In shaa Allah saya akan cuba kongsikan nota yang saya perolehi, namun ada juga beberapa kelas yang saya tidak dapat hadir, in shaa Allah akan saya usahakan untuk menonton rakaman kelas itu, dan seterusnya mendapatkan intipati dari kelas itu.
Di sini saya kongsikan nota dari kelas 10 Disember 2014, tadabbur surah Al-Baqarah, ayat 45-48
Dan mintalah
pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar
dan mengerjakan sembahyang; dan
sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang
yang
khusyuk;
Ayat 45 – mintalah pertolongan Allah melalui SABAR dan SOLAT
-
Solat itu adalah berat kecuali bagi orang yang
khusyuk
(Iaitu) mereka
yang percaya dengan yakin bahawa mereka
akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa
mereka akan
kembali kepadaNya.
Ayat 46 – orang yang yakin akan bertemu dengan Allah, mereka
akan memperbaiki solat ,kerana di
akhirat yang akan kita semua bawa adalah solat, dan bukan harta
Ayat 47
Wahai Bani
Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang
Aku telah kurniakan kepada kamu, dan
(ingatlah)
bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu
(yang taat
dahulu) atas orang-orang (yang ada pada
zamannya)
Wahai Anak-anak
Hamba (israa) Allah (iil) (yang dimaksudkan adalah Nabi Yaakub AS)
Ayat ini ditujukan kepada kau Yahudi di Madinah yang
berketurunan dari Nabi Yaakub AS
Mengapa Allah tidak menggunakan perkataan wahai Yahudi?
- -
Ini adalah Bahasa Al-Quran yang mempunyai maksud
tersirat
- - Ini adalah sebagai peringatan bahawa mereka
adalah dari keturunan yang baik, mengapa kamu tidak berbuat baik? Ini adalah
tazkirah buat mereka.
Ingatlah/kenanglah @ Sebutlah
oleh kamu
nikmatKu yang telah
Kuberi ke atas kalian
Pengajaran ayat:
- - Semua nikmat yang kita perolehi hari ini adalah
100% dari Allah semata-mata, tidak ada satu pun hasil usaha kita sendiri
Apakah nikmat-nikmat terbesar kaum Yahudi
- - Nikmat kenabian – kemuliaan di akhirat
- - Manna wa salwa – makanan dari syurga (untuk
dinikmati di dunia)
- - Bebas dari cengkaman Firaun (nikmat dunia)
- - Menjadi raja di Negara mereka ( nikmat dunia )
Apa punca manusia jadi sombong?
- - Tidak merasakan nikmat itu dari Allah – contoh
tidak membaca lafaz basmallah semasa menyarungkan pakaian kerana merasakan
pakaian itu milik kita, bukan dari Allah
- - Lupa bahawa semua dari Allah, contoh badan sihat
kerana Allah kurniakan, bukan kerana hasil usaha kita bersenam , kita jaga
pemakanan yang sihat. Buktinya, ada orang yang tidak makan selama
bertahun-tahun tetapi sihat iaitu ashabul kahfi
Akibat sombong:
- - Mulut susah nak berzikir
- - Hati susah nak bersyukur
Cara atasi sifat sombong:
- - Ingat Allah pada setiap SAAT dan ingat bahawa
semua nikmat adalah dari Allah. Contoh, tidak lupa untuk membaca doa semasa
turun hujan . Orang yang tidak membacakan doa, tidak akan dapat merasakan
bahawa nikmat itu adalah dari Allah.
- - Sebut dengan kata-kata dan hati tentang nikmat yang Allah anugerahkan
- - Teruskan melakukan segala perbuatan yang
mentaati Allah
Dan sesungguhnya Aku, Aku telah lebihkan kamu atas sekelian
alam (kerana ramainya nabi-nabi di kalangan mereka)
- - Ini bererti mereka adalah lebih mulia drp
bangsa-bangsa yang ada sewaktu itu
- - Umat yang paling mulia sekarang adalah umat Nabi
Muhammad SAW
Mengapakah Allah melebihkan Bani Israel ketika itu?
- - Untuk menguji mereka kerana mereka perna
tertindas oleh bangsa Tibeti (Firaun) dan bangsa Qibty . Mereka gagal dalam
ujian ini kerana mereka menjadi sombong setelah mendapat nikmat dari Allah
Mengapa ramai nabi-nabi yang dilantik dari Bani Israel?
- - Kerana mereka bangsa yang paling degil dan
paling banyak yang engkar, maka mereka diutuskan dengan para nabi
- Adakah ini bererti kita umat yang paling degil
sekarang kerana Rasulullah SAW diutuskan kepada kita?Tidak, kerana Rasulullah
SAW diutuskan kepada sekelian alam, bukan untuk satu bangsa sahaja . Rasulullah
SAW juga menegaskan bukanlah kemuliaan itu terletak pada sesebuah bangsa contohnya
bangsa Arab, kerana para sahabat dari berbilang bangsa, contohnya Bilal bin
Rabah bukanlah bangsa Arab tetapi adalah seorang ahli syurga
Adakah hebat di dunia bererti hebat di akhirat?
Betapa hebatnya Bani Israel,
diberi naungan awan, diberi makanan dari syurga dan diutuskan para nabi, tetapi
mereka tetap engkar
Rasulullah SAW hidup dalam
kemiskinan, tidak pernah mendapat hidangan dari syurga, tinggal dalam rumah
yang serba sederhana, tetapi sangat mulia kedudukannya di akhirat kelak.
