Yang bukan doktor, mengaku Pakar Neurologi.
Yang bukan doktor, jual susu pisang kata boleh regulate insulin.
Akak yang doktor berdaftar dengan MMC dan National Specialist Registry ni pun, nak buat satu research tentang ubat untuk bantu regulate insulin, adik-adik tahu punya payah?
Kena belajar macam orang lain,
Sekolah rendah 6 tahun,
Sekolah menengah 5 tahun,
Matrikulasi setahun.
Medical school di Ireland yang sejuk hujan air batu di negara orang 5 tahun.
Housemanship di Ireland teruk sampai kena operate perut, setahun.
Balik kerja 2 tahun,
Masuk Masters 4 tahun setengah.
Air mata, gaduh dengan suami, stress tak payah nak cakap. Mujur Encik Suami tu penyabar nyaaa ma shaa Allah. Aura diaaa.
Kerja jadi Pakar 5 tahun,
Sambung sub kepakaran 2 tahun
Jadi Pakar Perunding (ya ke?), nak buat satu kajian antarabangsa,
Kena hantar sijil kelayakan,
Pergi kursus,
Kursus online tak larat nak buat sampai tersengguk,
Saring pesakit,
Rekrut pesakit,
Buat kajian dengan pasukan,
Selalu kena spot check dengan team leader,
Kadang cancel meeting, cancel kelas untuk research.
Kajian baru mula ni, 5 tahun kena follow up pesakit.
Maklumlah, multicentred, randomised controlled trial.
Kaya?
Mana ada bayaran.
Demi nak dapatkan ubat yang baik untuk pesakit saja.
Tapi dituduh kami "ejen Big pharma"
Akak keje gomen dik.
Tak ada jual satu produk pun.
Kena kecam pula, "Melayu jatuhkan Melayu"
Dik, selagi bisnes tak merbahayakan pesakit, tak kira bangsa apa, saya akan sokong 100%.
Tetapi APA-APA SAHAJA BISNES ATAU PRODUK MENIPU DAN MEMBAHAYAKAN mana-mana pesakit, hingga pesakit berhenti mendapatkan rawatan dari DOKTOR-DOKTOR PAKAR SEBENAR yang BERTAULIAH, saya memang akan BANGKANG 100%!
Saya berpegang pada ayat ini :
Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (QS. Al Maidah: 32)
Biar saya dan sahabat-sahabat Medical Mythbusters Malaysia saya tak kaya, tak jual produk.
Biar kami kena kecam kerana anti dengan bogus produk, ubat titis mata sembuh rabun lah, susu pisang regulate insulin lah, ubat cepat kurus lah, ubat alternatif rawat HIV lah (like what?!)
Kami dah lama dalam bidang Perubatan dan banyak bukti dalam jurnal menyatakan rawatan-rawatan termasuk hipnoterapi segala tu bogus semata-mata.
In shaa Allah, the truth will prevail.
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Masih sangat menyampah dengan "katil over claim " RM14,000
Sunday 8 December 2019
Friday 29 November 2019
Pesakit nenek dan seratus cucu cicit
-Pesakit nenek dan seratus cucu cicit -
Minggu lepas hari Takrim sekolah anak saya.
Semasa saya sampai,tiba-tiba ada seorang parent salam saya dan ucap terima kasih kerana dah bantu menjalankan pembedahan katarak nenek beliau.
Ma shaa Allah saya tak tahu pun rupanya pesakit yang saya bedah dua hari sebelum itu, ada cicit satu sekolah dengan anak saya.
Cicit beliau.
Nenek ini sangat istimewa.
Usianya sudah 80an, tetapi apa yang memotivasikan beliau untuk menjalani pembedahan katarak, pada saat pesakit lain mungkin "takut", adalah kerana beliau mahu membaca Al Quran.
Ma shaa Allah.
Nenek ini datang dari Muar, anaknya ada 16 orang.
Baik sungguh nenek ini. Kata-katanya penuh kasih sayang.
Katanya cucu dan cicit beliau jumlahnya sudah beratus orang. Nenek kata, "Nenek tak minta seorang RM1 dari anak cucu cicit Nenek, sebab duit habis. Nenek cuma minta nanti Nenek dah tak ada, sedekahkan Al Fatihah pada Nenek. Doakan Nenek. Itu yang kekal."
Subhanallah, tersentuh sungguh hati saya.
Selepas pembedahan tempoh hari, Nenek nak balik ke Muar.
Pesan Nenek pada saya," Anak-anak Doktor Aisyah, berikan (ilmu) agama. Tak kisah apa kerja mereka nanti, jika ada agama, in shaa Allah (hidup) senang. "
Tak henti-henti Nenek ucap terima kasih dan tepuk-tepuk belakang saya kerana "tolong bedah mata Nenek".
