Sunday 25 May 2014

Apa Beza Lelaki dan Perempuan? (Bahagian Dua)

Salam, 

Ok kita sambung pengisian yang saya perolehi daripada ceramah Bijak Gender yang telah dikongsikan oleh Pak Utih. Bagi yang belum membaca bahagian satu, bolehlah klik di sini . 

1) Lelaki Maskulin Vs Lelaki Feminin

Bahagian seterusnya ini, Pak Utih membentangkan bagaimana kebanyakan dari kita melabel wanita sebagai feminin , dan lelaki sebagai maskulin, tetapi tahukah anda ada juga wanita yang maskulin dan lelaki yang feminin? Tidak saya tidak maksudkan hanya lelaki "lembut". Percayakah anda jika saya katakan jika suami anda adalah seorang guru, pensyarah ataupun doktor, mereka kebanyakannya adalah lelaki feminin? Pastinya saya juga terkejut apabila Pak Utih mengutarakan idea ini , rupanya apa yang dimaksudkan ialah, sifat asal lelaki adalah "born to kill", seperti yang disebutkan dalam entri yang lalu. Sifatnya adalah agak destructive (ingin membunuh, berburu dan sebagainya, seperti orang zaman batu), tetapi sistem pendidikan kita telah menjadikan lelaki-lelaki ini boleh duduk untuk belajar hingga ke menara gading, dan akhirnya melakukan "desk-job" yang selalunya hanya sesuai dengan sifat wanita. Walaupun bertubuh maskulin (sejati ok!) , tetapi minda mereka feminin. Nak tahu lelaki macam mana yang bersifat benar-benar maskulin? Haa... itulah lelaki yang berhenti sekolah, menjadi kaki pukul, masuk penjara dan sebagainya. (Jadi pada ketika ini, saya redha lah suami saya berminda feminin, sebab saya tahu fizikal beliau memang maskulin sejati :)

Wanita yang bersifat maskulin pula selalunya bersifat agak lasak sejak kecil, suka memanjat, bergaduh dan sebagainya, dan selalunya apabila besar akan menceburkan diri dalam bidang kerjaya yang agak maskulin juga seperti engineering. 

2) Apa beza lelaki dan wanita apabila marah?

OK menurut Pak Utih, dan saya sendiri sebagai seorang doktor memang boleh mengesahkan penemuan ini, otak kita dibahagikan kepada tiga bahagian penting iaitu sistem berfikir pada 4 bahagian atau Four Lobes of Cortex yang digunakan untuk berfikir, bahagian Limbic System iaitu yang memproses emosi, dan bahagian Brain Stem yang mengawal reaksi "lawan - lari" atau "fight & flight"





Apabila seorang lelaki marah, reaksi normalnya adalah aliran darah akan banyak ke Brain Stem, menyebabkan reaksi yang terhasil adalah reaksi ingin berlawan atau lari dari perkara yang mencetuskan kemarahan itu. Ini adalah salah satu sebab kenapa kita TIDAK BOLEH memarahi anak lelaki pada waktu pagi terutamanya sebelum sekolah, kerana reaksinya adalah ingin berlawan, dan ini menyukarkan beliau untuk belajar di sekolah kelak. Berbeza dengan anak perempuan, apabila dimarahi, beliau akan banyak berfikir, dan tidak melawan.





Bagi wanita pula, bahagian yang banyak digunakan apabila marah, adalah bahagian Cortex, iaitu bahagian untuk berfikir. Logik juga bagi saya, lebih banyak kena marah, lagilah saya akan berfikir macam-macam. Satu perkara lagi yang perlu diambil berat, adalah kita TIDAK BOLEH memarahi anak perempuan di khalayak ramai, kerana beliau akan memikirkan maruah dan harga diri beliau yang tercalar kerana dimalukan, dan anak itu akan ingat peristiwa itu sampai bila-bila (peringatan buat saya).




Jadi bagaimana cara untuk menghadapi suami yang marah, atau isteri yang marah? Mari kita tengok cadangan dari Pak Utih ini: 



3) Apa beza deria pendengaran lelaki dan wanita?

Saya rasa ini topik yang sangat menarik bagi saya. Saya sendiri tidak pernah tahu, berbeza dengan wanita yang boleh melihat dan mendengar dengan baik menggunakan kedua-dua mata dan telinga, bagi lelaki, hanya telinga kanan dan mata kiri sahaja yang sensitif pada peringkat awal kehidupan, terutamanya semasa kanak-kanak. Pak Utih menunjukkan satu ujikaji di mana lelaki dan wanita dipasangkan "headphone" dan diberi bunyi yang berbeza pada telinga kanan dan kiri, lelaki hanya mendengar perkataan yang diucapkan pada telinga kanan, dan wanita boleh mendengar kedua-dua perkataan di telinga kiri dan kanan. Penemuan ini dapat dilihat dengan imbasan MRI ini:




Telinga lelaki memang sensitif untuk mendengar contohnya bunyi enjin kereta dan mengetahui bahagian mana yang rosak, tetapi fungsi telinga lelaki hanyalah bersifat mono, iaitu di mana mata memandang, di situlah telinga akan mendengar. (Jadi kalau suami tengah menonton TV, janganlah panggil dan suruh buat apa-apa, memang beliau tidak dengar. Kita harus berdiri di hadapan beliau, kemudian baru ucapkan apa yang ingin disampaikan)



Berbeza dengan wanita yang mempunyai sistem pendengaran yang bersifat "stereo", bak kata Pak Utih, sambil dengar ceramah Ustaz Don, boleh bersembang, dan kalau ada cicak di dinding pun, semua boleh didengarnya! 



Jadi dalam rumahtangga, bagaimana ingin mencapai komunikasi yang harmoni? Ha ini dia halwa telinga si isteri ya, wahai suami:



4) Apa beza deria penglihatan lelaki dan perempuan?


Sebagaimana deria pendengaran, rupanya deria penglihatan juag amat berbeza bagi lelaki dan perempuan. Lelaki amat fokus pada sesuatu, dan luas medan penglihatannya adalah terbatas, tidak seperti wanita yang mempunyai bidang medan penglihatan yang amat luas. (Sebab itu lelaki hati-hati andai memandang wanita selain daripada isteri, isteri boleh tahu kerana kami tahu medan penglihatan anda terbatas. Tetapi andai si isteri yang memandang orang lain, suami susah nak tahu, kerana medan penglihatan kami luas) 





Seperkara lagi, oleh kerana medan penglihatan lelaki yang terbatas ini, memang mereka sukar ingin melihat rumah yang bersepah, anak yang menangis dan sebagainya apabila tiba di rumah. 

Lelaki juga sukar mencari contoh pakaian yang tidak tersusun, maka Pak Utih cadangkan agar jangan memarahi suami yang nampak seperti tidak endah dengan rumah yang bersepah, dan labelkan almari pakaian suami agar mudah mencari pakaian mereka. 





Saya rasa cukup untuk entri kali ini, in shaa Allah bahagian akhir nanti saya kongsikan tips-tips keibubapaan positif dari Pak Utih ya.



1 comment:

  1. Terima kasih berkongsi artikel ini. Sangat dalam dan terperinci. Sangat membantu. :D


    Perbezaan Lelaki Dan Perempuan

    ReplyDelete