Sunday 10 April 2016

Menantu ❤ Mertua : Seminar bersama Pak Utih (Bahagian dua : tips menjadi menantu mithali)

Assalamualaikum...

Saya sambungkan nota dari Seminar Menantu ❤ Mertua  bersama Pak Utih pada 10 April 2016. Alhamdulillah semasa waktu rehat saya sempat membeli buku Pak Utih berjudul "Suami Hensem Isteri Ohsem". Buku ini adalah buku kedua hasil penulisan Pak Utih, selepas buku "Suami memimpin, isteri mengurus". Buku-buku Pak Utih ini boleh didapati di MPH dan MPH online.






Mari kita selami tips-tips menjadi menantu impian, kesayangan mertua, seperti yang dikongsikan oleh Pak Utih 


SUAMI TINGGAL DI RUMAH AYAH MERTUA ( iaitu isteri duduk rumah sendiri)



-          Baby Boomers (BB) mak ayah mereka selalunya miskin, jadi bila bekerja sahaja, niat nak bagi duit pada mak ayah. Gaji RM600, RM200 nak bagi mak ayah dan untuk beri adik adik sekolah

-          Gen Y mak ayah dah kaya, bila dah kerja pun tak rasa nak bagi pada mak ayah.

-          Suami kena hormat ayah mertua sebagai ketua keluarga

   1)      Ikut budaya keluarga yang islamik.

   2)      Jika tidak ikhwan, kita yang perlu jadi contoh iaitu pergi masjid etc

   3)      Bayar elektrik dan air . jika ibu bapa tidak bayar online, ambil bil dan bayar yang dah bercop, letak balik letak asal. Bil telefon tak perlu. Jika bil elektrik terlalu tinggi, bagi separuh dan beritahu “ayah, ini untuk bil elektrik”

-          Ingat balik kisah Nabi Musa yang ingin bantu ringankan beban mertua
-          Kita boleh masuk rumah mak ayah anytime, tidak jadi kesalahan tetapi mertua tak boleh masuk rumah anak-anak sesuka hati.
-          Surah Al-ahqaf ayat 15, jagalah ibu bapa kerana haiwan tak jaga mak ayahnya.

   4)      Belikan belanja dapur asas (beras, gula, minyak masak) – isteri pegi dapur  check & bisik pada suami apa yang perlu top up

   5)      Pelawa guna kereta anda (jadi pemandu dia) – bergantung jenis kereta . jika kita ada kereta baru, pelawa bawa ayah mertua naik kereta itu. Block kereta proton saga ayah mertua, ajak naik kereta BMW kita. Kalau ayah mertua yang pakai BMW, jangan block kereta dia.  Proton saga kita park jauh-jauh. Nanti mertua nak keluar segan nak naik kereta buruk kita. Naik kereta dia untuk ke masjid etc 

   6)      Jika suami nak keluar, beritahu bapa mertua 

   7)      Minta kebenaran buat usrah/ jemput kawan ke rumah. 

   8)      Isteri yang sediakan makanan untuk usrah/kawan suami. Bukan mak isteri. Kalau kawan yang nak datang bukan usrah, ajak join sembang. 

   9)      Bagaimana kalau bapa mertua yang ada usrah? Isteri yang sediakan makanan (bukan ibu isteri), anda hidang makanan.

  10)   Salam dan perkenalkan diri dengan semua tetamu ayah.kecuali jika ayah usrah di bilik khas yang di luar waktu laluan, jadi tak perlu pergi kenalkan diri. Tetapi jika ingin jenguk juga, itu bonus, lambang mertua cemerlang, kenal kawan-kawan usrah ayah mertua. Bapa mertua pun tidak akan rasa terganggu kerana usrah orang berusia ni santai sahaja. Lebih baik lagi kalau tahu ayah atau ibu mertua ada usrah, belikan makana

      ISTERI TINGGAL RUMAH IBU MERTUA

-          Isteri yang sensitive akan sangat stress. Yang cool juga akan panic sikit