Terasa benar saya, kasih sayang Nenek mengalir dari hati Nenek ke senyuman dan sentuhan Nenek itu.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Sayalah yang patut berterima kasih pada Nenek.
Jazakillahu khair Nenek kerana beri peluang kepada saya untuk berbakti kepada Nenek dan seluruh keluarga Nenek.
Hingga hari ini, apabila saya nak membedah seorang pesakit, saya ingat harapan dan doa yang dibawa, bukan hanya dari seorang pesakit, tetapi mungkin dari puluhan, malah ratusan anak cucu cicit pesakit itu.
Terlalu ramai yang sayang "seorang" pesakit saya, maka saya dan team saya wajib berikan yang terbaik.
In shaa Allah, kita buat yang terbaik, Allah pasti tolong.
Pasti.
Alhamdulillah ya Allah.
What a lovely job that I have.
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Sentiasa perlu bantuan Allah, doa Mak Ayah, suami dan kalian
Minggu lepas hari Takrim sekolah anak saya.
Semasa saya sampai,tiba-tiba ada seorang parent salam saya dan ucap terima kasih kerana dah bantu menjalankan pembedahan katarak nenek beliau.
Ma shaa Allah saya tak tahu pun rupanya pesakit yang saya bedah dua hari sebelum itu, ada cicit satu sekolah dengan anak saya.
Cicit beliau.
Nenek ini sangat istimewa.
Usianya sudah 80an, tetapi apa yang memotivasikan beliau untuk menjalani pembedahan katarak, pada saat pesakit lain mungkin "takut", adalah kerana beliau mahu membaca Al Quran.
Ma shaa Allah.
Nenek ini datang dari Muar, anaknya ada 16 orang.
Baik sungguh nenek ini. Kata-katanya penuh kasih sayang.
Katanya cucu dan cicit beliau jumlahnya sudah beratus orang. Nenek kata, "Nenek tak minta seorang RM1 dari anak cucu cicit Nenek, sebab duit habis. Nenek cuma minta nanti Nenek dah tak ada, sedekahkan Al Fatihah pada Nenek. Doakan Nenek. Itu yang kekal."
Subhanallah, tersentuh sungguh hati saya.
Selepas pembedahan tempoh hari, Nenek nak balik ke Muar.
Pesan Nenek pada saya," Anak-anak Doktor Aisyah, berikan (ilmu) agama. Tak kisah apa kerja mereka nanti, jika ada agama, in shaa Allah (hidup) senang. "
Tak henti-henti Nenek ucap terima kasih dan tepuk-tepuk belakang saya kerana "tolong bedah mata Nenek".
Terasa benar saya, kasih sayang Nenek mengalir dari hati Nenek ke senyuman dan sentuhan Nenek itu.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Sayalah yang patut berterima kasih pada Nenek.
Jazakillahu khair Nenek kerana beri peluang kepada saya untuk berbakti kepada Nenek dan seluruh keluarga Nenek.
Hingga hari ini, apabila saya nak membedah seorang pesakit, saya ingat harapan dan doa yang dibawa, bukan hanya dari seorang pesakit, tetapi mungkin dari puluhan, malah ratusan anak cucu cicit pesakit itu.
Terlalu ramai yang sayang "seorang" pesakit saya, maka saya dan team saya wajib berikan yang terbaik.
In shaa Allah, kita buat yang terbaik, Allah pasti tolong.
Pasti.
Alhamdulillah ya Allah.
What a lovely job that I have.
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Sentiasa perlu bantuan Allah, doa Mak Ayah, suami dan kalian
Saturday 23 November 2019
Anugerah Fail Plastik?
Majlis Takrim Sekolah 2019, membawa satu kelainan tahun ini.
Tak lain dan tak bukan, sebab awal pagi saya tinggalkan gelaran doktor (sebab hospital telefon untuk refer case), saya sarungkan vest hijau terang untuk menjadi AJK keselamatan, bersama barisan Parents Teachers Support Group (PTSG) yang lain.
Tak sampai 15 minit kemudian, tiba-tiba Guru Besar minta saya jadi wakil VIP pula, sebab Presiden PTSG sedang sibuk, maka saya pun masuk bersama paluan kompang ke dalam dewan.
Anak lelaki saya menjadi MC cilik persembahan silat.
Selesai persembahan, terus disambung dengan penyampaian hadiah
Alhamdulillah hari ini detik bersejarah, Allah anugerahkan saya dengan satu perasaan baru.
Ketika penyampaian hadiah, saya ternanti-nanti nama
anak saya Umar.
