Tuesday 31 May 2022

Item berguna persediaan haji

 




Ma shaa Allah berakhir bulan Syawal bererti musim haji semakin hampir.


Saya ingin kongsikan beberapa item yang saya kira sangat berguna semasa kami menunaikan ibadah haji beberapa tahun dahulu.


Mudah-mudahan berguna buat sahabat-sahabat yang sedang membuat persiapan.


1) Tali jerut beg utk mengenalpasti  beg di Airport sbb semua orang akan pakai beg sama terutamanya jika anda ambil pakej contoh Tabung Haji Travels. 


2) Tali untuk menjemur pakaian di dalam toilet / di hotel


3) Hanger extra.


4) Hook untuk gantung pakaian di toilet di Mina/ Arafah sbb pintu toilet kebanyakannya tak ada tempat sangkut


5) Bantal kecil untuk tidur di Mina/ Arafah


6) Kasut di Mekah/Madinah guna Crocs bertutup atau yang seumpamanya. Kalau basah pun tak kisah. Saya lenjan kasut Crocs  pemberian sahabat saya dari datang sampai tawaf widak.


(Nota : lelaki dalam ihram tak boleh kasut bertutup ya) 


7) Seluar baggy berjerut bawah macam seluar Ali baba tu. Kalau ke toilet, dia tak menyapu lantai dan tak terkena najis.


8) Spray wudhu


9) Tikar kecil yang bersponge dan boleh lipat. Rasanya nama dia pun tikar Arafah. Kalau buat alas solat di Masjidil Haram, bila batal wudhu, saya berselubung dengan telekung, ambil wudhu dengan spray, bila spray kaki tak risau basah kan lantai masjid. Kalau tikar ni basah, saya lap dengan tisu. 


10) Coklat bungkusan kecil. Ramai budak-budak suka minta sedekah. Nak bagi duit, nanti berebut, kita bagi coklat pun mereka suka sangat.


11) Ear plug dan penutup mata untuk tidur. (AWAS JANGAN PAKAI PENUTUP INI SEMASA DALAM IHRAM). Khemah di Arafah dan Mina rapat-rapat. Kalau zaman sekarang tak rapat pun, teman sebilik masih ada 3 orang. Standby sahaja takut ada yang berdengkur, kita tak boleh tidur pula.


Di Arafah , lampu khemah memang tak dipadamkan pada waktu malam. Siapa susah tidur dalam keadaan terang, memang cabaran.


Selepas tahlul di Mina, bolehlah pakai penutup mata untuk tidur jika khemah terlalu terang waktu nak tidur malam.


12) Kipas kecil yang boleh sambung dengan power bank. Ini tips dari kawan saya. 


Jika ada sahabat-sahabat lain nak kongsikan tips pun silakan ya.


Saya bersyukur ada sahabat-sahabat share tips sebelum bertolak.


Semasa saya pergi, bulan Oktober. Selepas selesai ibadah haji, musim sejuk sudah tiba. Kini musim haji bulan Julai. Cuaca pasti panas. Pastikan pakaian sesuai ya.


Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah

Jemaah haji 2013

Tuesday 10 May 2022

Ada tak cerita POSITIF masa houseman?

 OK malam ni saya nak cerita benda best masa HO


1) Masa dalam team Plastic Surgery, consultant pegang pintu kasi saya jalan dulu sebab saya seorang saja wanita dalam team.


Boss kata, "Ladies first!" walaupun saya kasta paling rendah 😂.


2) Satu waktu saya oncall General Surgery, berpuluh-puluh patient nak kena ambil darah, pasang IV drip, masuk tiub kencing. Dari pukul 7 petang nurse minta tolong, sampai pukul 9 malam saya ke sana sini macam orang gila nak siapkan kerja. 


Pukul 10 malam, saya takut pundi kencing patient meletup je sebab tak boleh pass urine. Saya pergi wad, nurse kata, dah siap pasang pada ke tiga-tiga pesakit, ada Registrar dah tolong pasangkan.


Sampai sekarang saya doakan Registrar tu bahagia dunia akhirat. Sekarang Registrar tu dah jadi Consultant Plastic Surgeon tersohor di Malaysia. 


3) Satu hari saya gastrik teruk sebab salah makan. Saya muntah-muntah sampai keluar darah.


Saya oncall hari tu.


Cepat-cepat nurse call Registrar saya beritahu.


Saya masa tu tak larat, terus cari katil patient, baring.


Saya tertidur lepas ada doktor tolong pasang drip. Bila saya sedar, ada kawan dah ambil pager saya, tolong cover oncall, team saya dah arrange untuk saya buat scope esok pagi, dan nurse terus arrange untuk saya admit ke wad.


Walaupun saya tak ada keluarga di Galway, orang Irish jaga saya macam anak mereka. Bil hospital pun saya tak pernah dapat. Pihak hospital settle kan sebab saya staff mereka.


4) Kalau oncall di University College Hospital Galway, nampak letih je, pasti akan ada nurse yang "buli" you, suruh you duduk, makan roti bakar dan minum teh panas mereka dulu.


