Tuesday 28 April 2020

Kisah pemuda Al Kahfi, dari pandangan remaja 13 tahun

5 Ramadan 1441H

Alhamdulillah anak ke dua kami yang berusia 13 tahun sudah membaca juzuk 15, dan dia cuba memahami kisah pemuda-pemuda Al Kahfi yang ditidurkan Allah selama 309 tahun.


Banyak persoalannya kepada kami

1) Anak: Ummi, kenapa Allah "tutup telinga" mereka semasa tidur ?

Saya : Sebab apabila kita tidur dalam bilik yang sunyi, kita tak mudah terjaga kan? Lebih nyenyak.

2) A: Kenapa Allah bolak balikkan badan mereka? Tak tidur satu arah saja?

S: Dalam bidang perubatan, contoh kalau pesakit stroke baring dan tidak dialihkan, peredarah darah mereka di kawasan yang tertindih jadi tak bagus, nanti boleh jadi luka. Namanya bed sore. Jadi di hospital, jururawat perlu alih-alihkan badan pesakit. Tapi pemuda-pemuda Al Kahfi ni, Allah yang alih-alihkan badan mereka.

A: Macam kita tidur pun, Allah alih-alihkan badan kita, Ummi? Sebab tu kadang saya tidur arah lain, bangun pagi arah lain?

S: Ya betul. Baik kan, Allah.

A: Ya

3) A: Ummi, kenapa ayat ni kata kalau manusia nampak mereka, manusia rasa gerun? Kalau kita nampak orang tidur, kan kita tak takut.

S: Betul tu. Ada ahli tafsir mengatakan mata pemuda Al Kahfi ni tak tertutup. Jadi kelihatan macam tak tidur. Ini satu lagi kehebatan Allah.
Ummi sebagai doktor mata, kalau secara logik, pesakit tak tutup mata sejam saja, boleh rosak kornea dan buta. Ini 309 tahun tak tutup, tapi bangun masih boleh tengok duit, minta pergi beli makanan lagi. Hebat kan.

A: Hebat, Subhanallah.

4) A: Kenapa Allah kata 7 orang pemuda, yang ke 8 anjing. Mereka kan orang beriman. Orang Islam mana boleh bela anjing.

Encik Suami : Kerana syariat ummat terdahulu tak sama dengan syariat umat Rasulullah SAW. Kita sekarang Allah kata haram bela anjing. Umat dahulu mungkin boleh. Contoh umat Nabi Musa dahulu, semasa mereka syirik pada Allah, untuk bertaubat perlu bunuh diri. Umat Nabi Muhammad, kalau nak bertaubat, hanya perlu menyesal, berazam tak nak buat dosa, dan bertaubat. Istighfar.

A: BUNUH DIRI?

S: Ya, sebab tu kita kena bersyukur jadi umat Rasulullah.

A: Ya, Alhamdulillah. Banyak boleh belajar dari kisah ini.
.
.
.
Alhamdulillah, selesai tazkirah terawih malam semalam.

Baru satu kisah, satu per empat dari satu surah iaitu surah Al Kahfi.

Lebih bermakna daripada  kami minta anak-anak supaya khatam dan hanya mereka dapat melagukan Al Quran tanpa mendapat pengajarannya.

Haza min fadhli Rabbi.

Allahu Alam.

Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Masih belajar tadabbur Al Quran.

Saturday 25 April 2020

Sanggup tak kita makan daging mayat saudara kita? Kupasan Ayat 12 Surah Al Hujurat

Assalamualaikum,

Ma shaa Allah dah lama sangat tak update blog ini ya

Alhamdulillah dah sampai kita di Ramadan 1441H .

Ramadan kali ini kita sambut dalam suasana yang sangat berbeza

Tiada solat Terawih berjemaah di masjid
Tiada pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan dengan keluarga
Tiada bazaar Ramadan


Hari ini 26 April 2020, adalah hari Perintah Kawalan Pergerakan kita yang ke 40, bersamaan 3 Ramadan tahun ini

Tidak mengapalah, yang pasti in shaa Allah kita akan ada lebih banyak masa dengan anak-anak dan masa untuk membaca dan mentadabbur Al Quran.

Saya kongsikan sedikit nota dari kelas tadabbur Al Quran oleh Ustaz Abdul Muein hari ini, iaitu ayat 12 dari Surah Al Hujurat .

Untuk kelas-kelas seterusnya dan untuk menyumbang kepada pergerakan dakwah, boleh ke FB page GHULAM AL DAKWAH ya.

