Saturday 25 July 2015

Sang suami & Anak lelaki

Selepas tamat pengajian pada 2004, saya menghabiskan housemanship (internship) saya dlm Jabatan Perubatan & Pembedahan di Ireland. Pulang ke Malaysia , saya menyambung housemanship selama 4 bulan dlm Bidang Perbidanan & Sakit Puan. 

4 bulan yang penuh pengalaman yang sukar dilupakan 

Wanita yang sudah ada 2 org anak, hamil anak luar nikah dengan kekasihnya 😖 

Remaja 15 tahun yang dirogol bapa tirinya, hingga melahirkan anak. 

"Single parent" yang lari dari wad selepas melahirkan, meninggalkan bayinya di wad. 

Wanita yang sukar hamil, selepas 10 tahun bernikah akhirnya hamil tetapi kehamilan yang sgt mencabar kerana berat badannya hampir 120kg. 

Pengalaman "diterajang" di bahagian perut oleh pesakit yang kesakitan hendak melahirkan, sedangkan ketika itu saya juga hamil. 😳

Tetapi ada satu pengalaman yang betul-betul membuat saya marah. 

Seorang wanita, bersabung nyawa melahirkan anak ke tiga, dengan suami di sisi. Sempat suaminya berkata dengan saya, "Harap-harap dapat anak lelaki. Sebelum ini dah 2 orang perempuan". 

Saya hanya tersenyum, dalam kesibukan membantu ibu muda itu. Dalam hati saya,apa yang penting ketika itu adalah nyawa ibu dan bayi itu. 

Sebaik sahaja bayi comel itu lahir, saya dan jururawat bertugas mengucapkan syukur Alhamdulillah. Terlihat wajah gembira dan lega pada si ibu. 

Berbeza dengan si bapa, apabila dia melihat anaknya perempuan. Takkan saya lupakan kata-kata yang keluar dr mulut lelaki itu. 

Katanya ," Terpaksa cari isteri baru lah macam ni. Nak dapat anak lelaki, " sambil tersenyum kelat. 

Tiada ucapan terima kasih utk si isteri yang baru sahaja menanggung kesakitan melahirkan zuriatnya. 

Tiada kucupan tanda kasih buat si isteri. 

Yang ada hanya kata-kata yang pastinya menyinggung hati pasangannya. 

Saya tidak dapat menyembunyikan wajah marah saya. Saya kerling si ibu muda yang masih keletihan, sedang dibersihkan oleh jururawat selepas uri dikeluarkan. Dia cuba tersenyum kepada saya, seolah berkata "Tak mengapa, doktor." 

Saya keluar dari bilik itu secepat mungkin sebelum saya berkata sesuatu yang saya mungkin kesali kemudian hari. 

Kalaupun sang suami itu mungkin tidak mengetahui bahawa hanya chromosome X dan Y darinya yang bakal menentukan jantina anak, bukan salah sang isteri anaknya semua perempuan, bukankah sebagai seorang yang beriman, kita wajib meyakini itu semua qadha & qadar Allah? 

Jangan rendahkan diri serendah orang jahiliyah seperti yang dikecam Allah dlm Surah An-Nahl. 

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat iman kita.