SAW membelah bulan berlaku di sini.


Bukit Safa
 Bertentangan dengan Jabal Qubais pula adalah pintu masuk ke Bukit Safa iaitu tempat permulaan untuk ibadah saie. Antara kisah menarik di sini adalah:

1) Di sinilah rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam yang merupakan tempat pertemuan kaum Muslimin yang pertama semasa zaman Islam disebarkan secara sembunyi. Di rumah ini jugalah tempat Saidina Umar Al-Khattab menyerah diri untuk memeluk agama Islam selepas beliau mendengar adik dan adik iparnya membaca surah Taha ayat 1 hingga 5

2) Di sini tempat Rasulullah mengumpulkan kaum Quraisy dan bertanya, "andai aku katakan ada musuh yang datang di balik bukit ini, bersedia untuk menyerang kamu, adakah kau percaya?". Kesemua pemimpin besar kaum Quraisy mempercayai kerana Rasulullah sememangnya terkenal sebagai Al-Amin iaitu amanah. Namun apabila Rasulullah menyeru mereka kepada Islam, mereka mencemuh dan berpaling. Semasa peristiwa inilah Abu Lahab yang tersangat marah dengan seruan Rasulullah itu, mengibas-ngibaskan tangannya dek kerana terlalu benci dengan seruan itu, hingga turun ayat surah Al-Lahab yang mengutuk perbuatannya itu. 

3) Pada zaman Rasullah para sahabat merasa keberatan untuk menunaikan ibadah saie kerana dahulunya bukit Safa dan Marwah dicemari dengan berhala, hingga mereka khuatir perbuatan saie itu umpama menyamai perbuatan jahiliyyah, hinggalah Allah membenarkan ibadah ini seperti yang tertulis di dalam surah Al-Baqarah ayat 158  "Sesungguhnya Safa dan Marwah itu sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) antara kedua-duanya. Dan sesiapa suka rela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui." 

4) di sinilah tempat  Daabatul Ard atau haiwan yang akan muncul pada akhir zaman nanti. Di riwayatkan rupanya seperti biawak tetapi boleh berdiri dengan 2 kaki, dan haiwan ini akan mampu membezakan dan berkata, " Engkau Muslim, dan engkau kafir". 

Meneruskan perjalanan ke Maulid Nabi atau rumah kelahiran Rasulullah SAW. Di sebelah adalah Ustaz Zahari atau lebih dikenali sebagai Ayahanda. 

Rumah di mana manusia paling mulia, Rasulullah SAW dilahirkan oleh ibunya Aminah Alaihassalam, dibidankan oleh Saidatina Maryam dan Saidatina Asiah Alaihassalam. Rumah ini sekarang dijadikan sebuah perpustakaan atau maktabah

Di belakangku dan Ustazah Asma adalah kawasan tempat tinggal Rasulullah dan Saidatina Khadijah. Di kawasan inilah terletaknya rumah mereka dan di sinilah mereka membesarkan anak-anak mereka. Aku terasa agak sedih melihat kawasan ini dijadikan tandas oleh pihak Arab Saudi, dan tidak diabadikan menjadi tempat bersejarah.
Alhamdulillah selesai jalan-jalan subur iman, aku dibawa oleh Ustazah Asma untuk makan roti canai di restoran Felda di Safwa Royal Orchid Hotel. Mungkin beliau kasihan melihat aku keseorangan. Jazakillah Ustazah, semoga ukhuwah yang terjalin kekal hingga ke syurga in shaa Allah. 


Aiskrim Arab yang memang tiada bandingannya.

Alhamdulillah haji kali ini, banyak yang kupelajari, tidak seperti semasa menunaikan umrah 3 tahun lalu. Mungkin kerana waktu yang suntuk, tiada masa untuk menghayati tinggalan-tinggalan sejarah ini. Betullah orang kata, "tak kenal maka tak cinta". Setelah kutahu sejarah di sebalik tempat-tempat ini, cara pandang dan cara fikirku berbeza tiap kali pandangan mataku jatuh di Hotel Hilton, Jabal Qubais, Bukit Safa dan Maulidur Rasul. Semoga apa yang kukongsikan di sini, turut dapat dimanfaatkan oleh pembaca yang berniat untuk datang ke tanah suci ini. In shaa Allah Amin...

