Thursday, 24 September 2015

Sunnah Jumaat


Assalamualaikum. Hari Jumaat sudah tiba.. 

Berikut adalah antara sunnah sunnah yang dianjurkan oleh nabi kita Muhammad صلى الله عليه وسلم , jom kita cuba praktikkan kesemuanya : 

(Masjid Sultan Ibrahim Muar, gambar dari http://pakguruasan.blogspot.my) 


1) Memperbanyakkan selawat ke atas nabi,
 sebagaimana hadits Aus bin Aus radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam:

“Sesungguhnya seutama-utama hari atas kalian adalah hari Jumaat, di dalamnya Adam diciptakan dan didalamnya beliau diwafatkan. Di dalamnya sangkakala ditiup dan di dalamnya makhluk-makhluk mati bergelimpangan”. Maka perbanyaklah kalian berselawat atasku, kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku.” [HR Ahmad dan Ashhabus Sunan, dishahihkan oleh an-Nawawi dan dihasankan oleh al-Mundziri].

2) Menghadiri solat Jumaat 

3) " mandi sunat hari Jumaat " 

“Apabila salah seorang dari kalian hendak mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi.” [Muttafaq ‘alaihi].

4) Berwangi-wangian, bersiwak dan memakai pakaian terbaik

 Dari Abu Ayyub beliau berkata :  Aku mendengar Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda :


“Barangsiapa mandi pada hari Jumaat, menggunakan minyak wangi yang ia miliki dan memakai pakaiannya yang terbaik, kemudian ia keluar dan berjalan dengan tenang (perlahan-lahan) sampai tiba di Masjid, lalu ia ruku’ (solat) yang tampak baginya dan ia tidak mengganggu seorangpun, lalu ia diam ketika imam keluar sampai menunaikan solat, maka baginya kaffarah (pelebur dosa) antara jumaat satu dengan jumaat lainnya.” [HR Ahmad dan dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah].

5) Bersegera ke tempat solat 


“Apabila tiba hari Jumaat, para malaikat berdiri di pintu-pintu Masjid, mereka menulis orang-orang yang datang pertama kali. Permisalan orang yang datang pada awal Jumaat bagaikan orang yang berkurban seekor unta, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban seekor sapi, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban seekor domba, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban seekor ayam, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban sebutir telur. Apabila imam telah keluar dan duduk di atas mimbar, para malaikat berbondong-bondong beranjak dari barisan mereka, lalu mereka duduk untuk mendengarkan khutbah.” [Muttafaq ‘alayhi].

6) Wajib diam ketika khutbah

Dari Abu Hurairoh Radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda :


“Apabila engkau berkata kepada temanmu : “diamlah” pada hari Jum’at sedangkan imam tengah berkhutbah, maka telah engkau sia-siakan (Jum’atmu)” [Muttafaq ‘alayhi].

7) Membaca surah al Kahfi

Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu ‘anhu beliau berkata : Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda :

“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah terangi ia dengan cahaya diantara dua jumaat.” [HR al-Hakim dan Baihaqi, dishahihkan oleh al-Albani].

Ayuh lakukan sunnah sunnah tersebut. 

" sunnah itu bukannya kalau buat dapat pahala, tidak buat tak dapat apa apa. Tetapi, sunnah itu melakukannya dapat pahala, tidak melakukannya RUGI " 
( Dr. Syafiq Reza )

Saturday, 12 September 2015

Hadith Riyadussalihin bersama Ustaz Abdul Muien (hadith 8-10)

Hadith 8:
Dari Abu Hurairah Abdurrahman bin Shakhr berkata, “ Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jisim (bentuk badan kamu) dan tidak pula memandang kepada rupa kamu akan tetapi Allah pandang hati kamu.” (HR Muslim)

-    Pengajaran:
     Ramai manusia yang habis masa mencantikkan sesuatu yang tidak langsung Allah pandang , cantikkan muka dengan make up, bersenam untuk tubuh badan yang cantik, "tough" dan sebagainya

-   Mencantikkan muka untuk orang tengok : syirik. Orang ini sanggup HABIS MASA UNTUK JAGA HATI ORANG

-   Cth lain pakai baju cantik untuk orang tengok, bila tak ada orang puji , sakit hati.

-    Tak bolehkah bersenam untuk menjaga badan untuk suami? Cara terbaik adalah jogging dengan suami, berlumba lari macam Rasulullah dgn Aisyah RA

-    Hadis ini kecil dan pendek tetapi mendalam maksudnya.

