Thursday 24 November 2022

Pesanan Ayah buat sahabat yang gagal.

 Pesanan Ayah buat sahabat yang gagal.


November 2011, saya menduduki peperiksaan Masters of Ophthalmology bahagian 2 di HUSM Kubang Kerian, Kelantan.


Sejak dari peperiksaan bahagian pertama semasa tahun satu lagi, saya memang "the underdog" . Tiada siapa sangka saya akan lulus dengan satu kali percubaan kerana saya memasuki alam Sarjana Oftalmologi dengan pengalaman 3 bulan sahaja.


Kawan-kawan yang lain, ada yang sudah 3 tahun dalam bidang Oftalmologi.


Saya, semasa masuk Masters, jangankan buat pembedahan katarak, buat laser pesakit pun belum pandai.


Antara mentor yang saya tak akan lupakan adalah Dr Fiona Lee Min Chew, yang rajin membebel dan mengajar saya macam-macam ilmu di klinik.


Alhamdulillah, peperiksaan bahagian pertama, saya lulus. Kemudian saya lalui tahun dua dan tiga dengan pelbagai cabaran, termasuk pendarahan semasa hamil dan melahirkan Umar, anak ketiga kami. 


Peperiksaan bahagian ke dua, yang berlangsung pada tahun ke tiga, adalah ujian sebenar kelayakan seseorang bergelar Pakar Oftalmologi.


Kami diuji secara teori dan klinik. Ada kes pendek, kes panjang dan viva voce. Peperiksaan berlangsung hampir 2 minggu. 


Banyak betul dugaan saya semasa peperiksaan itu, saya kena kongsikan waktu lain in shaa Allah.


Tetapi, alhamdulillah, semua atas takdir Allah, hari keputusan keluar, saya lulus!


Malah menurut kerani Jabatan Oftalmologi yang melihat markah, beliau kata saya mendapat markah tertinggi untuk viva voce, untuk semua pelajar Masters yang menduduki peperiksaan dari seluruh Malaysia (UM, UKM & USM) untuk November itu.


Alhamdulillah, syukur.


Haza min fadhli Rabbi. 


Saya masih ingat dengan jelas, pada hari itu, selesai solat Zuhr dan sujud syukur, saya terus menelefon rumah.


Ayah yang menjawab telefon.


Apabila saya menyampaikan khabar gembira itu, suara Ayah sebak.


Ayah ucapkan tahniah.


Pastinya hati saya berbunga ria dan bangga. Maklumlah, saya memang anak Ayah. 


Namun, apa yang Ayah saya katakan seterusnya, amat mengejutkan dan menginsafkan saya.


Ayah tanya, "How's your other friends? Semua lulus? All 7 of you passed?"


Ma shaa Allah itulah Ayah. Ayah seorang yang sangat berjiwa besar.


Saya maklumkan kepada Ayah, daripada 7 orang, hanya 3 orang lulus kali ini. Antara yang belum lulus adalah study buddy saya.


Ayah terus berpesan," You must see your friends who didn't make it. Or at least call them. Calm them down, and tell them not to give up. Bagi semangat pada mereka."


Kalau tadi, suara Ayah sebak. Kali ini, hati saya yang sebak.


Ayah mengajarkan saya, satu pelajaran yang jauh lebih penting dari kejayaan saya dalam Masters.


Iaitu empati.


Meletakkan kita di tempat orang yang dilanda kesedihan. Dan tidak berbangga dengan kejayaan di saat ada kawan kita yang mungkin sedang patah semangat.


Inilah kisah yang saya ceritakan kepada anak-anak saya, tentang bagaimana cara kita meraikan sebuah kejayaan.


Ya, pastinya tidak salah meraikan sebuah kejayaan, kerana kejayaan itu adalah anugerah dari Allah. Seperti kejayaan Rum yang dijanjikan Allah dalam surah Rum ayat 4 hingga 6.


Allah SWT boleh memenangkan sesiapa yang Dia mahu, dan mengalahkan sesiapa yang Dia mahu.


Jadi bukankah kemenangan itu sesuatu yang baik? 


Mari kita renungkan hadith Rasulullah ini.


Dari Abu Yahya Suhaib bin Sinan radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:


عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ، صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

“Sangat ajaib keadaan seseorang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik, dan itu tidak terjadi kepada seseorang kecuali hanya bagi orang yang beriman. 


Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar, maka demikian itu adalah kebaikan buatnya.”


(HR Muslim)


Rasulullah SAW pun takjub dengan orang mukmin, tetapi yang baik itu bukan KEBAIKAN seperti sebuah kemenangan atau kesusahan seperti kekalahan.


Tetapi yang baik itu adalah sebuah SYUKUR dan SABAR seorang mukmin.


Kesusahan, jika ia mendekatkan kita kepada Allah, ia sebenarnya adalah rahmat Allah.