Semoga bermanfaat


_________________________________________________________________

Surah Al Hujurat Ayat 12 (26/4/2020)




Surah Al Hujurat Ayat 12

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا اجتَنِبوا كَثيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعضَ الظَّنِّ إِثمٌ ۖ وَلا تَجَسَّسوا وَلا يَغتَب بَعضُكُم بَعضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُم أَن يَأكُلَ لَحمَ أَخيهِ مَيتًا فَكَرِهتُموهُ ۚ وَاتَّقُوا اللهَ ۚ إِنَّ اللهَ تَوّابٌ رَحيمٌ


Wahai orang-orang yang beriman jauhkan oleh kamu banyak dari bersangka (buruk) . Sesungguhnya sebahagian sangkaan dosa dan jangan kamu mencari aib orang lain , jangan mengumpat sebahagian kamu sebahagian yang lain. Adakah suka seseorang kamu memakan daging saudaranya mayat lalu kamu bencinya. Dan bertaqwalah kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat Maha Penyayang

Bersangka buruk


  • -          Kepada orang yang kebiasaannya peribadinya baik – hukumnya haram
  • -          Biasanya orang Muslim juga yang buat begini, bukan orang bukan Islam

Sebahagian sangkaan adalah dosa. Contoh yang tidak berdosa : orang datang dekat dengan kita, bawa parang, kita sangka buruk, tidak berdosa

Tajassus تجسسوا – mencari rahsia (spy) : hukumnya haram dan dosa besar

Tahassasu تحسسوا – mencari kebaikan atau berita yang baik

Surah Yusuf ayat 87

يا بَنِيَّ اذهَبوا فَتَحَسَّسوا مِن يوسُفَ وَأَخيهِ وَلا تَيأَسوا مِن رَوحِ اللهِ ۖ إِنَّهُ لا يَيأَسُ مِن رَوحِ اللهِ إِلَّا القَومُ الكافِرونَ


Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".

Ini arahan Nabi Yaakub kepada anak-anaknya yang lain agar jangan putus asa cari Yusuf dan Bunyamin , walapun adik beradiknya yang lain sudah putus asa ingatkan Yusuf sudah mati di dalam perigi . Nabi Yaakub ajar anak-anaknya jangan putus asa kerana jika putus asa, itu sifat orang kafir .

Tahassasu juga ada 2 maksud
    1)      Cari maklumat untuk kebaikan orang
    2)      Boleh juga untuk mencari keaiban orang (dengan diri sendiri) contoh pergi ke rumah orang lain mengintai ada perabot orang itu dan sebagainya

Tajasassu : mengintip melalui orang ke 2

Hadith Rasulullah : Jangan cerita hal orang kepadaku, hingga apabila aku jumpa dengan orang itu, hati aku bersangka buruk dengan orang itu

Mengumpat:
Hadith : Rasulullah bertanya : “Apakah itu mengumpat (ghibah)”? Sahabat menjawab Allah dan Rasul lebih mengetahui . Rasulullah menjawab , “ Ghibah adalah jika engkau menyebut tentang saudara engkau yang seagama , tentang apa yang dia benci”. Saudara bertanya “bagaimana pula jika ia perkara yang memang ada pada dirinya?” Rasulullah menjawab, “itulah Ghibah”. Sahabat bertanya, “jika (perkara itu)  tiada padanya?” Rasululllah berkata, “itulah fitnah (dosa berganda)”

Satu hari Aisyah RA berkata Safiah RA , “ Dia rendah.” Pada Ketika itu Safiah tiada . Rasulullah menegur Aisyah RA , “Jika kata-katamu itu dicampakkan ke dalam laut, akan berubah seluruh air laut”. Menunjukkan betapa besar akibat mengumpat

Umpatan
  • -          Fizikal
  • -          Akhlak
  • -          Hartanya
  • -          Anaknya

Tempat yang dikecualikan boleh untuk mengumpat
-       -    contoh untuk beri nasihat untuk selamatkan kawan. Contoh sahabiah Fatimah binti Qais diceraikan oleh suaminya. Kemudian dipinang oleh Muawiyah, Abu Jahmin dan Usamah bin Zaid. Semua nak menjaga kebajikan seorang janda. Fatimah tidak tahu nak pilih yang mana. Beliau bertanya pada Rasulullah . Baginda menjawab , “Muawiyah miskin, tidak ada harta. Abu Jahmin tongkatnya selalu di atas bahunya (selalu pukul isteri). Usamah bin Zaid baik dan nikahlah dengan beliau” . Maka Fatimah pun bernikah dengannya.

-        -   Seolah-olah macam mengumpat Muawiyah dan Abu Jahmin , tetapi ini adalah nasihat kepada Fatimah untuk beliau buat keputusan yang terbaik.

