Monday 24 March 2014

Our hearts go out to #MH370 family

Salam, 

As has been announced by the Prime Minister Dato' Najib Tun Razak today, flight MH370 that has gone missing in the early hours of 8th March 2014, en route to Beijing, has been assumed to have ended in the South Indian Ocean according to the Imersat & AAIB data from UK. 

May Allah bless them, the 239 passengers & crews of MH370 who has been presumed perished in the tragedy. 

A million thanks to the Search & Rescue team from all over the country. 

This is a difficult time for our country & the international community alike. 

Innalillahi wainnailaihirajiun. 
From Him we came from, and to Him we shall return. 

Our deepest condolences from draisyahafiz.com. 


Thursday 20 March 2014

Travelog Hajjah (Bahagian 15): Menziarahi Kekasih Allah di pemberi syafaat

27 Oktober 2013

Bas meluncur laju menuju Kota Madinah. Mentari kian rapat ke ufuk barat, memberikan suatu pemandangan padang pasir yang sangat indah. Kami berhenti di sebuah perhentian untuk solat Asar, dan kemudian berhenti sekali lagi menjelang Maghrib untuk makan malam dan solat jamak Maghrib dan Isyak. 
Perhentian pertama kami, "check out" point dari Mekah, di bawah kelolaan kerajaan Arab Saudi

Kerajaan Arab Saudi memang terkenal dengan sifat pemurah. Di sepanjang jalan kami dibekalkan dengan snek berupa jus, buah, kek dan roti.
Perhentian untuk solat Maghrib dan Isyak

Menjamu selera di Tajaz

Alhamdulillah saya dan suami memang peminat nasi Arab, jadi memang berselera bila makan


Wajah Kaabah masih terbayang di mata, apatah lagi tatkala kegelapan menyelubungi kiri dan kanan kami. Tiada lagi pemandangan indah, tiada lagi ladang unta yang kelihatan, hanya sekali sekala berselisih kenderaan lain di seberang jalan. 

Perjalanan kami yang mengambil masa hampir 7 jam berakhir tatkala satu kawasan bercahaya kelihatan di tengah padang pasir. Subhanallah tidak hairanlah kota Madinah di gelar kota Munawwarah iaitu bercahaya. Dari jauh sudah kelihatan tiang-tiang Masjid Nabawi. Kami berhenti seketika untuk melapor diri kepada pihak Muassasah kerajaan Arab Saudi. Setiap seorang diperiksa bagi memastikan pasport dan pemiliknya bertepatan. 


Check point Muassasah di Madinah

Setibanya kami di Hotel Madinah Movenpick, jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Sekumpulan petugas Tabung Haji sedia menyambut kami, dengan senyuman dan salam yang hangat. Alhamdulillah bilik hotel kami sangat selesa, dan dapatlah aku tidur di sisi suamiku, selepas lebih 2 minggu tidur berjauhan. 





Dewan makan juga amat selesa, dan makanan yang dimasak oleh chef yang diimport khas dari Malaysia, sentiasa membuka selera kami.



Apa yang lebih mengujakanku adalah jarak hotel kami dengan Masjid Nabawi yang amat dekat. Malah kami boleh melihat masjid dari jendela bilik kami. Kami dimaklumkan bahawa akan dibawa untuk ziarah dalaman Masjib Nabawi jam 7.30 pagi esok. 

Subuh itu aku hanya tinggal di bilik, keletihan dari perjalanan yang jauh kelmarin. Jam 7.30pagi, seusai sarapan pagi, kami di bawa mengelilingi Masjid seperti yang dijanjikan. 

Masjidil Nabawi yang kelihatan dari jendela kamar kami

Suasana sibuk "pasar pagi" di kaki lima hotel, berhadapan Masjid Nabawi. Kuambil gambar ini dari bilik hotel kami

Subhanallah satu perasaan yang tidak dapat digambarkan Cuaca Madinah yang dingin, angin yang bertiup lembut, terasa ingin kuberlari ke arah kubah hijau yang dibawahnya disemadikan insan agung sepanjang zaman iaitu Rasulullah Sollallahu Alaihiwasalam bersama Saidina Abu Bakar AS dan Saidina Umar AS. 

Ustaz menunjukkan Babus Salam iaitu pintu bagi jemaah lelaki, dan akhirnya kami sampai di hadapan kubah hijau. Ustaz mengetuai kami untuk berdoa menghadap kiblat, selepas memberikan salam buat Rasulullah dan dua sahabat, memohon agar diberikan syafaat pada masa dan ketika tiada seorang pun mampu memberi bantuan, kecuali Baginda, iaitu pada hari kiamat.

Ibu mertuaku di hadapan Babussalam

Walaupun baru 3 tahun lalu kami tiba di sini, apabila berada begitu hampir dengan jasad Rasulullah, rindu semakin menyala-nyala untuk menatap wajah suci Baginda. Sempat kusampaikan salam teman-temanku kepada Rasullah SAW, dan kudoakan agar semua sahabatku akan dapat menunaikan haji secepat mungkin. 


Di hadapan kubah hijau, di mana bersemadi Rasulullah SAW dan 2 sahabat, Saidina Abu Bakar AS dan Saidina Umar AS
Suasana hening di perkarangan Masjid Nabawi
Kami meneruskan perjalanan ke perkuburan Baqi', dan memberikan salam kepada para Syuhada' dan para sahabat yang telah dimaqamkan di sana. Sesungguhnya mereka telah mendahului kita, dan kita pasti menyusul. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan yang dikurniakan syurga Allah in shaa Allah. 

Dari Baqi', jemaah lelaki dan wanita berpisah. Jemaah lelaki di bawa menuju Raudhah iaitu Taman Syurga yang terletak antara rumah Rasulullah dan mimbar Baginda, melalui pintu Babussalam, manakala jemaah wanita di bawa ke pintu Nisaa' iaitu pintu wanita. Aku yang masih belum suci, pulang ke hotel sendirian, selepas kutitip doa melalui ibu mertuaku.

Pintu Nisaa' untuk jemaah wanita

Jadual harian kami di Madinah tidak lain adalah untuk mengejar 40 waktu solat berjemaah di Masjid Nabawi, yang dijanjikan ganjaran syurga buat yang mampu melakukannya (Al-hadith). Malah solat di dalam Masjid Nabawi diberikan ganjaran 1000 kali lebih, berbanding di tempat-tempat lain, kecuali Masjidil Aqsa (500 kali) dan Masjidil Haram (100,000 kali) . Aku yang masih haid, redha dengan ketentuanNya , dan cuba sedaya mungkin untuk tetap berjalan ke masjid dan duduk di perkarangan masjid setiap waktu solat, sambil membaca tafsir Al-Quran. Semasa di Mekah mungkin kerana terlalu sibuk membaca, tiada masa untuk membaca tafsir ayat-ayat suci, maka aku manfaatkan waktu di Madinah untuk melakukannya, seperti yang dicadangkan oleh Professor Kamil Ibrahim, pengarang buku Travelog Haji, Mengubah Sempadan Iman. 

Suasana di perkarangan masjid pada waktu Zuhur

Sebaik-baiknya adalah solat di DALAM masjid bagi mendapatkan fadhilat 1000 kali ganjaran. Mungkin ada yang berbeza pendapat AllahuAlam

Mendung

Berlari-lari anak jemaah wanita yang ingin berdoa tatkala hujan turun di bumi Madinah, menandakan musim sejuk akan bermula
Suasana Senja di Masjid Nabawi

Tiga hari di Madinah, kami dijadualkan untuk melakukan ziarah luar, iaitu menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar kota Madinah. In shaa Allah akan saya kongsikan dalam entri seterusnya. 

Bersambung


Monday 17 March 2014

Family Life: Our own little prince, Umar Lion of The Desert

Kisah Pahlawan kami, Muhammad Umar Mohd Hafiz

Daripada seorang wanita yang tidak mampu untuk hamil, Alhamdulillah sesungguhnya kurniaan Allah itu Maha Luas. Kami yang tidak pernah menyangka akan mendapat walau seorang cahayamata, telah dianugerahkan dua orang puteri yang comel dan sihat. Selepas melahirkan puteriku yang kedua dalam keadaan tidak cukup bulan atau pramatang, aku telah menggunakan Implanon iaitu susuk hormon yang dipasang di lengan, bagi merancang kehamilan. Walaupun kaedah ini kukira lebih mudah berbanding pil perancang yang memerlukanku mengingat untuk ambil setiap hari, malangnya Implanon menyebabkan haidku tidak teratur dan berpanjangan. Selepas 18 bulan memakainya, aku mengambil keputusan untuk mengeluarkannya, walaupun jangkahayat Implanon itu adalah tiga tahun. Masih jelas diingatanku suamiku ketika itu berkata belum bersedia untuk mendapat cahayamata ke tiga, tambahan pula peperiksaan Sarjana atau Masters ku bahagian pertama sudah hampir. Aku meyakinkan beliau bahawa aku sudahpun mendapatkan pil perancang  untuk kuambil selepas Implanonku dibuka. Beberapa hari selepas Implanon itu dibuka, haid ku datang seperti biasa, untuk bulan Februari 2009 itu.

Pada awal Mac itu juga, kami bercuti ke Sydney Australia bersama rakan-rakan seperjuangan Hai-O. Itulah pertama kali aku menjejakkan kaki ke Australia, dan lebih istimewa lagi ketika itu kami dapat membawa 2 orang rakan kongsi bersama. Teruja dengan Opera House, Blue Mountain, kangaroo dan koala, tiga hari berturut-turut aku terlewat mengambil pil perancang.

Sesungguhnya rezeki dari Allah, andai sudah termaktub bakal menjadi milik kita, pasti tidak ada yang dapat menahannya. Maha Suci Allah, sekembali dari Australia, haidku tidak datang lagi. Sahlah aku hamil sebulan selepas Implanonku dibuka! Alhamdulillah. Walaupun dahulunya suamiku yang berkata belum bersedia, ketika haidku lewat, dia yang lebih teruja dan menawarkan untuk membelikanku ujian kehamilan. Sememangnya tiada perasaan yang lebih indah tatkala memberitahu seorang suami, yang diri ini sedang hamil dengan seorang anak zuriat suami tersebut.

Alhamdulillah kehamilan peringkat awal berjalan lancar. Aku ternanti-nanti bilakah “morning sickness” ku akan bermula? Hingga kadang kala aku tertanya-tanya, betulkah aku hamil? Kusimpan pregnancy test ku hinggalah aku berjumpa dengan doktor pada kira-kira usia kehamilanku 9 minggu. Ketiadaan  morning sickness dan muntah-muntah seperti anak-anak sebelum ini sedikit sebanyak memberikan aku harapan bahawa bayi ini adalah bayi lelaki, kerana “pembawaan budak” yang berbeza.

