Monday, 14 February 2022

Entrance exam Uwais dan celotehnya

 Dalam perjalanan hantar Uwais entrance exam sekolah rendah, sembang dengan dia.


(Canggih sekolah sekarang, dulu Mak Pak dia nak masuk medical school baru ada exam. Itupun interview je)


Uwais : Ummi, kerja builder ke, kerja doktor dapat duit banyak? 


Saya : Kita kerja bukan nak dapat duit banyak, yang penting dapat pahala banyak.


Uwais : Kerja doktor dapat pahala banyak?


Saya: Iyalah, kita dapat tolong orang.


Uwais : Kerja ustaz ke, kerja doktor lagi banyak pahala?


Saya : Kerja ustaz.


Uwais : Mana Ummi lagi suka, dapat pahala ke, dapat duit banyak?


(Dah macam Ustaz Muien kelas tadabbur Ummi bunyinya dia ni)


Saya : Mestilah pahala banyak.


Uwais : Hmmm... (berfikir)


Saya : OK lah, macam ni. Uwais jadi doktor ustaz lah. Boleh?


Uwais : Oklah. Tapi macamana tu?


Saya : Uwais jadi doktor, tapi Uwais belajar agama juga. Boleh tolong orang, dan ajar orang agama juga.


Uwais : OK, pagi-pagi jadi doktor, malam-malam jadi ustaz?


Saya : Pun boleh.


Uwais : OK.


Sampai di sekolah, dia tengok management office, tahu komen dia apa?


"Ummi, office ni macam hospital. Kalau hospital cantik macam ni, baru lah Uwais tak takut."


Gitu. Komen level CEO hospital OK. ­čść 


Adoi terhibur betul Ummi pagi ni.


Semoga dipermudahkan urusan anakanda Ummi yang soleh ini ya.


Apapun cita-cita Uwais, yang penting jangan pernah berhenti bercakap benar, dan carilah redha Allah k.


#AbdullahUwaisHafiz

#6yearsold

#ceritaMakMak