Satu demi satu saya baca nama yang terpapar di skrin, namanya tiada dalam senarai anugerah cemerlang akademi.
Tiada juga dalam anugerah cemerlang subjek Diniyyah.
Saya tunggu dan tunggu, anak-anak makin sedikit di atas pentas, saya harap dia dapatlah anugerah syakhsiah.
Rupanya tiada juga.
Saya risau juga namanya tercicir, kasihan malu pula dia nanti berdiri di atas pentas.
Ma shaa Allah.
ALHAMDULILLAH, anak saya Umar yang selalu mengingatkan kalau naik kereta, supaya semua orang baca doa naik kenderaan.
Apabila hujan, baca doa hujan.
Apabila saya nak pergi usrah, sentiasa nak temankan sebab katanya "Umar tak suka tengok Ummi seorang-seorang."
Umar yang kalau kuih tinggal satu, akan tanya SEMUA orang nak tak kuih itu dan minta izin untuk makan, kerana dia seorang yang "thoughtful" .
Umar yang selalu "dibuli" dengan adik, tapi tak pernah balas. Apabila adiknya (yang baru 3 tahun) pukul, apabila Umar marah, dia melepaskan marah dengan cara menangis dan bukan memukul kembali.
Pernah dibuli di tempat tuisyen tetapi dia sabar, kerana saya kata Rasulullah pesan, orang yang kuat bukan yang kuat bertarung, tetapi yang menahan sabar.
Umar memilih untuk memaafkan semua orang yang pernah membulinya.
Mungkin orang lain akan kata dia "lembik", tetapi saya kata dia KUAT.
Umar ini tiada mendapat anugerah pencapaian akademi, subjek diniyah mahupun syakhsiah.
Namun,
Alhamdulillah namanya akhirnya dipanggil untuk Anugerah Pelajar Harapan.
Tiada sijil, tiada hadiah alat tulis seperti kawan-kawan.
Hanya satu fail plastik bertanda "Anugerah Pelajar Harapan."
Bagi orang lain, ini adalah hadiah saguhati sahaja.
Tapi bagi saya, ini satu inisiatif yang bagus dari pihak sekolah, agar semua pelajar diraikan.
Bagi saya, ia cukup menggembirakan hati seorang murid, namanya disebut di sebuah majlis yang dihadiri ibu bapa, dan dapat menerima sebuah hadiah dari tangan seorang murabbi.
Dan yang paling penting, ia satu tarbiyah atau pendidikan hebat, satu jentikan hati yang menusuk qalbu paling dalam, dari Allah SWT buat saya.
Selama ini dua orang anak-anak perempuan saya alhamdulillah cemerlang akademi.
Apabila mendapat anak lelaki yang berbeza, baru saya faham apa erti kata-kata guru "raikanlah anak-anak walau apa pun kejayaan mereka"
Alhamdulillah Umar, Ummi tersangat bangga dengan Umar.
Hari ini semasa dalam kereta, dalam perjalanan pulang dari Majlis Takrim, sekali lagi Ummi sebut, "Ummi bangga dengan semua anak-anak Ummi. Bukan harga hadiah itu yang penting, tapi nilai kejayaan dan akhlak anak-anak Ummi yang penting."
Jawapan Umar sekali lagi hampir membuatkan Ummi menangis sambil memandu.
Umar kata, "Ummi, Umar tahu apa yang lebih bernilai. Iaitu pahala."
Subhanallah, Umar.
Umar amat cemerlang di mata Ummi.
Alhamdulillah.
Haza min Fadhli Rabbi.
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Ratu Airmata di majlis-majlis anugerah sekolah anak.
Friday 15 November 2019
Why did my father always cry when I give him good news?
Back in 2004, when I called my father to tell him I passed my exams in my Medical school, he cried tears of joy. He had just finished praying Fajr at that time due to the time difference of Ireland and Malaysia.
Back in 2012, when I passed my Masters in Ophthalmology exams, after my Zuhr prayers, I called my father, and he cried because he was so happy.
Today, as he just returned from Friday prayers, I called him to tell him that my daughter will receive an award tomorrow in school, Alhamdulillah, and we both cried.
Today I understood why he always cry when I give him good news.
Today I finally understood what those tears meant.
Today I felt what he must have felt all those years.
Alhamdulillah Ya Allah, You are Verily Too Kind, The Most Merciful.
Subhanallah.
Allahu Akbar.
Haza min Fadhli Rabbi..
Thank you Allah
Ps- that's a photo of my father 13 years ago, holding my girl, who was wearing my gown that was made by my mother for me, when I was small. ❤️
Back in 2012, when I passed my Masters in Ophthalmology exams, after my Zuhr prayers, I called my father, and he cried because he was so happy.