-       -    Contoh lain jika kawan kita nak berniaga dan partner dia yang kita kenal memang ada masalah, senang berhutang dan sebagainya, maka boleh diceritakan tapi tak boleh tokok tambah

-          Boleh cerita keaiban jika kita dizalimi contoh kita dirompak , atau adik beradik kita ambil hak tanah kita. Tetapi jika kita tutup keaiban itu lebih baik kerana Rasulullah kata nanti akan ditutup aib di akhirat – mujahadah . Contoh lain jika seorang wanita atau isteri dizalimi, dia nak ceritakan kisah dia kepada kawan sepejabat sedangkan kawannya tak boleh selesaikan masalahnya pun à  dibolehkan kerana orang yang dizalimi tiada hak untuk dilindungi aibnya


-          Surah An Nisa ayat 148


۞ لا يُحِبُّ اللَّهُ الجَهرَ بِالسّوءِ مِنَ القَولِ إِلّا مَن ظُلِمَ ۚ وَكانَ اللَّهُ سَميعًا عَليمًا


Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Contoh perumpamaan supaya jangan mengumpat , sedangkan daging kambing tak masak pun kita tak nak makan, apatah lagi kita nak ambil daging mayat abang kita, sepupu kita apabila mengumpat.
Jika tiada rasa jijik, nak muntah Ketika nak muntah, inilah manusia yang tiada iman

Kenapa Allah sebut mayat? Bukan daging orang yang masih hidup.  – apabila mengumpat , orang itu tiada . orang itu tak boleh pertahankan dirinya, macam mayat. Itulah zalimnya orang yang mengumpat.

Allah itu Maha pemberi rahmat, apabila bertaubat bukan sahaja dapat pengampunan, Allah juga akan beri rahmat. Tetapi tidak akan dapat rahmat jika tidak melalui proses taubat.
Hidup kita mungkin tidak tenang, kerana dosa.

Asas untuk dapat rahmat adalah perbanyakan istighfar dan bertaubat.
Kenapa manusia suka mencela manusia yang lain ? – cinta dunia
Alalh ciptakan banyak bangsa unuk saling berkenalan dan berkasih sayang

Q&A
    1)      Apa hukum isteri check handphone suami?
-          Haram jika tajassus
-          Asasnya : jika kita tak suka orang buat pada kita, jangan buat . Orang beriman akan buat perkara yang dia suka orang buat pada dirinya
-          Berserah pada Allah , jika baik, dapat 2  pahala kerana tidak mengintip dan pahala bertawakkal kepada Allah.

   2)      Jika pemimpin zalim, bolehlah diceritakan keburukannya
-          Boleh, merujuk ayat Surah An Nisa ayat 148
-          Orang zalim tiada kemuliaan
-          Tetapi yang lebih baik adalah menutupi keaibannya. Abu Bakar dizalimi semasa Aisyah difitnah berzina. Salah seorang yang turut percaya adalah Mastah iaitu anak angkat Abu Bakar, hingga Abu Bakar janji tak nak beri bantuan lagi. Allah turunkan ayat “tidakkah kamu mahu diberi keampunan Allah dengan kamu beri kemaafan kepadanya” maka Abu Bakar sebagai ulul Albab , membuat pilihan yang lebih bijak.

   3)      Pencegah maksiat adakah tajassasu – jika orang lelaki bawa masuk wanita ke dalam rumah bujang, itu sudah nampak seperti kemungkaran. Boleh ketuk pintu untuk bertanya, bukan untuk tangkap . Kemungkaran perlu dicegah

   4 )      Lintasan buruk sangka dalam hati – selalunya bermula dalam hati, kemudian lintasan itu pergi, tidak berdosa. Kemudian jika jadi yakin , ia berdosa. Seorang salafussoleh jadi tak boleh bangun malam, hanya kerana ternampak lelaki yang menangis di masjid, merasakan lelaki itu riak . rasa di hati sahaja, jadi akibat tak boleh bangun malam

   5)      Syarat taubat bukan solat sunat taubat tetapi 5 perkara ini: 

  1. -          Niat kerana Allah – contoh berhenti hisap rokok kerana tak dapat beli rokok , ini tidak diterima. Mesti niat kerana Allah 
  2. -          Menyesal
  3.   meninggalkan dosa
  4. -          Berazam tidak mengulangi dosa – kadangkala terulang dosa , tetapi dia cepat-cepat bertaubat , taubatnya masih diterima
  5. -          Waktu masih diterima iaitu matahari tidak terbit dari barat, bukan nyawa sudah sampai halkum

6) Kenapa hari ini tadabbur satu ayat sahaja? Tak boleh kah laju-laju habiskan tadabbur ayat. 

Al Quran apabila di tadabbur jangan target untuk khatam atau habis ayat
-          Apabila kita dapat satu ayat dan faham, lebih baik daripada satu surah tetapi kita tidak amalkan

-          Itulah hikmah Al Quran itu diturunkan sedikit demi sedikit . Jika tadabbur terlalu laju, tidak memberikan hak kepada ayat itu. 

Allahu alam