Ketika usia kehamilanku menginjak 9 minggu, aku menduduki peperiksaan Masters bahagian pertama. Sememangnya kami diberitahu tahap kelulusan adalah kurang dari 50%, bererti daripada 11 orang di Tahun Satu Oftalmologi di universitiku (in campus) ini, hanya 5 atau 6 orang akan lulus. Aku tidak bersedia, tambahan pula aku melangkah ke dalam masters dalam keadaan tidak cukup pengalaman dalam bidang kepakaran mata ini, berbanding calon-calon lain yang sudah punya 2-3 tahun pengalaman. Aku berusaha sehabis baik dan bertawakkal kepadaNya. Aku bertekad “aku mesti lulus!” kerana jika tidak, ujian ulangan adalah pada bulan November iaitu sangat hampir dengan tarikh aku dijangka bersalin. Ketika itu hanya temanku yang turut sama dalam bidang oftalmologi di Hospital Kuala Lumpur, yang tahu tentang kehamilanku. Kurahsiakan dari semua pensyarahku, takut dimarahi.

Alhamdulillah. Kuasa Allah, aku lulus! Bukan atas usahaku, tapi atas ihsan dariNya. Masih kuingat salah satu soalan esei semasa peperiksaan itu, aku dan temanku baru sahaja membincangkannya semasa sarapan, dan soalan itu keluar 30 minit kemudian. Soalan viva juga begitu, kami berbincang dalam kereta semasa dalam perjalanan ke hospital, soalan itu juga ditanyakan kepada kami oleh pemeriksa. Ya Allah, nikmat Allah yang mana lagikah yang boleh kami dustakan? Tiada, ya Allah!

Dalam debaran dan tidak percaya aku lulus, aku gagahkan diri untuk melihat sendiri keputusan peperiksaan yang dipaparkan di pejabat. Khuatir ada yang tersilap baca nombor matriksku, lantas silap membaca keputusanku. Alhamdulillah betullah MGL080018 itu nomborku. Aku lulus!! Allahu Akbar!

Namun kegembiraanku tidak kekal lama. Belum sempat kubersujud syukur, aku dapat rasakan ada yang tidak kena. Aku ke tandas, dan ketika itu kulihat ada sedikit darah. “Allahu Rabbi. It’s happening again.” Dalam kerisauan, aku melangkah ke klinik Obstetrik dan Ginekologi  yang terletak bersebelahan dengan klinik mata kami. Tatkala sahabat-sahabatku keluar makan tengahari bersama untuk meraikan kejayaan, aku berpeluh dan berdebar menanti untuk diperiksa oleh doktor. Aku risau kerana sepanjang pengajian masters ini, kami memang telah dipesan berkali-kali agar TIDAK hamil, dan kami TIDAK ADA cuti bersalin. Apatah lagi MC yang dibenarkan hanyalah 7 hari bagi setiap 6 bulan atau satu semester. Aku hanya mampu berserah.

Dari jam 1.45 tengahari, hinggalah ke pukul 4.30ptg, barulah aku dipanggil. Rupanya tiada sebarang keistimewaan kepada staf hospital ini. Semua orang harus beratur menunggu giliran. Suamiku yang kuhubungi tengahari tadi, turut menahan nafas di tempat kerja beliau, menanti berita dariku berkenaan pendarahan tadi. Hilang seketika kegembiraan mendapat berita aku lulus dalam peperiksaanku.

Aku bertemu Dr Wan Ibrahim, yang melakukan scan padaku, dan menyampaikan berita gembira. Katanya bayiku selamat! Alhamdulillah. Cuma aku harus bercuti untuk berehat selama dua minggu, hingga hampir masuk ke trimester ke dua, agar janin lebih kuat. Dalam kesyukuran dan redha, aku pasrah. Andai kerana bayi ini pengajianku harus diperpanjangkan, biarkanlah. Bayi ini lebih penting berbanding segulung ijazah yang boleh kusiapkan kemudian. Tambahan pula kukira Allah sudah mengurniakan anugerah yang besar dengan membantuku lulus dalam peperiksaanku peringkat pertama.

Selesai MC selama dua minggu,pendarahan telahpun berhenti dan aku kembali bertugas dan bertemu dengan supervisorku iaitu Prof Dr Angela Loo, dan Ketua Jabatan iaitu Prof Dr Mimiwati. Seram sejuk seluruh tubuh ingin menyampaikan berita ini pada mereka, kerana kudengar ada khabar angin mengatakan SEMUA pensyarah amat marah kalau ada calon sarjana yang hamil. Rupanya itu tidak benar! Alhamdulillah Prof Angela sangat gembira dengan berita ini, dan berkata tidak mengapa jika aku mahu memperpanjang pengajianku atas sebab kehamilanku ini. Tambahan pula aku sudah lulus peperiksaan peringkat pertama. Prof Mimiwati juga sangat memahami dan berkata jika aku perlu untuk MC, aku dibenarkan membawa atau “carry forward” MC dari semester depan. Subhanallah Alhamdulillah! Ini semua kuasa Allah yang melembutkan hati-hati manusia yang berada di dalam genggamanNya.

Sememangnya cabaran hamil semasa masters amat berbeza dengan kehamilanku sebelum ini. Ada sebilangan kecil pensyarah yang tidak suka keadaanku yang hamil dan berkomplikasi, menyebabkan aku tidak dapat bertugas sepenuhnya seperti doktor-doktor yang lain. Begitu juga sebilangan kecil rakan setugas, ada yang “bercakap belakang” dan mempersoalkan mengapa aku diberi “layanan istimewa” hingga diberikan MC yang panjang. Aku memekakkan telinga sahaja, kerana kita tidak mungkin dapat memuaskan hati semua pihak. Namun tidak kurang jua, staff-staff dan sahabat-sahabat  yang memberi sokongan dan kata-kata semangat kepadaku. Alhamdulillah pada Jun 2009, aku melangkah ke Tahun Dua.

Semasa kandunganku mencecah 16 minggu, kami bercuti ke Nilai Spring Resort untuk meraikan hari lahir puteri sulungku yang ke tiga tahun. Ketika itulah aku pertama kali merasakan tendangan bayi dalam kandunganku. Walaupun sudah lewat malam, kutelefon Mama di kampung bertanyakan hal ini, kerana pergerakannya secara tiba-tiba amat jelas dan kuat, tidak seperti Fatimah yang lemah lembut dan Safiah yang hanya kurasai tendangannya pada usia kandungan 24 minggu. Jawapan ibuku amat mudah. “Anak lelaki memang lah macam tu. Percayalah cakap Mama. Mama dah mengandung 5 anak lelaki. Mama tahu”. Tersengih seorang aku mendengarnya. Kuaminkan doa ibuku. Hatiku sememangnya amat inginkan seorang anak lelaki, namun takut untuk meletakkan harapan yang tinggi, takut kecewa di kemudian hari.

Ketika 19 minggu, aku menjalani ujian imbasan atau ultrasound secara terperinci memandangkan kesku dikategorikan sebagai kes berisiko tinggi kerana pendarahan tempoh hari. Petugas yang menjalankan ujian itu memaklumkanku bahawa bayiku adalah perempuan! Aku terkejut namun cuba untuk menerima hakikat. Suamiku tenang sahaja, namun Mamaku tidak percaya dan tetap dengan pendapat beliau bahawa aku hamil anak lelaki. Apapun aku bersyukur kerana anakku cukup sifat dan kelihatan sihat.

Benarlah kata-kata, tanda Allah itu sayang pada hambaNya adalah dengan memberikannya ujian, agar ia dekat dengan Penciptanya, dan terus berdoa dan bermohon. Seminggu kemudian, dugaan keduaku tiba. Aku tumpah darah! Ia berlaku semasa aku menghadiri salah satu kelas perniagaan Hai-O di stokis kami di Batu Caves. Selepas kelas, kira-kira jam 5.30 petang, ketika aku bangun dari kerusi, terasa darah keluar menderu-deru, dan aku hampir pengsan melihat terlalu banyak darah yang tumpah, hingga membasahi kerusi dan lantai. Kutahan air mata, sambil berdoa sendirian, sambil suamiku pantas memandu kereta ke Hospital Selayang. Hatiku mula berkata, “Andainya bayi ini lelaki, rasanya inilah kali terakhir aku hamil. Terlalu banyak dugaan setiap kali hamil, entah-entah semakin ramai anak, semakin banyak cabaran. Tetapi bayi ini perempuan! Means I will have to try again for a boy” .

Alhamdulillah mujur suamiku ketika itu masih bekerja di Hospital Selayang, dan terjumpa sahabatnya, Dr Sumayyah Saharom yang bertugas di Jabatan Kecemasan ketika itu. Aku segera dirujuk kepada doktor bahagian O&G, dan syukurlah bayiku selamat. Rupa-rupanya uri bayiku agak rendah, menutupi pintu rahim (low lying placenta), maka apabila rahim membesar, uri itu turut tertarik ke atas & menyebabkan pendarahan. Aku menolak untuk dirawat di hospital, dan memilih untuk berehat di rumah sahaja. Apabila dikenangkan semula, apalah sangat jantina anak itu berbanding keselamatan dan kesihatan bayi yang dikandung. Aku kesal dengan sikapku sendiri. Aku patut bersyukur hingga kini Allah masih memelihara kandunganku ini.

Alhamdulillah tiada lagi pendarahan selepas episod itu. Pada 24 minggu, aku berjumpa dengan atuk saudaraku iaitu Dr Hamid Arshat, untuk mendapatkan pandangan kedua atau second opinion berkenaan kandunganku. Ternyata ada berita baik dan kurang baik. Yang kurang baik? Ternyata uriku rendah, dan jika tidak berganjak sehingga saat kelahiran, aku harus menjalani pembedahan caesarean. Berita baiknya? It’s a BOY!! Aku masih ingat selepas Dr Hamid bertanya, “ Dulu dua orang girl kan? Baguslah kali ini boy, In Shaa Allah”, aku pantas bertanya kembali, “ Betul ke Tok?”. Sepantas kilat jua suamiku mencubit pahaku, “ Hish, ada ke tanya macam tu, Atuk tu dah 40 tahun buat O&G tau!”. Dr Hamid hanya tergelak, dan mencetak gambar bayi lelaki kami itu, sebagai bukti. Aku merasa seperti dalam syurga. Ya Allah, baiknya Allah. Mengkabulkan segala doa-doa kami tanpa henti tanpa meminta sebarang balasan. Kusampaikan berita gembira ini kepada Mamaku, yang akan berlepas menunaikan umrah pada keesokan harinya, untuk menyambut Ramadhan di Mekah. Kutitipkan doa agar kandunganku selamat dan bayiku sihat-sihat sahaja. Mamaku berkata,” Kan Mama dah kata.” Well, “mom’s always right”, is right indeed!