Today, as he just returned from Friday prayers, I called him to tell him that my daughter will receive an award tomorrow in school, Alhamdulillah, and we both cried.
Today I understood why he always cry when I give him good news.
Today I finally understood what those tears meant.
Today I felt what he must have felt all those years.
Alhamdulillah Ya Allah, You are Verily Too Kind, The Most Merciful.
Subhanallah.
Allahu Akbar.
Haza min Fadhli Rabbi..
Thank you Allah
Ps- that's a photo of my father 13 years ago, holding my girl, who was wearing my gown that was made by my mother for me, when I was small. ❤️
Sunday 29 September 2019
Berbaloi ke nak lari 10km dalam KL Standard Chartered Marathon 2019
KL Standard Chartered Marathon 2019
Alhamdulillah gambar favourite saya untuk KLSCM tahun ini |
Dengan penyertaan 40,000 orang pelari dari dalam negara dan
luar negara, pastinya ini adalah acara larian TERBESAR di Malaysia untuk tahun
ini. Umpama HARI RAYA buat pelari-pelari amatur seperti saya, mahupun pelari elit.
Saya hanya mula berlari 2 tahun lepas, selepas pembedahan
buku lali saya yang cedera akibat terjatuh semasa sukaneka.
Pengalaman
bertongkat dan berkerusi roda selama 3 bulan, apabila sembuh dan selesai
menjalani fisioterapi, saya terfikir, “Mengapa saya tidak cuba sesuatu yang
baru?”
Kenangan bertongkat selepas pembedahan ligamen buku lali |
Bermula dengan larian 1.5km semasa Larian untuk Super Premiee
Run di UM November 2017, saya bertuah kerana dapat menyertai Fun Run 5km
Standard Chartered Marathon 2018.
Kenangan pertama kali berlari dalam acara Standard Chartered Marathon 2018, untuk acara 5km. |
Selesai larian tersebut, saya amat teruja dan
terus mendaftar untuk 10km semasa PJ Marathon, Julai 2018. Alhamdulillah larian itu saya dapat habiskan dalam masa 1
jam 47 minit.
Acara 10km pertama dalam hidup saya, pada usia 37 tahun. PJ Marathon ni boleh tahan berbukit bukau. |
Malangnya pada penghujung Ogos 2018, saya tercedera dan
patah jari kaki, maka saya terpaksa berehat selama 2 bulan dari sebarang
aktiviti larian.
Penghujung Disember 2018, saya mula berlari semula, dan saya
bertekad jika Standard Chartered Marathon kembali, saya akan menyertai 10km
lagi
Sebenarnya apabila kita menyertai acara larian, ia umpama
satu dorongan tersendiri untuk sentiasa kekal aktif.
Jika tiada acara larian, ada kala saya culas dalam bersenam
3 kali seminggu.
Tahun 2019 ini, saya bermula dengan larian 5.4km di Bangkok
semasa Asia Pacific Academy of Ophthamology Congress pada Mac , dan kemudian
5km semasa Run for Sight di TTDI anjuran L Occitane pada bulan Jun. Pada bulan
Julai, saya mencuba trail run pula iaitu 5km anjuran Interventional Radiologist
UKM di FRIM.
Semua ini adalah sebagai persiapan saya untuk Kuala Lumpur Standard
Chartered Marathon ini.
Apa yang berbeza sedikit adalah, 3 minggu sebelum KLSCM ini,
negara kita dilanda jerebu, maka saya tidak dapat berlatih dengan baik di luar
rumah. Latihan saya hanya dijalankan di rumah, dengan mesin elliptical saya.
10km atas mesin elliptical ini adalah lebih kurang sama dengan berlari 3km
sahaja sebenarnya. Impak juga kurang.
Namun, oleh keraan KLSCM adalah satu acara yang sangat besar
dan sangat mengujakan, saya tidak mahu mengaku kalah. Apatahlagi semasa mengambil
race kit, nama kita terpampang di skrin LCD! Sangat memicu semangat!
Terkejut juga selepas ambil bib dan T-shirt, ada nama kita di situ. Pembakar semangat yang baik! |
Untuk larian kali ini, saya laburkan sedikit wang (RM155) untuk
membeli sebuah beg galas dengan bekas air berbentuk bladder yang ada tiub panjang,
memudahkan saya meminum air semasa berlari. Saya ni senang dahaga apabila berlari,
jadi jika bawa botol, dan masukkan dalam beg, ambil masa untuk buka tutup zip.
Dulu-dulu
saya rasa segan nak pakai beg begini, macam beriya sangat padahal orang yang
lari full marathon pun ada yang tak pakai. Tapi apabila saya dah pakai, saya
perasan ia sangat membantu kerana , peduli apa dengan orang kan, kita berlari
pun untuk diri sendiri saja. Jimat masa juga kerana saya tidak perlu berhenti
di setiap stesen air.
Untuk pakaian pula, kali ini saya tidak memakai jersey yang
diberikan kerana pada saya ia agak pendek . Daripada saya memakai pakaian
berlapis-lapis, baik saya pakai pakaian saya yang selesa dan MENUTUP AURAT. Beriadah
itu sunat, jangan jadi jatuh hukum haram pula kerana memakai seluar ketat yang
menampakkan bentuk, tudung singkat tidak menutup dada dan sebagainya.
Saya faham memakai seluar ketat atau tights itu sangat membantu
untuk larian jarak jauh, saya pun memakainya, tetapi di dalam. Tidak mengapalah
panas sedikit , biar panas di dunia, jangan di akhirat. Kan? Yang penting apa
yang kita buat, kita nak Allah redha
Baiklah, awal pagi, selepas solat Subuh saya gerak ke Stesen
LRT Sentul Timur. Mulanya nak ke Stesen LRT Gombak tetapi jaraknya lebih jauh
dan lebih banyak stesen, saya takut ambil masa lebih lama. Di Stesen LRT Sentul
Timur, tiada tempat parking yang banyak, tetapi saya park sahaja kereta di tepi
jalan. Saya pergi tandas siap-siap di stesen LRT itu, kerana saya tahu pasti di
LRT Bandaraya nanti akan ramai orang.
Sampai di LRT Bandaraya, nak terkucil lagi. Adeh .
Beratur punyalah panjang huhuuu. Apakan daya, flag off tinggal
10 minit, saya dan kawan baru saya pun hijack toilet lelaki kerana tidak ramai
orang hahahah.
Kawan baru, namanya Goh. Beliau berusia 48 tahun, aktif hiking dan panjat gunung. Sambil tunggu toilet, sempat berkenalan . |
Lepas ke tandas, kami bergegas ke garisan permulaan. Itu
diaaa punyalah panjang. Kami ke hujung sekali, cukup-cukup masa untuk flag off
pukul 7.45 pagi.
Garis permulaan nuuuun jauh di hadapan. |
Bermula sahaja larian, saya on kan Strava dan Fitbit saya,
tetapi untuk sampai ke garis permulaan, mengambil masa 3 minit! Malangnya Strava
saya terpadam secara tidak sengaja, mungkin kerana saya banyak kali selfie hahah.
1km yang pertama, cuaca masih dingin. Suasana nyaman dan
banyak pemandangan yang cantik termasuk pemandangan Bukit Nanas, Menara KL dan
KLCC.
Suasana masih nyaman |
Sampai ke kilometer ke 2, dah mula rasa penat sedikit. Aduhai,
apa ni Aisyah? Saya bertanya diri sendiri . Takkan dah penat? Ada satu poin kami
perlu buat U-turn, semasa itu saya sedar saya berada di kelompok belakang
sekali. Ahahahahahaha baru tahu panik sekejap.
Ini berdekatan kawasan nak buat U turn |
Dalam hati ,"Alamak, baru 2 KM? " kahkahkah. |
Lepas U turn ni baru sedar, tak ramai dah orang belakang saya hahaaa. Panik jap |
Nice view. Tak pernah lalu lorong ni. |
Saya teruskan larian . Saya berjanji dengan diri sendiri,
saya mesti teruskan larian tanpa henti selama 5km. Di hadapan KLCC, ada stesen
air yang pertama dan ada air 100 plus! Alhamdulillah!
Wajah cerita selepas dapat minum 100 Plus. Maaf lah gaya budak Tik Tok sikit |
4km |
5km |
Alhamdulillah sampai ke petanda 5km, saya mula lega. Sudah
separuh jalan! Selfie tetap selfie. Iyalah, pengalaman sekali seumur hidup kan.
Tahun depan pengalaman lain pula.
Masuk kilometer ke 6, sudah mula terasa mencabar kerana?
PANAS!! Huuu apabila masuk ke Jalan Kuching, ini adalah laluan 5km saya tahun
lalu. Laluan ini saya sudah familiar kerana saya sudah pernah lalu. Rupanya apabila
lalu tempat yang kita dah tahu, ia lebih mencabar.
Sesekali saya kerling jam saya.
Pada ketika 6.38km, saya terasa penat sungguh. Cuaca panas terik, padahal baru pukul 8.30 pagi.
Saya ambil sepeket M&M , saya makan. Mungkin saya hypo sebab sarapan pagi
saya minum protein shake dan roti sekeping sahaja.
Habis makan M&M, baru saya sedar, muzik saya terhenti!