-    JANGAN HIDUP KERANA ORANG, HIDUP KERANA ALLAH. Hidup lebih seronok bila orang tak peduli dengan kita.
-          
    Apa hukum make up: ikut niat pakai kerana apa. Untuk suami, pakai di rumah sahaja, dibolehkan. Kalau orang yang belum kahwin, pakai untuk mencantikkan diri, seolah kita rasa ciptaan Allah itu tidak sempurna.


-   Bagaimana orang yang kerjayanya perlu make up : contoh masuk TV kita ada maslahat yang lebih besar, boleh dakwah dan sebagainya, walaupun make up itu asalnya tidak boleh, maka dalam situasi ini dibolehkan. 

Hadith 9
Dari Abu Musa Abdullah bin ( Qais Al-Asy’ary RA ) berkata : “Ditanya Rasulullah SAW tentang seorang lelaki yang berperang kerana keberanian, orang yang berperang kerana semangat kebangsaan atau perkauman , dan orang yang berperang kerana riak, mana satukah berperang pada jalan Allah? Rasulullah SAW berkata “siapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah, maka dialah yang berperang pada jalan Allah” (HR Bukhari dan Muslim)

-          Kelebihan Abu Musa: bacaan Al-Qurannya sangat merdu, hingga Rasulullah SAW terhenti di sebelah rumahnya apabila mendengar bacaan Al-Qurannya, hingga habis bacaannya. Inilah sifat orang beriman, apabila dengar ayat Allah, dengar dan fahamkan. Macam orang Melayu terpaku apabila mendengar penyimpan mohor besar raja-raja untuk isytihar raya, dan melompat gembira sesudah itu, itulah “tadabbur”. Esoknya Rasulullah beritahu Abu Musa bahawa baginda mendengar bacaannya, dan Abu Musa berkata kalau beliau tahu, beliau akan memanjangkan lagi bacaannya. Orang beriman, seronok mendengar bacaan Al-Quran dan seronok memperdengarkan bacaan Al-Quran (dan fahami!)

-          Kenapa Rasulullah beri jawapan yang berbeza untuk ketiga-tiga soalan ini? Kerana bukan 3 ini sahaja yang berperang bukan kerana Allah (dan meninggalnya bukan mati syahid) , ada banyak lagi. Apa sahaja yang dilakukan bukan untuk menegakkan kalimah Allah : bukan pada jalan Allah.

-          Jika negara itu melaksanakan Islam, menegakkan Islam, maka tentera yang berperang untuk mempertahankan Islam dalam negara itu supaya mudah untuk beribadah , maka perjuangan itu adalah pada jalan Allah. Jika negara itu tidak menegakkan Islam: bukan perang pada jalan Allah.

-          Semua bergantung pada niat. Ada sahabat yang Nampak seorang yang mati semasa berperang dengan Rasulullah SAW , para sahabat berkata dia ahli syurga, tetapi Rasulullah SAW kata dia ahli neraka, dalam poketnya ada satu dinar harta rampasan perang (niat asalnya berperang untuk harta)

-          Bangsa melayu rasa bagus dan lebih tinggi dari bangsa lain contoh kepada orang bangladesh, Indonesia etc. Sedangkan kita tidak tahu solat siapa yang diterima oleh Allah . Bangsa Melayu tidak lebih baik dari bangsa Israel, sedangkan kebanyakan nabi dari bangsa Israel, tetapi Allah tetap laknat bangsa ini

-          Huzaifah RA yang ada rasa kebangsaan dan panggil Bilal “ anak orang hitam” ketika dua-dua sudah masuk Islam. Rasululah SAW tegur dia masih ada sifat jahiliyah, sedangkan Huzaifah adalah bangsa Arab yang merasakan mereka mulia. Huzaifah rasa bersalah, baring atas tanah & minta Bilal pijak mukanya. Tetapi Bilal tidak pijak (tunjukkan akhlak yang baik)

-          Jika boleh elakkan jadi tentera, elakkan. Kekuatan orang Islam bukan dengan kekuatan tentera, cth di Bosnia orang Serbia jadi tentera, dan menindas orang Bosnia. KEKUATAN ASAS ORANG ISLAM ADALAH HUBUNGAN DENGAN ALLAH. Tentera Firaun lebih kuat daripada tentera Serbia, Nabi Musa tidak ada tentera tetapi tentera Firaun dikalahkan dengan air sahaja. Ghulam Ad-dakwah seorang sahaja , dari segi tenaga dia tidak ada, tetapi kekuatannya luar biasa sebab dia ada keyakinan pada Allah, dengan seorang diri dia mampu menggegarkan seluruh negara. Walaupun dia akhirnya mati, tetapi Islam menang. Lelaki dalam surah Yassin pun seorang sahaja, dan berdakwah kepada seluruh orang kafir, akhirnya dia mati tetapi dia mendapat SYURGA.  KEJAYAAN ORANG ISLAM BUKAN DI DUNIA. Paling penting hubungan kita dengan Allah. Mati pun masuk syurga