   1)      Ikut budaya (Islamic) dia. Hormati ibu mertua adalah KETUA SURIRUMAH

   2)      Selalu ke dapur membantu . belajar cara ibu mertua itu masak untuk anaknya. Jika mertua ada maid, dan biar maid masak dan minta isteri jaga anak, Alhamdulillah. tapi anak-anak akan rindu masakan ibunya walaupun sekadar telur dadar. Suami juga jangan terlalu sebut “mak masak sedap”, nant isteri kecil hati. Suami puji dulu, kemudian baru minta belajar. Penting untuk isteri itu BELAJAR MASAK

   3)      Jika barang dapur habis, bisik pada suami untuk top up.

   4)      Cari peluang ikut dia bertandang ke rumah kawannya/jiran . ini budaya masa dahulu. Terutamanya jika masjis kenduri kahwin. Ikut mak mertua bukan ikut suami. Mertua suka bawa menantu. Jika ada anak-anak pun bawa sekali sebab mertua akan tolong dukung dan bangga bawa cucu yang comel-comel

   5)      Jika ingin keluar rumah beritahu dia.

   6)      Beritahu bila dah sampai rumah dengan beri salam

   7)      Ringankan tulang bantu ibu agar dia rasa bertambah nilai apabila menjadi isteri. Masa dahulu, tugas menantu kemas rumah, tepuk bantal dan jemur, sidai kain, angkat & lipat kain.apabila mertua happy, dia akan ada masa lapang dan jahit baju untuk hadiah pada menantu.
-          Ada juga mertua yang materilistik tetapi tidak ramai

   8)      Kalau tetamu ibu datang/ibu ada usrah, sediakan minuman dan makanan dan hidang untuk mereka. Jika kita ada program, sila batalkan . kecuali jika ibu kata tidak mengapa.  Mertua sangat gembira bila tetamu datang, menantu yang siapkan makanan dan hidangkan
-          Jika mertua berkias “tak payah lah,” secara basic masih perlu bantu. Biar mertua bangga.

   9)      Salam dan kenalkan diri dengan semua tetamu ibu

    JIKA IBU BAPA ATAU MERTUA DATANG BERTANDANG KE RUMAH PASANGAN (kita sudah diberitahu terlebih dahulu)

   1)      3 hari ikut budaya ibu bapa mertua (yang ditulis dalam jadual tadi). Cth pkl 5.45 sudah ke masjid, walaupun biasa kita tidak ke masjid, pergi juga masjid. Sarapan pagi, makan tengahari dan sebagainya ikut waktu ibubapa kita. Buat adjustment jika perlu

   2)      Hari ke 3, terangkan budaya baru rumah pasangan

   3)      Bila mak ayah sampai TERUS SIAPKAN MINUMAN DAN BISKUT (kudapan). Dua-dua suami isteri mesti layan, walaupun mereka sampai pkl 2 pagi.  Jangan tanya mereka dah makan ke belum. Sesi minum ini adalah permulaan sesi taaruf. Kita juga kalau nak balik, jangan sekali-kali beritahu “kami dah makan on the way, tak payah masak.” Ibu bapa KECIL HATI dengar begini. Ibu tetap nak masak.

   4)      JANGAN TANYA BILA MEREKA NAK BALIK

   5)      Buat rancangan “jalan-jalan makan angin” selama mereka di rumah. “ cth nak bawa mak ayah pegi putrajaya minggu depan, “ nanti mereka akan kata , “ ayah 2 hari saja di sini”

   6)      Unjuk duit semasa mereka meninggalkan rumah (ANAK MENANTU YANG BERI KEPADA IBU MERTUANYA) ayah mertua takkan ambil selalunya. Kalau beri lebih pada mak mertua, mak itu akan beri pada ayah. Afdhal beri pada ibu. Duit ini adalah simbol “majlis perpisahan”.

