Semoga bermanfaat buat kita semua in shaa Allah.
Hadith 4
Dari Abu Abdillah bin Jabir bin Abdillah Al-Ansary RA
berkata , “ Dalam salah satu peperangan kami bersama-sama dengan Nabi SAW,
kemudian Baginda berkata, “ sesungguhnya di Madinah ada lelaki-lelaki yang kamu
tidak berjalan satu perjalanan dan tidak juga kamu menempuh satu lembah nescaya
mereka sentiasa mengikuti kamu sekelian , yang mencegah mereka itu hanyalah
sakit.” Pada salah satu riwayat,”melainkan mereka selalu menyertai kamu
sekelian di dalam mencari pahala” (Riwayat Muslim)
Pengajaran:
-
Para sahabat yang pergi berperang, letih,
tercedera dan sebagainya, memang patut dapat pahala
-
Ada pula sahabat yang tidak pergi berperang
langsung tetapi tetap dapat pahala kerana NIAT
-
Hanya dalam Islam , Allah memberi pahala berdasarkan
niat, seperti orang yang dapat gaji tetapi tidak bekerja
-
Ada pula orang yang berbuat kebaikan tetapi
tidak mendapat pahala -> ini kerana niat yang salah
-
Bukan sahaja berperang itu mendapat pahala,
tetapi berjalan ke tempat perang itu sendiri sudah ada pahalanya. Begitu juga
orang yang pergi ke masjid, bukan pergi ke masjid sahaja mendapat pahala,
tetapi pahala berjalan, pahala di saf pertama, pahala mengangkat takbir dengan
imam, semua ada pahala tersendiri.
-
Ada para sahabat dari bani Salamah yang mahu berpindah dari tempat tinggal yang jauh, ke tempat yang dekat dengan masjid Nabawi, kerana mahu menjaga solat 5 waktu di masjid,
tetapi Rasulullah ajarkan bahawa setiap langkah kaki mereka ke masjid itu ada pahala,
maka mereka tidak jadi pindah. Setiap satu ada ganjaran,maka jangan mengeluh kalau
kita tinggal jauh dari masjid, dari majlis ilmu. Kalau duduk jauh dan mengeluh,
tidak ada pahala.
-
Hadith : orang yang sakit atau musafir dan tidak
dapat beramal seperti amalan yang biasa dilakukan , pahalanya sama, dengan
syarat istiqomah. Bukan hari ni rasa tidak sihat, baru mula nak beramal
Hadith 5
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas RA di mana ia berkata ,”
Kami bersama-sama dengan Nabi SAW , kembali dari Peperangan Tabuk, kemudian
Baginda berkata, “ sesungguhnya ada golongan manusia di Madinah di belakang
kita, kita tidak pernah menempuh satu lereng bukit dan tidak juga lembah, dan
mereka sentiasa bersama kita. (jasad di Madinah tetapi hati bersama kita). Yang
mencegah mereka hanyalah keuzuran.”
Pengajaran:
-
Rasulullah pergi berperang bersama sahabat :
jihad itu wajib untuk SEMUA ORANG (bukan hanya orang bawahan)
-
Orang yang baru mula nak pergi masjid, tetapi
terhalang untuk pergi, dapat pahala niat sahaja. Orang yang sentiasa pergi
masjid, terhalang sebab cth sakit, walaupun selama bertahun-tahun, maka dia
dapat pahala niat, pergi masjid, solat jemaah etc. Pahala berterusan dengan
syarat ISTIQOMAH dan SABAR.
-
Jangan tunggu tua baru nak beramal : apabila dah
tua , Allah kata akan jadi lemah (surah Yassin).
-
Kalau terlupa solat fardhu: solat ketika
teringat
-
Solat sunat 4 rakaat selepas isyak, sama seperti
dia beribadah pada malam lailatul qadar. Hadis sahih imam bukhari: Rasulullah
SAW buat 4 rakaat selepas isyak (ba’diah isyak)- 4 rakaat 1 salam 2 tahiyat ,
atau 2 rakaat 1 salam.
-
Solat sunat boleh buat dengan duduk, tetapi
pahala separuh dari pahala berdiri.