Hadith 10

Dari Abu Bakrah Nufai’ bin Al- Harith Ats Tsaqafi RA bahawasanya, Sesungguhnya Nabi bersabda “Apabila berjumpa dua orang Islam dengan kedua-duanya membawa pedang (dan bergaduh) , maka yang membunuh dan orang yang dibunuh adalah di dalam neraka.” Sahabat bertanya : “ wahai Rasulullah SAW, yang membunuh sudah wajar kalau berada di dalam neraka kemudian kenapa orang yang terbunuh juga masuk neraka?” Beliau menjawab,” kerana ia sangat mengingini untuk membunuh lawannya.” HR Bukhari dan Muslim

-    Yg membunuh wajarlah masuk neraka, tetapi yg dibunuh kenapa masuk neraka juga? Kerana dia memang berniat utk membunuh lawannya itu, cuma tidak sempat & dia yg terbunuh dahulu 

-    Cth orang beriman Habil anak Nabi Adam, ketika Qabil kata dia akan membunuh Habil, Habil menjawab "aku tidak akan balas". Sebab itu dia masuk syurga, tiada niat utk membunuh saudaranya walaupun Qabil memang mahu membunuhnya. 

-    Hadith lain pula: pertahankan harta itu wajib. Andai kita terbunuh sekalipun atau kita terbunuh orang itu, bukan niat membunuh, tetapi niat mempertahankan harta, maka tidaklah berdosa.

-          Orang yang mati mempertahankan harta: mati syahid, tetapi syahid tidak sama dengan orang jihad di medan perang. Orang yang syahid di medan perang, tidak perlu dimandikan, dikafankan, disolatkan, kerana mereka jual tubuh dan ruh mereka untuk Allah. Solat jenazah itu adalah untuk memohon keampunan sedangkan orang syahid diampunkan dosa, terus masuk syurga dan ruh mereka di dalam bentuk burung (jasad mereka di dalam kubur) , dan terbang dan hinggap di pohon-pohon di syurga. Apabila ditanya oleh Allah apa lagi yang mereka mahu, mereka minta untuk kembali ke dunia untuk mereka berperang sekali lagi dan syahid sekali lagi. Dan apabila mati, kembali semula ke dunia untuk berjihad lagi. Ini lambang kemanisan syahid yang teramat sangat.

-          Orang yang pertama masuk syurga dengan ruh dan jasad adalah Rasulullah SAW.

-          Khansa’ yang menghantar 4 orang anaknya berjihad , dan semua syahid, anak-anaknya boleh syahid kerana didikannya. Sahamnya lebih besar, kerana Rasulullah SAW kata sesiapa yang menunjukkan ke arah kebaikan, maka pahalanya sama seperti orang yang melakukan kebaikan itu. Anak-anak Khansa’ setiap seorang dapat satu saham syahid, ibunya dapat 4 saham.

-          Azab paling ringan di neraka adalah untuk Abu Talib : terompah di kaki, dan otak menggelegak. Kita pakai selipar panas pun tak tahan, terus buka, apatah lagi terompah dari api.




Hadith Riyadussalihin bersama Ustaz Abdul Muien (hadith 7: hadith Saad bin Abi Waqqas RA sakit di Mekah)

Hadith 7: Hadith Saad bin Abi Waqqas yang sakit di Mekah


 جاءنا رسول الله صلى الله عليه وسلم يعودني من وجع اشتد بي ، زمن حجة الوداع ، فقلت : بلغ بي ما ترى ، وأنا ذو مال ، ولا يرثني إلا ابنة لي ، أفأتصدق بثلثي مالي ؟ قال : ( لا ) . قلت : بالشطر ؟ قال : ( لا ) . قلت : الثلث ؟ قال : ( الثلث كثير ، أن تدع ورثتك أغنياء خير من أن تذرهم عالة يتكففون الناس ، ولن تنفق نفقة تبتغي بها وجه الله إلا أجرت عليها ، حتى ما تجعل في في امرأتك ) .

Imam al-Bukhary rhm telah meriwayatkan dengan sanadnya dari A'amir bin Sa'ad dari bapanya Sa'ad bin Abi Waqqas r.a dia berkata : (( Rasulullah SAW telah datang kepada kami menziarahiku ketika aku sakit kuat pada Haji Wada', maka aku berkata : Ya Rasulullah, sakitku telah sampai padaku seperti yang engkau lihat, sedangkan aku memiliki harta dan tiada yang mewarisiku melainkan anak perempuanku, bolehkah aku mensedekahkan 2/3 hartaku?

Beliau bersabda : Tidak.

Aku berkata : Separuhnya?