Sehari selepas itu, aku menelefon sahabatku yang bertugas di Jabatan O&G Hospital Putrajaya, iaitu Dr Hayaati Ahmad. Aku ingin meminta jasa baik beliau untuk menjalankan scan sekali lagi, dengan Scan 3D yang terdapat di sana,kerana aku masih belum percaya dengan berita gembira ini. Alhamdulillah benarlah telahan Dr Hamid Arshat. Dr Hayaati turut mengesahkan bahawa bayi dalam kandunganku adalah bayi lelaki. Pengajaran bagiku, jangan terlalu cepat percaya jantina bayi yang ditentukan melalui scan yang  terlalu awal.

Aku menanti saat kandunganku mencecah 28 minggu dengan debaran. Bukan kumengharap, tetapi dengan kehamilanku yang lalu, 28 minggu adalah “landmark” sesuatu akan berlaku kerana kandungan melangkah ke trimester ke tiga. “Mother’s instinct” atau firasat seorang ibuku tepat. Kukira ketika itu adalah 20 Ramadhan, aku mula merasakan kontraksi atau contraction pada waktu petang sebelum pulang ke rumah. Kudiamkan sahaja,tidak kuberitahu kepada seorang pun teman setugasku. Namun menjelang jam 5 petang, ia semakin kuat. Aku mulai cemas. Aku di hospital di Petaling Jaya,  suami di Hospital Selayang. Aku tidak mahu ke bahagian O&G di sini tanpa suamiku. Kutelefon sahabatku di O&G Hospital Selayang selepas kuhubungi suamiku, dan beliau meminta aku segera ke hospital. Masih kuingat detik-detik cemas itu, contractionku semakin kuat, aku berjalan dari Klinik Mata ke tempat letak kereta yang jauh, di tingkat 6 atau roof top! Aku menyeka airmata, memandu pulang ke rumah kami di Ampang,dan sebaik tiba dirumah, suamiku yang baru tiba dari Selayang, terus memecut kembali ke Hospital Selayang bersamaku. Scan menunjukkan bayiku masih selamat, namun air ketubanku sudah terlalu kurang, iaitu AFI (amniotic fluid index) 9 sahaja, sedangkan 8 adalah paras bahaya. Rupanya aku ternyahhidrat atau dehydrated kerana berpuasa. Kurangnya air ketuban menyebabkan rahimku mula kontraksi, untuk memberitahu bayiku tidak cukup sokongan. Doktor Nik Aniza meminta untuk aku tidak lagi berpuasa, dan berkata, keselamatan bayiku lebih utama ketika ini. Keadaanku sangat serius, dan katanya jika air ketubanku mencecah 8 (normal adalah 11 dan ke atas), mereka terpaksa membiarkan aku melahirkan bayiku yang pramatang, bagi mengelakkan bayiku lemas dan pertumbuhan paru-parunya terbantut. Suntikan dexamethasone diberikan untuk mematangkan paru-paru bayi dan aku dibenarkan pulang. Secebis berita baik mengiringi kejadian ini, uriku sudah naik ke atas, jadi dengan izin Allah, aku akan boleh bersalin secara normal.

Red flag demi red flag dalam kehamilanku ini. Aku sesal kerana terlalu mengejarkan pahala berpuasa di bulan Ramadhan sehingga mengabaikan kesihatan bayi dalam kandunganku,sedangkan rukhsah atau keringanan untuk ibu yang hamil sememangnya di benarkan dalam Islam. Alhamdulillah Hari Raya kami lalui tanpa sebarang komplikasi.

Kandunganku selamat mencecah 36 minggu. Sekali sekala kurasakan contraction tetapi selalunya akan berhenti dengan sendirinya apabila kuberehat. Walaupun penuh komplikasi, aku meneruskan tugas di hospital tanpa MC yang panjang, kerana kuota MCku sudah habis. Aku sudahpun menulis surat kepada pihak UiTM dan Universiti Malaya yang aku akan menangguhkan pengajianku  selama 6 bulan selepas kelahiran anakku.

Orang kata setiap anak akan disertakan dengan rezekinya sendiri. Alhamdulillah pada tahun ini jua suamiku telah mencapai pangkat tertinggi di dalam Hai-O Marketing iaitu Crown Diamond Manager setelah dua tahun bersama syarikat perniagaan berangkai atau network marketing ini. Majlis penganugerahan akan berlangsung pada 15 November, iaitu sebulan sebelum tarikh aku dijangka bersalin, pada 13 Disember 2009.

Hati mana tidak berbunga, ingin mengiringi suami tercinta di pentas indah di Stadium Malawati Shah Alam. Kutempah baju hitam dan merah, warna rasmi syarikat, untuk kupakai pada hari bersejarah itu nanti. Alhamdulillah aku tumpang bangga dengan kejayaan suamiku. Mama dan Ayahku akan turut hadir, mereka datang dari Muar untuk melihat menantu tersayang menerima anugerah dari pihak syarikat.

14 November 2009. Kami dijemput hadir ke Stadium Malawati Shah Alam untuk majlis raptai di sana. Aku yang amat teruja, terjaga jam 5 pagi. Lama kutepis mamai seusai bangun tidur, memikirkan apakah rasa sakit yang baru sahaja mengejutkanku? Oh! Contractionku sudah bermula! Aduhai, aku tak senang duduk. Orang kata anak ketiga cepat proses bersalinnya! Suamiku turut bangun, bertanya bagaimana keadaanku. Lucunya, ketika itu aku berkata, “Sayang tak kira, sayang nak pergi juga majlis tu, nak tengok pentas tu cantik macamana.” Mulanya tergelak suamiku, namun kemudian beliau diamkan sahaja,mungkin risau memikirkan keadaanku. Alhamdulillah selepas sejam, contraction berakhir. “Fuh, false alarm rupanya. Nasib baik!”

Majlis raptai bermula jam 10 pagi. Subhanallah alangkah cantik dan istimewa hiasan stadium yang disediakan oleh pihak syarikat, untuk meraikan para usahawan yang berjaya. Aku berpeluang untuk jalan di atas runway bersama suamiku, menaiki golf buggy yang dihias khas, dan berdiri di sisi suamiku saat beliau berlatih menerima anugerah beliau. Teman-teman seperjuangan dari stokis B32 turut sama bertepuk tangan dan melambai-lambai saat kami berada di atas pentas.

Majlis raptai berakhir jam 12.30, dan kupinta suamiku membelikanku nasi ayam untuk makan tengahari. Kami bercadang untuk bermalam di Hotel Concorde Shah Alam untuk berehat sebelum majlis esok petang. Sebelum berlepas ke hotel, aku singgah di tandas di stadium. Jeng jeng jeng! I had my “show” already. Tanda  darah yang menandakan waktu untuk aku bersalin sudah hampir, cukup mendebarkan. Suamiku memujuk, “Tak apalah sayang, kalau sayang terbersalin esok atas pentas lagi susah!”. Aku memujuk diri, semasa anak sulungku, 3 hari selepas keluar “show” baru aku bersalin. Hati masih degil, ingin melihat buah hatiku menerima anugerah berprestij itu. Lagi pula, belum ada contraction lagi, hanya “show” sahaja.

Selepas check in di hotel, makan dan solat zuhur, kami berehat seketika. Iya, aku masih lagi solat walaupun sudah keluar “show” kerana pendapatku, selagi proses bersalin yang aktif belum bermula, aku masih belum dalam keadaan wiladah atau nifas, maka wajib untukku bersolat.

Jam 4 petang, kedengaran bacaan ayat suci Al-Quran dari Masjid Shah Alam yang indah itu. Aku mula merasa contraction lagi! Aku terpaksa akur dengan ketentuanNya, memang aku akan bersalin hari ini juga, kerana contraction semakin kuat dan kerap. Kukejutkan suamiku, kami bersuci dan menunggu waktu solat Asar, sebelum kami bersiap untuk ke Hospital Pantai Bangsar. Suamiku tenang sahaja, aku yang gelabah dan resah gelisah. Entah kenapa, tiba-tiba diserang perasaan takut. Beberapa kali kusedut gas asthmaku iaitu salbutamol, kononnya nak menghentikan contraction.

Alhamdulillah aku dapat bersolat Asar dalam keadaan duduk. Selesai solat, suamiku yang memang sudah membawa peralatan dari hospital, menjalankan pemeriksaan padaku. Ternyata laluan lahirku sudah buka 3cm! Apa lagi, tepat jam 5 petang kami bergegas ke Bangsar.

Ya Allah, perjalanan melalui Lebuhraya Persekutuan pada petang Sabtu memang menyiksakan. Dengan aku mula berpeluh kerana contractionku semakin kuat, jalan pula jem! Suamiku sesekali mengerling kepadaku yang sedang menyeringai menahan sakit. Katanya, “Tak apa sayang, kalau sayang rasa nak push, Abang park  kereta dan Abang sambut je. Abang boleh. Sayang jangan risau.”

Mujur aku tidak mampu berbicara lagi, dek kerana menahan kesakitan. “Hish, ada ke? Malu lah nanti mat-mat motor lalu lalang nampak pula orang bersalin dalam kereta ni!”, getus hatiku. Oleh kerana aku lebih mahir jalan-jalan di kawasan Petaling Jaya dan Bangsar, aku memberi panduan kepada suamiku untuk mengelakkan kesesakan di pintu gerbang di Lebuhraya Persekutuan, dengan melalui jalan pintas di dalam Universiti Malaya.

Jam 6 ptg kami tiba di hospital. Suamiku menurunkanku di lobi, meletakkanku di kerusi roda, dan beliau terpaksa meninggalkanku untuk meletak kereta di basement. Pengawal keselamatan yang terlihatku dalam kesakitan, cepat-cepat meminta salah seorang staf untuk menghantarku ke dewan bersalin. Mujur ketika itu juga suamiku tiba dengan beg keperluanku. Kalau tidak mahu haru juga, kalau suamiku datang melihat aku tidak ada lagi di lobi.

Sampai sahaja di Dewan Bersalin, jururawat bertanya adakah aku akan bersalin. Pantas kujawab, “ I am Gravida 4 para 2+1, I am 36 weeks pregnant and I am contracting 3 in 10 minutes, moderate strength since 4pm!” (Saya hamil kali ke 4, sudah mempunyai anak 2 orang dan keguguran sekali, usia kandungan saya 36 minggu, dan kontraksi saya adalah 3 kali dalam setiap 10 minit dengan kekuatan sederhana kuat, sejak jam 4 petang). Apa respon jururawat itu? “Oh! Doktor! OK jom terus masuk bilik bersalin.”

