Suatu masa dahulu, saya dan suami tiada anak.
Saya ada endometriosis maka doktor kata ada 15 peratus kemungkinan saya sukar hamil. Tambahan pula ovari saya rosak teruk akibat darah berkumpul di situ setiap kali haid.
Senggugut memang teruk. Pada usia 24 tahun saya menjalani pembedahan besar untuk rawatan endometriosis dan membuang darah beku yang berkumpul mengelilingi kedua-dua ovari saya.
Selepas dibedah, kami berdoa sungguh-sungguh untuk dikurniakan zuriat.
Doktor kata saya stress, jadi saya ambil cuti setahun tanpa gaji, menemani suami saya yang masih belajar di Indonesia.
Tiga tahun menahan perasaan setiap kali ada saudara mara yang bertanya,
"Bila nak ada baby?"
"Eh sedara kau tu dah 2 orang anak dah."
"Kawan kita tu, kahwin lambat dari kau, dah ada anak dah..Kau belum lagi?"
"Kau tak reti buat ke? Kan suami isteri doktor?"
Ada masa saya boleh sabar.
Ada masa saya melawak.
Ada masa saya laser balik .
Ada masa saya menangis.
Suami saya tak pernah penat memujuk dan ingatkan saya untuk minta pada Allah. Beliau ajak saya solat dan berdoa.
Paling saya tidak boleh lupa, semasa saya tawarkan untuk beliau ambil isteri kedua sebab saya tak mampu beri zuriat, beliau jawab, "Abang bernikah bukan niat nak dapat anak. Abang bernikah nak dapat redha Allah dan ikut sunnah Rasulullah. Kalau ada anak, itu bonus."
Alhamdulillah saya hargai kesetiaan beliau.
Saya berdoa dengan Allah , nak anak walaupun seorang, jadilah, sebagai penyambung zuriat suami saya , yang merupakan anak tunggal lelaki.
Alhamdulillah doa saya makbul, bulan Ramadhan 2005.
Februari 2006, suami saya selesai pengajian di Universitas Gadjah Mada. Beliau pulang dengan segulung ijazah, saya dengan bayi 5 bulan dalam kandungan.
Tak ada perkataaan yang dapat menggambarkan perasaan ketika pertama kali menatap wajah anak sulung kami pada Julai 2006. Alhamdulillah Allah dah izinkan untuk kami menjadi ibu bapa.
Alhamdulillah sekarang kami sudah ada 4 orang cahayamata.
Kalau saya cerita dengan orang saya dulu sukar hamil, orang pun susah nak percaya.
Alhamdulillah SEMUA , adalah dari Allah
Haza min fadhli Rabbi.
Kenapa saya nak kongsikan cerita ini malam ini, morale of the story
1) Allah Maha Pemberi. Kekayaan Allah itu , ada hadith qudsi yang sebut, jika seluruh manusia dari Nabi Adam hingga manusia terakhir berkumpul, dan meminta, lalu Allah tunaikan semua permintaan itu, kekayaan Allah itu tidak luak sedikit pun,umpama jarum yang dicelup di dalam lautan dan diangkat. Yang luak hanyalah titisan air yang melekat pada jarum, sedangkan kekayaan Allah seluas lautan itu lagi.
Ma shaa Allah
Maka mintalah dari Allah yang Maha Kaya, Maha Pemberi & Maha Pemurah.
Berdoa pun satu pahala. Seronok kan, lagi minta,lagi Allah sayang dan Allah beri pahala.
2) Perlu ada usaha, tiada boleh berserah sahaja. Alhamdulillah Allah ilhamkan kami untuk dapatkan rawatan, dan kami yakin ilmu yang pakar O&G itu ada juga semua dari Allah.
3) Sokongan dari pasangan itu tersangat penting. Semasa nikah lagi perlu ada niat dan "mindset" yang betul.
