Monday 31 December 2018

Ambang Tahun 2019


Entah kenapa malam ini, kenangan 2018 yang paling mengusik jiwa adalah bersama lautan manusia mendengar amanat seorang pemimpin berusia 90an di dalam  hujan renyai-renyai di waktu malam , di Desa Pandan pada Mei yang lalu. 


Semua orang tidak berpayung, kerana tidak mahu mengganggu orang sebelah mahu melihat pentas utama. Kepala bersarung beg plastik , kaki terendam di dalam becak, hati seperti mahu menangis tatkala video seorang atuk berkata kepada seorang cucu bernama Aisyah ," usia Atuk dah tak lama, Atuk nak gunakan sisa-sisa usia untuk tebus kesalahan atuk yang lama."

Begitulah lebih kurang skrip nya.

Malam itu, di celah-celah rumah flat, semua bangsa bersatu. Langsung tiada yang bertolak-tolak. Jika ada kerusi kosong, orang tua dan wanita diutamakan.

Semua mahu Malaysia Baharu.

Selesai berhimpun, semua pulang dengan aman, saya temankan suami pasang bendera pada batang-batang buluh yang panjang, kasar dan berat, di tepi jalan raya, di pondok panas. 

Sayu juga hati saya melihat seorang doktor dan sahabat-sahabat suami saya, ada jurutera, pegawai, businessman dan sebagainya, bertungkus lumus berusaha demi negara tercinta.

Namun, hakikatnya terlalu sedikit sumbangan kita ke arah sebuah negara yang baru.

Alhamdulillah sekarang sudah 7 bulan berlalu.

Dr Wan Azizah, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Baharu, menyeru agar tahun 2019 kita menjadi insan yang lebih baik dan lebih memelihara alam sekitar.

Tun M, Perdana Menteri kita menyeru agar kita menjadikan kejayaan dan kegagalan 2018 sebagai pengajaran untuk kita mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

Ternyata beliau sedang menunaikan janjinya untuk menebus kesalahan lampaunya, dengan sisa usianya.

Berapakah pula sisa usia kita?

Tak kiralah berapa pun yang tinggal, biarlah kita manfaatkan untuk memberi dan terus memberi,

seperti yang Rasulullah pesankan,
خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ

“Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain” ( Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Dan firman Allah Subhanallahu Wa Ta'ala
إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ
“Jika kalian berbuat baik, sesungguhnya kalian berbuat baik bagi diri kalian sendiri”
(Surah Al-Isra Ayat 7)

Semoga tahun 2019, bakal menjadi 

tahun yang paling banyak kita melakukan kebaikan, dalam apa pun bidang kita, dan paling mendekatkan kita dengan kejayaan sebenar, iaitu redha Allah.

In shaa Allah.

Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
31122018
22:41malam
Ambang Tahun Baru 2019

Sunday 30 December 2018

Anak sulung nak masuk sekolah menengah



Selalu mak-mak sebak anak nak masuk darjah satu. Ini mak sebak anak nak masuk tingkatan satu .

Nak beli baju sekolah anak pun, acu di badan sendiri je sebab satu saiz kecil saja (dan anak lebih suka duduk di rumah daripada shopping dengan maknya)

Subhanallah betapa cepat masa berlalu.

Dahulu Ummi dukung,
Ummi suap makan,
Ummi mandikan,
sekarang dia tolong Ummi jaga adik-adik,
tolong kemas rumah, tolong
semak hafazan dan bacaan Al-Qur'an Ummi.

Inilah anak sulung kami,
yang sungguh istimewa,
yang melalui zaman Ummi dan Abinya oncall silih berganti,
melalui zaman bibik silih berganti,
melalui zaman Ummi Masters,
Abi meniti dari status penjawat awam kepada clinic director,
zaman beli susu anak terpaksa swipe credit card hingga Alhamdulillah boleh menghela nafas lega.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah...

Semoga Kakak terus menjadi anak solehah penyejuk mata Ummi Abi & penyumbang kepada ummah & dakwah ya, sayang .

Amin...

