Saturday, 9 April 2016

Dr Aisyahafiz : Tadabbur Surah An-Nas bersama Ustaz Abdul Muien


Surah An-Nas (Manusia)

-          Surah Makiah iaitu surah yang diturunkan di Mekah. (walaupun ada perbezaan pendapat ulamak, ada yang kata ia surah Madaniah, tetapi ini tidak terlalu penting, berbanding mengambil pengajaran dari ayat itu)

-          Ayat makiah: ayat yang turun sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah
-          Ayat madaniah: ayat yang turun selepas Rasullah berhijrah, walaupun diturunkan di Mekah
-          Rujukan: Sheikh Soleh Muhaimin

-          Surah terakhir mengikut tertib di dalam Al-Quran

Intipati Surah An-Nas
1)  kewajipan setiap manusia berlindung hanya kepada Allah SWT.
2) Kejahatan yang paling jahat akan merosakkan khususnya aqidah manusia, adalah kejahatan iblis dan penolong-penolongnya, sama ada syaitan daripada jin atau syaitan daripada manusia.

Antara kelebihan Surah An-Nas :
-          Hadith Rasulullah SAW : “tidakkah kamu memerhati ayat-ayat yang turun semalam, yang tidak ada yang sama yang sepertinya (kelebihannya tidak dapat ditandingi) iaitu  Al-Falaq & An-Nas “ (HR Muslim)

-          Rasulullah SAW selalu membaca 3 surah iaitu 3 Qul setiap kali selepas solat lima waktu.

-          Rasulullah SAW selalu membaca 3 Qul  sebelum tidur dan Baginda menyapunya ke seluruh badannya

-          Rasulullah SAW membaca 2 surah iaitu An-Nas dan Al-Falaq semasa Baginda disihir oleh orang Yahudi, dan dengan izin Allah kesan sihir hilang.

Tadabbur ayat


Katakanlah, aku berlindung dengan Pencipta manusia

Katakanlah : ayat perintah
Siapa yang memerintah? – Allah azzawajalla
Siapa yang diperintah – Rasulullah dan semua umat Nabi Muhammad

Aku berlindung: mestilah berlindung dengan yang paling berkuasa, dan paling mampu untuk melindungi iaitu Allah


Mengapa Pencipta manusia? Bukankah Allah menciptakan malaikat, haiwan, alam dan segala-galanya.

-          Kerana surah ini Allah tujukan untuk manusia, maka disebutkan Pencipta manusia.
Rabb: Pencipta. Logik dan sangat masuk akal untuk berlindung dengan Pencipta. Di dalam surah Al-Baqarah di sebutkan, Allah menyuruh Nabi Ibrahim untuk berserah dengan Rabbil Alamin iaitu Pencipta sekelian alam. Orang berakal akan menyerah diri kepada Penciptanya, orang yang tidak berakal akan bergantung kepada makhluk, seperti orang yang lemas, bergantung dengan orang yang lemas

Dalam ayat ini Qul ini ditujukan kepada Rasulullah, nabi yang paling mulia dan paling dekat dengan Allah, namun ayat ini menunjukkan Rasulullah juga adalah manusia yang lemah, yang perlu berlindung hanya pada Allah. Apatah lagi kita yang bukan Rasulullah .

-          Wajib semua manusia berlindung hanya dengan Allah

-          haram berlindung dengan manusia dan jin : Surah Jin ayat 6 :
`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

Ayat ini disebutkan oleh jin sendiri, setelah mendengar Al-Quran dan mereka beriman, mereka mengenang kembali kesalahan mereka semasa masih jahiliyah.

-          Tidak mengapa meminta bantuan manusia apa yang manusia mampu contoh tolong angkat barang, tolong masak dan sebagainya, bukan minta tolong contoh menyembuhkan penyakit dan sebagainya.
-          Hidup ini adalah ujian, 24 jam kita diuji setiap saat, jadi kita wajib meminta bantuan dan perlindungan dari Allah

Hadith tentang Rasulullah pernah disihir, menunjukkan Rasulullah juga manusia biasa


Raja manusia
– penguasa dan pemilik secara mutlak ke atas manusia, tiada yang boleh menghalang segala apa yang Allah tentukan untuk kita.


Tuhan yang disembah oleh manusia
Orang yang beriman, tidak cukup mengakui Allah itu Rabb (Pencipta) sahaja, kerana orang bukan Islam juga mengakui Allah menciptakan segala-galanya. Orang beriman harus mengakui Allah itu RABB (PENCIPTA), MALIK (RAJA dan PENGUASA) dan ILAH (TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH)

-          Iblis mengaku Allah itu Rabb & Malik tetapi tidak mengakui Allah itu Ilah
-          Abu Jahal juga sama

-          Orang Melayu juga mengaku Allah sebagai Pencipta dan Raja tetapi tidak solat, maka dia belum Islam kerana tidak menyembah Allah.


Daripada kejahatan bisikan (atau orang atau yang membisikkan) yang timbul tenggelam (atau yang pergi dan datang)

Al-khannas : apabila kita berzikir (sama ada dari lisan atau hati) ia akan pergi, apabila tidak berzikir, ia akan datang. Ada hadith mengatakan syaitan pergi apabila azan dan iqamah.
-          Bagi Saidina Umar, tiada al-khannas, kerana dia sentiasa mengingati Allah dan sentiasa patuh pada Allah. Syaitan cabut lari apabila terpandangan Umar Al-Khattab.