Perjalanan dan perjuangan subfertiliti itu sudah cukup memberi tekanan. Sangat tidak membantu jika pasangan berkata ," Awaklah ni, tak subur." Atau lebih menyakitkan ,"saya nak kahwin lagi satu lah, sebab awak tak boleh mengandung."
Jagalah hati pasangan kita yang sanggup bersusah payah bersama.
Mudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kita dengan pasangan kita yang beriman hingga ke syurga in shaa Allah
4) Jagalah pertuturan kita. Tak perlu rasanya bertanya-tanya pada pasangan yang sudah lama bernikah tapi belum dikurniakan anak, "bila nak ada baby." Allah saja yang Maha Mengetahui.
Kita tak tahu mungkin ada kata-kata begitu yang boleh mengguris hati orang lain. Kalau dia tak maafkan kita,itu memang hak dia. Seram kan?
Tambahan pula tidak ada syarat masuk syurga mesti orang yang sudah bernikah/bersuami atau sudah ada anak saja layak masuk syurga.
Saidatina Maryam tidak ada suami, Saidatina Aisyah Radhiallahuanha tidak ada anak. Dua-dua ahli syurga in shaa Allah
5) saya nak didik hati sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah beri dan ingat ia adalah ANUGERAH ALLAH, atas rahmah dan kasih sayang Allah, bukan atas usaha atau kehebatan saya.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Saya titipkan doa dan kasih sayang saya ,malam ini buat para suami isteri yang sedang dalam usaha mendapatkan zuriat.
Saya kira hanya yang pernah melaluinya, benar-benar memahaminya.
May Allah make ease in shaa Allah ...
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Bekas pesakit endometriosis &-subfertiliti
Tuesday 27 February 2018
Thursday 22 February 2018
Gigi Oh Gigi
Alkisahnya malam semalam makan sate, tengah kunyah daging ayam tu, tiba-tiba rasa ada benda keras. Lepas tu rasa kat gigi jadi tajam.
Ah sudah, dalam hati kata ,"ni mesti gigi tanggal". Control cun (sebab di rumah kawan), habiskan makan terus pergi tandas.
Tengok cermin, separuh dari sebatang gigi geraham atas terkopak. Macam reput!
Seram juga, kenapa jadi macam tu. Bukan ke gigi ni kalau orang mati , nak kenalpasti pun melalui rekod gigi sebab dia tahan?
Haaaa nampak tak,begitu jauh sekali pemikiran seorang doktor, merangkap isteri kepada bekas doktor forensik kahkahkah..
Dalam perjalanan balik cerita dengan Encik Suami , terus dia kata itu tanda penuaan. Dalam panas hati dengar komen tu, nak saja cakap ,"eh kita sebaya ya,lahir hari yang sama." Tapi sebab Rasululllah pesan isteri solehah tu menyejukkan hati suami , terus tak jadi. Heheh
Pagi tadi, terus hubungi kawan di Fakulti Pergigian UM, Dr Firdaus , minta tolong. Berdebar juga takut bakal menjadi rongak pada usia 37 tahun. Alhamdulillah kawan tu terus aturkan untuk periksa di Klinik Pergigian petang tadi.
Mula-mula datang Fakulti Pergigian ni, disambut dengan bau roti sedang dibakar di Subway. Hahaa hebat kan! Ada restoran Subway di tingkat bawahnya .
Daftar bayar RM7 di tingkat dua, kemudian turun ke tingkat satu untuk berjumpa Doktor Heng. Beliau Doktor Pegawai Pergigian Sarjana,maknanya sedang buat kepakaran.
Doktor periksa, suruh buat X-ray, bayar RM25 untuk X-ray, kemudian jumpa doktor semula .
Doktor terangkan, rupanya gigi tu memang dah tak sihat. Antara puncanya adalah MEMAKAI UBAT GIGI TANPA FLUORIDA!
Haaa ni yang saya nak kongsikan.
Menurut Doktor, gigi kita ni ada elemen hydroxyapatite yang menyaluti luar gigi. Tapi molekulnya agak besar, jadi jika ada ruang antara molekul yang kosong, fluorida boleh mengisinya.