6.20 petang, pemeriksaan awal menunjukkan laluan lahirku sudah membuka kepada 5-6 cm, dan sudah bersedia untuk proses bersalin (effaced). Sepanjang perjalanan kucuba hubungi Dr Hamid Arshat, namun tiada jawapan. Kucuba menelefon rumahnya jua tiada jawapan. Jururawat cuba sekali lagi menghubungi pakar perbidananku, namun tiada jawapan. “Doktor, doktor dah nak bersalin ni. Prof tak jawab phone. Doktor nak bersalin dengan siapa ya?”. Kujawab, “tak kisah lah, saya dah rasa baby nak turun ni!

Mereka menawarkan doktor oncall hari itu iaitu seorang pakar perbidanan lelaki cina, namun aku menolak! Konon tadi tak kisah, sekarang aku pula yang demand. Lucu, lucu.Kupinta mereka menghubungi mana-mana doktor wanita. Alhamdulillah kebetulan Doktor Idora lalu di hadapan hospital, dan beliau bersetuju untuk datang.

6.40 petang, Dr Idora tiba di dalam bilikku,dan beliau terus memeriksaku. Katanya laluanku sudah 8cm, dan beliau memecahkan sarung ketubanku. Sebaik sahaja air ketuban keluar, menurut beliau, sudah 9cm. “It’ll be another hour k dear,” katanya dengan sangat lemah lembut. “You are having good contractions”, katanya lagi.

Masih kuingat aku memujuk Dr Idora, “ Doctor please don’t go far, I promise I’ll be quick!” Tergelak Dr Idora, sambil menjawab,” Don’t worry dear, I’ll be just outside the door”. Suamiku di sisi, sibuk menelefon kedua mertuaku, memohon doa restu dan meminta mereka mendoakanku. Masih kuingat kata-katanya,” sekarang dah 9 cm, Abah. In shaa Allah sejam lagi bersalin lah”. Dalam hatiku, “Sejam? Ye lah tu! Sakit macam apa je ni! “ Aku tidak mendapat sebarang ubat penahan sakit kerana sudah terlalu hampir bersalin. Hanya gas ethonox, sedikit sebanyak membantu mengkhayalkanku.

Sebaik sahaja Doktor Idora keluar dari bilikku, kukira pintu bilikku juga belum tertutup, CTG iaitu alat untuk memantau contraction dan degup jantung bayiku menjadi perlahan. “Baby brady!” getus hatiku, bererti degup jantung bayiku lemah! Aku hampir menangis. Dr Idora masuk kembali dan bertanya soalan yang sama, “Eh, kenapa baby bradicardia ni?” Aku mula risau. Rupanya apabila Dr Idora memeriksa laluan lahirku, kepala bayiku sudah kelihatan! Aku sudah mahu melahirkan. Dalam hatiku berkata,”Dah kata dah. Tak mungkin sejam lagi! Memang la ada history of accelerated labour aku ni!”. Aku sedikit lega, ianya akan berakhir tidak lama lagi.

Kelam kabut jururawat menyiapkan peralatan. Suamiku menghampiriku dan berbisik, “sikit je, sayang. Abang dah nampak dah kepala baby”, sambil memegang tanganku. Subhanallah, memang bersalin anak lelaki tidak sama dengan anak perempuan. Sakitnya tidak terungkap!  Mungkin juga kerana aku tidak mendapat sebarang ubat penahan sakit. Dengan kata-kata semangat dari Dr Idora, jururawat dan suamiku , Alhamdulillah dengan tiga kali teran, bayiku selamat dilahirkan ke dunia ini. Tepat jam 6.45 petang, tidak sampai 3 jam selepas aku mula sakit, Muhammad Umar lahir sebagai putera kami.

Suamiku terus mengazankan bayiku, dan kuingat perkara pertama yang terlintas di hatiku adalah, “Alhamdulillah belum maghrib, tak adalah aku terhutang apa-apa solat sebelum nifas ini.” Alhamdulillah Muhammad Umar putih melepak seperti kakak-kakaknya, beratnya 2.80kg sahaja, kerana dilahirkan pada 36 minggu 2 hari, sebulan lebih awal dari tarikh yang dijangka.  Aku juga tidak memerlukan sebarang jahitan, kerana sudah tiga kali melahirkan anak.

Malam itu Umar terpaksa diletakkan di NICU selama 4 jam kerana nafasnya agak laju. 4 jam pun hatiku tidak keruan menahan rindu. Alhamdulillah sekembalinya bayiku ke dakapanku, dia terus menyusu dengan baik. Mertuaku datang sekeluarga malam itu juga, manakala Mama , Ayah dan adikku datang keesokkan harinya.


Muhammad Umar 4 jam selepas dilahirkan. Tudung merah yang kupakai inilah yang pada awalnya disediakan untuk naik pentas, rupanya nasib dia hanya sampai ke dewan bersalin :)

Keluarga mertuaku. Bertuah betul Encik Suami tu buat "peace" atas kepala! Chit!

Suamiku menerima anugerah dari syarikat Hai-O dengan diringi ibunya. Aku redha tidak dapat menyaksikan beliau, dan bersyukur kerana telah selamat melahirkan seorang putera yang sihat.


Umar bersama sepupu-sepupunya Muhammad Hakimi dan Muhammad Rayyan pada ulangtahun Umar yang pertama 14/11/2010. Semua sebaya lahir pada tahun 2009. 

Ketika aku menulis cerita ini, Umar sudahpun berusia 4 tahun. Buah hati pengarang jantung, anak lelaki yang sangat manja dengan Ummi dan Abinya. Alhamdulillah sudah mula bersekolah tahun ini (2014), dan sudah boleh membaca Al-Fatihah dengan baik. Semoga Umar menjadi anak soleh dan musleh, dan bakal menjadi salah seorang pemimpin yang akan membantu menyebarkan dakwah Islam In shaa Allah, seperti Umar Al-Khattab, Umar Abdul Aziz dan Umar Mokthar



Bagiku pula, umpama mimpi jadi kenyataan. Jika suatu masa dahulu aku pernah berkata dengan suamiku, andai aku tidak dapat melahirkan zuriat buatnya, aku izinkan untuk beliau beristeri dua. Sekarang beliau sendiri berkata, tidak ada sebab untuk beliau mencari isteri kedua, kerana aku telah melahirkan 3 orang zuriatnya. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-hambaNya. Alhamdulillah! Mudah-mudahan ada lagi rezeki kami untuk menimang cahayamata ke empat!

Amin :)

Wednesday 12 March 2014

Family Life: A story of our little warrior princess Safiah Wardina

Salam, 

Alhamdulillah it has almost been 5 days since the termination of pregnancy of my recent miscarriage. Here is the story I wrote few years ago for our second princess who was born 13 months after our first child, much to our surprise. 

Here goes :) 

***************************************************

Dugaan anak kedua

Aku dan suamiku bernikah pada usia muda, ketika 22 tahun. Ketika itu kami masih menuntut di universiti dalam bidang perubatan di dua buah negara yang berbeza. Selepas bernikah kami tinggal berjauhan selama dua tahun. Aku disahkan menghidap endometriosis iaitu penyakit tisu rahim di luar rahim semasa aku berusia 24 tahun & doktor kuatir aku mungkin menghadapi masalah untuk hamil. Aku juga terpaksa menjalani pembedahan untuk memulihkan penyakit itu. Setahun selepas pembedahan itu aku hamil tetapi keguguran ketika kandungan berusia 5 minggu. Allah saja yang tahu betapa sedihnya hati kami. Saban hari aku meratapi pemergian zuriat yang telah lama kami nanti-nantikan itu.

Namun Alhamdulillah ketika usia penikahan kami menganjak tiga tahun kami dianugerahkan seorang puteri yang sihat & comel, yang diberi nama Fatimah Yasmin. Aku tidak pernah menyangka akan hamil lagi dengan mudah, tetapi ternyata Allah ada perancanganNya sendiri. Aku hamil lagi ketika puteriku berusia 5 bulan. Suamiku juga terkejut bila aku disahkan hamil lagi kerana aku masih menyusui anakku sepenuh masa.

Berbanding kehamilanku dengan Fatimah yang tiada masalah sama sekali, kehamilanku kali ini penuh dengan dugaan. Ketika kandungan enam minggu, aku mengalami pendarahan yang berterusan hingga kandungan genap tiga bulan. Ketika kandungan lapan minggu, doktor mencadangkan agar aku menjalani D&C untuk mencuci rahim sahaja kerana beliau tidak pasti sama ada kandunganku dapat diselamatkan. Mujurlah suamiku berkeras untuk aku tidak menjalani prosedur itu. Alhamdulillah ketika kandungan berusia sembilan minggu, degup jantung anakku sudah kelihatan semasa imbasan dijalankan. Mulai saat itu aku harus menerima suntikan untuk menguatkan rahimku seminggu sekali, beserta pil hormon setiap hari untuk membantu kehamilanku sehinggalah kandunganku berusia lima bulan.

Alhamdulillah ketika usia kandungan tiga bulan, aku dapat bertukar dari Jabatan Obstetrik & Ginekologi  yang sibuk, ke Jabatan Perubatan yang lebih banyak masa lapang. Disebabkan oleh pendarahan & ancaman keguguran (threatened miscarriage) yang kualami, aku dikecualikan daripada tugas atas panggilan (oncall) selama beberapa bulan. Namun ketika kandungan berusia 7 bulan sekali lagi dugaan menimpa. Aku mengalami pendarahan sekali lagi, tetapi doktor mengesahkan kandungan aku selamat.

Saban hari tugasku di hospital semakin mencabar & memenatkan, ditambah pula dengan anak sulungku yang masih kecil & memerlukan perhatianku di rumah. Ketika aku hamil 8 bulan iaitu 32 minggu, aku mula mengalami kontraksi pramatang sehingga terpaksa dimasukkan ke wad. Aku diberi suntikan untuk menghentikan kontraksi & suntikan untuk mematangkan paru-paru bayiku, sekiranya bayiku terpaksa dilahirkan awal. Ketika itu doktor menganggarkan bayiku adalah seberat 1.6kg sahaja.

Mulai saat itu aku terpaksa bercuti di rumah sehingga bersalin kerana apabila aku banyak bergerak, kontraksi akan berlaku & ini membahayakan kandunganku. Kasihan anak sulungku kerana aku tidak boleh mendukungnya, dan aku terpaksa membiarkan dia tidur dengan pengasuhnya kerana aku perlu istirehat secukupnya bagi memastikan bayi dalam kandunganku dapat membesar dengan sempurna. Aku juga menjalani pemeriksaan dengan doktor pakar setiap minggu bagi memantau perkembangan kandunganku.

Kandungan normal selalunya berlangsung selama 37 hingga 42 minggu. Namun ketika usia kandunganku genap 36 minggu, aku mula mengalami kontraksi yang kerap. Pemeriksaan dengan doktor pakar mendapati jalan lahirku sudah buka 3cm, namun oleh kerana aku tidak merasakan kontraksi yang kuat & rumahku berdekatan dgn hospital, kami memutuskan untuk pulang ke rumah dahulu.

Aku bertahan selama 3 hari dalam fasa bersalin tidak aktif. Memandangkan suamiku juga doktor, jadi aku tidak risau untuk tinggal di rumah. Pada petang 19 Ogos 2007, aku mula merasakan sakit yang kerap, setiap 5 minit sekali namun aku belum juga mahu ke hospital. Apabila sakit semakin kuat kira-kira jam 11 malam, barulah kami bersiap untuk ke hospital. Sebelum ke hospital, sempat kami memesan pizza & menonton perlawanan bola sepak kelab kesayanganku. Lucu juga bila dikenangkan.

Kami tiba di hospital pada jam 1 pagi, dan ketika itu jalan lahirku masih juga 3cm. Sepanjang malam kontraksiku berkurangan & aku dapat tidur selama dua jam. Kasihan suamiku yang tidak tidur langsung menjagaku. Allah saja yang dapat membalas budi baiknya padaku.

Pukul 8 pagi, jururawat memeriksaku dan jalan lahir masih lagi 3cm. Aku mula merasa sedikit kecewa kerana aku kira proses kelahiran anak kedua akan lebih cepat berbanding anak sulung yang mengambil masa kurang dari 12 jam. Doktor memulakan drip untuk mempercepatkan kelahiran. Sakitku semakin kuat tetapi ketika aku diperiksa pada jam 11pagi, masih lagi 3cm. Aku & suamiku mula bimbang, takut-takut aku harus dibedah sekiranya jalan lahirku tidak buka. Alhamdulillah jantung bayi kami masih kuat. Aku meminta ampun dari suamiku & memintanya membacakan Surah Maryam disisiku. Sepanjang waktu aku sakit, aku masih mampu solat sambil duduk. Doaku mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusanku.

Pada jam 2.30 petang, doktor datang untuk memeriksaku dan memecahkan air ketubanku. Ketika itu jalan lahir hanya 4cm. Kalau mengikut teori perubatan, jalan lahir akan buka 1cm setiap 1 jam, maka kami berharap bayi kami akan lahir selewat-lewatnya 6 jam lagi. Tetapi dari saat air ketubanku pecah, aku berasa sakit yang teramat sangat sehingga terpaksa menghirup gas Ethonox untuk mengurangkan sakit, setelah suntikan Pethidine tidak mampu mengurangkan kesakitan. Tepat jam 3 petang, aku terasa ingin meneran  & apabila jururawat memeriksaku, jalan lahirku sudah 9cm!

Oleh kerana aku berada di hospital swasta, doktorku tidak sentiasa berada di kawasan hospital.Jururawat terpaksa menelefon doktorku, dan aku pula terpaksa menahan untuk tidak meneran bayiku keluar. Alhamdulillah 15 minit kemudian doktorku tiba & dengan sekali teran sahaja, puteri kedua kami, Safiah Wardina lahir ke dunia ini. Beratnya hanya 2.75kg berbanding kakaknya 3.24kg, kerana dia tidak cukup bulan. Namun Alhamdulillah anakku sihat & comel persis kakaknya. Suamiku mengazan & mengiqamahkan anak kami di sisiku, dan selepas itu aku terus menyusukan puteri kami itu. Kami pulang ke rumah selepas dua hari di hospital.



Sekarang anakku sudah berusia sebulan, beratnya juga sudah mencecah 4kg. Kakak yang sudah 15 bulan juga amat sayang pada adiknya. Aku juga sudah belajar dari kesilapanku, kehamilan yang terlalu rapat menyebabkan rahimku belum pulih sepenuhnya & mengakibatkan semua komplikasi semasa kehamilan & kelahiran anakku yang kedua yang pramatang. Selepas ini aku akan mengamalkan perancangan keluarga, dan mungkin menunggu 2-3 tahun sebelum hamil lagi, agar aku dapat menyusui anakku secara eksklusif.

Safiah at 50 days++ old.

****************************************

Safiah is now 7 years old (this coming August) and she looks every bit like me when I was her age, except that she is fairer. She always remind of those difficult times when we thought we have lost her at 8 weeks, but miraculously showed us that she is one tough girl. 

She has my temperament also,which I am not proud of. But she has one quality that I am forever grateful for, which is loyalty. 

May she grow up to be a good Muslimah who will contribute her doa to us when we are long gone, and also to the ummah in shaa Allah..


Monday 10 March 2014

Termination of pregnancy, medical Vs surgical intervention

Medicine Vs Surgery 
Which termination of pregnancy should I choose? 

We returned from hajj in November 2013, and I had my mirena removed around the middle of November because we were planning to get pregnant as soon as possible, considering we were already 33. I have set 35 as my age limit for childbirth. 

9th January 2014 was my last menstrual period & sure enough a month later there were 2 lines on the pregnancy test. Alhamdulillah all praises to Allah. 

Despite strong nausea & vomiting which usually indicates that the baby is growing healthily with high level of HCG, our pregnancy was short lived. 

I started bleeding at week 6 on the 24th Feb and got a long MC to rest at home. A consultant in O&G scanned me & said there is still a chance that the baby might still survive, but a subsequent episode of bleeding a week later was indeed a red flag. I passed clots & clots of blood & I was almost certain that the baby had gone to heaven. 

I opted for conservative management. I wanted to wait for the baby to pass naturally. In total I have waited 2 weeks, with minimal staining & mild crampy lower abdominal pain. 

On Monday the 10th of March, I chose to be admitted for evacuation of the product of conception (POC). My husband came along, cos he was still hoping for a miracle as I was still having morning sickness (according to a journal, it may take up to 6 weeks before the HCG come down to zero). 

Our old friend Dr Nik did the scan. The gestational sac measured at 10 weeks but collapsing & irregular in shape. The baby measured at 9 weeks but there were no movement, no heartbeat. So the diagnosis was a missed miscarriage in which the baby has stop growing but wouldn't pass naturally. 

I was given 2 options, either a dilatation & curettage (D&C) which is a surgical intervention done under general anaesthesia, or a medical intervention, in which a medication called cervagem is inserted near the cervix to soften it & induce contraction, thus expelling the POC. 

So here are the pros & cons. 


Pros for D&C 
- quick 
- almost painless (done under general anaesthesia) 
- do it & get it over with, the certainty that the POC would have cleared after the procedure is almost 100%

Cons for D&C
- 1:1000 risk of uterine perforation 
- 1:100 risk of endometritis which is inflammation of the womb lining 
- risk of asherman syndrome in which the lining of the womb is scarred, causing adhesion of the uterine wall & causing secondary subfertility. 
- risk of general anaesthesia (in which is high risk for me as I had severe allergic reaction in my previous operation, causing an acute asthma attack 


Pros for cervagem 
- I have somewhat "control" of what is happening as contrast to a D&C in which the fate of my womb is in the hand of another doctor 
- no risk of injury to the womb (yes I want more children)
- husband can be with me all the time (ok, this is a privilege not all can have, as we were doctors here previously & the O&G doctor was nice & let him stay). I needed his support as I face the pain & the vomiting. 

Cons for cervagem 
- painful! (Like seriously! I needed pethidine twice, and subsequently vomited from the effect of the pethidine). How painful? It feels like I was going through a childbirth, except you know that at the end of the pain you will NOT have a baby as a reward. 
- you will pass a lot of blood & clots & let me tell you, it is NOT like your normal period. Definitely not for the faint hearted. I was amazed at the amount of blood contained in an 8 weeks pregnant womb

- you don't know how many cervagem do you need to evacuate the POC. Cervagem is inserted every 3 hours till POC is passed. I had 3, as predicted by the O&G doctor, so Alhamdulillah. The maximum dose is 5 dose in a day. 

-occasionally the POC get stuck on its way out at the narrow cervix, and it needs to be manually pulled out by the doctor (slightly painful but bearable) 
- repeated ultrasound scan is needed to ensure that the womb is "clean". 
- there is a 15-20% chance that the POC will not pass & you end up with a D&C anyway (yes, after all the pain) 

I had my cervagem at 12noon, 3pm & 6pm, and by the time I was due for my 4th one, I have passed so much clots & the doctor did a scan, certifying that the womb has indeed become empty, with minimal blood remained. A syntometrin injection was given to helps the womb contracts & that was painful also (both the injection & the contraction), causing me to request for my second pethidine injection 

So Alhamdulillah that episode in our lives has ended. This morning I woke up with a new set of soaring spirit. No more abdominal cramps, very minimal bleeding.  It was indeed a valuable experience & I pray that all the pain & sadness that we had endured will result in some of our sins being forgiven by Allah. 

I opted for a contraceptive injection that will last for 3 months. I want to give time for my body to heal even though I am hoping to get pregnant again as soon as possible. If all goes well then it'll be a blessing but just the thought of the possibility of another miscarriage if I conceive too early, is just unthinkable. 

I want to stay healthy, eat healthy, exercise & maybe lose some weight in this 3 months. 

If Allah wills, in shaa Allah there will be that 2 lines that bring so much joy again. If not, in shaa Allah we are grateful for the 3 beautiful children that we have. 

Some people have difficulty in getting pregnant. Some people gets pregnant easily but miscarried as easily as well. Some had uncomplicated pregnancies & deliveries. Some pregnancy ended in a difficult miscarriage like this one that I had. 

It makes me put a lot of things into perspective. Every women who had a healthy baby, was indeed a blessing from Allah. Every time a family welcome a new member, we must praise Allah for His Greatness in creating a human being from a drop of water, residing in the strong haven called the "rahim" which also means the "merciful". The mother endures the 9 months of hardship, only to continue the hardship during the 2 years of nursing the child. 

Alhamdulillah even though I didn't get to see this baby's smile, I have been blessed with 3 healthy babies, a gift not every woman is blessed with. All praises indeed should return to Allah the Most Gracious, and Most Merciful. Alhamdulillah... 


Tuesday 4 March 2014

Family Life : A little story about our first child Fatimah Yasmin

I am a mother of three. What matters most in my life, like most of other mothers out there are our children.

