Sunday 29 September 2019

Berbaloi ke nak lari 10km dalam KL Standard Chartered Marathon 2019


KL Standard Chartered Marathon 2019

Alhamdulillah gambar favourite saya untuk KLSCM tahun ini 


Dengan penyertaan 40,000 orang pelari dari dalam negara dan luar negara, pastinya ini adalah acara larian TERBESAR di Malaysia untuk tahun ini. Umpama HARI RAYA buat pelari-pelari amatur seperti saya, mahupun pelari elit.

Saya hanya mula berlari 2 tahun lepas, selepas pembedahan buku lali saya yang cedera akibat terjatuh semasa sukaneka. 

Pengalaman bertongkat dan berkerusi roda selama 3 bulan, apabila sembuh dan selesai menjalani fisioterapi, saya terfikir, “Mengapa saya tidak cuba sesuatu yang baru?”

Kenangan bertongkat selepas pembedahan ligamen buku lali 

Bermula dengan larian 1.5km semasa Larian untuk Super Premiee Run di UM November 2017, saya bertuah kerana dapat menyertai Fun Run 5km Standard Chartered Marathon 2018. 

Kenangan pertama kali berlari dalam acara Standard Chartered Marathon 2018, untuk acara 5km. 

Selesai larian tersebut, saya amat teruja dan terus mendaftar untuk 10km semasa PJ Marathon, Julai 2018.  Alhamdulillah larian itu saya dapat habiskan dalam masa 1 jam 47 minit.

Acara 10km pertama dalam hidup saya, pada usia 37 tahun. PJ Marathon ni boleh tahan berbukit bukau. 

Malangnya pada penghujung Ogos 2018, saya tercedera dan patah jari kaki, maka saya terpaksa berehat selama 2 bulan dari sebarang aktiviti larian.

Penghujung Disember 2018, saya mula berlari semula, dan saya bertekad jika Standard Chartered Marathon kembali, saya akan menyertai 10km lagi

Sebenarnya apabila kita menyertai acara larian, ia umpama satu dorongan tersendiri untuk sentiasa kekal aktif.
Jika tiada acara larian, ada kala saya culas dalam bersenam 3 kali seminggu.

Tahun 2019 ini, saya bermula dengan larian 5.4km di Bangkok semasa Asia Pacific Academy of Ophthamology Congress pada Mac , dan kemudian 5km semasa Run for Sight di TTDI anjuran L Occitane pada bulan Jun. Pada bulan Julai, saya mencuba trail run pula iaitu 5km anjuran Interventional Radiologist UKM di FRIM.

Semua ini adalah sebagai persiapan saya untuk Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon ini.

Apa yang berbeza sedikit adalah, 3 minggu sebelum KLSCM ini, negara kita dilanda jerebu, maka saya tidak dapat berlatih dengan baik di luar rumah. Latihan saya hanya dijalankan di rumah, dengan mesin elliptical saya. 10km atas mesin elliptical ini adalah lebih kurang sama dengan berlari 3km sahaja sebenarnya. Impak juga kurang.

Namun, oleh keraan KLSCM adalah satu acara yang sangat besar dan sangat mengujakan, saya tidak mahu mengaku kalah. Apatahlagi semasa mengambil race kit, nama kita terpampang di skrin LCD! Sangat memicu semangat!

Terkejut juga selepas ambil bib dan T-shirt, ada nama kita di situ. Pembakar semangat yang baik! 

Untuk larian kali ini, saya laburkan sedikit wang (RM155) untuk membeli sebuah beg galas dengan bekas air berbentuk bladder yang ada tiub panjang, memudahkan saya meminum air semasa berlari. Saya ni senang dahaga apabila berlari, jadi jika bawa botol, dan masukkan dalam beg, ambil masa untuk buka tutup zip. 

Dulu-dulu saya rasa segan nak pakai beg begini, macam beriya sangat padahal orang yang lari full marathon pun ada yang tak pakai. Tapi apabila saya dah pakai, saya perasan ia sangat membantu kerana , peduli apa dengan orang kan, kita berlari pun untuk diri sendiri saja. Jimat masa juga kerana saya tidak perlu berhenti di setiap stesen air.