Kalau guna ubat gigi tanpa fluorida, kawasan ni kosong dan mudahlah elemen lain yang terselit termasuk makanan, dan boleh jadi tempat pembiakan kuman. Kawasan tu juga akan jadi lemah, tidak sekuat kalau ada fluorida.
Jadi itulah yang berlaku pada saya. Tanpa fluorida,gigi saya lemah, jangkitan pun masuk sampai akar gigi.
Jadi petang tadi saya dah jalani satu prosedur namanya pulpectomy, buang bahagian dalam gigi , dan tampal dengan bahan sementara. Doktor cucuk bius dengan jarum sampai tulang, lepas tu drill apa entah , saya pun tak mahir. Saya doktor mata kan. Ilmu terbatas kat mata sahaja. Kos pulpectomy tu RM70 sahaja.
Lepas ni kena jalani Root Canal Treatment, tapi senarai menunggu setahun.
Begitulah.
Morale of the story
1) Jagalah kebersihan gigi. Setahun sekali kena pergi scaling, dan paling penting guna ubat gigi berfluorida . Jangan ikut macam saya memandai-mandai pakai yang tanpa fluorida.
2) Bagus berkawan dengan ramai orang. Sesekali dalam kesusahan boleh minta bantuan.
Ada hadith Rasulullah kata ," Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan kiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat." ( HR Muslim)
Semoga Allah permudahkan pula urusan sahabat saya yang membantu tadi.
3) Fastabiqul Khairaat - saya bertekad nak baiki sifat bersegera membantu orang in shaa Allah. Terasa sangat menghargai bantuan yang Allah beri melalui orang lain.
Lain kali biar kita pula jadi orang yang membantu orang lain in shaa Allah .
4) Saya nak didik diri hargai nikmat yang Allah beri selalu. Jadikan Alhamdulillah sebagai zikir.
Nampak mudah gigi sebatang. Tapi kalau tak ada,pasti kurang menawan senyuman, rasa kurang yakin diri,nak makan susah sebab tersangkut, bibir sakit sebab serpihan tajam dan sebagainya.
5) Pembedahan katarak paling lama, senarai menunggu 8 bulan.
Nak buat Root Canal, setahun lebih!
Mulai sekarang saya nak galakkan anak-anak jadi doktor gigi!
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Doktor Mata, pesakit Klinik Gigi
Hehe

Tuesday 13 February 2018
Ocean Park Hong Kong pada musim dingin
Di Ocean Park Hong Kong |
Hari ke dua dan ke tiga di Hong Kong, hampir sepanjang hari
saya menghadiri kuliah-kuliah yang disediakan. Pastinya pilihan saya kebanyakannya
adalah sesi dari tajuk-tajuk Oftalmologi Kanak-kanank kerana itu adalah bidang
yang amat saya minati. Namun saya juga mengambil peluang melihat video-video
pembedahan katarak dari Pakar-pakar Mata dari seluruh dunia, untuk meningkatkan
pengetahuan saya. Selain itu saya juga dapat mencuba menjalankan pembedahan
LASIK dengan cara SMILE iaitu teknologi pembedahan refraktif yang canggih.
Bersedia untuk hari ke dua di APAO 2018 |
Mencuba LASIK SMILE |
Alhamdulillah dapat belajar dari pakar pembedahan SMILE di Hong Kong |
Hari ke tiga di APAO 2018 |
Singgah makan dim sum halal semasa makan tengahari di Masjid Osman Ramju |
Bersama beberapa Pakar Mata dari Malaysia, Dr Shuaibah dari Sabah, Dr Jamalia dari HKL & Dr Ken Fong dari Sunway Medical Centre |
Bergambar kenangan di hadapan Hong Kong Convention dan Exhibition Centre |
Menghadiri makan malam anjuran Swissmed |
Alhamdulillah menu makanan laut, boleh lah saya makan |
Menu petola dan tauhu telur |
Bebola kentang dan "jemput-jemput seafood" |
Hari ke empat iaitu hari terakhir kami di Hong Kong, saya
memutuskan untuk ke Ocean Park. Tiket sudah saya beli melalui Klook, kerana
harganya lebih murah (RM320+) berbanding jika beli di kaunter. Tambahan pula
tak perlu beratur panjang. Kami mengambil tiket masuk dan juga tiket Fast Tract
iaitu dibolehkan untuk tidak beratur apabila mahu menaiki sesebuah permainan
atau pengangkutan di sana nanti.