I wrote these stories about my daughter years back but I found it in one of my previous blogs (which I can't remember the password anymore). Since I have decided that THIS www.draisyahafiz.com is going to be the active blog, I would like to share this story here. 

Happy reading :)

**********************************************************


Puteri di hati

3 Ogos 2003 adalah tarikh keramat dalam hidupku. Hari di mana diriku dan putera hatiku, Mohd Hafiz Osman selamat diijab kabulkan, dengan berwalikan bapaku sendiri. Perkenalan kami di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1998 sebagai rakan sekuliah, berakhir di jinjang pelamin. Pada hari itu, kurasa akulah wanita paling bertuah di dunia, dan saat pertama kali suamiku mengucup dahiku selepas dinikahkan, aku merasa seperti berada di syurga dunia. Pertama kali bertentang mata, degupan jantungku seakan terhenti. Benarlah kata orang, bercinta selepas bernikah jauh lebih indah.

Sebulan selepas bernikah, kami terpaksa berpisah lantaran pengajian yang belum selesai. Aku berlepas ke Ireland, manakala suamiku pulang ke Yogyakarta, Indonesia untuk menyambung pengajian masing-masing. Begitulah kehidupan kami selama dua tahun, memendam rasa, menyulam rindu tinggal berjauhan, dipisahkan oleh 3 benua. Hanya panggilan telefon, sms dan email menghubungkan kami. Kami hanya bertemu setiap 3 bulan, sama ada aku ke Indonesia atau suamiku ke Ireland. Ketika aku menghadapi peperiksaan tahun akhir yang bakal menentukan jika aku layak bergelar doktor, suamiku mengambil cuti dari pengajiannya selama sebulan untuk menemani isteri tercinta. 

Saat paling sukar adalah ketika usia pernikahan kami melangkah ke tahun pertama, aku disahkan menghidap endometriosis iaitu tisu rahim yang berada di luar rongga rahim. Aku diserang rasa sakit perut yang amat sangat ketika sedang bertugas di hospital. Ultrasound yang dijalankan mengesahkan aku mengalami pendarahan di dalam sista di kedua-dua belah ovariku. Walaupun selama ini aku memang sering mengalami senggugut yang teruk, tidak pernah aku endahkan kerana menganggap ia hanyalah sakit biasa. Berita berkenaan diagnosa itu bagiku bak halilintar memecah bumi. Allah sahaja yang tahu perasaanku ketika itu, bersendirian di bumi orang, disahkan menghidap penyakit yang bisa menjejaskan masa depanku. Doktor sendiri tidak dapat memastikan jika ovariku masih mampu berfungsi dengan baik. Hanya Allah yang Maha Mengetahui jika aku masih mampu memberikan zuriat buat suamiku. 

Aku dijadualkan untuk menjalani pembedahan kecil laparoskopi untuk membuang sista-sista tersebut dan membersihkan rongga pelvisku daripada endometriosis tersebut pada 31 Julai 2004. Suamiku tidak dapat datang menemaniku kerana sedang menghadapi peperiksaan akhir dalam subjek pediatrik. Ibu bapaku hanya mampu berdoa kerana tidak mampu untuk datang ke Ireland untuk berada di sisiku melalui saat-saat getir itu. Teman-temanku hampir semua sudah pulang ke Malaysia untuk cuti musim panas. 

Pagi itu, aku melangkah sendirian ke hospital untuk menjalani pembedahan. Tidak sedikitpun rasa takut dalam hatiku, kerana aku yakin Allah sentiasa bersamaku. Pembedahan yang sepatutnya hanya mengambil masa satu jam, berlarutan hingga dua jam kerana salah satu sista pada ovari kiriku sudah pecah. Pembedahan besar terpaksa dijalankan. Selepas pembedahan itu, aku mengalami pendarahan yang berlanjutan hingga terpaksa ditahan di ruang “recovery” selama dua jam. Malam selepas pembedahan itu, aku diserang asthma yang teruk, hingga memerlukan perhatian dua orang pakar, iaitu pakar anaetesi dan pakar perubatan. Rupa-rupanya aku mengalami reaksi alahan terhadap bahan ubat bius yang digunakan hari itu. 

Alhamdulillah selepas seminggu aku di hospital, aku dibenarkan pulang. Tiga minggu kemudian barulah suamiku dapat datang ke Ireland untuk menemaniku. Selepas pembedahan itu, doktor menasihatiku agar cuba untuk hamil segera, kerana jika aku tidak hamil dalam masa setahun selepas pembedahan itu, penyakit endometriosis itu boleh kembali. 

Setahun berlalu, aku dan suamiku masih lagi tinggal berjauhan. Dalam waktu yang sama kami terus mencuba untuk mendapatkan cahaya mata. Perpisahan kami berakhir pada 5 Julai 2005, apabila aku pulang ke Malaysia, selepas 6 tahun di perantauan. Sebelum aku pulang ke tanahair, aku dan suamiku sempat pergi melancong ke tujuh buah negara di Eropah, sebagai bulan madu kami yang terakhir di luar negara sebelum pulang ke Malaysia buat selamanya. 


Kleine Scheidegg, Switzerland

Sekembalinya kami ke tanahair, kami menziarahi kaum keluarga yang sudah lama tidak kami temui. Seperti biasa, pertanyaan yang akan terpacul di mulut mereka apabila berjumpa aku dan suami, “bila nak ada baby? Kahwin dah lama”. Pada mulanya boleh kuterima, lama-kelamaan aku mula terasa tekanannya. Sebenarnya setiap kali aku pulang ke Malaysia, sejak kami mula bernikah lagi, soalan itulah yang sering kuterima. Namun tekanan itu lebih terasa apabila kami berada di tempat sendiri. Sebelum ini, aku sering mengelak dari menghadiri majlis-majlis dan kenduri kendara yang dihadiri saudara maraku, bagi mengelakkan tekanan itu. Tambahan pula aku jarang pulang, jadi tekanan itu masih minimal. Apabila pulang, saudara maraku sering membanding-banding aku dengan sepupu-sepupuku yang sudah beranak dua tiga orang. Kadang kala mengalir juga airmataku, tersinggung dengan sikap orang sekeliling yang kurang sensitif. Alhamdulillah Mamaku dan ibu mertuaku amat memahami, dan sering memujukku, dengan berkata, sepupu-sepupuku tidak belajar tinggi, tambahan lagi aku baru menjalani pembedahan. Suamiku juga tidak pernah memberikan tekanan kepadaku. Malah dia sentiasa memberikan keyakinan kepadaku, bahawa suatu masa nanti aku pasti mampu memberikan zuriat buatnya.

Pada pertengahan Julai itu, kami berlepas ke Yogyakarta. Aku mengambil keputusan untuk mengambil cuti panjang untuk menemani suamiku menyelesaikan pengajiannya dalam bidang perubatan. Di samping itu, boleh juga aku berehat selepas menyelesaikan housemanshipku di Ireland yang cukup melelahkan. 

Mulai Julai 2005, bermulalah lebaran baru dalam hidupku sebagai surirumah sepenuh masa. Bahagia rasanya dapat menyambut kepulangan suami setiap kali dia pulang dari hospital, memasak makanan kegemarannya dan menjaganya dengan sepenuh perhatian. Terasa sedikit sebanyak dapat kutebus ketiadaanku di sisinya selama dua tahun sebelum ini. 

Alhamdulillah selepas sebulan kami tinggal sebumbung, aku hamil. Sungguh tidak kupercaya ketika ujian kehamilan itu positif, hingga kubeli dua lagi ujian yang sama untuk kuuji tiga hari berturut-turut. Alhamdulillah ketiga-tiganya positif. Kusampaikan berita gembira itu kepada suamiku, yang ketika itu baru sembuh dari demam kepialu, yang memang biasa terjadi di Indonesia. Kubersyukur ke hadratNya, kerana tidak pernah kumenyangka aku akan dapat melalui saat-saat bahagia seperti itu. Malangnya kegembiraan kami hanya bertahan selama seminggu. Maghrib 20 Ogos 2005, aku mulai mengalami pendarahan. Panik, kuhubungi kakak iparku di Malaysia, yang juga pernah mengalami keguguran. Selepas mendapat nasihat darinya, aku berehat dan berdoa agar aku tidak keguguran. Kupinta pada kakak iparku agar merahsiakan hal ini dari Mamaku agar dia tidak risau, walaupun jauh di sudut hatiku, aku amat ingin Mamaku berada di sisiku saat itu. Ternyata naluri seorang ibu tidak mungkin dikaburi. Sepuluh minit selepas aku hubungi kakak iparku, Mama menelefon bertanya khabar. Katanya hatinya tidak tenang sejak petang tadi. Mendengar suara Mama tersayang, air mataku tidak dapat dibendung lagi, kuceritakan segalanya pada Mama. Kupohon jua agar Mama mendoakan kandunganku boleh diselamatkan. Sepanjang malam aku tidak lena tidur, berdoa sepenuh hati agar Allah menyelamat anak kami.Walaupun baru berusia lima minggu, rasa sayang sudah mula terbit di hatiku kepada anak yang belum bernama ini.

Menjelang keesokan hari, pendarahanku semakin parah walaupun aku berehat di atas katil sepenuh masa. Aku mula mengalami sakit perut yang lebih teruk dari senggugut, dan aku pasrah dengan ketentuannya. Sahlah aku mengalami keguguran. Sepanjang hari kumenangis, tidak bergerak dari atas katil. Mulalah hatiku “berkalau-kalau”, “kalaulah aku tidak terlalu lasak”, dan sebagainya, hinggalah suamiku memujukku, agar redha dengan ketentuanNya. 

Aku melalui dua bulan yang seterusnya merawat luka di hati.Setiap kali kumelihat bayi atau anak kecil, hatiku menangisi pemergian bayi kami yang telah dua tahun dinanti. Kadang kala airmataku gugur jua. Kucuba memenuhkan masa lapangku dengan akviti-aktiviti seperti usrah, kelas tafsir, kelas aerobik dan renang. 

Tatkala Ramadhan menjelang, aku dan suamiku tidak putus-putus berdoa agar dikurniakan cahaya mata. Pernah sekali kukatakan pada suamiku, jika nyawa menjadi galang ganti, aku sanggup berkorban asalkan aku dapat melahirkan seorang zuriat buat suamiku. Suamiku pasti marah setiap kali kulafazkan kata-kata itu. Katanya dia sudah amat bersyukur memilikiku, seorang anak hanyalah bonus baginya. Kami lipatgandakan solat hajat dan beribadah, dengan harapan ia menjadi wasilah doa kami. Pernah suamiku berkata, jika kami dikurniakan seorang anak lelaki, akan dinamakan dia Ahmad Ramadhan. Lucu juga bila dikenang kembali.