Untuk pakaian pula, kali ini saya tidak memakai jersey yang diberikan kerana pada saya ia agak pendek . Daripada saya memakai pakaian berlapis-lapis, baik saya pakai pakaian saya yang selesa dan MENUTUP AURAT. Beriadah itu sunat, jangan jadi jatuh hukum haram pula kerana memakai seluar ketat yang menampakkan bentuk, tudung singkat tidak menutup dada dan sebagainya.

Saya faham memakai seluar ketat atau tights itu sangat membantu untuk larian jarak jauh, saya pun memakainya, tetapi di dalam. Tidak mengapalah panas sedikit , biar panas di dunia, jangan di akhirat. Kan? Yang penting apa yang kita buat, kita nak Allah redha 

Baiklah, awal pagi, selepas solat Subuh saya gerak ke Stesen LRT Sentul Timur. Mulanya nak ke Stesen LRT Gombak tetapi jaraknya lebih jauh dan lebih banyak stesen, saya takut ambil masa lebih lama. Di Stesen LRT Sentul Timur, tiada tempat parking yang banyak, tetapi saya park sahaja kereta di tepi jalan. Saya pergi tandas siap-siap di stesen LRT itu, kerana saya tahu pasti di LRT Bandaraya nanti akan ramai orang.

Sampai di LRT Bandaraya, nak terkucil lagi. Adeh .
Beratur punyalah panjang huhuuu. Apakan daya, flag off tinggal 10 minit, saya dan kawan baru saya pun hijack toilet lelaki kerana tidak ramai orang hahahah.

Kawan baru, namanya Goh. Beliau berusia 48 tahun, aktif hiking dan panjat gunung. Sambil tunggu toilet, sempat berkenalan . 

Lepas ke tandas, kami bergegas ke garisan permulaan. Itu diaaa punyalah panjang. Kami ke hujung sekali, cukup-cukup masa untuk flag off pukul 7.45 pagi.

Garis permulaan nuuuun jauh di hadapan. 


Bermula sahaja larian, saya on kan Strava dan Fitbit saya, tetapi untuk sampai ke garis permulaan, mengambil masa 3 minit! Malangnya Strava saya terpadam secara tidak sengaja, mungkin kerana saya banyak kali selfie hahah.

1km yang pertama, cuaca masih dingin. Suasana nyaman dan banyak pemandangan yang cantik termasuk pemandangan Bukit Nanas, Menara KL dan KLCC.

Suasana masih nyaman



Sampai ke kilometer ke 2, dah mula rasa penat sedikit. Aduhai, apa ni Aisyah? Saya bertanya diri sendiri . Takkan dah penat? Ada satu poin kami perlu buat U-turn, semasa itu saya sedar saya berada di kelompok belakang sekali. Ahahahahahaha baru tahu panik sekejap.


Ini berdekatan kawasan nak buat U turn

Dalam hati ,"Alamak, baru 2 KM? " kahkahkah. 

Lepas U turn ni baru sedar, tak ramai dah orang belakang saya hahaaa. Panik jap 
Nice view. Tak pernah lalu lorong ni. 

Saya teruskan larian . Saya berjanji dengan diri sendiri, saya mesti teruskan larian tanpa henti selama 5km. Di hadapan KLCC, ada stesen air yang pertama dan ada air 100 plus! Alhamdulillah!

Wajah cerita selepas dapat minum 100 Plus. Maaf lah gaya budak Tik Tok sikit 
4km

5km 

Alhamdulillah sampai ke petanda 5km, saya mula lega. Sudah separuh jalan! Selfie tetap selfie. Iyalah, pengalaman sekali seumur hidup kan. Tahun depan pengalaman lain pula.

Masuk kilometer ke 6, sudah mula terasa mencabar kerana? PANAS!! Huuu apabila masuk ke Jalan Kuching, ini adalah laluan 5km saya tahun lalu. Laluan ini saya sudah familiar kerana saya sudah pernah lalu. Rupanya apabila lalu tempat yang kita dah tahu, ia lebih mencabar.

Sesekali saya kerling jam saya.

Pada ketika 6.38km, saya terasa penat sungguh.  Cuaca panas terik, padahal baru pukul 8.30 pagi. Saya ambil sepeket M&M , saya makan. Mungkin saya hypo sebab sarapan pagi saya minum protein shake dan roti sekeping sahaja.

Habis makan M&M, baru saya sedar, muzik saya terhenti! Selama saya berlari, saya mendengar lagu-lagu dari filem The Greatest Showman. Apabila lagu terhenti, rupanya semangat pun kurang!

