Sunday 8 September 2019

Snorkeling di Maldives, laut biru yang bikin blues sebulan selepas balik Malaysia


Antara impian dalam hidup saya adalah ingin belajar menyelam atau diving. 

Alhamdulillah saya boleh berenang. Suatu masa dahulu saya pernah badan berisi hingga mencecah BMI 28. Maka antara inisiatif saya nak kuruskan badan adalah ambil kelas renang, dengan Coach Zahra Masoumah pada tahun 2014. 

Alhamdulillah dalam masa 10 kelas (sejam setengah setiap kelas) saya berjaya belajar ke empat-empat jenis renangan  iaitu freestyle, breaststroke, backstroke dan butterfly stroke. Cuma butterfly stroke tu sampai sekarang saya tak mahir sebab tak cukup kuat upper body saya nak ledingkan badan ke atas semasa pertengahan stroke itu. 

Saya harap dengan dah pandai berenang tu, in shaa Allah ada peluang pada masa hadapan, boleh lah belajar menyelam pula kan? 

Jadi sementara saya belum pandai nak menyelam ini, saya  hanya boleh snorkle. Tetapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk mengembara ke pulau-pulau cantik yang menjanjikan pemandangan hidupan flora dan fauna yang indah untuk dinikmati. 

Biru air laut di Maldives yang masih muncul dalam mimpi walaupun sudah hampir sebulan kutinggalkan

Boleh baca pengalaman saya snorkeling di destinasi-destinasi sebelum ini di sini. 

(Blog saya ni dari tahun 2012. Boleh skrol guna PC atau laptop, belah kiri ada drop list ikut tahun dan bulan, entri-entri saya hehe) 



Krabi - Phi Phi Island 2012 (Ni zaman muda remaja, minta maaf lah ayat kanak-kanak haha) 

2013 kami ke Koh Lipe Thailand  - ini memang best, setakat ini antara tempat tercantik dan saya sangat recommend untuk snorkeling. Corals banyak dan ikan pun banyak. Makanan halal pun banyak walaupun sedikit mahal. Ia terletak 1 jam sahaja dari Pulau Langkawi.  Cuma pulau tu banyak anjing sikit hehe

Bali - sea walking 2014. Kami ke Nusa Dua ni nak snorkeling, tapi dapat pengalaman lain sikit, dapat sea walking pula hahaa.. best juga. 

2015 kami ke Pulau Payar Langkawi. Katanya cantik juga, cuma kami pergi lepas hujan, maka air keruh dan tak nampak ikan . Masa ni saya hamil anak ke empat, maka suami dan anak-anak sahaja lah yang snorkeling 




2017 Disember kami ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik Kota Kinabalu Sabah. Tapi saya rasa ini bukan untuk snorkeling, lebih kepada untuk berkelah sahaja. 

2018 kami ke Pulau Perhentian, Terengganu. Ini pun HIGHLY RECOMMENDED. SANGAT SANGAT dan saya tengah cari masa nak repeat , pergi dengan anak-anak pula in shaa Allah. 

Bila dah belek-belek, rupanya banyak tempat yang pergi tapi tak tulis entri, sayang juga ya. 

In shaa Allah nanti ada kelapangan saya tulis ya. 

OK now nak cerita tentang MALDIVES ni. 

Pengalaman berharga snorkeling di Maldives sempena ulangtahun perkahwinan kami ke 16 pada Ogos 2019

Hari ke tiga kami di Maldives, selepas sarapan pagi, kami berkumpul di rumah aktiviti sukan air di hadapan Hotel Arena pukul 9.45 pagi. Ramai juga yang berkumpul di situ, bukan penghuni hotel kami sahaja, malah ada juga orang dari hotel lain. 

Antara yang kami sempat berkenalan, adalah keluarga dari Sri Lanka (Mr Lionel), pasangan dari Rusia, pasangan dari Taiwan dan satu keluarga dari Eropah. 

Di rumah aktiviti ini, kami diberikan peralatan untuk snorkeling termasuk iaitu mask, life jacket dan tuala. Tak semua orang diberikan fin. Rupanya hanya mereka yang pandai berenang akan diberikan fin. 

Rumah aktiviti sukan air. Kalau nak pinjam life jacket untuk berenang di sekitar pantai hotel juga boleh ambil di sini ya. 

Dari rumah aktiviti ini, kami diiringi petugas berjalan kaki ke jeti untuk menaiki bot untuk Half Day Trip snorkelling. 