Namun kebaikan, jika ia menjauhkan kita daripada Allah, ia sebenarnya adalah musibah.


Allahu Alam.


Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah

Coretan pasca 24.11.2022


#drazlindarita

#kisahkehidupanDrAzlindarita



24.11.2022 Malaysia mendapat PM ke 10 yang baru

 And this is how I spent my day 


Monday 21 November 2022

Pengalaman menjadi ejen tempat mengundi PRU 15

Alhamdulillah pada jam 4 petang, 19 November 2022, saya selesai bertugas sebagai ejen tempat mengundi untuk Pilihanraya Umum ke 15.

Setakat pukul 2.45 petang, 400 pengundi daripada 699 yang tersenarai sudah mengundi di saluran orang muda.

Yang beratur pun berpuluh-puluh lagi.

Nak minum pun hampir tak sempat tadi. 

Ada yang baru accident, bertongkat, minta mengundi di bawah.

Ada yang dukung aak, beratur berjam-jam.

Ada yang tangan menggigil nak celup dakwat.

Ada yang confuse, nak bagi kertas undi kat kami, PACA ni.

Kelakar pun ada, but mostly I'm immensely proud. 

Saya nak kongsikan, nak tahu tak cerita paling kelakar jadi ejen tempat mengundi ?

Ada lah seorang pengundi muda ni.

Saluran saya saluran 6, untuk pengundi-pengundi lahir tahun 1996 hingga 2004.

Semua muda-muda.

Masuk seorang wanita muda ni.

Tinggi lampai, langsing.

Punyalah cantik, pakai dress. Sampai saya pun terpandang dua kali.

Jelas kelihatan ini pertama kali beliau nak mengundi. Nak celup jari dalam dakwat kekal pun agak gelabah. 

Selepas dapat kertas undi, beliau tanya kami, nak undi di mana.

Saya pun tunjuk, "Pergi pangkah di kotak, dik."

Ketua Tempat Mengundi (KTM) kami perhati je beliau.

Tak lama kemudian, sedang kami sibuk semak nama pengundi lain, tiba-tiba wanita itu angkat kepala dari tempat mengundi.

KTM pandang beliau.

Beliau kata,"Encik, dakwat kat jari tu tak lekat lah kat kertas undi. Tak boleh."

KTM pun jawab, "Pangkah pakai pen, Cik."

Wanita pun tunduk balik dalam kotak mengundi.

Kemudian KTM pandang saya, saya pandang KTM. Masing-masing tahan nak gelak.

Kepala wanita tu muncul balik, sambil beliau kata, "Ooooh!".

Selesai wanita tu mengundi dan masukkan kertas undi dalam kotak undi, beliau ucap terima kasih dan keluar.

Ada ahli keluarga beliau tunggu di luar bilik darjah.

Tak lama lepas tu saya dengar mereka ketawa berdekah-dekah.

Saya pun tumpang gelak sekali dalam hati dengan penuh sopan.

Begitulah.

Apa pun, saya bangga dengan wanita muda itu.

Sungguh pun blur, beliau tetap turun mengundi, tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.


Syabas anak muda.


#drazlindarita

#kisahkehidupanDrAzlindarita

#GE15

#PRU15




Tuesday 8 November 2022

Layan Mak macam puteri raja?

 Hari ini saya amat bersyukur, Allah pilih saya untuk menjadi seorang doktor.


Kenapa?


Bukan kerana saya dapat membedah mata seorang pesakit yang berusia 81 tahun.


Tetapi kerana saya dapat menjadi saksi, kasih sayang seorang anak kepada ibunya.


Seorang anak yang melayan ibunya, seperti melayan seorang puteri raja.


Ibunya bimbang nak menjalani pembedahan, beliau pujuk dengan suara yang lembut.


Ibunya tak larat nak berjalan dari kerusi roda ke katil, beliau dukung ibunya walaupun beliau seorang wanita yang bertubuh kecil.


Apabila wajah ibunya muram sahaja, cepat-cepat beliau kata, "Along ada sini, Mak. You don't worry OK."


Beliau seorang bergelar Dato, tetapi di sisi ibunya, beliau merendahkan diri, serendah-rendahnya.


Ma shaa Allah, semasa menjalankan pembedahan buat ibunya, kataraknya agak keras dan sukar dikeluarkan.


Saya berdoa," Ya Allah, kau tolonglah aku ya Allah. Orang ini baik, ya Allah. Anaknya baik. Mesti mereka sedang berdoa ya Allah."


Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar. Pastinya berkat doa semasa hujan juga, di bumi Shah Alam ini. 


Saya bersaksi, bahawa anak itu adalah anak solehah. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan keluarga ini in shaa Allah. 


Amin ya Allah.


Terima kasih ya Allah atas peringatan ini.