Maaflah kalau ada yang rasa nak judge saya , “nampak macam orang dakwah, tapi dengar lagu?”

Hehe, inilah saya. Kalau saya rasa lemah semangat, saya kena dengar lagu-lagu yang rancak.

Pasang semula lagu, baru OK sedikit.

Sempat minta adik volunteer tolong ambil gambar hehe

Menuju ke Padang Merbok, laluan berbukit, keletihan semakin terasa. Masuk ke kawasan Taman Botani dan Taman Burung, walaupun turun bukit, saya hanya berlari-lari anak. Saya tahu , “ Ini mesti dah nak masuk 8km sebab aku dah pancit”. Memang betul pun, tak lama selepas itu, nampak papan tanda 8km.

Laluan nak masuk ke Taman Botani

8km !

2km terakhir, saya selang selikan larian dan berjalan. Menuju ke Dataran Merdeka, sorakan dan poster-poster seperti “Esok tak payah lari” dan “Lepas ni boleh makan sedap-sedap” sangat membantu!

Laluan 2km terakhir yang redup

Legaaa

Masa ni dah fikir roti canai dah guys hahaha

Dan Alhamdulillah saya berjaya juga menghabiskan larian pada waktu 1 jam 34 minit! Alhamdulillah Alhamdulillah!
Kecewa lah sedikit tengok Strava kata saya lari 0.7km sahaja tetapi apa nak buat kan.



Selesai Alhamdulillah 

Keluar sahaja dari laluan larian, dapat air mineral sejuk, kemudian dapat beg yang ada air 100 plus sejuk! Aaaahhh ma shaa Allah Alhamdulillah nikmat sungguh!

Berjalan ke khemah, sukarelawan menyambut dengan senyuman, diberi pisang 2 biji dan DIKALUNGKAN MEDAL! 

ALHAMDULILLAH!

MADE IT ALL WORTH IT!


Lepas itu apa lagi, sesi bergambar lah. Bukan mudah nak dapat medal kan, bergambar lah puas-puas.


Paling manis adalah sahabat-sahabat yang dah selesai lari Half Marathon lama dah, tapi sudi tunggu saya sebab saya nak bergambar dengan mereka, iaitu Dziehan Mustafa (sahabat Medical Mythbusters Malaysia) dan Hirman Ismail (sahabat satu kelas semasa di MRSM dahulu).


Paling inspiring pula adalah jumpa seorang lelaki ni, nama beliau Edmund. Beliau mula berlari pada tahun 2013 dan dalam masa 6 tahun beliau sudah lari 50 half marathon!


Alhamdullillah. Pengalaman yang sangat manis tahun ini. In shaa Allah tahun depan saya nak cuba 21km pula. Mungkin akan ambil masa 3 jam tetapi lebih baik cuba daripada tak pernah cuba kan?

 
Terjumpa sahabat jururawat di PPUM, Ayum

Posing jangan tak posing


21km next? In shaa Allah 


Wednesday 11 September 2019

What makes if all worth it

Tak sia-sia Ummi melalui miscarriage,
keluar masuk hospital,
try get pregnant 5 tahun,
makan clomid 3-4 cycle segala,
buat IUI,
pregnant Uwais dan kembar Uwais,
keguguran kembar Uwais masa 8 minggu,
kena bedrest 6 minggu nak kasi Uwais survive,
Uwais lahir tak cukup bulan,
masuk NICU,
keluar masuk hospital entah berapa kali dalam 2 tahun pertama masa baby.

Alhamdulillah sekarang dah besar, pandai tiup bubble muncung panjaaaaaang macam tu

Alah alaaaah.

Alhamdulillah ya Allah!



😂

#countyourblessings
#abdullahuwaishafiz
#3years9monthsold
#hazaminfadhliRabbi
#ceritamakmak
#jangantanyabilanakdapatadik
#UWAISISTHEADIK
#kahkahkah

Sunday 8 September 2019

Snorkeling di Maldives, laut biru yang bikin blues sebulan selepas balik Malaysia


Antara impian dalam hidup saya adalah ingin belajar menyelam atau diving. 

Alhamdulillah saya boleh berenang. Suatu masa dahulu saya pernah badan berisi hingga mencecah BMI 28. Maka antara inisiatif saya nak kuruskan badan adalah ambil kelas renang, dengan Coach Zahra Masoumah pada tahun 2014. 