Pertama sekali saya terkejut melihat bot snorkelling mereka, punyalah cantik. Rasa sayang nak basahkan bot mereka hahaha. Berbeza dengan bot-bot snorkeling di Krabi, Pulau Perhentian dan sebagainya yang agak sempoi. Jumlah penumpang juga selesa, tidak terlalu bersesak. 

Poin pertama adalah untuk melihat corals. Air yang sangat biru dan jernih, ma shaa Allah terutamanya berdekatan dengan lautan dalam. Ada ikan nemo juga yang sangat comel. Ada juga ikan bertanduk yang comel juga! 

Saya perasan juga semasa di poin ini, ada petugas yang mengambil gambar saya dengan GoPro miliknya. Rupanya perkhidmatan mengambil gambar, sudah termasuk dalam pakej ini. Awesome kan! 


Ikan nemo yang comel 

Gambar ini diambil oleh petugas, dengan kamera GoPro miliknya. yang kemudia di email kepada kami




Antara terumbu karang yang cantik 

Selesai snorkeling di poin ini, agak letih juga 40 minit mengharung arus. Rupanya menurut petugas yang mengiringi kami, hari ini arus deras. Tetapi kelebihan apabila arus deras adalah, kejernihan air atau water clarity adalah sangat baik! 

Point ke dua, ada penyu!! Ma shaa Allah! Saya memang sangat suka dengan penyu. Rezeki saya dapat berenang bersama penyu semasa penyu itu mengambil nafas ke permukaan air!

Saksikan video ini ya! 





Puas sungguh hati saya dapat berenang dengan penyu comel ini. Namun saya teringat-ingat penyu di Pulau Perhentian, yang jauh lebih besar dari penyu di sini. 

Dan, saya sedikit terkejut melihat corals atau terumbu karang di sini banyak yang sudah mati. Kemudian baru saya difahamkan yang terumbu karang di sini banyak yang rosak akibat tsunami 2004. 


Air biru jernih bererti air agak cetek

Air biru pekat ertinya air dalam
Kawasan terumbu karang yang sudah mati, banyak di kawasan penyu ini. 

Perjalanan kami diteruskan ke poin ke tiga, yang mana ia  adalah satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Saya dapat melihat ikan lumba-lumba !! Bukan seekor dua tetapi banyak! 

Ma shaa Allah seronok betul melihat kawanan dolphin ini berenang dengan gembira dan saya sangat gembira apabila pemandu pelancong kami mengekalkan jarak antara bot kami dengan dolphin-dolphin tersebut. Barulah mereka tidak rasa terancam kan?

Cuma sayang sedikit tak sempat nak ambil gambar dengan buah hati saya kerana beliau dah mula pening kepala ketika ini. 

Mujur juga bawa DSLR , boleh capture ikan lumba-lumba yang bergerak laju




Antara yang berenang dekat dengan bot kami 


Selesai snorkeling dan melihat ikan lumba-lumba, kami dibawa piknik di sandbank. Ahaaa sandbank ini satu kejadian yang sangat istimewa bagi saya. Di tengah-tengah lautan, tiba-tiba ada pulau kecil yang sangat putih bersih pasirnya. Ma shaa Allah subhanallah cantik sungguh! Air aquamarine , biru, hijau sangat indah, saya kira mungkin tidak ada di Malaysia

Payung ini disediakan, makanan tengahari adalah nasi goreng dan epal. Oklah, dah lapar semua sedap

Cantik pemandangan di sini tau 

Pasirnya putih sungguh. Di belakang kami itulah bot kami

Mujur ada kawan dari Sri Lanka boleh tolong ambilkan gambar. Kami tak berani bawa turun DSLR dari bot kerana kena redah air laut nak turun ke sini

Ini SPF 2000 pun tak lut haha.. Sila redha untuk gelap 

Kru bot kami yang awesome! 

Selesai makan, kami pun pulang. Puas juga menahan nak ke tandas untuk membuang air kecil dari pagi hingga jam 2.45 petang hahahahha.

Jam 4.45 petang, sepatutnya kami ke trip memancing , tetapi keletihan, jadi kami berehat sahaja di hotel, dan kemudian berjalan-jalan di tepi pantai semasa sunset, menikmati petang terakhir kami di Pulau Maafushi yang indah .


Jalan-jalan sekitar Maafushi

Maldives antara 10 negara terkecil di dunia. Banyak gugusan pulau, atau dikenali sebagai Atol. Pening budak sekolah sini nak lukis peta negara dia agaknya. 

Bergambar kenangan sunset di hadapan Arena Hotel. Ada wing baru yang sedang dibina. Siapa tahu ada rezeki boleh datang lagi dengan anak-anak pula in shaa Allah  

No comments:

Post a Comment