Selama saya berlari, saya mendengar lagu-lagu dari filem The Greatest Showman.
Apabila lagu terhenti, rupanya semangat pun kurang!
Maaflah kalau ada yang rasa nak judge saya , “nampak macam
orang dakwah, tapi dengar lagu?”
Hehe, inilah saya. Kalau saya rasa lemah semangat, saya kena
dengar lagu-lagu yang rancak.
Pasang semula lagu, baru OK sedikit.
Sempat minta adik volunteer tolong ambil gambar hehe |
Menuju ke Padang Merbok, laluan berbukit, keletihan semakin
terasa. Masuk ke kawasan Taman Botani dan Taman Burung, walaupun turun bukit,
saya hanya berlari-lari anak. Saya tahu , “ Ini mesti dah nak masuk 8km sebab
aku dah pancit”. Memang betul pun, tak lama selepas itu, nampak papan tanda
8km.
Laluan nak masuk ke Taman Botani |
8km ! |
2km terakhir, saya selang selikan larian dan berjalan.
Menuju ke Dataran Merdeka, sorakan dan poster-poster seperti “Esok tak payah
lari” dan “Lepas ni boleh makan sedap-sedap” sangat membantu!
Laluan 2km terakhir yang redup |
Legaaa |
Masa ni dah fikir roti canai dah guys hahaha |
Dan Alhamdulillah saya berjaya juga menghabiskan larian pada
waktu 1 jam 34 minit! Alhamdulillah Alhamdulillah!
Kecewa lah sedikit tengok Strava kata saya lari 0.7km sahaja
tetapi apa nak buat kan.
Selesai Alhamdulillah |
Keluar sahaja dari laluan larian, dapat air mineral sejuk, kemudian
dapat beg yang ada air 100 plus sejuk! Aaaahhh ma shaa Allah Alhamdulillah nikmat
sungguh!
Berjalan ke khemah, sukarelawan menyambut dengan senyuman,
diberi pisang 2 biji dan DIKALUNGKAN MEDAL!
ALHAMDULILLAH!
MADE IT ALL WORTH IT!
Lepas itu apa lagi, sesi bergambar lah. Bukan mudah nak
dapat medal kan, bergambar lah puas-puas.
Paling manis adalah sahabat-sahabat yang dah selesai lari
Half Marathon lama dah, tapi sudi tunggu saya sebab saya nak bergambar dengan
mereka, iaitu Dziehan Mustafa (sahabat Medical Mythbusters Malaysia) dan Hirman
Ismail (sahabat satu kelas semasa di MRSM dahulu).
Paling inspiring pula adalah jumpa seorang lelaki ni, nama
beliau Edmund. Beliau mula berlari pada tahun 2013 dan dalam masa 6 tahun beliau
sudah lari 50 half marathon!
Alhamdullillah. Pengalaman yang sangat manis tahun ini. In
shaa Allah tahun depan saya nak cuba 21km pula. Mungkin akan ambil masa 3 jam
tetapi lebih baik cuba daripada tak pernah cuba kan?
Posing jangan tak posing |
21km next? In shaa Allah |
Wednesday 11 September 2019
What makes if all worth it
Tak sia-sia Ummi melalui miscarriage,
keluar masuk hospital,
try get pregnant 5 tahun,
makan clomid 3-4 cycle segala,
buat IUI,
pregnant Uwais dan kembar Uwais,
keguguran kembar Uwais masa 8 minggu,
kena bedrest 6 minggu nak kasi Uwais survive,
Uwais lahir tak cukup bulan,
masuk NICU,
keluar masuk hospital entah berapa kali dalam 2 tahun pertama masa baby.
Alhamdulillah sekarang dah besar, pandai tiup bubble muncung panjaaaaaang macam tu
Alah alaaaah.
Alhamdulillah ya Allah!
😂
#countyourblessings
#abdullahuwaishafiz
#3years9monthsold
#hazaminfadhliRabbi
#ceritamakmak
#jangantanyabilanakdapatadik
#UWAISISTHEADIK
#kahkahkah
keluar masuk hospital,
try get pregnant 5 tahun,
makan clomid 3-4 cycle segala,
buat IUI,
pregnant Uwais dan kembar Uwais,
keguguran kembar Uwais masa 8 minggu,
kena bedrest 6 minggu nak kasi Uwais survive,
Uwais lahir tak cukup bulan,
masuk NICU,
keluar masuk hospital entah berapa kali dalam 2 tahun pertama masa baby.
Alhamdulillah sekarang dah besar, pandai tiup bubble muncung panjaaaaaang macam tu
Alah alaaaah.
Alhamdulillah ya Allah!