   7)      Telefon atau whatsapp mereka tanya khabar sama ada dah sampai rumah

JIKA BERTANDANG KE RUMAH MERTUA
   1)      Rancangan 3 hari sahaja – kerana isteri yang sensitive akan stress lama-lama di rumah mertua.

   2)      Sampai di rumah beri hadiah (makanan yang dah siap untuk dimakan) anak menantu kepada mertua. Makanan itu juga mesti sesuai dengan suasana cth raya, bawa kek dan biskut untuk dihias atas meja. Jangan bawa makanan yang cepat basi terutamanya semasa raya.

   3)      Beritahu mereka “tarikh dan masa nak balik.” Ini untuk bagi peluang ibu bapa beri makanan terbaik sebelum balik cth the best lunch. Ibu bapa tak terasa kerana senang nak buat persediaan.

   4)      Beritahu rancangan selama berada di rumah mereka .contoh nak tinggal di rumah sahaja atau ada nak berjalan-jalan .

   5)      Unjuk duit semasa meninggalkan rumah mereka (anak menantu yang beri pada ibu mertua)

   6)      Whatsapp beritahu dah sampai

      SOP

     - Smartphones diharamkan membelek hp di hadapan ibu bapa/mertua. Ibu bapa nak main dengan cucu jadi jangan biarkan cucu mereka sibuk main gadget

-        -  Meja makan GADGET FREE ZONE 

-         - Apabila bersama mertua jangan pegang hp langsung
-          - Bagaimana kalau ibu bapa yang bagi cucu main hp sedangkan kita tak bagi? Slow talk , biar suami yang slow talk kepada ibu bapa dia atau mertua. Jangan isteri yang beritahu. Suami yang beritahu seolah authority yang beritahu. Jika menantu perempuan yang beritahu ada sedikit competition antara mertua dan menantu. Jika contoh ada perbezaan pendapat dengan mertua, masa untuk isteri sembang dengan mertua adalah semasa di dapur. Jika tidak pernah sembang, kemudian nak ubah cth nak beritahu tak boleh makan junk food etc ia akan jadi “reaktif” iaitu perbualan ikut apa yang berlaku, selalunya ia kurang efektif

PAKAIAN DI RUMAH MERTUA

-    -     Wanita selalunya dah tahu nak berpakaian bagaimana di rumah mertua tetapi lelaki selalu kurang bijak memilih pakaian. Terutama pada hari raya :pakaian sedondon itu adalah terbaik

-   -        Jika bapa mertua pakai baju melayu bersampin dan songkok hitam, anak menantu lelaki perlu pakai begitu walaupun tak biasa cth pakai jubah etc. kalau tak boleh juga minta izin bapa mertua.

-          Jika di rumah biasa berbaju melayu sahaja tanpa sampin dan songkok : bahasanya dah habis majlis dan sudah santai. Kalau pergi ke rumah orang, Nampak tuan rumah pakai sampin lagi, maknanya dia nak keluar, maka cepat-cepat minum dan balik.

-          Pakai baju melayu dan kain pelikat?  sebaiknya jangan pakai begini pada hari raya.

-          T-shirt dan kain pelikat : pakaian hendak tidur sahaja. Pergi surau pun mesti pakai baju melayu dan kain pelikat. Tidak boleh langsung bersantai dengan t-shirt dan kain pelikat di rumah mertua.

-          Jgn pakai jubah jika bapa mertua tak pakai jubah, takut rasa diri lebih hebat dari mertua

-          Jangan pakai t-shirt tanpa kolar dgn tulisan besar, gambar besar dan sebagainya. T shirt berkolar boleh untuk semasa baru sampai dan masa nak balik. 

IBU MERTUA TIDAK BERKENAN SUAMI

   1)      Suami selalui hubungi ibu mertua (tiap bulan)

   2)      Ceritakan perkembangan kejayaannya (intellectual sharing & personal/emotional sharing adalah kuncinya tawan hati mertua)

   3)      Selalu balik ke rumahnya

   4)      Sentiasa berpakaian “kemas” dan “yakin” di rumah ibu mertua seperti pegawai kerajaan. Baju tuck in.