Beliau menjawab : Tidak.

Aku Berkata : sepertiga?

Beliau menjawab : Sepertiga dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya jika engkau meninggalkan warismu kaya lebih baik dari kau meninggalkan mereka miskin meminta2 dari tangan orang ramai. Dan engkau sekali2 tidak menafkahkan satu nafkah yang engkau harapkan wajah Allah dengannya melainkan engkau akan diberi pahala atasnya, walaupun sesuatu yang engkau suapkan kedalam mulut isterimu.)

Pengajaran: 
Seorang suami  memberi makan kepada isteri : satu dapat pahala kerana hukumnya wajib, satu dapat pahala sedekah kerana. Begitu juga membeli pakaian untuk anak isteri
-   Dengan syarat : BUAT HANYA KERANA ALLAH, bukan kerana terpaksa.

-   Jangan belanja kawan sedap-sedap, anak isteri belikan burger sahaja.

-   Betapa rugi kalau membesarkan anak isteri , 20-30 tahun, tetapi sia-sia kerana berkata “kalau tak kerana wajib ni, aku tak buat dah ni.” Tidak ikhlas : semua jadi sia-sia dan tidak dapat pahala

-   Kalau anak tidak memerlukan, tetapi ayah bagi duit, ini jadi berdosa kerana jadi boros. Beri hanya jika diperlukan .

-   Untung anak yang ramai, jangan rasa anak ramai itu membebankan.

Saad bin Abi Waqas berkata lagi, “ kemudian saya bertanya, wahai Rasulullah apakah saya akan segera berpisah dengan kawan-kawanku.”

-          
    Pengajaran: 
    Saad bin Abi Waqqas datang ke mekah untuk menunaikan haji dan jatuh sakit, dan dia tak mahu mati di Mekah, dan nak balik semula ke Madinah bersama kawan-kawan. Mengapa? 
     1) tidak ada hadith kelebihan meninggal di mekah. 
     2) orang yang sudah berhijrah, tidak boleh balik tinggal di tempat itu. Sama seperti orang yang sudah berhijrah meninggalkan amalan jahiliyyah tidak boleh kembali. 

-    Rasululah kata kamu tidak akan ditinggalkan, melainkan kamu melakukan amalan, dan apabila kamu melakukan amalan darjat kamu makin tinggi.
Tawaran lain dari Rasulullah SAW : Moga-moga engkau dipanjangkan umur sehingga ramai manusia dapat manfaat daripada kamu panjang usia (iaitu orang beriman). Dan apabila kamu panjang umur, makin ramai mendapat mudharat dari kamu (iaitu musuh).

Kesan doa Rasulullah : Saad bin Abi Waqqas hidup hingga zaman Muawiyah, dan dikurniakan anak yang ramai (walaupun asalnya hanya seorang)
-         -  Anak lelaki 17 orang
-          - Anak perempuan 12 orang

Rasululah doakan lagi: Ya Allah, panjangkan hijrah sahabat-sahabatku, dan jangan Engkau mengembalikan mereka ke tempat yang mereka tinggalkan. Tetapi kasihan si Sa’d bin Khaulah yang selalu disayangi oleh Rasulullah kerana mati di Mekah

-   Maksudnya teruskan hijrah yang sudah di Madinah, supaya kekal di Madinah dan tidak patah balik ke Mekah

-   Jika sudah berhijrah ke arah kebaikan, jangan kembali kepada kemungkaran

-   Rasulullah sedih ada sahabat yang meninggal di Mekah kerana beliau telah berhijrah ke Madinah
-          
    Jangan salah sangka semua orang yang pergi haji berhijrah ke tempat yang lebih baik, sebab tidak semua yang pergi haji itu mendapat haji mabrur, sedangkan tidak semua orang berjihad itu adalah ahli syurga kerana ada seorang yang berjihad tetapi ahli neraka.

  PENGAJARAN HADITH 7 INI SECARA KESELURUHAN:

1)      Tidak harus seorang yang sakit kritikal memberi atau menyedekahkan hartanya lebih daripada 1/3.

2)      Apa yang afdhal bagi orang yang sakit kritikal adalah menyedekahkan hartanya kurang dari 1/3 contoh 1/5

3)      Apabila harta seseorang itu sedikit dan pewarisnya miskin, maka yang afdhal dia tidak berwasiat ataupun bersedekah walaupun sedikit. Bagaimana dgn Saidina Abu Bakar yang sedekahkan semua harta semasa sebelum perang? Sbb ketika itu Saidina Abu Bakar sihat, walaupun nak pergi perang, ada peluang untuk kembali dengan sihat dan selamat. Kenapa Rasulullah tidak benarkan sedekah semua utk Saad? Tinggalkan waris dalam keadaan kaya itu lebih baik dari meminta-minta.