-
Para sahabat yang fakir, cemburu dengan sahabat
yang kaya dapat infak. (1 infak = 700 pahala atau lebih). Mereka bertemu dengan
Rasulullah, “Ya Rasulullah , orang yang kaya telah mendahului kami dengan
darjat yang tinggi. Kami mahu lakukan begitu tetapi kami tidak mampu” Rasululah
kata mahukah aku beritahu kepada kamu, jika kamu buat kamu akan dapat pahala
orang yang mendahului kamu, dan tidak ada seorang pun yang akan dapat apa yang
kamu dapat kecuali dia melakukan apa yang kamu lakukan. Maka bertasbih, bertakbir
dan bertahmid lah setiap kali selepas solat 33 kali. “ Maka sahabat-sahabat
yang fakir pun melakukannya, dan kemudian diketahui oleh orang yang kaya, lalu
orang yang kaya melakukan sama seperti orang yang fakir. MAka mereka mengadu
dengan Rasulullah bahawa orang kaya turut melakukan, Rasululllah menjawab , “
itulah kelebihan yang Allah berikan kepada sesiapa yang Allah kehendari” --> JANGAN DENGKI dan
BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH . Setiap apa yang Allah tentukan itu yang terbaik.
Pahala REDHA itu lebih besar dari pahala orang kaya yang menginfakkan harta. (rujuk hadith kemanisan iman)
-
Kelebihan lain zikir 33 kali subhanallah,
Alhamdulillah, Allahu akbar : diampunkan dosa walaupun sebanyak buih di lautan.
(Al-hadith)
-
Contoh kita menutup aurat dan kita rasa kita
lebih baik dari orang yang tidak menutup aurat : jangan rasa diri kita lebih
baik sebab itulah kerja iblis, dia diciptakan lebih awal, beramal lebih banyak.
Tukang sikat firaun tidak ada amalan pun tetapi dijanjikan syurga. Orang yang
dah bunuh 99 orang, byk dosa, tetapi dijanjikan syurga.
KESIMPULAN:
1)
Apabila dengar ada amalan baik dari Rasululah,
cepat-cepat buat , jangan bertangguh-tangguh kerana kita tidak tidak tahu sepanjang mana lagi nyawa kita.
Hadith 6
Dari Abu Yazid Ma’n bin Yazid bin
Al-Akhnas RA (di mana, dia dan bapanya dan datuknya adalah sahabat), ia berkata
, “ Bapaku Yazid mengeluarkan dinar-dinar untuk sedekah dengannya, lalu bapaku
meletakkan dinar-dinar itu di sisi seorang lelaki di masjid (untuk
dibahagi-bahagikan). Aku datang ke masjid , dan aku mengambilnya, dan aku
membawa dinar itu kepada bapaku. Lalu bapaku berkata, “ Demi Allah, bukan aku
hendak memberikan pada kau”, maka bergaduhlah aku dan bapaku hinggalah kepada
Rasulullah SAW. (kerana MA’n ini memang miskin dan layak dapat sedekah”.
Rasulullah SAW , “Bagi kau apa yang kau
niatkan, hai Yazid, dan bagi kau apa yang kau dapat (wahai Ma’n).” (Hadith
Bukhari)
- Pengajaran:
Contoh kita nampak peminta sedekah , tak pasti
sindiket atau tidak, beri kerana ALLAH, dapat pahala. Bukan buat sebab orang
lain bagi, kita nak bagi juga.
-
Contoh kita derma untuk sekolah pondok, rupanya
untuk kelas anti-hadis, kita tetap dapat pahala sedekah. Tetapi kalau sudah
tahu tetapi kita tetap beri, berdosa sebab bekerjasama dengan kemungkaran.
Pemberian sedekah itu ikut niat , bukan ikut
sasaran yang dapat
-
Boleh bayar zakat/sedekah jika anak itu termasuk
dalam 8 golongan asnaf. Tetapi bukan untuk lepaskan diri dari tanggungjawab,
contoh tak mahu beri nafkah kepada anak.
-
Fi sabilillah : untuk usaha dakwah dibolehkan.
-
Sepatutnya zakat itu diedarkan kepada 8 golongan
asnaf untuk tahun itu juga.
Kisah pengajaran
Abdullah Ibn Mas’ud : Rasulullah
SAW pernah meminta beliau membaca Al-Quran, hingga ayat 41 surah An-Nisa’ dan Rasulullah
menangis :ayat ini bermaksud Rasulullah akan menjadi saksi untuk ummat
Zainab, isteri kepada Abdullah Ibn
Masud ingin bersedekah. Abdullah berkata
, “aku dan anakmu lebih layak terima sedekah mu”. Maka dia berkata, “ Tidak,
hingga aku bertanya Rasulullah.” Rasululah SAW kata “benarlah kata-kata
Abdulllah Ibn Mas’ud. Suami dan anakmu lebih layak mendapat sedekahmu itu.” (HR
Bukhari)
Maka, sedekah yang paling utama adalah kepada sanak saudara, kemudian untuk golongan asnaf
No comments:
Post a Comment