   5)      Bawa hadiah (makanan) setiap kali balik ke rumahnya

   6)      Ringan tulang bantu kerja rumah (cuci toilet) tidak termasuk master bedroom

   7)      Suami unjuk duit setiap kali tinggalkan rumah itu

   8)      Isteri tunjukkan “bahagia” bersama suami ini (macam kisah menantu Nabi Ibrahim) sbb si ibu itu sentiasa menunggu je jika anaknya mengadu.

   9)      Terus berdoa untuk RAHMAT Allah untuk mereka.

JIKA IBU BAPA MERTUA BERI DUIT PADA MENANTU

   1)      Ambil dengan ucapan doa dimurahkan rezekinya

   2)      Sebaiknya jangan guna duit ini untuk kegunaan peribadi

   3)      Dengan duit itu, belikan makanan untuk makan bersama mereka tanpa diberitahu duit itu. Maka duit itu berterusan memberi pahala kepada keluarga itu.

   4)      Jika anda memang ada gaji (duit banyak) sedekahkan duit itu kepada yang memerlukan dengan niatkan untuk sedekah bagi mereka. Jika mertua bagi duit untuk cucu, sebaiknya simpankan dalam bank acc mereka. Tapi jika pakai pun tak mengapa untuk beli keperluan anak-anak, tidak berdosa kerana anak-anak bukan anak yatim 

   Akhirul kalam, semoga Allah merahmati Pak Utih di atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat ini dan terima kasih juga kepada pihak penganjur iaitu Pertubuhan Ikram Malaysia. 

   Jazakumullahu khairan kathira ❤

Menantu ❤ Mertua : Seminar bersama Pak Utih (Bahagian satu)



Assalamualaikum 


Alhamdulillah hari ini saya dapat sekali lagi bersama Pak Utih dalam salah satu seminar kekeluargaan anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia. Pak Utih atau nama sebenarnya Ahmad Shafiai Uda Jaafar tidak asing lagi bagi kita (FB page Pak Utih). Sebelum ini saya pernah beberapa kali menghadiri seminar keibu bapaan bersama beliau dan ada saya kongsikan di blog ini :


Beza Anak Lelaki dan Perempuan 1


Beza Anak Lelaki dan Perempuan 2


Beza Anak Lelaki dan Perempuan Bhgn Akhir


Kali ini seminar yang agak berbeza iaitu bagaimana menjadi menantu yang disayangi mertua. 


Saya kongsikan ilmu yang saya perolehi, dengan izin dari Pak Utih in shaa Allah 



Kisah mertua dalam Al-Quran

Nabi Musa as dengan Mertuanya Nabi Syuaib Surah Al-Qasas ayat 26-28
-maskahwinnya adalah bekerja 8 tahun , atas kerelaan jika tambah 10 tahun
- pengajarannya : apabil mertua kahwinkan anak perempuan dengan seorang lelaki, mereka tidak mahu anak perempuan itu tinggalkan mereka, mahu mereka jaga ibu bapa 8-10 tahun  pertama.

Selepas bernikah, ada fasa perpisahan iaitu 8-1o tahun
-          Tanggungjawab layan ibu bapa dan mertua sama rata dalam masa 8-10 tahun
-          Selepas itu tidak mengapa jika mahu berpindah rumah sendiri

Kisah Nabi Ibrahim dengan menantu (hadith)

Pesan pada menantu yang banyak merungut itu supaya Nabi Ismail tukar bingkai pintu. Menantu ke dua, kekalkan bingkai pintu

Menantu perempuan apabila bersama mertua, tidak kira bagaimana keadaan sentiasa cerita yang baik sahaja.
  • -          Mertua ada hak beri pandangan terhadap menantu
  • -          Menantu patut beri contoh yang baik
  • -          Suami akan sayang isteri yang sayang mertua


KOMUNIKASI: 
Dr Har VS Amran Fan, siapa yang silap? : 
Sebenarnya silap komunikasi cara membaca message , cara address orang yang lebih tua dan sebagainya. Guru Gen Y patut beri didikan untuk Gen Y berhadapan dengan orang yang lebih tua.