Dari Abdullah bin Mas”ud katanya, “Aku bertanya kepada Nabi Shallallahu alaihi wa sallam tentang amal-amal yang paling utama dan dicintai Allah ? Nabi Shallallahu alaihi wa sallam menjawab, "Pertama solat pada waktunya (dalam riwayat lain disebutkan solat di awal waktunya), kedua berbakti kepada kedua orang tua, ketiga jihad di jalan Allah”.


[Hadits Riwayat Bukhari I/134, Muslim No.85, Fathul Baari 2/9]


Semoga kita semua juga dapat berbakti kepada ibu bapa kita sehingga akhir hayat mereka in shaa Allah.



#drazlindarita

#ophthalmologist

#kisahkehidupanDrAzlindarita

Friday 4 November 2022

Azam nak kurus : Apa jadi selepas 11 bulan?

 Alhamdulillah, 11 months into my "new year resolution" and I'm still maintaining my weight.


Oklah, masa saya mula sedar diri dah sedikit overweight, saya 68.2kg. Tidaklah obes tetapi saya perasan saya dah tak nak lari, malas nak exercise.


Sebab badan rasa berat.

Baju pun ketat terutama bahagian lengan.


Pelik kan.


Jadi pada Disember tahun lepas saya ambil keputusan, saya tak nak ada masalah berat badan, dan saya sedar yang diet sendiri memang tak jalan.


Ke laut dalam biasanya.


Jadi saya "hire" seorang coach untuk jaga diet saya. Coach saya juga seorang doktor iaitu Dr Sakeenah Abdul Rahman 


Banyak yang saya belajar, jadi saya nak share sedikit. Kalau nak tahu lebih, sila contact coach saya.


1) Exercise sahaja tak akan buat anda kurus.

Exercise burn calori 200, lepas tu makan mee goreng mamak 600 calori. Takkan kurus.


2) Nak kurus memang kena jaga pemakanan. Kita semua ada basal metabolic rate (BMR) , berapa minimum kalori kita perlu sehari. Contoh untuk saya, 1700 kalori.


Boleh pergi sini untuk kira


https://www.calculator.net/BMI-calculator 


Untuk kurus, lose weight, kena kurangkan lebih kurang 500 kalori setiap hari. Caranya? Kurangkan kalori dalam salah satu makan contoh sarapan. Kalau biasa makan nasi lemak sambal paru, cuba tukar roti wholemeal dengan telur rebus. 


3) Banyak makan karbohidrat, tak digunakan, akan jadi lemak.


Nasi adalah karbo.

Mi adalah karbo.

Kentang adalah karbo.

Sayur adalah karbo.


Jangan ingat tak makan nasi, makan sayur saja boleh kurus.


4) Makan protein saja, kalori tinggi, tak guna kalori, tetap boleh gemuk.


5) Paling senang, gunakan suku pinggan  karbo, suku pinggan protein, separuh pinggan sayur. Sayur mentah ya macam salad.


Salad + dressing =diet  ke laut dalam.


Sayur masak lemak = diet ke laut dalam.


6) Kena tahu kalori makanan. Ini tak wajib, kalau dah ada coach, coach akan ajar. Tapi saya, macam biasa kiasu sikit. Saya guna MyFitnessPal dan log kan makanan saya SETIAP HARI for the past 11 months. 


Kalau tak kiasu, tak payah buat. Haha. 


Tapi yang bagus apps ni, dia bagitau lah yang karipap seketul berapa kalori, kuih seri muka yang kecik tu satu potong 180 kalori. Ngeri nak makan OK.


7) Dah pandai bab calori deficit, mulakan exercise.


OK bab ni, saya memang dulu tak sempat. 4-5 bulan pertama saya memang tak sempat exercise. Tapi bila dah kurus, rasa lebih semangat nak fit.


Pilih exercise yang anda suka.


Contoh :

- kalau tak suka berlari, berjalan.

- tak suka panas, boleh hiking

- tak suka manusia, boleh hiking masuk hutan

- suka duduk dalam aircond, buka YouTube, buat HIIT. 15 minit saja.


Saya suka buat HIIT yang sama, sebab nak challenge diri.


Dulu nak buat burpee atau rainbow planks rasa nak mati. Sekarang rasa boleh buat dua kali HIIT tu.


My motto is, "it does not get easier, YOU are getting stronger."


8) Set a realistic goal. Kalau berat anda 90kg, tak mungkin lah nak turunkan 50kg dalam masa 3 bulan kan.


Saya beri masa 4 bulan untuk saya capai ideal weight 60kg, dan 4 bulan lagi untuk maintain berat itu.


Selepas itu, berat akan ada turun naik. Itu normal. Sesekali terasa nak makan roti canai, saya allow. Tetapi lepas tu don't beat yourself about it.


Get back on track, set a new target and keep working.


Nothing is impossible.


I hope this helps.


Selamat berazam tahun baru pada bulan November. In shaa Allah nanti bulan Januari, dah ada progress. Ha best kan.


#drazlindarita

#letsstayfit

#HazaMinFadhliRabbi