Selesai bersarapan, jam 9.40 pagi kami check out dari hotel
dan terus ke stesen keretapi Central Hong Kong. Tambang teksi yang biasanya
sekitar HKD50, menjadi HKD 70 kerana kami meletakkan 2 buah beg besar di tempat
penyimpanan barang.
Siap untuk check out |
Bergambar kenangan di hotel |
Asalnya kami bercadang mahu meninggalkan beg di tempat
bagasi dengan harga HKD69 untuk satu beg. Setibanya kami di stesen Hong Kong
itu, yang juga merupakan terminal Airport Express, rupanya kami sudah boleh check-in beg kami. Syaratnya hanyalah mesti penerbangan dengan syarikat-syarikat
penerbangan yang tersenarai (Alhamdulillah Malaysia Airlines tersenarai, Air
Asia tidak), dan sudah membeli tiket keretapi Airport Express.
Oleh kerana kami
sudah membeli tiket pergi balik tempoh hari, kami hanya perlu menyentuhkan kad
di reader dan pagar menuju ke kaunuter check in akan terbuka. Asalnya curiga
juga kerana apabila kad disentuh, ia menunjukkan “journey left : zero”. Takut juga
jika kena beli lagi tiket keretapi berharga HKD 115. Rupanya tidak mengapa,
selagi kad itu digunakan dalam hari yang sama, kami boleh menaiki keretapi itu
petang nanti
Selesai check-in, kami mula melangkah ke stesen untuk MTR ke
Ocean Park. Kami harus menukar 2 kali keretapi tetapi perjalanan tidaklah
terlalu lama. Saya rasa pengangkutan awam MTR di Hong Kong ini sangat efesien ,
cuma mungkin jika berjalan bersama kanak-kanak dan warga emas, agak memenatkan
kerana perjalanan dari satu stesen ke stesen yang lain tu agak jauh dan
bertangga (kadang kala ada tangga bergerak atau lif, kadang kala tiada).
Kami sampai di stesen Ocean Park sekitar jam 10.50 pagi.
Alhamdulillah kami terus masuk tanpa perlu beratur, hanya bukakan kod yang
dihantar oleh Klook di dalam telefon, dan imbaskan pada pintu masuk. Peraturan
di taman tema ini sama sahaja seperti di mana-mana, tiada makanan dibenarkan di
bawa masuk, tetapi air mineral boleh.
Suhu sekitar 19 darjah pada hari itu, memang sangat sesuai untuk
bersiar-siar di taman tema. Oleh kerana kami ada masa yang pendek sahaja, kami
perlu merancang perjalanan kami. Ocean Park ini sangat besar dan terbahagi kepada
beberapa taman, tetapi sangat menarik untuk semua peringkat umur.
Maskot Anjing sempena Tahun Anjing untuk Tahun Baru Cina |
Hentian kami yang pertama, adalah stesen kereta kabel. Mujur
juga kami ada Fast Tract, maka tidak perlu beratur. Jika tidak, silalah beratur
selama 45 minit.
Kereta kabel di sini agak kecil saiznya, hanya boleh
memuatkan 6 orang. Tetapi saya lihat ramai yang tidak mahu berkongsi, maka ada
kereta kabel yang hanya terisi 2 orang. Kasihan saya mengingatkan orang lain
yang beratur panjang.
Subhanallah pemandangan Hong Kong dari kereta kabel Ocean
Park memang sangat menakjubkan. Lautan yang bersih, bukit bukau yang menghijau,
disulami pemandangan kapal-kapal yang berlayar, sangat menenangkan. Tak terasa
perjalanan 15 minit di atas kereta kabel itu.