Tuesday 25 December 2018

Minggu ke dua di Hospital Wanita dan Kanak-kanak, pengalaman yang menginsafkan


Minggu kedua saya di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, jadual sudah semakin sibuk. Hari Isnin, kami menjalankan pre-operative ward round untuk kes-kes yang akan menjalani prosedur EUA iaitu examination under anaesthesia pada hari Rabu. Pesakit kanak-kanak ini, ada yang datang dari Tawau, Sandakan, Kota Marudu dan sebagainya. Ada yang terpaksa menaiki kereta selama 7 jam untuk sampai ke hospital.  Jika katil sudah ada, bolehlah mereka masuk ke wad. Jika tiada, terpaksalah mereka menumpang di rumah saudara mara di Kota Kinabalu dahulu, esoknya hari Selasa baru boleh masuk ke wad. 

Hari Selasa adalah hari saringan mata untuk anak-anak yang lahir pramatang, untuk kami kenalpasti siapa yang mengalami Retinopathy of Prematurity. Jika di PPUM, biasanya pesakit di NICU kami periksa pada hari Rabu, jumlahnya dalam 6-7 orang, dan di klinik pada hari Jumaat, jumlahnya paling ramai pun dalam 10 orang. Di sini, oleh kerana ia adalah pusat rujukan tertiary, wad NICUnya sahaja merangkumi seluruh tingkat 3! 

Dari klinik hinggalah selesai memeriksa semua pesakit-pesakit bayi di NICU, saya memeriksa bayi dari pukul 9.30 pagi hingga 3.30 petang, berhenti hanya untuk solat dan makan. Letih memang lah letih, tetapi saya tahu ini adalah satu pengalaman yang tidak akan dapat saya rasai lagi pada masa akan datang. Alhamdulillah juga hari ini kami memeriksa tidak sampai 30 orang bayi. Katanya ada ketika hingga 40 orang bati yang perlu diperiksa. Pastinya sakit juga tengkuk sepanjang hari menunduk memeriksa bayi-bayi kecil comel itu. 

Bersama Dr Lee, Pegawai Perubatan , Jururawat Wing dari Klinik Mata & Jururawat Maria dari NICU, selepas selesai kami memeriksa semua pesakit pada pukul 3.30 petang


Alhamdulillah oleh kerana Teluk Likas hanyalah 5 minit dari rumah, saya mengajak anak-anak untuk bermain di taman permainan sambil saya melepaskan lelah bekerja seharian.

Senja di Teluk Likas, yang terletak 5 minit sahaja dari Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah

Kepak ayam adalah sajian snek kegemaran kebanyakan orang di sini. Di Teluk Likas ini juga ada gerai yang menjual kepak ayam bersama sate ayam, kambing dan daging. Kepak ayam RM2 satu, sate RM1 secucuk harganya. 


Hari Rabu adalah hari pembedahan tetapi semua adalah kes-kes EUA atau examination under anaesthesia. Ertinya anak-anak ini ditidurkan untuk membolehkan kami, doktor-doktor pakar mata, membuat pemeriksaan dengan lebih teliti.  


Hari Khamis adalah hari klinik. Dan sememangnya pesakit tersangat ramai, hingga ada pesakit yang terpaksa menunggu dari pukul 9 pagi hingga 2 petang! Apa yang menyentuh hati saya, adalah ada pesakit yang datang dari jauh, perlu bertolak seawal jam 4.30 pagi, mengeluarkan belanja yang besar hingga catar satu van sebanyak RM200 untuk pergi balik dari Kota Marudu, kerana anaknya tercucuk ranting kayu dan korneanya sudah ada parut hingga penglihatannya kabur. Bapa pesakit itu seorang petani sahaja. Tidak dapat saya bayangkan betapa susahnya mereka mendapatkan perbelanjaan sebanyak itu untuk mendapatkan rawatan Doktor Pakar. Mujur juga caj hospital kerajaan adalah minimal kerana mereka adalah warganegara. 

Seorang lagi wanita muda berusia 22 tahun, anaknya mendapat jangkitan Cytomegalovirus semasa dalam kandungan hingga mata anaknya tidak sempurna. Sebelah mata anaknya kecil iaitu microphthalmus, dan sebelah lagi juga tidak boleh melihat. Ternyata pemeriksaan kami mendapati anaknya buta kedua-dua belah mata, namun Subhanallah wanita ini tetap bersemangat dan ceria. Katanya, “saya lihat orang lain ada anak istimewa pun OK OK saja, mengapa saya nak sedih sedih.” