Apa beza lelaki &
perempuan?
Alhamdulillah pada hari Sabtu minggu lalu , saya telah berpeluang untuk hadir ke sebuah ceramah "Bijak Gender" oleh Pak Utih di sekolah anak-anak.
Alhamdulillah pada hari Sabtu minggu lalu , saya telah berpeluang untuk hadir ke sebuah ceramah "Bijak Gender" oleh Pak Utih di sekolah anak-anak.
Saya pernah dengar nama Pak Utih ini, tapi ini baru kali pertama saya bertemu dengan orangnya. Pak Utih atau nama sebenarnya Ahmad Shafiai Uda Jaafar adalah penulis buku terkenal, yang juga merupakan hos Pak Utih's Page di Facebook, merupakan pakar rujuk di Forum Mahligai Suami Isteri dan Perbezaan Belajar Anak Lelaki dan Wanita.
Saya sebagai seorang doktor amat berminat dengan pengisian yang ingin disampaikan , kerana ia disandarkan bukan hanya kepada Al-Quran dan hadith, tetapi juga mempunyai rujukan dari sudut pandang ilmu perubatan yang sahih. Memang kami ada mempelajari perbezaan gender atau jantina lelaki dan wanita di dalam Behavioural Science dan Psychology semasa di universiti, tetapi tidaklah secara mendalam yang membolehkan saya aplikasikan dalam mendidik dua anak perempuan dan seorang anak lelaki kami.
Rupanya dlm Al-Quran banyak ayat-ayat di mana Allah SWT mengiktiraf perbezaan lelaki & wanita. (Semua slides adalah ihsan dari Pak Utih sendiri. Semoga Allah merahmati beliau dan keluarga beliau, amin)
Banyak ilmu baru yang
saya perolehi, yang mendorong saya untuk membuat entri ini. In shaa Allah saya kongsikan dalam point form agar mudah untuk para ibu dan bapa baca.
1) Semua bayi di dalam kandungan sehingga usia 6 minggu adalah berbentuk perempuan. Pada 6 minggu, ruh ditiupkan (bukan pada 4 bulan seperti yang dahulu). Seandainya ruh tidak serasi dengan jasad, maka Allah akan gugurkan kandungan itu. (This part reminded me of my late baby)
Jika ruh itu lelaki & bayi itu membawa kromosom XY, maka testosterone level akan naik & jasad mula berubah menjadi lelaki.
Antara perubahannya adalah otak lelaki adalah 10% lebih besar daripada perempuan. Ini bukan bererti mereka lebih bijak, ruang lebih besar bererti aliran darah lebih perlahan. Maka memang sifat semulajadi lelaki itu slow motion , contoh anak lelaki susah sedikit hendak bangun pagi (memang sahlah anak lelaki saya Umar memang begitu)
Anak lelaki sifatnya apabila bangun pagi, hanya boleh berfikir satu perkara pada satu masa, manakala anak perempuan auto-pilot terus berfikir untuk mandi, solat, bersiap ke sekolah dan sebagainya. Penting juga menurut Pak Utih, amat "pantang" jika anak lelaki dimarahi pada waktu pagi, kerana ia akan mengganggu proses pembelajaran anak itu di sekolah nanti, kecuali jika ada tempat untuk anak itu melepaskan kecamukan dalam fikirannya, seperti "punching bag".
2) Sifat-sifat anak lelaki yang perlu kita tahu, kerana cara mendidik mereka adalah tidak sama dengan anak perempuan, antaranya adalah sifat mereka "hak aku, hak aku, hak orang pun hak aku" (possessive) . Anak lelaki (dan lelaki secara general) sukakan penyokong dan penonton , maka jika mereka bergaduh, sokong dulu idea beliau (sambungkan emosi dengan emosi), kemudian baru kita beritahu logik. Contoh yang Pak Utih berikan adalah anak lelaki yang berebut basikal dengan anak tetamu yang datang bertandang ke rumah kita. Anak kita defensive kerana sayang basikal beliau, maka kita sokong dahulu perbuatannya, baru kita pujuk dengan cara memberitahu kawannya hanya ingin meminjam, bukan ingin mengambil terus.
4) Boys dilahirkan dgn sifat "born to kill" jadi mereka memang suka mengawal, berlawan, nak jadi hero & superhero. Jadi kita sebagai ibu bapa, layankan sahaja jika anak nak pakai baju Spider-Man tu! Bak kata Pak Utih, kita "membelai" kejantanan dalam diri anak itu. Tak salah juga diaplikasikan untuk suami-suami kita, dengan memanggil mereka "hero", contohnya, "Eh, Abang dah balik? Dah sampai dah hero Sayang ni".
Girls pula suka melawa (perasan lawa) & suka dipuji. Oleh sebab itu mereka suka melaram & main anak patung cantik-cantik. Mereka juga sangat suka kalau anak patung mereka turut diiktiraf apatah lagi jika dipuji.
5) Semasa anak lelaki berusia 7-14 tahun, amat penting untuk anak-anak lelaki ini menjadikan ayahnya sebagai idola, dan banyak berdampingan dengan si ayah berbanding dengan ibunya, bagi membentuk keperibadiannya. Pak Utih menyebut bagaimana Nabi Muhammad sendiri tidak membesar dengan ibunya, Nabi Musa dibesarkan oleh Firaun dan Nabi Yusuf pula tinggal bersama Al-Aziz. Ketika ini juga penting untuk si ayah menjinakkan hati anak lelaki ini ke masjid.