Monday 10 February 2014

Travelog Hajjah (Bahagian 12) : Tawaf haji... pelengkap dan penutup ibadah haji.

Jumaat, 13 Zulhijjah 1434H, Hari tasyrik terakhir..

Bas kami bergerak perlahan dari Mina menuju ke Kota Suci Mekah, seawal jam 9 pagi. Hampir seluruh bas sunyi sepi, para jemaah melayan perasaan sayu dan bersyukur. Sayu meninggalkan bumi Mina dengan seribu satu kenangan, bersyukur kerana selesai menunaikan sebahagian wajib haji iaitu bemalam di Mina selama 3 malam dan melontar ketiga-tiga jamrah pada hari tasyrik.
Memandangkan hari tu adalah hari Jumaat, kesesakan luar biasa memang dijangkakan. Para jemaah haji diminta bersedia secara mental untuk berjalan beberapa kilometer, kerana kemungkinan bas tidak dapat menghantar kami hingga ke hadapan hotel. Maklum sajalah, jam 11 pagi saf jemaah haji untuk menunaikan solat Jumaat sudah sampai di hadapan hotel Shohada yang terletak hampir 800m dari Masjidil Haram. Namun Allah Maha Penyayang, ternyata jalan yang terhalang dek pagar besi, tiba-tiba dibuka oleh pejalan kaki, dan bas kami dapat bergerak ke arah hotel. Kami turun betul-betul di hadapan lobi! Alhamdulillah. Sedangkan kudengar ada jemaah haji yang mana hotel mereka terletak betul-betul di hadapan dataran masjid, terpaksa berjalan 1.5km bersama beg masing-masing, untuk pulang, kerana bas mereka yang tiba sebelum kami, tidak dibenarkan masuk. Subhanallah! 

Jemaah haji wanita diminta untuk tidak ke masjid waktu Zuhr itu, bagi membolehkan jemaah haji lelaki untuk menunaikan solat Jumaat. Kami bersolat berjemaah di hotel bersama Ustazah Asma.




Suamiku dan kedua orang mertuaku berniat untuk menyempurnakan tawaf dan saie haji mereka pada keesokan hari selepas Subuh bagi mengelakkan kesesakan, kerana sememangnya tiada had waktu untuk kami menyempurnakan dua rukun haji ini. Bagiku pula, kerana aku melaksanakan haji ifrad, aku hanya perlu tawaf haji sahaja bagi menyempurnakan hajiku, kerana saie haji telahpun kulaksanakan selepas tawaf Qudum tempoh hari. 

Memandangkan bapa mertuaku tidak begitu sihat,  beliau sakit pinggang yang agak kronik, tambahan pula ibu mertuaku mula demam sejak kembali dari Mina, aku meminta izin dari suamiku untuk aku beribadat di  Masjidil Haram sendirian. Suamiku mengizinkan, dan beliau menghantarku sebelum waktu Asar, dan kami berjanji akan pulang bersama selepas Isyak. Suamiku yang pastinya wajib meletakkan keperluan kedua ibu bapanya sebelum aku, harus membantu kedua mertuaku dalam semua aspek. Beliau berulang alik dari Masjid ke hotel pada setiap waktu solat, untuk menjaga kedua orang tuanya. Memang adakalanya aku terasa sunyi duduk sendirian di Masjidil Haram, namun apalah sangat pengorbananku berbanding Siti Hajar yang ditinggalkan suaminya Nabi Ibrahim Alaihissalam atau pengorbanan kedua orang mertuaku membesarkan suamiku. Di sudut hati aku berdoa agar anak lelaki kami, Muhammad Umar akan menjadi anak yang soleh, yang bakal menjaga kami berdua apabila kami tua kelak, sebaik Abinya menjaga kedua ibubapanya. 


Suasana selepas Asar di Masjidil Haram. Ini adalah tempat kegemaranku, di tingkat satu, berdekatan dengan Safa dan Marwah. Dapat melihat Kaabah di hadapan mata, walaupun binaan di kawasan ini belum sempurna. Jemaah haji dari negara Arab kurang berada di sini, kebanyakannya jemaah dari Asia Tenggara dan Pakistan :)

Hobiku selepas Asar adalah beralih-alih tempat di Masjidil Haram, mencari tempat yang dingin dan dapat melihat Kaabah secara terus. Letih mengaji Al-Quran, aku berjalan mencari tempat baru untuk kubersolat. Alangkah indahnya, tiada waktu tahrim atau waktu yang diharamkan solat di Masjidil Haram, hatta selepas waktu Asar. Solat taubat, solat hajat, solat sunat mutlak silih berganti, dengan harapan dapat menebus kealpaanku selama 32 tahun, mengejar dunia yang tidak berpenghujung. 