Objektif seminar:
-      1)  Mengenali dan menghormati  perbezaan kehendak dan harapan ibubapa dan mertua generasi “Baby Boomers” dengan anak menantu Generasi Y.
            -  Adat Vs adab
-          - Orang yang tinggi ilmu tapi rendah adab, tidak bernilai. 
            - Orang yang rendah ilmu tapi tinggi adab, tinggi nilainya

—      2) Menyusun S.O.P. menguruskan keperluan Ibubapa dan Kedua Mertua yang duduk serumah dan bila mereka datang bertandang  ke rumah pasangan Gen Y, agar ibubapa mertua merasai “rahmah”nya dengan kehadiran anak menantunya itu

     Perbezaan generasi: 

Baby boomers (BB): 1940-1960

-          Awal era ini perang, ramai yang tidak sempat berkeluarga. Selepas itu ramai anak-        anak yang lahir selepas aman.

-          Ibu bapa miskin dan dari kampung



-          Rumah tiada bilik, tidur bergelimpangan di ruang tamu. Tidur pun dan bersosial ,        maka  neuron pun bersambung.

-          Mandi di perigi, mandi pun bersosial

-          Waktu rehat sekolah / rumah main dengan kawan-kawan

-          Pergi sekolah naik basikal – survival

-          Kalau bermain, kawan kata “taknak kawan”, rasa panic

-          Bila nak kahwin satu kampong kenduri kendara dari buat balai, kacau dodol,               berinai . majlis berlangsung seminggu . masjlis buka hadiah, hadiah yang bernilai pengantin ambil, yang kecil-kecil cth gelas dihadiahkan kepada orang yang tolong rewang.


Gen X (1961-1981)
-          Transisi dari BB dan Gen Y

-          Lebih mirip BB dan lebih beradab


Gen Y( 1982- 2001)

-          Anak kepada BB

-          Tidur bilik masing-masing

-          Mandi bilik mand seorang-seorang

-          Main ipad masa rehat

-          Pergi sekolah naik bas

-          Kalau kawan tak nak kawan, ada social media

-          Wedding skrg khemah tepi jalan sahaja, majlis sehari sahaja. Lepas majlis       photography outdoor.

Normal VS Extreme Neglect


Anak yang mendapat layanan ibu bapa sempurna, white matter otak berkembang dengan baik hingga rapat dengan tempurung kepala.

Anak yatim tanpa ibu bapa white matter tidak berkembang dengan baik dan otak agak kecil


-          Pembentukan otak BB dan Gen Y memang tidak sama.

-          Gen Y tidak rasa bersalah turun pagi pukul 10 pagi , mertua dah siap hidang               makanan. Generasi BB bila dengar mak mertua dah bunyi pinggan di dapur, pkl 5.30 pagi dah turun ke dapur

-          Gen Y mahu tips dari alam maya dari orang yang ada authority




-      Healthy brain Vs abused brain



-          Temporal lobe : bahagian empathy

-          Kanak-kanak tanpa didikan dan perhatian ibu bapa yang sempurna : temporal lobe      tidak aktif : Gen Y

-          Kanak-kanak sempurna : temporal lobe aktif




Mengenali sejarah hidup pasangan bersama keluarga induk masing-masing
-         
   Ujian untuk wanita dan lelaki :

   FID Index (Fear, Isolation, Deprivation) untuk wanita






     SIF Index (Shame, Inadequacy, Failure)  survey for men




Analisa ujian ini:

1) Pasangan 0-50
  • -          minda cool
  • -          sentiasa happy
  • -          susah faham orang lain
  • -          empathy kurang
  • -          self-centred
  • -          perlu lebih memahami mertua


2) Pasangan 51-75 – moderate

3) Pasangan 76-90
  • -          perlu belajar juga
  • -          lelaki : malu, stress, panic bila balik rumah mertua.
  • -          wanita : lebih stress lagi. Perlu belajar masak macamana mertua masak untuk anaknya. Suami perlu respect keadaan isteri yang stress bila balik rumah mertua.