Allah Maha Kuasa, sesungguhnya manusia merancang, tetapi perancangan Allahlah yang lebih sempurna. Rahmat dan kasih sayang Allah itu sembilan puluh sembilan kali lebih banyak dari semua kasih sayang makhluk di dunia ini. Segala puji bagiNya, aku hamil buat kali kedua, dua bulan selepas aku keguguran. Lucunya, suatu hari, tiga hari sebelum haidku dijangka tiba, aku bangun dari tidur dan berkata, “mm.. I think I’m pregnant”. Terus saja aku membuat ujian kehamilan, dan alhamdulillah ternyata ia positif. Ketika itu suamiku bertugas di luar kota, tetapi dia berulang untuk pulang setiap hari. Terus saja aku menghantar sms kepadanya, dan memintanya pulang kerana aku ada kejutan buatnya. Biasanya suamiku pulang jam 9 malam, tetapi hari itu kerana terlalu ingin tahu, suamiku pulang awal. Aku sedang bersolat Asar ketika dia pulang, dan dia menemui ujian kehamilan yang kutinggalkan di atas meja. Selesai sahaja solat, dia terus memelukku dan menyatakan kesyukurannya. Maha Pengasih Allah kepada hambaNya, tiada yang dapat menandinginya. Tatkala kita bersedih, Dia menguji bagaimana kita bersabar, tatkala kita bergembira, Dia menguji bagaimana kita bersyukur kepadaNya. Kurasa itulah saat paling membahagiakan selepas hari kami diijabkabulkan.

Bermula dari hari itu, aku melalui hari-hari sebagai bakal ibu. Aku lebih berhati-hati dalam berbuat kerja rumah, berhenti melakukan semua senaman yang lasak dan menjaga pemakananku. Ketika usia kandungan enam minggu lagi aku sudah berjumpa Pakar Sakit Puan dan Kandungan, Dr Yuri Karmila bagi memastikan kehamilanku berjalan lancar. Ketika itu Doktor Yuri mengatakan janin kami masih terlalu kecil untuk dia mengesahkan kehamilanku akan berjalan dengan baik. Ultrasound ketika itu menunjukkan saiz karung kehamilan atau gestational sac dalam rahimku bersesuaian dengan usia kehamilan. Alhamdulillah dua minggu kemudian, kami dapat melihat degup jantung janin kami. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta. 

Pada minggu ke sembilan, aku mengalami sedikit pendarahan selepas pulang dari rumah teman suamiku. Ketika itu terasa bak telur di hujung tanduk, semalaman kami tidak tidur menunggu pagi, untuk bertemu Doktor Yuri. Kami hanya mendapat temujanji dengan Doktor Yuri pada pukul 7 petang, dan sepanjang siang itu kami tidak putus-putus berdoa. Mujurlah pendarahan itu hanya sedikit, dan menjelang petang tiada lagi pendarahan berlaku. Ultrasound menunjukkan degupan jantung janin kami masih kuat, dan aku diberi ubat untuk menguatkan rahim dan Doktor Yuri menasihatiku agar berehat sepenuhnya selama tiga hari. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan aku tidak mengalami apa-apa pendarahan lagi.

Ketika kandunganku mencecah enam minggu, aku mulai mengalami alahan atau “morning sickness”. Semakin hari ia semakin teruk, hingga Mama, Ayah dan adikku datang dari Malaysia untuk menziarahiku. Ada kalanya aku tidak boleh bangun langsung dari katil dek kerana mual yang teramat sangat. Yang paling aku alah adalah bau peti sejuk dan bau dapur. Puas suamiku membersihkan peti sejuk dan dapur, tapi aku tetap muntah setiap kali suamiku membuka peti sejuk untuk mengambil sesuatu, atau jika pintu dapur terbuka. Kadang kala terasa tertekan juga mengalami mual yang teruk, tetapi apabila aku membaca sebuah journal yang mengatakan morning sickness selalunya dikaitkan dengan janin yang lebih sihat, aku jadi tenang kembali. 

Alhamdulillah aku amat bertuah memiliki seorang suami yang amat penyayang. Setiap pagi dia akan menanti aku bangun dari tidur, dan dia akan menghidangkan sarapan buatku di atas katil, ala “breakfast-in-bed”. Walaupun aku selalu mual-mual, namun aku sentiasa menggagahkan diriku untuk makan apabila mampu, kerana aku tahu janin yang sedang berkembang di dalam rahimku amat bergantung dengan nutrisi yang kuambil. Oleh kerana aku tidak mampu memasak, suamiku terpaksa membeli makanan di luar setiap hari. Kadang kala, aku akan muntah sebaik sahaja selesai makan makanan yang suamiku belikan. Kasihan aku melihat suamiku, tetapi tidak pernah sekalipun suamiku memarahiku. Peliknya ketika aku morning sickness ini, aku mengidam burger, hingga hampir setiap hari suamiku harus membelikannya untukku. Kalau hari hujan, kami akan menelefon restoran untuk pesanan dan penghantaran. Alhamdulillah alahanku berakhir pada minggu ke dua belas.

Dengan kuasaNya, suamiku selesai jua pengajiannya pada 13 Februari 2006, dengan keputusan yang cemerlang. Kami pulang ke Malaysia lima hari selepas majlis graduasi suamiku, bersama segulung ijazah, gelaran doktor dan seorang bayi yang bakal menyerikan rumah tangga kami. Segala berjalan lancar selepas kepulangan kami ke Malaysia, dan kami memutuskan untuk tinggal bersama mertuaku buat sementara, atas permintaan mereka. Walaupun aku harus berulang setiap hari dari rumah mertua kami di Gombak ke UiTM Shah Alam, mujurlah tiada apa yang berlaku. Suamiku mula melapor diri untuk bertugas di Hospital Selayang pada 17 April 2006. 

Pertama kali kami menjalani pemeriksaan kehamilan di Malaysia adalah ketika kandunganku mencecah 20 minggu. Pada mulanya pening juga memilih Pakar Sakit Puan dan Perbidanan yang sesuai. Namun atas nasihat Mamaku, aku memilih untuk berjumpa Dr Hamid Arshat, yang pernah menyambut kelahiran salah seorang abangku. Tambahan pula kami masih ada bau-bau bacang. Alhamdulillah pemeriksaan ketika itu menunjukkan kehamilanku berjalan lancar, dan ultrasound menunjukkan kami bakal menimang seorang puteri. Pada mulanya terkejut juga aku mendengarnya, kerana aku mempunyai lima orang abang, dan suamiku juga dari keluarga yang lebih ramai lelaki. Tambahan pula aku dapat merasakan bayiku sangat aktif, sejak usia tiga bulan dalam kandungan lagi sudah dapat kurasakan pergerakannya. Namun, aku dan suamiku amat gembira dan bersyukur bakal menimang seorang puteri, yang pasti akan kami jaga bagai menatang minyak yang penuh. Malah, seminggu selepas ultrasound itu, aku, suamiku dan ibu mertuaku pergi membeli belah barang-barang keperluan bayi, dan hampir semua pakaian yang kami beli berwarna beli berwarna merah jambu.

Ketika kandunganku mencecah 36 minggu, aku mula mengambil cuti. Semuanya atas budi baik Timbalan Dekan Fakulti Perubatan, Dato’ Khairul Anuar yang sering menasihatiku untuk pulang, sejak usia kandunganku 32 minggu lagi. Katanya aku harus banyak berehat memandangkan ini kandungan anak sulungku, dan aku harus memandu sendirian selama berjam-jam setiap hari. Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal buatnya.


Ketika kandunganku mencecah 37 minggu, kami berpindah ke kondo yang kami sewa, kerana mertuaku akan berpindah ke Semenyih setelah bapa mertuaku dinaikkan pangkat. Adik iparkulah yang banyak menolongku mengemas rumah dan memindahkan barang-barang. Memandangkan tarikh aku dijangka bersalin adalah 22 Julai 2006, aku dan suamiku memutuskan untuk memindahkan semua barang-barang pada 9 Julai. 

Namun, rupanya anakku tak sabar nak melihat dunia, dan menatap wajah Ummi dan Abinya. Pada pukul 10.30 pagi 5 Julai, aku mulai keluar tanda darah bercampur lendir. Ketika itu aku di rumah mertuaku bersama adik iparku, yang sedang sibuk mengemas barang-barang untuk berpindah. Mujurlah dia tenang sahaja ketika aku memberitahunya tentang tandaku tadi. Aku tidak mahu memberitahu suamiku terlalu awal, kerana aku dapat merasakan bahawa perjalananku masih jauh, kerana aku belum mengalami contraction. Namun apabila suamiku menelefonku tengahari itu, kusampaikan jua padanya, dan memintanya supaya jangan panik. Pada mulanya suamiku mahu pulang ketika itu juga, tetapi aku menasihatinya agar tidak usah pulang, tetapi memohon cuti kecemasan esok. 

Sekitar pukul 3 petang aku mulai mengalami contraction yang tidak kerap. Aku mencatat waktu setiap contraction dengan teliti. Kutelefon Mamaku di kampung, meminta nasihat darinya. Mama menasihatkan untuk aku terus ke hospital, tetapi aku enggan kerana merasakan tidak mungkin aku akan bersalin hari ini. Apabila ibu mertuaku pulang, dia terus saja bertanya, “ Aisyah belum ada rasa nak bersalin ke? Sepanjang hari Ibu tak sedap hati.” Apabila kuceritakan tentang tandaku, reaksinya sama seperti Mamaku, agar aku ke hospital segera. Namun, jawapan yang sama kuberikan, aku belum merasakan contraction yang kuat, dan mungkin masih lama untukku bersalin.

Sepanjang malam seisi rumah risau dengan keadaanku, sedangkan aku dan suamiku masih tenang. Contraction ku masih tidak kerap dan tidak sakit, kecuali sekali pada pukul 5 pagi. Pukul 8 pagi aku mengajak suamiku dan adik iparku untuk bersarapan di Bandar Baru Selayang, dan kemudiannya ke Mydin untuk membeli barang-barang keperluan rumah baru kami. Selesai sarapan, kami pulang ke rumah mertua dahulu sebelum ke Mydin. Suamiku meminta aku menelefon staf di klinik Pakar Sakit Puan dan Perbidananku iaitu Doktor Hamid Arshat untuk meminta nasihat. Sister Umi yang menjawab telefon menasihatiku untuk ke Pusat Perubatan Pantai untuk membuat pemeriksaan memandangkan aku sudah keluar tanda sejak semalam dan kandunganku sudah 37 minggu 6 hari. Memandangkan contractionku masih juga belum kerap, aku memutuskan untuk ke rumah sewa kami untuk mengemas dan kemudian ke Mydin untuk membeli belah, dan mungkin ke hospital selepas Zuhur. 