Kata mereka, "For God's sake you cannot take care of patients if you are sick! You are not going anywhere till you finish your tea and toast, Rita!" 


5) OK kisah HO di Hospital Selayang pula, satu masa, saya baru tahu saya pregnant. Oncall Labour Room, macam kena ribut.


Dari 8 pagi sampai pukul 3 pagi, kerja tak berhenti.


MO saya nampak saya letih, dia suruh saya tidur.


Saya kata, "Eh ada 3 patient in labour ni."


MO tu kata, "Tak apa, you pergi tidur. Nanti dah nak bersalin, I suruh nurse kejutkan you."


Saya terjaga pukul 6 pagi!


Saya literally bangun terus berlari masuk Labour Room, takut kena marah.


Saya tengok, board dalam Labour Room dah kosong, maknanya dah tak ada patient. Saya tengok MO tu tengah charting di komputer.


Dia senyum je tengok saya panic, sambil dia kata, "Don't worry Syah, I dah hantar patient discharge to ward. You pergi solat lepas tu sambung tidur. Kesian you pregnant tu."


Ada MO O&G masa tu yang pernah marah saya sebab saya pergi makan je 15 minit. Tapi MO yang ni siap suruh saya pergi tidur. Saya doakan MO tu bahagia sampai syurga.


Sekarang dia dah jadi General Surgeon alhamdulillah.


Banyak lagi kisah-kisah yang baik-baik.


Let's spread positivity.


Saya nak ingat kisah best sahaja masa housemanship.


Yang tak best tu, saya nak jadikan sempadan in shaa Allah.


Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah

Paling rajin menyakat Sister wad masa intern/HO di Galway




Kena buli masa houseman? 3 tips cara nak survive

Kenapa tiba-tiba ramai orang share pasal housemanship?


Saya nak cakap satu je, housemanship seorang doktor kat Malaysia memang tough.


Kat Ireland, kena F word dengan Registrar pun, kita boleh jawab balik.


Janji kau kerja tip top, datang pukul 7 pagi (ni equivalent to 5.30 pagi kat Malaysia k sebab masa winter, Subuh pun belum masuk pukul 7 tu), balik pukul 9 malam (again, equivalent to 11 malam sebab Isyak pukul 7 malam).


Iyalah, kat Ireland kita hidup sebatang kara, hidup untuk kerja je boleh lah. Kat Malaysia ni hidup bermasyarakat, ada Mak Ayah nak kena jenguk, ada saudara mara nak kena jaga hati kalau depa jemput kenduri kan. 


Irish ni pula jenis tak simpan dalam hati. Masa kerja marah berbakul-bakul, lepas kerja depa ajak minum kat pub sama-sama. No hard feelings lah. (Disclaimer  : sis tak pernah masuk pub) 


Kat Malaysia, kadang depan kita marah sikit, tapi lepas tu kau kena bawang sesama MO, kata kau HO lembab etc. Sesama HO pun ada puak-puak.


Jangan kata saya tak tahu, saya pernah melalui housemanship di kedua-dua buah negara k.


Saya akui, housemanship di Malaysia memang TOUGH!


Bila anak-anak perempuan kami kata tak nak jadi doktor, kami pun OK saja.


Tapi satu lah.


Tough times will never last, but tough people do.


Sesusah mana pun hidup masa housemanship, 2 tahun tu tak lama in shaa Allah. Kuatkan hati, take one day at a time.


Pesan saya selalu :

1) Solat awal waktu. Kalau payah sangat nak awal waktu, JANGAN TINGGAL SOLAT! Ini je penentu dia.


Percayalah, lagi kita sibuk dengan dunia sampai lupa Allah, Allah akan sibuk kan lagi kita.


2) Jadi doktor yang berintegriti. Jujur.


Saya pun pernah buat silap. Saya tersalah bagi bowel prep pada patient yang nak bowel surgery, sampai potassium low, terpaksa cancel op.


Merah padam muka surgeon masa tu.


Dia tanya, "WHO GAVE THE BOWEL PREP AND DIDN'T REVIEW THE RP?" 


Mengaum dia kat wad.


Jantung saya berdebar macam nak terkeluar dari dada. Sampai naik menggeletar lutut. 


Tapi saya jawab, "It was me. It's my fault. I'm very sorry sir. It won't happen again."


Surgeon tu marah lah, tapi dia OK lepas tu. And I made sure I did tips number 3


3)Learn from your mistake and don't repeat it. 


Buat salah tu human nature. Saya dah jadi microsurgeon pun masih buat silap. That's why I still keep a logbook till today, to analyse all my surgical outcome.


But LEARNING is a must.


We. Must. NEVER. STOP. LEARNING.


So all the best to adik-adik houseman.


All the best to the superiors too.


Remember it's a test for us all.


Test of patience.

Test of integrity.


May Allah help us all in shaa Allah, for the betterment of our health care system. 


Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah

Houseman purba.