Entah kenapa, kira-kira sejam sebelum azan Maghrib, ketika matahari mula condong ke barat, hatiku bagai ditarik-tarik untuk melakukan tawaf haji. Kulihat jemaah tidak terlalu ramai di dataran kaabah, mungkin kerana terik mentari petang. Aku beriktikad, andai suamiku sudah membenarkanku beribadah sendirian di Masjidil Haram, pasti beliau izinkan untuk aku bertawaf. Entah kenapa ketika itu aku langsung tidak terfikir mungkin ada sedikit bahaya untukku bertawaf sendirian di dalam lautan manusia. 

"Alang-alang hari ini hari Jumaat, hari Tasyrik 13 Zulhijjah. Biar aku abadikan ibadah hajiku, dengan aku menyempurnakannya pada hari penuh berkat ini!", getus hatiku. Dengan lafaz bismillah, kukelek beg kecilku, kukeluarkan buku doa dan aku bergerak menuju ke Dataran Kaabah. 


Suasana di Dataran Kaabah selepas Asar. Aku bertawaf di bawah naungan jejantas Mataf.

Tatkala melintas lampu hijau, penanda kawasan Hajaratul Aswad, kulambaikan tangan kanan dan kubaca "Bismillahi Allahu Akbar!". Hatiku kuat berserah pada Allah, kulakukan tawaf ini buatNya, untukNya, demi menyempurnakan ibadah haji yang dituntutNya. Aku berserah padaNya untuk melindungiku sepanjang ibadah tawaf ini. 

Satu demi satu pusingan kusempurnakan. Satu demi satu helaian doa tawaf kuselak dan kubaca. Ada kawasan yang agak sesak, kulafaz Bismillahi Tawakkaltu Ala'Allah berulang-ulang kali. Sungguhnya manusia berpusu-pusu, sentiasa kutemui ruang untukku melangkah. Aku mengambil laluan di bawah jejantas Mataf, tidak terlalu dekat dengan Kaabah dan tidak terlalu jauh jua. 

Tatkala pusingan yang terakhir, kesyahduan yang tidak terhingga menyelubungi segenap qalbuku. Allahu Rabbi, aku datang bersama suamiku ke Tanah Suci, tetapi Allah ingin menunjukkan kuasaNya, saie dan tawaf hajiku kulakukan sendirian. Kutahu Allah mahu aku meletakkan CINTAKU yang tertinggi hanya padaNya, Dia mahu kumengharap pengharapanku yang tertinggi padaNya, Dia mahu aku berserah hanya padaNya. Mungkin selama ini rasa cinta dan berharapku pada suami terlalu tinggi, maklum sahajalah sudah 10 tahun bersama. Namun di Rumah Allah ini, Allah ingin menyucikan hatiku dari cinta makhluk yang keterlaluan. 

Alhamdulilah selesai tawaf hajiku. Terlerailah sudah kesemua 13 larangan ihram dari diriku. Panjang sujudku semasa solat sunat tawaf, di belakang Maqam Ibrahim. Kupanjatkan syukur, syukur dan syukur. Sepanjang tujuh pusinganku, tiada langsung jemaah wanita yang menolakku dan tiada langsung jemaah lelaki yang menyentuhku. Di hadapanku sentiasa ada ruang untukku melangkah, dan sentiasa ada pasangan suami isteri yang melakukan tawaf, akan sekali sekala mengerling ke arahku, seolah-olah mereka ahli keluarga yang ingin memeliharaku. 




Hasbunallah wanikmal wakeel... cukuplah Allah sebaik-baik penolong... 

Selesai tawaf haji, aku bertekad menggunakan waktu yang tersisa di Kota Mekah ini, sebaik-baiknya untuk beribadah padaNya. Hanya beberapa hari sahaja yang berbaki, sebelum kami meninggalkan Baitullah, menuju ke Maqam manusia agung, Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah...