Sunday 25 September 2022

PJ Half Marathon 10km Run : Larian pertama selepas pandemik

Hari paling bersejarah dalam hidup saya, kerana:




1) Larian pertama selepas pandemik. Hujan lebat sebelum flag off, hampir sahaja nak patah balik sebab memikirkan esok ada pembedahan pesakit. Kalau saya sakit, siapa pula nak bedah pesakit saya.



2) Alhamdulillah tepat jam 7.20 pagi, hujan mula reda. Flag off, dan kami mulakan larian. Tak sampai 5 minit memang baju, seluar, kasut basah. Kelebihan bila dah basah ni, tak kisah sangat lari masuk lopak ke, kereta percikkan air ke, lari je laaa. 



3) Suasana flag off yang luar biasa.



4) Jumpa surau di KM ke 5, jadi bagi pelari yang nak solat Subuh, bolehlah guna kemudahan ini. Masjid pun ada je dalam laluan kami.



5) Uncle Achutan ni tanya umur saya berapa, saya kata 42. Dia kata good. He is 58 and his team mate is 75 and still running. Such motivation!



6) Penanda ni trik ke apa, tak tahu lah. Masa ni Garmin saya kata dalam 3 miles, maknanya baru 5km+. Tapi memang dia psycho kita jadi rasa, "Tak jauh dah."



7) The beautiful tree after rain. Morale : enjoy the run, live in the moment. I really did enjoy the run and didn't really care about my timing and pace today. Baju basah, sejuk, cuaca mendung. Fokus nak habiskan larian tanpa kecederaan saja. 



8) Jumpa uncle berusia 85 tahun! More than double my age, and he finished 10km! He made me want to run forever! Thank you Uncle for being such an inspiration!



9) Haha bohoo E Sports.



10) Customary photo. Masa lari rasa taubat tak nak lari dah. Balik rumah, makan, mandi, tidur, bangun tidur terus cari, "lepas ni aku nak lari kat mana pulak."



No such thing as taubat for runners.


Run because you can.


I'm sure glad I didn't ditch the run today. 


Bila kita lari ni, kalau rasa nak give up, kita nampak orang tua, kita rasa, "Eh aku lagi muda, takkan nak give up."


Bila nampak Akak-Akak, Abang-abang badan besar pun lari, cakap kat diri sendiri, "Badan aku lagi ringan kot, takkan tak boleh lari."


Bottomline, its more of your mental strength, than your physical strength.


Alhamdulillah for a lovely run! 


#drazlindarita

#ophthalmologist

#letsstayfit

Monday 12 September 2022

"Kalau kau ikut muka Mak kau, kau cantik"

 Apakah kata-kata negatif yang pernah dituturkan kepada anda, yang paling menusuk hati, tapi akhirnya anda berjaya move on?


Saya?


Ada seorang pakcik pernah cakap dengan saya masa saya kecil, "Kau ni kalau ikut muka Mak kau, kau cantik."


Masa tu saya berumur dalam 8 tahun.


Adik saya dah lahir, dan dia memang sangat cantik. Saya sangat sayang adik saya.


Ketika itu saya tak terasa apa-apa. Tetapi bila saya menginjak usia remaja, makin ramai orang kata," Oh, Aini ikut muka Mama ya, Rita ikut muka Ayah" baru saya faham.


Bila adik saya makin besar, saya nampak dia makin cantik. Kulitnya cerah, hidungnya mancung.


Saya? Biasa-biasa saja. Hidung memang tak mancunglah, hidung Jawa. 


Ia tidak menjadikan saya rasa kurang percaya diri, kerana walaupun saya berkulit gelap, rambut kerinting halus seperti warga asli Semenanjung, Mama Ayah tak pernah bezakan kasih sayang antara kami.


Dan Mama paling selalu galakkan saya dapat nombor satu dalam kelas, Ayah suruh saya jadi doktor supaya boleh terbang ke London.


Perasaan ingin cantik hadir pada waktu bila tau?


Bila ada iklan Fair and Lovely di television.


Sanggup saya simpan duit nak beli, sebab nak cerahkan muka.


Pada usia 19 tahun, saya  ke Ireland, rupanya orang Irish pula cemburu dengan warna kulit saya!


Apabila ada majlis makan malam, mereka sibuk pergi salon untuk perangkan kulit!

"Tan in a bottle" istilahnya. 


Balik dari cuti musim panas pun  mereka berlumba-lumba nak bandingkan kulit mereka dengan saya, siapa lagi gelap.


Barulah saya tahu, rupanya cantik itu ada banyak definisi.


Sejak itu saya tak pernah beli apa-apa krim untuk mencerahkan kulit.


Dan sampai sekarang kalau orang kata, "Muka awak ikut muka Ayah ya?", saya akan kata, "Ya" dengan penuh bangga.


Sebab saya juga dapat kulit sawo matang Ayah, yang menjadi kegilaan orang Irish.


Anak-anak kami pun 4 orang, semua tona warna kulit berbeza. Semua saya beritahu, adalah cantik dan kacak belaka.


Dan saya beritahu mereka, yang lebih penting daripada wajah yang cantik dan kacak, adalah akhlak yg baik


Morale of the story, be careful with what you say, especially to children.


And beauty, is truly only skin deep.


Berapa ramai orang yang kita jumpa, pada mulanya kita rasa dia cantik. Tetapi apabila kita dapati akhlaknya kurang baik, kita tak rasa pun orang itu cantik lagi.


Dan pasti kita pernah jumpa pula, orang yang kita rasa wajahnya biasa-biasa sahaja. Tetapi oleh kerana budi pekertinya yang baik, rasa tak jemu memandang wajahnya.


Rasulullah SAW pun pernah bersabda dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah ﷺ bersabda,


أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ الْجَنَّةَ تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ


“Perkara yang banyak memasukkan seseorang ke dalam surga adalah Takwa kepada Allah dan berakhlak yang baik.”


Marilah kita menjadi orang yang berakhlak mulia, in shaa Allah.


Ia lebih penting daripada menjadi orang yang cantik, tetapi gagal menjadi ahli syurga.



#drazlindarita

#kisahkehidupanDrAzlindarita


Thursday 8 September 2022

Macamana nak dapat main banyak permainan di Legoland?

 Hari ni saya nak kongsikan tips, macamana nak dapat main banyak permainan di #legolandmalaysia dalam masa yang pendek.




Semalam kami sampai ke Legoland dari Desaru, jam 11.15 pagi.


1) Belilah tiket secara atas talian.


Alhamdulillah,jika tiket dah beli secara online, anda boleh terus masuk, tak perlu beratur langsung di mana-mana kaunter.


Anda boleh beli tiket di laman sesawang Legoland untuk tiket harian atau pas tahunan, atau untuk kadar lebih murah, di Klook. Tetapi di Klook hanya ada tiket harian. 


2) Proses mendaftar kad pas tahunan di pejabat perkhidmatan pelanggan akan mengambil masa lebih kurang 30 minit. 

Suasana di pejabat perkhidmatan pelanggan. Pastikan bawa Mykad dan Mykid anak-anak ya. 


Tips saya, semasa menunggu ,cukup seorang sahaja yang menunggu. Ambil dan simpan gambar anak-anak dan suami siap-siap. Semasa nak buat kad, petugas akan ambil gambar atas telefon sahaja.


Semasa proses ini, suami saya sempat membawa anak-anak bermain dengan permainan yang berdekatan.


3) Ramai orang beri nasihat jangan datang waktu cuti sekolah kerana orang ramai. Tapi takkan nak pontengkan anak semata-mata nak ke Legoland semasa hari persekolahan, kan?


Kami datang semasa cuti sekolah pun Alhamdulillah dalam masa 6 jam, dapat main hampir semua permainan.


Caranya? Saya kira ini tips paling penting. 


Dapatkanlah HERO PASS.



Pass ini berharga RM70 seorang jika anda sudah ada pas tahunan.


Ia membolehkan anda terus ke hadapan barisan di 7 permainan yang tersenarai.



Masih ada barisan, tetapi tidak sama dengan barisan orang lain.


Basically anda akan masuk melalui "exit", atau laluan khas, seperti yang saya kongsikan.

Contoh laluan di VR Coaster, kami terus sahaja ke laluan khas iaitu di exit. Tak perlu beratur langsung. Nak main banyak kali pun tak ada masalah 


Alhamdulillah, di kebanyakan permainan, kami tak perlu beratur langsung, jadi sangat jimat masa!


Berbaloikah?


Saya rasa berbaloi, apatah lagi ini kali pertama kami ke Legoland, dan kebetulan waktu cuti sekolah. Jika di permainan tanpa laluan Hero Pass, purata kami beratur 30 minit untuk satu permainan.


Pengalaman kami di Taman Tema besar, kebiasaannya kewujudan pass khas seperti ini memang sangat berbaloi, dan ia juga menandakan permainan-permainan yang menarik untuk dicuba.


Paling menarik, di Legoland Malaysia, Hero Pass ini anda boleh guna berulang kali dalam masa sehari itu.


Selamat merancang percutian bersama keluarga anda.


#drazlindarita

#doktorjalanjalan