Di dalam kereta kabel |
Setibanya kami di puncak, jam sudah menunjukkan 11.15 pagi. Kami
terus bergegas ke Ocean Theatre untuk menyaksikan pertunjukan Ocean Wonders. Walaupun
panas menyengat, hampir separuh amphitheatre penuh dengan pengunjung, dari kalangan
kanak-kanak mahupun dewasa.
Pertunjukan dimulakan dengan dua ekor singa laut comel, yang
terkedek-kedek naik ke pentas dan kemudian melambai-lambai kepada pengunjung. Kemudian
giliran beberapa ekor ikan lumb-lumba pula membuat pelbagai persembahan. Sangat
menakjubkan melihat ikan lumba-lumba berenang dan melompat-lompat, serta
menyelamatkan salah seorang staf yang berlakon lemas. Terasa tidak puas melihat
mamalia comel itu beraksi, persembahan 20 minit itupun tamat
Selesai menonton pertunjukan ikan lumba-lumba dan singa
laut, kami ke Marine World. Saya memberanikan diri untuk menaiki beberapa
permainan seperti Dragon Roller Coaster dan The Abyss iaitu permainan “vertical drop”. Saya
tidak pernah mencuba permainan seperti ini tetapi kali ini saya cabar diri.
Sungguh mendebarkan ketika ia naik setinggi bangunan 20 tingkat itu.
Pemandangan yang indah, hanya dapat dinikmati selama beberapa saat, sebelum
jatuh dengan kelajuan yang tinggi! Apa lagi saya menjerit sekuat hati, tetapi
selepas itu berasa puas kerana dapat melalui pengalaman yang berharga ini.
Dragon Roller Coaster |
The Abyss |
Selepas The Abyss, saya ke permainan Eagle pula. Nampak
seperti tidak menakutkan, apatah lagi tiada tali pinggang keselamatan
disediakan. Rupanya agak menakutkan juga berputar-putar di atas ketinggian 31
meter itu, hingga terasa seperti mahu tercampak ke dalam laut! Begitu juga
kapal yang berhayun di Crazy Galleon. Nampak biasa-biasa sahaja, tetapi kecut perut
apabila kapal berhayun hingga hampir tegak, dan meluncur laju ke arah
bertentangan!
Puas bermain, saya menemankan Dr Menaha menaiki Ferris Wheel.
Agak ramai juga beratur, tetapi alhamdulillah kami dapat gunakan Fast Tract
kami sekali lagi di sini. Pemandangan sangat cantik atas, dan pergerakan yang
lembut amat berbeza dengan permainan-permainan yang sebelum ini.
Seterusnya kami ke Shark Mystique iaitu akuarium untuk ikan
jerung, yang juga terletak di Marine World. Seram juga melihat ikan jerung dari
jarak dekat, apabila ia berenang dekat dengan kaca akuarium. Ternampak giginya
yang berceracak, aduh tak dapat bayangkan kalau dikejar seekor ikan jerung!
Besar juga ikan todak ini |
Keluar dari Shark Mystique, perut sudah mula lapar. Jam pun
sudah pukul 1 tengahari. Oleh kerana tidak jumpa makanan yang sesuai, kami
membeli setongkol jagung rebus dengan harga HKD14 , untuk mengalas perut.
Selesai makan, kami berjalan ke arah Thrill Hill iaitu satu
lagi bahagian taman tema. Tiba-tiba saya ternampak satu gerai makanan halal,
dan di hadapannya ada Guest Information Centre, yang menyediakan tempat untuk
saya solat. Alhamdulillah dipermudahkan untuk menunaikan kewajipan padaNya. Menurut
pegawai di situ, ada satu tempat solat di kawasan lain , tetapi memandangkan
saya malas mahu berjalan jauh, saya solat sahaja di situ.
