Tuesday 28 June 2016

Hari Raya, Anak kecil & vaksin

✨Hari raya, anak kecil & vaksin✨



Pertama sekali saya ingin mengucapkan takziah kepada ibu muda ini yang kehilangan anaknya yg berusia 59 hari, akibat #pertussis yang dijangkiti dari orang lain yang tidak divaksin . Semoga ALLAH mengurniakan syurga buat kalian sekeluarga atas ujian ini

Sempena hari raya yg bakal menjelang & kemunculan wabak #diphteria, #pertussis & #measles akibat golongan antivaksin , saya ingin berkongsi sedikit pesanan 

✨Buat ibu bapa bayi kecil kurang dr setahun terutama kurang dr 2 bulan 
 
✅ 1) berpantanglah di rumah , tak perlu keluar beraya & had kan pengunjung . Kita tidak tahu siapa pembawa kuman , anak siapa tidak divaksin dan tetamu itu sudah ke berapa byk tempat  lain dan terdedah kepada orang ramai . 

Jika ada tetamu, mohon cuci tangan jika mahu memegang bayi anda & sebaiknya tetamu tidak perlu menyentuh bayi apatah lagi menciumnya . Cukup dgn melihat & membacakan doa 

Tidak mengapa dilabel "paranoid" , anak kita , amanah kita, tanggungjawab kita 

✅ 2) VAKSINKAN anak anda mengikut jadual & niatkan ini utk kebaikan anak anda & anak org lain, semoga Allah terima sbg satu kebajikan 

✅ 3) Elakkan tempat yg sesak seperti open house. 

✅ 4) Jika kampung anda kawasan endemik seperti melaka & kedah, elakkan pulang ke kampung seperti hadis Rasulullah 

Abdul Rahman bin Auf pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya". (HR Muslim) 

✨Bagi tetamu yg berhari raya 

❎ Jgn cium/dukung/sentuh bayi yg baru lahir,atau mana-mana bayi tanpa Izin ibu bapanya . 

❎ baca doa sebelum masuk rumah 

❎ jangan berlama-lama berziarah terutama rumah Ibu dlm pantang 

❎ jika anak-anak anda tidak divaksin dgn alasan "anda sayang anak anda", kami Ibu Bapa #provaksin juga sgt sayang anak-anak kami. Tolonglah jangan dtg menziarahi kami yg ada anak kecil kurang dr setahun . Tolong hormati keputusan kami. 

🌷 bertabahlah ibu-Ibu & bapa-bapa Anak kecil . Biar kita susah raya kali ini agar in shaa Allah kita dpt nikmati banyak lagi hari raya akan dtg dengan anak kita yg tersayang 

Allahu musta'an ❤️

Please share to save our children 😢

Sunday 5 June 2016

Al-Quran & Ramadhan : Nak baca banyak atau nak hayati?

Alhamdulillah hari ini 6/6/16 kita semua diberi peluang sekali lagi untuk menyambut Ramadhan yang mulia 






Antara amalan yang pastinya menjadi pilihan untuk kita beramal adalah membaca Al-Quran

Soalan

Mungkin ada yang bertanya, yang mana lebih utama? 

1) BACA AL-QURAN dengan baik tajwid nya dgn BANYAK

VS 

2) BACA DAN TADABBUR Al-Quran.

Jika pilihan kedua yang diambil , pastinya tidak terlalu banyak yang dapat dibaca kerana mengambil masa untuk membaca tafsir Al-Quran? 

Ini jawapan dr Ustaz Abdul Muien, guru tadabbur Al-Quran kami 


Jawapan

Yg terbaik ialah buat kedua-duanya dan tambah satu lagi. 

Jadi bagi masa baca al Quran kepada tiga sesi:

1-untuk khatam, caranya baca dgn bertajwid tanpa membaca tafsir hanya hayati mana-mana makna yg faham secara asal dan akhirnya dapat juga khatam sekali paling kurang sepanjang Ramadhan. 

2. Baca terjemahan/tafsir utk tadabbur ayat-ayat nya bermula dari surah al Baqarah atau mana-mana surah pilihan . Bererti boleh baca dua atau empat muka setiap hari, dan bila habis Ramadhan sambung lagi sampai khatam tadabbur semua al Quran. 

3-masa utk menghafal ayat-ayat atau surah-surah  pilihan, setiap hari 5 ayat khususnya ayat yg telah di tadabbur semasa dlm kelas-kelas sebelum ramadhan. Targetkan sepanjang Ramadhan dapat paling kurang 5 surah pilihan spt al Mulk,  al sajadah,  al Sof dan surah-surah lazim juzuk Amma, atau target satu juzuk dari awal surah al baqarah. 

Kalau di lakukan tiga langkah di atas habis Ramadhan kita akan dpt ketiga-tiga nikmat dan ganjaran yg besar. 