4)      Para sahabat yang berhijrah ke Madinah takut untuk mati di Mekah, kerana kaedah di dalam Islam, apabila berhijrah kita berpindah dari perkara yang tidak baik kepada yang paling baik, tidak patut kembali kepada kepada asal. Sama seperti orang yang sudah mendapat “cahaya” tidak patut kembali kepada “kegelapan”. Jika kita berubah dari akhlak buruk, tidak boleh kembali kepada kepada akhlak buruk itu.
-          Bagaimana dengan orang yang pernah Islam, kemudian jadi kristian, dan kembali Islam, mungkin Islam yang awal itu dia hanya islam pada nama. Kalau orang itu memang benar-benarislam, dia akan merasai kemanisan Islam itu , dia tidak sekali-kali akan meninggalkan Islam walau apa pun terjadi , seperti sahabat yang sanggup di seksa, Asiah yang sudah biasa hidup mewah tetapi rela diseksa dan enggan meninggalkan Islam

5)      Mukjizat Rasulullah SAW yang menyatakan masa depan Saad bin Abi Waqqas dan terbukti Sadd hidup lebih lama dan melahirkan anak yang ramai.

6)      Tidak ada satu pun amalan yang dilakukan oleh seseorang kerana mencari redha Allah, melainkan diangkat kedudukannya dan darjahnya di sisi Allah
– orang yang terbaik: orang yang panjang umur dan banyak amalannya.
– orang yang paling buruk: umurnya paling panjang tetapi amalannya paling buruk

7)      Apabila seseorang itu menafkahkan apa-apa nafkah kerana Allah, maka dia akan mendapat ganjaran pahala walaupun dia memberi makan dan pakai kepada anak isterinya.
– menyusukan anak : sedekah
– goreng mihun untuk sarapan anak : sedekah (syarat: buat NIAT KERANA ALLAH)
– suami kerja keras untuk bagi makan anak isteri, jangan mengeluh – pahala sedekah 



 Allahu alam

Hadith Riyadussalihin bersama Ustaz Abdul Muien (hadith 4-6)

Alhamdulillah mulai 30 Ogos 2015 yang lalu, kelas hadith kami telah pun bermula di rumah kak Farah Adeeba di Klang. Ustaz Abdul Muien telah menggunakan kitab Riyadussalihin sebagai panduan untuk kelas ini. Di sini saya kongsikan notanya. Secara peribadi, saya berasa amat bertuah dapat mengikuti kelas sebegini kerana sebelum ini tidak berpeluang dan tidak berkesempatan. Bukan mudah mendapat ilmu sebegini dari seorang ilmuwan yang bersumberkan Al-Quran dan hadith yang sahih. Walaupun saya terlepas kelas yang pertama  (hadith 1-3), saya kira masih belum terlewat untuk saya terus belajar in shaa Allah



Semoga bermanfaat buat kita semua in shaa Allah. 

Hadith  4
Dari Abu Abdillah bin Jabir bin Abdillah Al-Ansary RA berkata , “ Dalam salah satu peperangan kami bersama-sama dengan Nabi SAW, kemudian Baginda berkata, “ sesungguhnya di Madinah ada lelaki-lelaki yang kamu tidak berjalan satu perjalanan dan tidak juga kamu menempuh satu lembah nescaya mereka sentiasa mengikuti kamu sekelian , yang mencegah mereka itu hanyalah sakit.” Pada salah satu riwayat,”melainkan mereka selalu menyertai kamu sekelian di dalam mencari pahala” (Riwayat Muslim)

Pengajaran: 

-          Para sahabat yang pergi berperang, letih, tercedera dan sebagainya, memang patut dapat pahala

-          Ada pula sahabat yang tidak pergi berperang langsung tetapi tetap dapat pahala kerana NIAT

-          Hanya dalam Islam , Allah memberi pahala berdasarkan niat, seperti orang yang dapat gaji tetapi tidak bekerja

-          Ada pula orang yang berbuat kebaikan tetapi tidak mendapat pahala -> ini kerana niat yang salah

-          Bukan sahaja berperang itu mendapat pahala, tetapi berjalan ke tempat perang itu sendiri sudah ada pahalanya. Begitu juga orang yang pergi ke masjid, bukan pergi ke masjid sahaja mendapat pahala, tetapi pahala berjalan, pahala di saf pertama, pahala mengangkat takbir dengan imam, semua ada pahala tersendiri.

-          Ada para sahabat dari bani Salamah yang mahu berpindah dari tempat tinggal yang jauh, ke tempat yang dekat dengan masjid Nabawi, kerana mahu menjaga solat 5 waktu di masjid, tetapi Rasulullah ajarkan bahawa setiap langkah kaki mereka ke masjid itu ada pahala, maka mereka tidak jadi pindah. Setiap satu ada ganjaran,maka jangan mengeluh kalau kita tinggal jauh dari masjid, dari majlis ilmu. Kalau duduk jauh dan mengeluh, tidak ada pahala.

-          Hadith : orang yang sakit atau musafir dan tidak dapat beramal seperti amalan yang biasa dilakukan , pahalanya sama, dengan syarat istiqomah. Bukan hari ni rasa tidak sihat, baru mula nak beramal

Hadith 5
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas RA di mana ia berkata ,” Kami bersama-sama dengan Nabi SAW , kembali dari Peperangan Tabuk, kemudian Baginda berkata, “ sesungguhnya ada golongan manusia di Madinah di belakang kita, kita tidak pernah menempuh satu lereng bukit dan tidak juga lembah, dan mereka sentiasa bersama kita. (jasad di Madinah tetapi hati bersama kita). Yang mencegah mereka hanyalah keuzuran.”

Pengajaran: 

-          Rasulullah pergi berperang bersama sahabat : jihad itu wajib untuk SEMUA ORANG (bukan hanya orang bawahan) 

-          Orang yang baru mula nak pergi masjid, tetapi terhalang untuk pergi, dapat pahala niat sahaja. Orang yang sentiasa pergi masjid, terhalang sebab cth sakit, walaupun selama bertahun-tahun, maka dia dapat pahala niat, pergi masjid, solat jemaah etc. Pahala berterusan dengan syarat ISTIQOMAH dan SABAR.

-          Jangan tunggu tua baru nak beramal : apabila dah tua , Allah kata akan jadi lemah (surah Yassin).

-          Kalau terlupa solat fardhu: solat ketika teringat

-          Solat sunat 4 rakaat selepas isyak, sama seperti dia beribadah pada malam lailatul qadar. Hadis sahih imam bukhari: Rasulullah SAW buat 4 rakaat selepas isyak (ba’diah isyak)- 4 rakaat 1 salam 2 tahiyat , atau 2 rakaat  1 salam.

-          Solat sunat boleh buat dengan duduk, tetapi pahala separuh dari pahala berdiri.

-          Para sahabat yang fakir, cemburu dengan sahabat yang kaya dapat infak. (1 infak = 700 pahala atau lebih). Mereka bertemu dengan Rasulullah, “Ya Rasulullah , orang yang kaya telah mendahului kami dengan darjat yang tinggi. Kami mahu lakukan begitu tetapi kami tidak mampu” Rasululah kata mahukah aku beritahu kepada kamu, jika kamu buat kamu akan dapat pahala orang yang mendahului kamu, dan tidak ada seorang pun yang akan dapat apa yang kamu dapat kecuali dia melakukan apa yang kamu lakukan. Maka bertasbih, bertakbir dan bertahmid lah setiap kali selepas solat 33 kali. “ Maka sahabat-sahabat yang fakir pun melakukannya, dan kemudian diketahui oleh orang yang kaya, lalu orang yang kaya melakukan sama seperti orang yang fakir. MAka mereka mengadu dengan Rasulullah bahawa orang kaya turut melakukan, Rasululllah menjawab , “ itulah kelebihan yang Allah berikan kepada sesiapa yang Allah kehendari” --> JANGAN DENGKI dan BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH . Setiap apa yang Allah tentukan itu yang terbaik. Pahala REDHA itu lebih besar dari pahala orang kaya yang menginfakkan harta. (rujuk hadith kemanisan iman)

-          Kelebihan lain zikir 33 kali subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar : diampunkan dosa walaupun sebanyak buih di lautan. (Al-hadith)

-          Contoh kita menutup aurat dan kita rasa kita lebih baik dari orang yang tidak menutup aurat : jangan rasa diri kita lebih baik sebab itulah kerja iblis, dia diciptakan lebih awal, beramal lebih banyak. Tukang sikat firaun tidak ada amalan pun tetapi dijanjikan syurga. Orang yang dah bunuh 99 orang, byk dosa, tetapi dijanjikan syurga.

KESIMPULAN:
  1)      Apabila dengar ada amalan baik dari Rasululah, cepat-cepat buat , jangan bertangguh-tangguh kerana kita tidak tidak tahu sepanjang mana lagi nyawa kita. 