In shaa Allah saya akan kongsikan lagi dalam entri seterusnya sambungan kuliah ini ya, terutama bagaimana menjadi ibu bapa yang positif.
1) Semua bayi di dalam kandungan sehingga usia 6 minggu adalah berbentuk perempuan. Pada 6 minggu, ruh ditiupkan (bukan pada 4 bulan seperti yang dahulu). Seandainya ruh tidak serasi dengan jasad, maka Allah akan gugurkan kandungan itu. (This part reminded me of my late baby)
Jika ruh itu lelaki & bayi itu membawa kromosom XY, maka testosterone level akan naik & jasad mula berubah menjadi lelaki.
Antara perubahannya adalah otak lelaki adalah 10% lebih besar daripada perempuan. Ini bukan bererti mereka lebih bijak, ruang lebih besar bererti aliran darah lebih perlahan. Maka memang sifat semulajadi lelaki itu slow motion , contoh anak lelaki susah sedikit hendak bangun pagi (memang sahlah anak lelaki saya Umar memang begitu)
2) Sifat-sifat anak lelaki yang perlu kita tahu, kerana cara mendidik mereka adalah tidak sama dengan anak perempuan, antaranya adalah sifat mereka "hak aku, hak aku, hak orang pun hak aku" (possessive) . Anak lelaki (dan lelaki secara general) sukakan penyokong dan penonton , maka jika mereka bergaduh, sokong dulu idea beliau (sambungkan emosi dengan emosi), kemudian baru kita beritahu logik. Contoh yang Pak Utih berikan adalah anak lelaki yang berebut basikal dengan anak tetamu yang datang bertandang ke rumah kita. Anak kita defensive kerana sayang basikal beliau, maka kita sokong dahulu perbuatannya, baru kita pujuk dengan cara memberitahu kawannya hanya ingin meminjam, bukan ingin mengambil terus.
3) Disebabkan oleh tingginya paras hormon testostern dalam diri kanak-kanak lelaki, otak kanak-kanak lelaki pada usia 2 tahun, hanya otak kanan yg
matang, jadi secara semulajadi mereka belum pandai bercakap tetapi visuospatial sangat
baik, contohnya mereka suka melihat tayar kereta mainan bergerak & mengagak kelajuan
kereta itu.
Kanak-kanak perempuan sudah matang kedua-dua bahagian otak pada usia 2
tahun, dan oleh kerana itu mereka cepat bercakap dan fasih berkomunikasi. Di katakan bahawa kematangan seorang kanak- kanak
lelaki berusia 6 tahun adalah sama dengan kematangan kanak-kanak perempuan 4 tahun ! Subhanallah...
4) Boys dilahirkan dgn sifat "born to kill" jadi mereka memang suka mengawal, berlawan, nak jadi hero & superhero. Jadi kita sebagai ibu bapa, layankan sahaja jika anak nak pakai baju Spider-Man tu! Bak kata Pak Utih, kita "membelai" kejantanan dalam diri anak itu. Tak salah juga diaplikasikan untuk suami-suami kita, dengan memanggil mereka "hero", contohnya, "Eh, Abang dah balik? Dah sampai dah hero Sayang ni".
Girls pula suka melawa (perasan lawa) & suka dipuji. Oleh sebab itu mereka suka melaram & main anak patung cantik-cantik. Mereka juga sangat suka kalau anak patung mereka turut diiktiraf apatah lagi jika dipuji.
5) Semasa anak lelaki berusia 7-14 tahun, amat penting untuk anak-anak lelaki ini menjadikan ayahnya sebagai idola, dan banyak berdampingan dengan si ayah berbanding dengan ibunya, bagi membentuk keperibadiannya. Pak Utih menyebut bagaimana Nabi Muhammad sendiri tidak membesar dengan ibunya, Nabi Musa dibesarkan oleh Firaun dan Nabi Yusuf pula tinggal bersama Al-Aziz. Ketika ini juga penting untuk si ayah menjinakkan hati anak lelaki ini ke masjid.
6) Girls can adapt to any lighting situation, boys will shutdown their
mind when it's dark. Sebab tu lelaki digalakkan bersolat secara berjemaah di masjid, manakala wanita paling
afdhal solat di rumah, dan boleh bertahajjud di dalam gelap dan sebagainya.
nice sharing :)
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt... alhmdlh.. bagus!
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteterima kasih atas entry yg sungguh baik...teruskan menulis dan sharing...
Wassalam
Bagus betul info ni dr. Terima kasih. Jemput juga visit saya di https://vitamincerdik.blogspot.com
ReplyDeleteNIce one :)
ReplyDeleteNice info sharing....
ReplyDeleteSalam Dr, Mohon kebenaran untuk saya share 3 artikel bersiri Dr di www.mamapeduli.info ya. Saya akan kreditkan artikel tersebut di blog Dr. TQ
ReplyDeleteSubhanallah Jazakumullahu khair. Thank you to Pak Utih yang menurunkan ilmu ini kepada saya dan ibu bapa yang lain. Silakan share, yang baik semua dari Allah. Many thanks for your support
ReplyDeleteTerima kasih, semoga bermanfaat :)
DeleteSaya mohon guna eh bahan dari sini :) Terima kasih :)
ReplyDeleteMohon share, terima kasih
ReplyDeleteHebatnya ciptaan ALLAH..subhanallah..
ReplyDeleteThanks dr.aisyah for this sharing.
Subhanallah
ReplyDeleteTq doc :)
ReplyDeleteterima kasih untuk sharing. sangat memberi inspirasi :)
ReplyDelete