Kami tiba di kondo kami kira-kira jam 11.30pagi. Ketika menunggu lif di kondo, aku mula merasa contraction yang agak kuat, lalu aku mencatat waktu contraction itu. Sampai di kondo, aku mula mengemas dan menggantung langsir. Ketika itu aku mula menyedari contractionku datang setiap sepuluh minit, dan tahulah aku sudah tiba masanya untuk ke hospital. Suamiku menelefon ibu mertuaku, yang kemudiannya pulang dari pejabat, untuk sama-sama menemaniku ke hospital. Maklumlah, cucu sulung, pasti cemas menanti kelahirannya. 

Dalam perjalanan ke hospital, contractionku semakin kerap dan semakin sakit. Aku sempat menelefon Mamaku di kampung, memohon doa restu dan memohon maaf. Menurut Mamaku, kalaulah dia punya sayap, pasti Mama sudah terbang ke Kuala Lumpur untuk menemaniku. Tetapi apakan daya ayahku bekerja, dan hanya boleh mengambil cuti pada hari Sabtu. Mama berjanji untuk datang melawatku keesokkan hari, selepas ayahku pulang dari kerja.

Aku, suamiku, ibu mertuaku dan adik iparku tiba di Pusat Perubatan Pantai jam 12.50 tengahari. Sementara suamiku dan adik iparku menyelesaikan pendaftaran masuk, aku diperiksa oleh jururawat yang bertugas di bilik bersalin, dengan ditemani ibu mertuaku. Alhamdulillah laluan sudah terbuka 3cm dan karung air mentuban sudah hampir pecah. Selepas diberi makan tengahari dan enema, aku diminta berehat.

Contractionku semakin kerap, hingga mencecah sekali setiap 2 minit. Jururawat bertugas memberitahuku selalunya ia menandakan aku akan bersalin tidak lama lagi. Salah seorang sahabat suamiku menelefon bertanya khabarku dan memberitahu suamiku agar membacakan surah Maryam agar dipermudahkan proses persalinanku nanti. Aku sempat tertidur sambil mendengar bacaan Al-Quran dari suamiku. Aku terjaga kira-kira jam 3 petang, dan Alhamdulillah sakitku mula berkurangan. 

Dari jam 3 hingga pkl 7 malam, sakitku berkurangan hingga hanya sekali setiap lima minit. Hati kecilku terdetik, mungkin kedudukan bayiku tidak betul, menyebabkan persalinanku berpanjangan walaupun laluan sudah 3cm terbuka sejak pukul 1 tengahari tadi. Sepatutnya, jika laluan terus buka 1cm setiap 1 jam, sepatutnya laluan bayiku sudah membuka 9 hingga 10cm, contraction ku semakin kuat dan aku sudah hampir melahirkan. Tetapi, tiada kemajuan sejak tengahari tadi. Tambahan pula aku dapat merasakan kaki bayiku asyik menendang-nendang CTG yang terpasang di perutku.

Selesai solat maghrib, aku menghubungi Dr Hamid Arshat bertanya tentang kemajuan proses persalinanku. Dr Hamid menasihati kami agar bersabar, kerana selalunya bersalin anak sulung memang lebih lama daripada yang kedua dan seterusnya. Aku dan suamiku memutuskan untuk meminta ubat untuk mempercepatkan aku bersalin kerana aku sudah keluar tanda sejak semalam. Dr Hamid mencadangkan ubat-ubatan yang boleh digunakan. Lucunya suamiku, sambil menemaniku, sempat membuka buku perubatan dan memilih ubat yang sesuai untukku. 

Pukul 9 malam, aku mula diberikan ubat melalui drip. Ibu mertuaku yang pulang sebentar petang tadi, sudahpun kembali ke sisiku, untuk sama-sama menemaniku. Aku mulai merasakan sakit yang agak kuat, dan ia semakin kerap, kira-kira sekali setiap 3 minit. Kira-kira jam 11, sakitku semakin kuat hingga aku terpaksa meminta pethidine untuk mengurangkan rasa sakit. Yang lebih menyiksakan adalah rasa sakit di belakang dan pinggangku, lebih daripada sakit di rahimku. 

Sebelum jururawat dapat memberikan pethidine kepadaku, aku harus diperiksa lagi. Kebetulan ketika itu Dr Hamid Arshat datang untuk melihat keadaanku dan seorang lagi pesakitnya yang juga berada di wad bersalin itu, jadi dialah yang memeriksaku. Alhamdulillah laluan sudah terbuka 5 hingga 6cm, lalu air ketubanku dipecahkan untuk mempercepat lagi proses persalinanku. Malangnya kebimbanganku ternyata benar, kedudukan bayiku kurang sesuai untuk keluar, iaitu mukanya menghadap ke atas, atau occipitoposterior, berbanding kedudukan normal bayi iaitu muka menghadap ke bawah. Doktor Hamid Arshat menjangkakan aku akan bersalin sekitar jam 4 pagi, memandangkan bayiku harus berpusing menghadap ke bawah sebelum aku boleh bersalin.

Selepas air ketuban pecah, sakitku semakin kuat. Ada ketikanya aku merasakan nyawaku bak di hujung tanduk. Alhamdulillah pethidine yang diberikan dapat menenangkanku, dan aku menggunakan gas ethonox untuk mengurangkan rasa sakit. Secara jujur kukatakan, gas itu tidak mampu mengurangkan rasa sakit, namun ia membuatku sedikit khayal, hingga kadang-kala aku “terlupa” aku sedang sakit hendak bersalin. Sepanjang aku bergelut dengan kesakitan itu, suamiku dan ibu mertuaku setia berada di sisiku. Ibu mertuaku tidak henti-henti mengurut belakangku dengan minyak angin, manakala suamiku membacakan surah Yassin atas permintaanku. 

Kira-kira jam 11.45 malam, dalam keadaanku baring mengiring, tiba-tiba aku terasa bayiku turun ke laluan untuk melahirkan, dan aku merasa hendak meneran. Kulawan rasa khayalku dan memberitahu suamiku yang aku hendak meneran. Cepat-cepat suamiku memberitahuku supaya jangan meneran kerana belum masanya. Sempat kami berkelahi kerananya, suamiku menghalang aku meneran, sedangkan aku sudah tidak tertahan lagi. Salah seorang jururawat bertugas masuk ke bilikku kerana terdengar kekecohan kami berkelahi, lalu bertanya apa masalahnya. Apabila suamiku mengadu kepada jururawat, diapun memintaku mengubah posisi agar dia boleh memeriksaku. Terkejut besar jururawat dan suamiku apabila melihat kepala bayi sudah hampir keluar, atau sedang “crowning”. Kelam kabut jururawat menyiapkan peralatan dan memanggil Dr Hamid yang dalam perjalanan keluar dari wad untuk pulang. 

Sementara mereka menyiapkan peralatan, ada suatu ketika jururawat terpaksa meninggalkanku dan suamiku di bilik bersalin itu. Antara sedar dan tidak dek kerana terlalu banyak gas ethonox yang kusedut, aku terdengar suamiku marah-marah,” mana pula nurse ni, kepala baby dah nampak tu. Karang aku pulak yang kena sambut baby ni.” Hampir tergelak aku dalam menahan kesakitan itu. 

Apabila Dr Hamid tiba, jururawat pun membetulkan posisiku agar mudah untuk bersalin, dan mengambil tube gas ethonox dariku, walaupun aku berkeras mahu memegang tube itu, kerana takut sakit. Dalam khayal, aku sempat bertanya suamiku pukul berapa waktu itu. Apabila suamiku menjawab “11.58malam,” sempat aku berkata,” alah, belum 7/7/06.” Kemudian, aku khayal lagi, dan apabila aku tersedar kembali, rupanya aku sedang meneran dan semua orang sedang memberi semangat kepadaku. Alhamdulillah setelah dua kali teran, aku merasa sakit yang amat sangat di laluan bayi, dan seketika kemudian terdengarlah tangisan bayi kami yang pertama. 

Sebaik sahaja bayiku keluar melihat dunia, Dr Hamid terus sahaja iqamat di telinga kecilnya. Apabila bayiku diletakkan di atas dadaku, dan aku melihatnya buat pertama kali, air mataku deras mengalir sayu. Sambil teresak-esak, kumemanggil bayiku, “ anak Ummi..anak Ummi”. Maha Suci Allah, sungguh cantik bayiku, putih melepak, berambut lebat dan bermata sepet seperti cina. Beratnya 3.24kg dan panjangnya 47cm. Subhanallah..

Seketika kemudian bayiku diambil untuk dibersihkan dan diselimutkan, sementara Dr Hamid menunggu uriku keluar. Selesai dibersihkan,suamiku mendukung bayi kami, yang ketika itu tidak menangis lagi. Matanya terbuka, melihat kiri dan kanan, manakala mulutnya bergerak-gerak melihatkan lesung pipit di pipi kirinya, macam ibu mertuaku. Suamiku mengucup dahiku, dan kulihat wajahnya terharu memandang wajah puteri kami yang comel itu. 

Oleh kerana bayi kami lahir pada pukul 11.59malam, Dr Hamid bertanya suamiku sama ada mahu tarikh lahir bayi kami 6/7 atau 7/7, lalu kami pilih 7/7/06, dan didaftarkan puteri kami lahir 12.01malam. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, suamiku turut tidur bersama di hospital, walaupun terpaksa tidur di kerusi. Aku pulang ke rumah bersama puteri hati kami keesokkan harinya. 

Setiap kali kutatap wajah comel puteriku ini, hatiku luluh dengan hangatnya kasih sayangku padanya. Tiada kebahagiaan yang setanding dengan rasa bahagia menyentuh jari-jemari dan mengucup pipi montel seorang cahaya mata. Segala puji dan pujaku hanya pada Allah, yang menganugerahkan kebahagiaan ini padaku dan suamiku. 

Kini puteri kami, Fatimah Yasmin binti Mohd Hafiz sudah berusia 10 minggu. Kuat menyusu dan sudah montel, hingga terpaksa memakai baju untuk bayi 3-6 bulan. Semoga dia membesar menjadi anak yang sihat, pintar dan solehah. 

Buat puteri di hati Ummi dan Abi, engkaulah anugerah terbesar dari Allah kepada kami. Mekarlah dikau di singgahsana hati kami, dan mengharum dalam hidup kami, bak yasmin yang berkembang indah di pagi hari.

Fatimah Yasmin's first ever potrait