Alhamdulillah dalam masa 10 kelas (sejam setengah setiap kelas) saya berjaya belajar ke empat-empat jenis renangan  iaitu freestyle, breaststroke, backstroke dan butterfly stroke. Cuma butterfly stroke tu sampai sekarang saya tak mahir sebab tak cukup kuat upper body saya nak ledingkan badan ke atas semasa pertengahan stroke itu. 

Saya harap dengan dah pandai berenang tu, in shaa Allah ada peluang pada masa hadapan, boleh lah belajar menyelam pula kan? 

Jadi sementara saya belum pandai nak menyelam ini, saya  hanya boleh snorkle. Tetapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk mengembara ke pulau-pulau cantik yang menjanjikan pemandangan hidupan flora dan fauna yang indah untuk dinikmati. 

Biru air laut di Maldives yang masih muncul dalam mimpi walaupun sudah hampir sebulan kutinggalkan

Boleh baca pengalaman saya snorkeling di destinasi-destinasi sebelum ini di sini. 

(Blog saya ni dari tahun 2012. Boleh skrol guna PC atau laptop, belah kiri ada drop list ikut tahun dan bulan, entri-entri saya hehe) 



Krabi - Phi Phi Island 2012 (Ni zaman muda remaja, minta maaf lah ayat kanak-kanak haha) 

2013 kami ke Koh Lipe Thailand  - ini memang best, setakat ini antara tempat tercantik dan saya sangat recommend untuk snorkeling. Corals banyak dan ikan pun banyak. Makanan halal pun banyak walaupun sedikit mahal. Ia terletak 1 jam sahaja dari Pulau Langkawi.  Cuma pulau tu banyak anjing sikit hehe

Bali - sea walking 2014. Kami ke Nusa Dua ni nak snorkeling, tapi dapat pengalaman lain sikit, dapat sea walking pula hahaa.. best juga. 

2015 kami ke Pulau Payar Langkawi. Katanya cantik juga, cuma kami pergi lepas hujan, maka air keruh dan tak nampak ikan . Masa ni saya hamil anak ke empat, maka suami dan anak-anak sahaja lah yang snorkeling 




2017 Disember kami ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik Kota Kinabalu Sabah. Tapi saya rasa ini bukan untuk snorkeling, lebih kepada untuk berkelah sahaja. 

2018 kami ke Pulau Perhentian, Terengganu. Ini pun HIGHLY RECOMMENDED. SANGAT SANGAT dan saya tengah cari masa nak repeat , pergi dengan anak-anak pula in shaa Allah. 

Bila dah belek-belek, rupanya banyak tempat yang pergi tapi tak tulis entri, sayang juga ya. 

In shaa Allah nanti ada kelapangan saya tulis ya. 

OK now nak cerita tentang MALDIVES ni. 

Pengalaman berharga snorkeling di Maldives sempena ulangtahun perkahwinan kami ke 16 pada Ogos 2019

Hari ke tiga kami di Maldives, selepas sarapan pagi, kami berkumpul di rumah aktiviti sukan air di hadapan Hotel Arena pukul 9.45 pagi. Ramai juga yang berkumpul di situ, bukan penghuni hotel kami sahaja, malah ada juga orang dari hotel lain. 

Antara yang kami sempat berkenalan, adalah keluarga dari Sri Lanka (Mr Lionel), pasangan dari Rusia, pasangan dari Taiwan dan satu keluarga dari Eropah. 

Di rumah aktiviti ini, kami diberikan peralatan untuk snorkeling termasuk iaitu mask, life jacket dan tuala. Tak semua orang diberikan fin. Rupanya hanya mereka yang pandai berenang akan diberikan fin. 

Rumah aktiviti sukan air. Kalau nak pinjam life jacket untuk berenang di sekitar pantai hotel juga boleh ambil di sini ya. 

Dari rumah aktiviti ini, kami diiringi petugas berjalan kaki ke jeti untuk menaiki bot untuk Half Day Trip snorkelling. 

Pertama sekali saya terkejut melihat bot snorkelling mereka, punyalah cantik. Rasa sayang nak basahkan bot mereka hahaha. Berbeza dengan bot-bot snorkeling di Krabi, Pulau Perhentian dan sebagainya yang agak sempoi. Jumlah penumpang juga selesa, tidak terlalu bersesak. 