-          Dalil bahawa syaitan akan datang apabila kita tidak ingat pada Allah, Surah Az-Zukhruf ayat 36:
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan hantar untuknya (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.

-          Qarin: kawan karib, teman setia. Sedangkan dalam Surah Yassin Allah kata jangan mengikuti syaitan kerana dia adalah musuh yang nyata, tiba-tiba kita mengambil syaitan ini sebagai teman.
-          Punca syaitan mudah menggoda manusia : tidak berzikir

-          Maka senjata kita untuk berlawan dengan syaitan : ZIKRULLAH.

-          Pesan Rasulullah SAW, jika terjatuh, jangan sebut “celaka syaitan” kerana ia akan menjadi lebih kuat, dan dengan kekuatan itulah dia akan gunakan untuk mengalahkan kita. Tetapi sebutlah Bismillah, kerana ia adalalah zikrullah, dan syaitan akan menjadi semakin kecil hingga sebesar lalat.
-          Syaitan juga akan masuk ke rumah yang tidak dibacakan doa semasa masuk ke dalamnya. Jika makan tanpa membaca lafaz basmallah, syaitan akan mengajak kawan-kawan makan bersama
Kejahatan terbesar: bisikan kejahatan kerana ia bukan merosakkan rumah, wajah atau harta, tetapi merosakkan aqidah.

-          Dalam sehari semalam, berapa banyak masa yang kita tidak ingat Allah, dan semua masa itu, yang menjadi pendamping kita adalah SYAITAN.

-          Sangat ajaib orang yang mendakwa dia cintakan Allah tetapi ia perlu diingatkan untuk mengingati orang yang dicintai.

-          Hadith : Rasulullah sentiasa ingat Allah sepanjang hidupnya. (Diriwayatkan oleh Aisyah RA)
-          Ada orang setiap hari berjam-jam dengan handphone, setiap masa lihat handphone tetapi 3 hari tidak baca Al-Quran, langsung tiada rasa bersalah sedangkan itu Kalamullah


Yang sentiasa membisikkan di hati-hati manusia.
Kenapa hati ? Raja kepada tubuh badan manusia adalah hati, apabila Raja dah rosak, seluruh tubuh rosak.
-          Bisikan syaitan itu ke dalam hati. Otak itu untuk memproses maklumat dari mata, telinga dan sebagainya, tetapi keputusan itu dibuat oleh hati.

-          Contoh syaitan bisikkan, jangan batalkan wudhu, nanti takut tak sempat solat jemaah, tetapi lepas solat fardhu terus batalkan , tak payah solat sunat. Sedangkan solat sunat itu sangat penting untuk menampung kekurangan solat fardhu. Rasulullah kata amalan yang sangat disukai Allah ialah perbanyakkan sujud iaitu solat sunat.


Daripada jin dan manusia.
Yang mana lebih bahaya?
– dua-dua
-          Contoh kita dengar azan subuh, kita rasa “awal lagi”, itu bisikan jin. Ada hari lain kita dengan azan, nak bangun, suami pula kata “ awal lagi”, itu bisikan manusia.

Kisah orang yang disihir, dibawa berjumpa Ibnu Taimiyah. Di suruh keluar, tak mahu kerana jin kata dia cinta lelaki itu. Ibnu Taimiyah kata dia tidak cinta kamu, maka keluar. Jin berkata “aku akan keluar dengan kelebihan kamu”. Ini tipu daya jin untuk menjadikan manusia percaya kelebihan manusia yang lain. Ibnu Taimiyah berkata, “ jangan keluar kerana aku, tetapi kerana kelebihan Allah.” Maka Ibnu Taimiyah pukul dan orang itu sedar. Apabila ditanya, dia tidak ingat dipukul itu.
-elak jin: berzikir pada Allah.

PENGAJARAN SURAH AN-NAS
    1)      Wajib berlindung hanya kepada ALLAH
    2)      Haram berlindung kepada selain dari Allah
    3)      Kejahatan yang paling bahaya adalah bisikan
    4)      Syaitan boleh jadi dari jin atau manusia. Bagaimana manusia menjadi syaitan? Apabila dia mengajak perkara yang tidak mengingati Allah dan dekat kepada Allah,  mengajak kepada maksiat dan sebagainya.

Hadith: Dari 1000 manusia, hanya 1 masuk syurga. 999 adalah manusia yang merupakan syaitan.
Lebih penting kita tahu bagaimana syaitan menipu manusia , daripada kenal syaitan. Kenal sahaja tidak penting.

Hayati dan faham surah Al-Quran yang dibaca, bukan baca untuk habis sahaja. Jangan baca laju.


Q&A : Ada orang bertanya Saidina Abu Bakar, kenapa syaitan ganggu orang Islam yang solat di masjid tetapi tidak ganggu orang bukan Islam yang beribadah di gereja tidak diganggu? 

Jawapannya seperti perompak, tidak akan merompak rumah yang kosong, berbanding rumah yang penuh dengan emas. Jiwa orang bukan islam itu seperti rumah yang kosong. Syaitan hanya akan menggoda orang yang betul-betul ingin berubah dan ingin menjadi orang beriman. 

No comments:

Post a Comment