Sunday 8 December 2019

Kenapa saya bengang bila yang bukan doktor, mengaku PAKAR?

Yang bukan doktor, mengaku Pakar Neurologi.

Yang bukan doktor, jual susu pisang kata boleh regulate insulin.

Akak yang doktor berdaftar dengan MMC dan National Specialist Registry ni pun, nak buat satu research tentang ubat untuk bantu regulate insulin, adik-adik tahu punya payah?

Kena belajar macam orang lain,
Sekolah rendah 6 tahun,
Sekolah menengah 5 tahun,
Matrikulasi setahun.

Medical school di Ireland yang sejuk hujan air batu di negara orang 5 tahun.

Housemanship di Ireland teruk sampai kena operate perut, setahun.

Balik kerja 2 tahun,
Masuk Masters 4 tahun setengah.

Air mata, gaduh dengan suami, stress tak payah nak cakap. Mujur Encik Suami tu penyabar nyaaa ma shaa Allah. Aura diaaa.

Kerja jadi Pakar 5 tahun,
Sambung sub kepakaran 2 tahun

Jadi Pakar Perunding (ya ke?), nak buat satu kajian antarabangsa,

Kena hantar sijil kelayakan,
Pergi kursus,
Kursus online tak larat nak buat sampai tersengguk,

Saring pesakit,
Rekrut pesakit,
Buat kajian dengan pasukan,
Selalu kena spot check dengan team leader,
Kadang cancel meeting, cancel kelas untuk research.

Kajian baru mula ni, 5 tahun kena follow up pesakit.

Maklumlah, multicentred, randomised controlled trial.

Kaya?
Mana ada bayaran.

Demi nak dapatkan ubat yang baik untuk pesakit saja.

Tapi dituduh kami "ejen Big pharma"

Akak keje gomen dik.

Tak ada jual satu produk pun.

Kena kecam pula, "Melayu jatuhkan Melayu"

Dik, selagi bisnes tak merbahayakan pesakit, tak kira bangsa apa, saya akan sokong 100%.

Tetapi APA-APA SAHAJA BISNES ATAU PRODUK MENIPU DAN MEMBAHAYAKAN mana-mana pesakit, hingga pesakit berhenti mendapatkan rawatan dari DOKTOR-DOKTOR PAKAR SEBENAR yang BERTAULIAH, saya memang akan BANGKANG 100%!

Saya berpegang pada ayat ini :

Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (QS. Al Maidah: 32)

Biar saya dan sahabat-sahabat Medical Mythbusters Malaysia saya tak kaya, tak jual produk.

Biar kami kena kecam kerana anti dengan bogus produk, ubat titis mata sembuh rabun lah, susu pisang regulate insulin lah, ubat cepat kurus lah, ubat alternatif rawat HIV lah (like what?!)

Kami dah lama dalam bidang Perubatan dan banyak bukti dalam jurnal menyatakan rawatan-rawatan termasuk hipnoterapi segala tu bogus semata-mata.

In shaa Allah, the truth will prevail.

Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Masih sangat  menyampah dengan "katil over claim " RM14,000