Poin pertama adalah untuk melihat corals. Air yang sangat biru dan jernih, ma shaa Allah terutamanya berdekatan dengan lautan dalam. Ada ikan nemo juga yang sangat comel. Ada juga ikan bertanduk yang comel juga! 

Saya perasan juga semasa di poin ini, ada petugas yang mengambil gambar saya dengan GoPro miliknya. Rupanya perkhidmatan mengambil gambar, sudah termasuk dalam pakej ini. Awesome kan! 


Ikan nemo yang comel 

Gambar ini diambil oleh petugas, dengan kamera GoPro miliknya. yang kemudia di email kepada kami




Antara terumbu karang yang cantik 

Selesai snorkeling di poin ini, agak letih juga 40 minit mengharung arus. Rupanya menurut petugas yang mengiringi kami, hari ini arus deras. Tetapi kelebihan apabila arus deras adalah, kejernihan air atau water clarity adalah sangat baik! 

Point ke dua, ada penyu!! Ma shaa Allah! Saya memang sangat suka dengan penyu. Rezeki saya dapat berenang bersama penyu semasa penyu itu mengambil nafas ke permukaan air!

Saksikan video ini ya! 





Puas sungguh hati saya dapat berenang dengan penyu comel ini. Namun saya teringat-ingat penyu di Pulau Perhentian, yang jauh lebih besar dari penyu di sini. 

Dan, saya sedikit terkejut melihat corals atau terumbu karang di sini banyak yang sudah mati. Kemudian baru saya difahamkan yang terumbu karang di sini banyak yang rosak akibat tsunami 2004. 


Air biru jernih bererti air agak cetek

Air biru pekat ertinya air dalam
Kawasan terumbu karang yang sudah mati, banyak di kawasan penyu ini. 

Perjalanan kami diteruskan ke poin ke tiga, yang mana ia  adalah satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Saya dapat melihat ikan lumba-lumba !! Bukan seekor dua tetapi banyak! 

Ma shaa Allah seronok betul melihat kawanan dolphin ini berenang dengan gembira dan saya sangat gembira apabila pemandu pelancong kami mengekalkan jarak antara bot kami dengan dolphin-dolphin tersebut. Barulah mereka tidak rasa terancam kan?

Cuma sayang sedikit tak sempat nak ambil gambar dengan buah hati saya kerana beliau dah mula pening kepala ketika ini. 

Mujur juga bawa DSLR , boleh capture ikan lumba-lumba yang bergerak laju




Antara yang berenang dekat dengan bot kami 


Selesai snorkeling dan melihat ikan lumba-lumba, kami dibawa piknik di sandbank. Ahaaa sandbank ini satu kejadian yang sangat istimewa bagi saya. Di tengah-tengah lautan, tiba-tiba ada pulau kecil yang sangat putih bersih pasirnya. Ma shaa Allah subhanallah cantik sungguh! Air aquamarine , biru, hijau sangat indah, saya kira mungkin tidak ada di Malaysia

Payung ini disediakan, makanan tengahari adalah nasi goreng dan epal. Oklah, dah lapar semua sedap

Cantik pemandangan di sini tau 

Pasirnya putih sungguh. Di belakang kami itulah bot kami

Mujur ada kawan dari Sri Lanka boleh tolong ambilkan gambar. Kami tak berani bawa turun DSLR dari bot kerana kena redah air laut nak turun ke sini

Ini SPF 2000 pun tak lut haha.. Sila redha untuk gelap 

Kru bot kami yang awesome! 

Selesai makan, kami pun pulang. Puas juga menahan nak ke tandas untuk membuang air kecil dari pagi hingga jam 2.45 petang hahahahha.

Jam 4.45 petang, sepatutnya kami ke trip memancing , tetapi keletihan, jadi kami berehat sahaja di hotel, dan kemudian berjalan-jalan di tepi pantai semasa sunset, menikmati petang terakhir kami di Pulau Maafushi yang indah .


Jalan-jalan sekitar Maafushi

Maldives antara 10 negara terkecil di dunia. Banyak gugusan pulau, atau dikenali sebagai Atol. Pening budak sekolah sini nak lukis peta negara dia agaknya. 

Bergambar kenangan sunset di hadapan Arena Hotel. Ada wing baru yang sedang dibina. Siapa tahu ada rezeki boleh datang lagi dengan anak-anak pula in shaa Allah