😂
#countyourblessings
#abdullahuwaishafiz
#3years9monthsold
#hazaminfadhliRabbi
#ceritamakmak
#jangantanyabilanakdapatadik
#UWAISISTHEADIK
#kahkahkah
Sunday 8 September 2019
Snorkeling di Maldives, laut biru yang bikin blues sebulan selepas balik Malaysia
Antara impian dalam hidup saya adalah ingin belajar menyelam atau diving.
Alhamdulillah saya boleh berenang. Suatu masa dahulu saya pernah badan berisi hingga mencecah BMI 28. Maka antara inisiatif saya nak kuruskan badan adalah ambil kelas renang, dengan Coach Zahra Masoumah pada tahun 2014.
Alhamdulillah dalam masa 10 kelas (sejam setengah setiap kelas) saya berjaya belajar ke empat-empat jenis renangan iaitu freestyle, breaststroke, backstroke dan butterfly stroke. Cuma butterfly stroke tu sampai sekarang saya tak mahir sebab tak cukup kuat upper body saya nak ledingkan badan ke atas semasa pertengahan stroke itu.
Saya harap dengan dah pandai berenang tu, in shaa Allah ada peluang pada masa hadapan, boleh lah belajar menyelam pula kan?
Jadi sementara saya belum pandai nak menyelam ini, saya hanya boleh snorkle. Tetapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk mengembara ke pulau-pulau cantik yang menjanjikan pemandangan hidupan flora dan fauna yang indah untuk dinikmati.
Biru air laut di Maldives yang masih muncul dalam mimpi walaupun sudah hampir sebulan kutinggalkan |
Boleh baca pengalaman saya snorkeling di destinasi-destinasi sebelum ini di sini.
(Blog saya ni dari tahun 2012. Boleh skrol guna PC atau laptop, belah kiri ada drop list ikut tahun dan bulan, entri-entri saya hehe)
Krabi - Phi Phi Island 2012 (Ni zaman muda remaja, minta maaf lah ayat kanak-kanak haha)
2013 kami ke Koh Lipe Thailand - ini memang best, setakat ini antara tempat tercantik dan saya sangat recommend untuk snorkeling. Corals banyak dan ikan pun banyak. Makanan halal pun banyak walaupun sedikit mahal. Ia terletak 1 jam sahaja dari Pulau Langkawi. Cuma pulau tu banyak anjing sikit hehe
Bali - sea walking 2014. Kami ke Nusa Dua ni nak snorkeling, tapi dapat pengalaman lain sikit, dapat sea walking pula hahaa.. best juga.
2015 kami ke Pulau Payar Langkawi. Katanya cantik juga, cuma kami pergi lepas hujan, maka air keruh dan tak nampak ikan . Masa ni saya hamil anak ke empat, maka suami dan anak-anak sahaja lah yang snorkeling
2017 Disember kami ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik Kota Kinabalu Sabah. Tapi saya rasa ini bukan untuk snorkeling, lebih kepada untuk berkelah sahaja.
2018 kami ke Pulau Perhentian, Terengganu. Ini pun HIGHLY RECOMMENDED. SANGAT SANGAT dan saya tengah cari masa nak repeat , pergi dengan anak-anak pula in shaa Allah.
Bila dah belek-belek, rupanya banyak tempat yang pergi tapi tak tulis entri, sayang juga ya.
In shaa Allah nanti ada kelapangan saya tulis ya.
OK now nak cerita tentang MALDIVES ni.
Pengalaman berharga snorkeling di Maldives sempena ulangtahun perkahwinan kami ke 16 pada Ogos 2019 |
Hari ke tiga kami di Maldives, selepas sarapan pagi, kami berkumpul di rumah aktiviti sukan air di hadapan Hotel Arena pukul 9.45 pagi. Ramai juga yang berkumpul di situ, bukan penghuni hotel kami sahaja, malah ada juga orang dari hotel lain.
Antara yang kami sempat berkenalan, adalah keluarga dari Sri Lanka (Mr Lionel), pasangan dari Rusia, pasangan dari Taiwan dan satu keluarga dari Eropah.
Di rumah aktiviti ini, kami diberikan peralatan untuk snorkeling termasuk iaitu mask, life jacket dan tuala. Tak semua orang diberikan fin. Rupanya hanya mereka yang pandai berenang akan diberikan fin.
Rumah aktiviti sukan air. Kalau nak pinjam life jacket untuk berenang di sekitar pantai hotel juga boleh ambil di sini ya. |
Dari rumah aktiviti ini, kami diiringi petugas berjalan kaki ke jeti untuk menaiki
bot untuk Half Day Trip snorkelling.