*Tahap cabaran suami isteri pasti lalui*


Isteri/suami 0-50 -->  selalunya nak jadi leader

Isteri sensitive, suami cool -->  suami kena go through list apa yang pernah dialami isterinya
     
Contoh juga : ada pasangan stress masa pick up anak dari nursery anak-anak sangat lasak
  • -          itu fasa anak-anak lasak
  • -          fasa kita jadi driver anak
  • -          make it positive : anak lelaki memang nak tunjuk hero
  • -          it wont be forever


fasa mertua dan menantu yang perlu dilayan : 8-10 tahun sahaja sebagaimana Nabi Musa & Nabi Syuaib

Struktur organisasi keluarga


Isteri
-          taat Allah
-          taat Rasul
-          Taat suami

Suami:
-          Taat Allah
-          Taat Rasulullah
-          Taat ibu bapa sendiri (iaitu mertua isteri)

Isteri cool (0-50) :
-          Selalunya sangat rapat dengan keluarganya sendiri
-          Apabila dah kahwin, dia masih nak rujuk ibu bapa     sendiri dan kadang tinggalkan  nasihat suami
-          Kena belajar mindset dalam masa 8-10 tahun ini untuk serah jiwa raga pada suami.


Isteri yang sensitive (71-90)
-          Selalunya sgt patuh dan serah jiwa raga dengan suami


Keputusan keluarga :
-          Hanya suami dan isteri yang decide
-          Apa pun pandangan keluarga, keputusan utama masih atas tangan suami isteri bersama


Al-Ahqaf ayat 15 : apabila umur 40, bersyukur dan hormat ibu bapa

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".


-     SENI MEMBERI DUIT BELANJA KEPADA MERTUA

      Layanan kepada kedua ibu bapa sendiri dan mertua mesti sama
-
       Lepas kahwin, isteri mesti minta izin untuk beri duit pada ibubapanya. Kalau sebelum kahwin dah bagi RM200, lepas kahwin beri duit tu pd suami, suami yang beri kepada ibu bapa isteri itu. Walaupun harta isteri adalah miliknya, tetapi suami yang benarkan kita kerja. Kalau suami tak benarkan kerja, kita pun tak ada income

-          Suami nak beri duit pada ibu bapanya , inform juga isterinya.

-          Ada seninya cara ini

-          Tak kira berapa jumlah yang diberi. Itu rahsia suami isteri sahaja.

-          Beri cash pada ibu bapa, jgn bank in (untuk duit raya. untuk belanja bulanan boleh bank in). selalu anak-anak digalakkan beri 10% dari gaji mereka.

-          Ibu bapa suami selalunya faham bahawa selepas anak lelaki itu kahwin, duit mereka akan kurang dan beri kurang kepada mereka.

-          Kena bagi duit lebih kepada ibu bapa yang tinggal dekat   

-          Sosioekonomi ibu bapa juga kena ambil kira, mungkin ada ibu bapa yang dah kaya dan kata tak perlu bagi.




KENALI BUDAYA SEHARIAN IBU BAPA

-          Bincang suami isteri cukup tak ekonomi ibu bapa kita untuk masa sekarang ni. Agak-agak keluarga mana yang perlu top up

-          Suami tulis tingkahlaku ibunya di rumah

-          Isteri tulis tingkahlaku bapanya di rumah pada hari cuti (bukan masa bekerja) 

           Ini untuk digunakan semasa berkunjung ke rumah mertua nanti. Suami ikut gaya bapa mertua , isteri ikut gaya ibu mertuanya. 


Bersambung...