Morale: apabila Allah memberikan
kita sesuatu, bukanlah itu lambing kemuliaan kita, tetapi ia adalah sebagai
ujian semata-mata
Dan peliharalah
diri kamu dari (azab sengsara) hari
(akhirat), yang padanya seseorang tidak
dapat melepaskan
orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab),
dan tidak
diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula
diambil daripadanya sebarang
tebusan; dan mereka (yang
bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.
Takutlah
kamu
Tidak
boleh menolong
Seseorang,
seseorang yang lain, sedikit pun
Cth kullu nafsin zaa iqatal maut)
Ibrah:
- - Pada hari akhirat, andai mempunyai emas memenuhi
langit dan bumi pun tidak dapat menebus dosa kita
-- Emas yang kita simpan, tidak boleh menolong
kita. jadi kenapa nak simpan? Lebih baik diinfakka
- - Kemuncak kiamat : tiada lagi orang
beriman, hingga tiada yang boleh menyebut kalimah “Allah”.
Apabila kita ke hospital dan
melihat orang yang sakit, contoh patah kaki, kita rasa kesian sedangkan orang
yang diseksa di dalam kubur itu lebih menderita lagi , tiada kipas ,tiada
cahaya, patah riuk dibelasah dengan malaikat (nauzubillahimin zalik)
Rasulullah SAW meletakkan pelepah
kurma di atas kubur, mendoakan kebaikan untuk ahli kubur itu. Apabila matinya
anak Adam, semua amalan terputus kecuali tiga perkara iaitu:
- - Doa anak yang soleh
- - Sedekah jariah
- - Ilmu yang bermanfaat
Rasulullah SAW ajar agar kita
memberi salam dan mendoakan ahli kubur apabila melintasi kubur.
Contoh doa untuk Ahli kubur:
Dari Buraidah al-Aslami
r.a, katanya;
” Rasulullah
s.a.w pernah mengajar sahabat-sahabatnya
apabila mereka menziarahi tanah
perkuburan supaya tiap
tiap seorang di antara mereka (memberi salam dan berdoa
dengan berkata: Salam sejahtera kepada kamu wahai ahli
perkampungan
(tanah kubur) ini, dari kalangan kaum
mukminin dan muslimin; dan bahawa kami
juga- Insya
Allah akan menurut kamu apabila sampai gilirannya
semoga
Allah memberi rahmat dan selamat sejahtera
kepada kami dan kamu sekelian ”
(Hadith riwayat Ahmad , Muslim dan Ibnu Majah)
Amalkan juga surah Al-Hasyr ayat
10 – doa untuk kaum muslimin dan muslimat yang hidup atau yang sudah mati.
Tidak diterima darinya (dari
setiap jiwa) syafaat (bantuan @ perantaraan )
Apakah erti syafaat?
- Perantaraan atau pertolongan yang
diberikan, tanpa ada jasa yang diberi. Contohnya, kita tidak pernah ada memberi
apa-apa jasa kepada Rasulullah SAW tetapi Rasulullah akan memberi syafaat
kepada kita in shaa Allah
Siapakah yang boleh memberikan syafaat
1 ) Rasulullah SAW
2) Nabi-nabi yang lain
3) orang-orang beriman (yang akan mencari kawan-kawannya
yang tiada di syurga)
4) orang yang mati syahid (boleh memberikan syafaat kepada
70 orang )
Orang-orang beriman akan bertanya kepada Allah , di manakah
sahabat-sahabat mereka di dunia? Allah akan memerintahkan untuk mereka pergi ke neraka & keluarkan
sahabat-sahabat yang mempunyai iman sebesar dinar, untuk dikeluarkan. Setelah
itu, mereka bertanya lagi kerana masih ada sahabat yang tiada. Lalu Allah SWT
perintahkan agar pergi ke neraka dan cari dan keluarkan sahabat yang ada iman
sebesar zarah. Selepas itu , tidak ada lagi yang layak dikeluarkan kalau tidak
ada walau sebesar zarah iman di hati mereka. Orang kafir bertanya kepada orang
yang dikeluarkan itu, adakah kamu ada amal soleh, puasa atau infaq? Jawab mereka, “Tiada, hanya bersahabat dengan
orang beriman”.
Apakah iman sebesar zarah itu?
apabila nampak kemungkaran, tidak mampu mengubah dengan perbuatan (tangan) atau kata-kata (lidah), tetapi tetap membenci dengan hati.
apabila nampak kemungkaran, tidak mampu mengubah dengan perbuatan (tangan) atau kata-kata (lidah), tetapi tetap membenci dengan hati.
Kalau melihat kemungkaran tetapi tidak merasa apa-apa,
takut-takut tiada iman yang tinggal di hati kita. Adalah menjadi tanggungjawab
kita untuk membenci apa yang Allah SWT benci, dan cinta apa yang Allah SWT
cinta
Luangkan masa setengah jam sehari, atau dua jam semasa
hujung minggu untuk mengajar anak-anak tentang agama, AL-Quran , hadith,
kebesaran Allah SWT. Ajarkan anak-anak kisah nabi yang bersumberkan Al-Quran,
bukan dari kartun sahaja. Berusahalah untuk meningkatkan iman anak-anak kita.
Dan tidak pula diambil
daripada mereka sebarang tebusan; dan tidaklah mereka (yang bersalah itu) ditolong
Ibrah:
v - Tebusan = seperti ikat jamin
v - Allah itu Maha Penyayang, Dia mahu semua insan
masuk syurga, termasuklah kaum Bani Israel yang engkar, maka Allah SWT memberikan peringatan berulang-ulang kali.
Allahu ‘Alam (nantikan sambunganya ya in shaa Allah)