Jagung HKD 14 |
Jalan menuju ke Guest Information Centre dan kedai makan halal |
Kedai makanan halal di hadapan Guest Information Centre |
Pintu masuk |
Bangunan Guest Information Centre dari luar |
Ruang untuk saya solat |
Selesai solat, kami terus ke Thrill Hill untuk saya menaiki
roller coaster yang menjadi idaman saya sejak dari awal iaitu Hair Riser. Roller
coaster di puncak bukit ini, memberikan pemandangan Laut Cina Selatan yang
menakjubkan, tetapi ia tiada lantai! Kaki terapung-apung diawangan sambil ia
memusing dan memutar hingga terbalik, umpama berada di dalam jet pejuang! Satu
pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan.
Pintu masuk ke Thrill Hill |
Wajah cuak sebelum naik Hair Riser |
Lega dah habis! Seronok! |
The ultimate pose |
With Dr Menaha |
Apa yang saya rasakan istimewa dengan Ocean Park ini adalah,
walaupun kami mengunjunginya pada hujung minggu terakhir sebelum Tahun Baru
Cina dan orang agak ramai, kami tidak perlu beratur lama untuk menaiki
mana-mana permainan kecuali Ferris Wheel dan kereta kabel. Berbanding pengalaman
saya di Disneyland dan Universal Studio, selalunya perlu beratur 30 hingga 45
minit bagi setiap permainan. Patutlah ramai orang yang berkata mereka lebih suka
Ocean Park Hong Kong ini berbanding Disneyland Hong Kong
Selesai main Hair Riser, jam sudah pukul 3 petang. Kami
singgah di kedai cenderahati sebentar sebelum menaiki keretapi Ocean Express
yang akan membawa kami balik ke kaki bukit. Cenderahati seperti biasa agak
mahal. Satu rantai kunci sekitar HKD40 dan satu beg sekolah hingga HKD600!
Jika perjalanan menaiki kereta kabel naik ke bukit mengambil
masa 15-20 minit, keretapi Ocean Express hanya mengambil masa 5 minit sahaja.
Namun tiada pemandangan yang dapat dilihat, hanya pertunjukan di television.
Ini kerana keretapi ini laluannya adalah di dalam bukit.
Pemandangan kota Hong Kong dari stesen Ocean Express |
Tiba di bawah, jam hampir pukul 4 petang. Agak terkilan juga
saya tidak dapat singgah di Kawasan Panda dan berkunjung di Grand Aquarium,
tetapi memandangkan kami hanya ada 3 jam sebelum pesawat pulang ke Malaysia,
kami bergerak pulang ke Stesen Hong Kong, dan seterusnya ke Lapangan Terbang
Hong Kong.
See you again, Ocean Park! |
Di Lapangan Terbang,kami dapatlah makan “tengahari” dengan
makanan halal iaitu ayam goreng Popeye di Terminal satu. Ini satu kelebihan
terbang dengan Malaysia Airlines. Jika menaiki Air Asia , di terminal dua tidak
ada makanan halal sebegini.
Popeye yang halal |
Bersama Dr Roslin dan Dr Fariza, pakar-pakar mata dari Hospital Shah Alam. Dr Fariza adalah ketua perkhidmatan Oftalmologi Malaysia |
Alhamdulillah dapat tempat duduk di laluan kecemasan jadi lebih luas |
Sampai di KLIA Alhamdulillah |
Alhamdulillah penerbangan kami lancar dari Hong Kong ke
Kuala Lumpur. Tiba di Malaysia jam 12.30 tengah malam, mujur saya sempat
menaiki keretapi KLIA Express yang ke dua terakhir
Alhamdulillah walaupun ini adalah kali ke tiga saya ke Hong
Kong, pengalaman kali ini sangat istimewa kerana pengalamannya berbeza . In
shaa Allah satu hari nanti, jika ada rezeki saya ingin berkunjung ke Hong Kong
lagi dengan anak-anak dan suami pula in shaa Allah .
Subscribe to:
Posts (Atom)