Hadith 6

Dari Abu Yazid Ma’n bin Yazid bin Al-Akhnas RA (di mana, dia dan bapanya dan datuknya adalah sahabat), ia berkata , “ Bapaku Yazid mengeluarkan dinar-dinar untuk sedekah dengannya, lalu bapaku meletakkan dinar-dinar itu di sisi seorang lelaki di masjid (untuk dibahagi-bahagikan). Aku datang ke masjid , dan aku mengambilnya, dan aku membawa dinar itu kepada bapaku. Lalu bapaku berkata, “ Demi Allah, bukan aku hendak memberikan pada kau”, maka bergaduhlah aku dan bapaku hinggalah kepada Rasulullah SAW. (kerana MA’n ini memang miskin dan layak dapat sedekah”. Rasulullah SAW , “Bagi kau  apa yang kau niatkan, hai Yazid, dan bagi kau apa yang kau dapat (wahai Ma’n).” (Hadith Bukhari)


-       Pengajaran:

    Contoh kita nampak peminta sedekah , tak pasti sindiket atau tidak, beri kerana ALLAH, dapat pahala. Bukan buat sebab orang lain bagi, kita nak bagi juga.

-          Contoh kita derma untuk sekolah pondok, rupanya untuk kelas anti-hadis, kita tetap dapat pahala sedekah. Tetapi kalau sudah tahu tetapi kita tetap beri, berdosa sebab bekerjasama dengan kemungkaran.

Pemberian sedekah itu ikut niat , bukan ikut sasaran yang dapat

-          Boleh bayar zakat/sedekah jika anak itu termasuk dalam 8 golongan asnaf. Tetapi bukan untuk lepaskan diri dari tanggungjawab, contoh tak mahu beri nafkah kepada anak.

-          Fi sabilillah : untuk usaha dakwah dibolehkan.

-          Sepatutnya zakat itu diedarkan kepada 8 golongan asnaf untuk tahun itu juga.

Kisah pengajaran
Abdullah Ibn Mas’ud : Rasulullah SAW pernah meminta beliau membaca Al-Quran, hingga ayat 41 surah An-Nisa’ dan Rasulullah menangis :ayat ini bermaksud Rasulullah akan menjadi saksi untuk ummat

Zainab, isteri kepada Abdullah Ibn Masud  ingin bersedekah. Abdullah berkata , “aku dan anakmu lebih layak terima sedekah mu”. Maka dia berkata, “ Tidak, hingga aku bertanya Rasulullah.” Rasululah SAW kata “benarlah kata-kata Abdulllah Ibn Mas’ud. Suami dan anakmu lebih layak mendapat sedekahmu itu.” (HR Bukhari)

Maka, sedekah yang paling utama adalah kepada sanak saudara, kemudian untuk golongan  asnaf

Friday, 11 September 2015

Wanita di sisi Allah- halaqah Bersama Dr Harlina Siraj

Alhamdulillah hari ini 11/9/15 saya dapat menghadiri satu halaqah berkaitan kedudukan wanita di sisi Allah bersama Prof Dr Harlina Siraj. 

Di sini saya kongsikan sedikit notanya




Definisi wanita
- Ada chromosome X, XX adalah wanita 
- boleh mengandung & melahirkan bayi 
- Ada organ yg dinamakan dgn nama ALLAH iaitu rahim 
- bayi dr lahir mmg fitrah(crawling instinct)  cari susu Ibu - tugas wanita menyusukan anak
- Jgn rasa menyusukan anak suatu disadvantage atau menyusahkan
- tidak pula dgn mempunyai tiga tugas khas ini automatik menaikkan darjat kita sbg wanita 

Yg dinamakan insan mesti ada 4 elemen 
❤️ jasad
❤️ emosi 
❤️ minda 
❤️ rohani 

Maslow's hierarchy of human needs 
- awal: lapar, minum, tidur etc . Bila keperluan asas ini dipenuhi baru manusia berfikir ttg keperluan lain2. 
- second: keselamatan, perlindungan, 
- ketiga: rasa disayangi dan menyayangi 
- ke empat : harga diri 
- kelima: pemikiran 
- Keenam: kecantikan, kemewahan 
- ke tujuh: Self- actualization need: bagaimana adanya saya di dunia ini memberi impak dan kesan kepada dunia 
❤️ ada org sudah meninggal lama, tetapi masih dikenang (sebenar2nya umur panjang), cth Rasulullah saw 
❤️ ada org yg masih hidup tetapi org x ingat pun ttg dia, contoh org dlm penjara 
❤️ Ada pun tidak diendah, tidak ada tidak dicari 
- jadilah Orang yang bermanfaat utk org lain walaupun seorang. Cth seorang Ibu, berguna utk anak-anaknya. 

Kalau kita ada potensi tapi x dapat capai, Kita akan selamanya tidak gembira. 