Pertama sekali saya terkejut melihat
bot snorkelling mereka, punyalah cantik. Rasa sayang nak basahkan bot mereka
hahaha. Berbeza dengan bot-bot snorkeling di Krabi, Pulau Perhentian dan sebagainya yang agak sempoi. Jumlah penumpang juga selesa, tidak terlalu bersesak.
Poin pertama adalah untuk melihat corals. Air yang
sangat biru dan jernih, ma shaa Allah terutamanya berdekatan dengan lautan dalam. Ada ikan
nemo juga yang sangat comel. Ada juga ikan bertanduk yang comel juga!
Saya perasan juga semasa di poin ini, ada petugas yang mengambil gambar saya dengan GoPro miliknya. Rupanya perkhidmatan mengambil gambar, sudah termasuk dalam pakej ini. Awesome kan!
Ikan nemo yang comel |
Gambar ini diambil oleh petugas, dengan kamera GoPro miliknya. yang kemudia di email kepada kami |
Antara terumbu karang yang cantik |
Selesai snorkeling di poin ini, agak letih juga 40 minit mengharung arus. Rupanya menurut petugas yang mengiringi kami, hari ini arus deras. Tetapi kelebihan apabila arus deras adalah, kejernihan air atau water clarity adalah sangat baik!
Point ke dua, ada penyu!! Ma shaa Allah! Saya memang sangat
suka dengan penyu. Rezeki saya dapat berenang bersama penyu semasa penyu itu
mengambil nafas ke permukaan air!
Saksikan video ini ya!
Puas sungguh hati saya dapat berenang dengan penyu comel ini. Namun saya teringat-ingat penyu di Pulau Perhentian, yang jauh lebih besar dari penyu di sini.
Dan, saya sedikit terkejut melihat corals atau terumbu karang di sini banyak yang sudah mati. Kemudian baru saya difahamkan yang terumbu karang di sini banyak yang rosak akibat tsunami 2004.
Air biru jernih bererti air agak cetek |
Air biru pekat ertinya air dalam |
Kawasan terumbu karang yang sudah mati, banyak di kawasan penyu ini. |
Perjalanan kami diteruskan ke poin ke tiga, yang mana ia adalah satu pengalaman yang tidak dapat saya
lupakan. Saya dapat melihat ikan lumba-lumba !! Bukan seekor dua tetapi banyak!
Ma shaa Allah seronok betul melihat kawanan dolphin ini berenang dengan gembira
dan saya sangat gembira apabila pemandu pelancong kami mengekalkan jarak antara
bot kami dengan dolphin-dolphin tersebut. Barulah mereka tidak rasa terancam
kan?
Cuma sayang sedikit tak sempat nak ambil gambar dengan buah hati saya kerana beliau dah mula pening kepala ketika ini.
Mujur juga bawa DSLR , boleh capture ikan lumba-lumba yang bergerak laju |
Antara yang berenang dekat dengan bot kami |
Selesai snorkeling dan melihat ikan lumba-lumba, kami dibawa piknik di sandbank. Ahaaa
sandbank ini satu kejadian yang sangat istimewa bagi saya. Di tengah-tengah
lautan, tiba-tiba ada pulau kecil yang sangat putih bersih pasirnya. Ma shaa
Allah subhanallah cantik sungguh! Air aquamarine , biru, hijau sangat indah,
saya kira mungkin tidak ada di Malaysia
Payung ini disediakan, makanan tengahari adalah nasi goreng dan epal. Oklah, dah lapar semua sedap |
Cantik pemandangan di sini tau |
Pasirnya putih sungguh. Di belakang kami itulah bot kami |
Mujur ada kawan dari Sri Lanka boleh tolong ambilkan gambar. Kami tak berani bawa turun DSLR dari bot kerana kena redah air laut nak turun ke sini |
Ini SPF 2000 pun tak lut haha.. Sila redha untuk gelap |
Kru bot kami yang awesome! |
Selesai makan, kami pun pulang. Puas juga menahan nak ke
tandas untuk membuang air kecil dari pagi hingga jam 2.45 petang hahahahha.
Jam 4.45 petang, sepatutnya kami ke trip memancing , tetapi
keletihan, jadi kami berehat sahaja di hotel, dan kemudian berjalan-jalan di
tepi pantai semasa sunset, menikmati petang terakhir kami di Pulau Maafushi yang indah .
Jalan-jalan sekitar Maafushi |
Maldives antara 10 negara terkecil di dunia. Banyak gugusan pulau, atau dikenali sebagai Atol. Pening budak sekolah sini nak lukis peta negara dia agaknya. |
Bergambar kenangan sunset di hadapan Arena Hotel. Ada wing baru yang sedang dibina. Siapa tahu ada rezeki boleh datang lagi dengan anak-anak pula in shaa Allah |
Subscribe to:
Posts (Atom)