1. Pahala baca al Quran 

2. Pahala memahami dan in shaa Allah beramal dgn al Quran 

3. Darjah/tingkat yg lebih tinggi di syurga hasil dari hafalan ayat2 yg semakin bertambah. 

Semakin banyak hafalannya, akan semakin tinggi kedudukan yang didapatkan di surga kelak. 
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
يقال لصاحب القرآن اقرأ وارتقِ، ورتل كما كنت ترتل في الدنيا، فإن منزلك عند آخر آية تقرؤها
“Akan dikatakan kepada shahibul qur’an (di akhirat) : bacalah dan naiklah, bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membaca dengan tartil di dunia. kerana kedudukanmu tergantung pada ayat terakhir yang engkau baca” (HR. Abu Daud 2240, dishahihkan Al Albani dalam Shahih Abi Daud).
Langkah-langkah utk melaksanakan ketiga2 di atas:

1-kurang berhubung dgn org ramai kecuali ibu bapa.

2-kurang masa dgn telefon/facebook/whatsapp

3- kurangkan berjalan/ziarah

4-kurangkan tidur di siang hari dan malam

5-jangan tengok tv

6-kurangkan masa di dapur atau memasak, jika boleh jimatkan masa lagi dgn berbuka di surau/masjid. 

7-kurangkan bercakap

8-jgn pergi bazar Ramadhan kecuali sekali sekala

9- banyakkan berada di masjid 

Allahu alam 

Selamat beramal 😊 

Kenangan bersama Ustaz Abdul Muien ketika singgah ke rumah kami 



Saturday 4 June 2016

Tips menghadapi kelahiran bayi pramatang

Salah seorang sahabat FB saya sedang berada di hospital kerana air ketuban sudah keluar & bayi baru berusia 33 minggu (cukup bulan adalah 37-42 minggu) . Doakan semuanya selamat ya 😅 

Few tips on premature labour atau bersalin bayi pramatang , dari kacamata seorang ibu bayi pramatang (dan doktor)

Pengalaman saya spontaneous labour at 33weeks, baby 2.4kg.Tak sempat ambil injection dexa untuk matangkan paru-paru bayi pun . Cuma sempat 1 dose & baby dilahirkan 2 hours after dexa. Kebiasaannya perlu 2 injection , dgn jarak 12 jam setiap satu

Jadi bayi saya terpaksa masuk Nicu tetapi Alhamdulillah on CPAP sahaja iaitu alat pernafasan minima 

Tips menghadapi kelahiran pramatang  

🌷 Be prepared to express milk & bg melalui cawan  sbb premiee belum pandai suckle lagi (but don't worry, once dh pandai tu, terlebih bijak pulak 😂)

🌷 Don't give up on breastfeeding , that's the best you can give him/her . Don't worry kalau dapat beberapa titik sahaja pada peringkat awal. Every drop is precious. Jgn cepat give up utk beri susu formula atas sebab apa pun, sama ada utk tambah berat badan, nak hilangkan jaundice dan sebagainya . Boleh join group macam The Breastfeeding Advocate Network (TBAN) sbg support system 

Ini susu hari ke 2 setelah berkali-kali pam Tapi dpt beberapa titis sahaja. Never give up! 10ml pun sungguh precious bagi baby 


🌷 Mentally prepare utk ulang alik Hospital dlm pantang utk visit baby , hantar susu & slowly ajar dia utk direct latching

🌷 mentally prepare untuk bayi tidak bersama kita sekurang-kurangnya seminggu (sedih sgt tapi terpaksa kan) 

🌷 Ask to room in once baby dh pandai suckle, usually at 35 weeks corrected age. 

🌷 Kena kuat, boleh join group premiee babies utk dptkan sokongan 

🌷 Zikir & mathurat kat baby everyday klu boleh. Talk to him/her to be strong. 

🌷 Get help like family members to help out during pantang . PARA SUAMI, PLEASE ABANDON ALL YOUR SOCIAL ACTIVITIES DURING THIS 44 DAYS. Your wives has gone through so much to bring your child to this world, the least you can do is BE WITH HER. Pergi keje & beli brg dapur je dibenarkan 😁

🌷 Premie babies are fragile too so please please please no visitor till after s/he get his vaccination at 2 months. Be firm & be brave to say "please visit us later as my baby is very small & prone to infection. Please understand" 😢 Kalau ada visitor yg nak datang juga, please be firm: NO TOUCHING & NO KISSING (yet) 

🌷 Always always  wash your hands 

🌷 Be a paranoid mom for the first 2 months , protect your child with every strength that you have 

🌷 Take extended leave if possible to exclusively breastfeed your baby 

🌷 Cluster feeding bayi lain mungkin seminggu sahaja tetapi bayi pramatang akan menyusu dgn sangat kerap, hingga sejam sekali siang & malam . Keyword: sabar & latch on 😅😅😅 

Feel free to ask anything regarding breastfeeding to me or to the TBAN group. They are awesome 👍

Feel free to share if it is beneficial 😃

Baby kami pada hari pertama di NICU