Penciptaan wanita: 
- dlm Islam: hanya dikatakan Hawa diciptakan dr Nabi Adam , tidak diceritakan dr tulang rusuk etc 
- menurut Kristian: kerana Hawa diciptakan dr Nabi Adam, Nabi adam ada sepenuh kuasa atas Hawa, dan walaupun Nabi Adam mkn buah khuldi tetapi tidak menurunkan darjatnya, tetapi ia adalah salah Hawa kerana menggoda Nabi Adam & ia bekerjasama dgn serpant (ular yg digambarkan sbg devil) 
- byk kisah israeliat yg menurunkan darjat wanita 

Senario wanita hari ini 
- kadar buta huruf & kematian Ibu tinggi di Negara yg majoriti Islam 
- anak lelaki 4 tahun pendidikan lebih dr wanita 
- keganasan terhadap wanita (fizikal, emosi, seksual, verbal abuse) 
- penzinaan & buang bayi --> petanda penghinaan paling rendah terhadap wanita --> jika biarkan zina berlaku terhadap diri kita, ini adalah tindakan menghinakan diri wanita

Mothers' index: 
- Negara mana paling selamat yg utk jadi Ibu 
- paling selamat: Negara Eropah 
- paling corot, 7 adalah Negara Islam 




Hak seorang wanita adalah menjadi seorang Ibu. 
- "of all the rights of women, the greatest is to be a MOTHER" - Lin Yu Tang
- all pregnancy should be planned, intended & wanted. 
- pregnancy is not all about romance. 9 months of hardship, with the end you produce one baby that is fully dependent on you. Don't take your pregnant wife for granted - Dr Harlina

Mood disorder in pregnancy can predict post partum Blues/ depression 
- 2/3 drp Ibu yg hamil ada masalah emosi , akan dpt post natal blues. 
- doctor perlu tanya ttg status emosi Ibu hamil 
- 60% drp Ibu hamil terdedah kpd domestic violence 
- Jgn suami kata "saya tak pandai jaga baby". Anak tanggungjawab dua-dua. 

Implikasi zina 
- 17303 anak tak sah taraf , Jgn terkejut jika satu hari anak tak sah taraf masuk dlm keluarga kita. 

Kenapa zina berlaku? 
Mengapa jauh beza ajaran Islam & keadaan Rakyat Melayu sekarang? 

- nak biar keadaan ini berlaku? 
- tak peduli? 
- Jgn anggap rumahtangga kita bahagia, semua org pun sama 

Kedudukan Wanita di Malaysia 
- Pendidikan Tinggi terutama di Fakulti perubatan 
- tahap kesihatan Baik 
- jangka hayat hingga 77 tahun 
- Ada kerjaya, Pendapatan yg baik ( suami skrg tak boleh survive tanpa isteri kerja) 
- amal cara hidup ikut-ikutan tanpa ilmu yg mendalam 
- masih ada tanggapan wanita tidak setaraf dgn lelaki 
- belum menyerlahkan potensi dan kekuatan sebenar yg mampu memajukan ummah 
- scandanavian country maju kerana majoriti pemimpin adalah wanita 
- wanita bekerjaya & berpendapat an tetap- beri beban & tanggungjawab ekonomi Keluarga 
- wanita jadi mangsa pencuaian tanggungjawab suami 

Wanita di sisi Islam 
- setaraf dgn lelaki. Yg lebih mulia adalah yg bertaqwa 

Tugas sbg insan: 
- beribadah & jadi khalifah di muka bumi 

Bagaimana Wanita di mata lelaki? 
- bergantung bagaimana wanita melihat dirinya sendiri 
-analogi timun vs durian sudah tidak relevant , Klu durian sudah jadi tempoyak, timun tetap boleh gelek dia 
- wanita yg melihat dirinya sbg objek seks, sebenarnya low self esteem. Wanita yg tutup aurat sebenarnya lebih tinggi self esteem 
- Kita bukan berada di sini utk jaga Iman orang lelaki, tetapi lelaki beriman takkan tergugat Iman dgn wanita yg tidak menutup aurat 
- 2 jenis wanita yg melihat dirinya sbg objek seks: 1) suka apabila dilihat lelaki, 2) rasa dirinya perlu tutup aurat utk jaga Iman lelaki: salah! Tutup aurat kerana ALLAH, bukan utk jaga aurat lelaki 

Cinderella complex: subtle way of implanting status wanita yg sentiasa dependent on others 


Wanita macamana yg kita nk jadi? 
- Quranic quotient

Islam ini rahmatallilalamin
- Jgn simpan Islam dlm "poket" utk diri sendiri sahaja 










Ciri2 Khadijah yang patut dicontohi 
- cerdik 
- terlibat dgn masyarakat 
- keperibadian yg luhur


Semoga kita semua dpt menjadi wanita yang ber"Quranic Quotient" in shaa Allah 



Bergambar kenangan bersama Dr Harlina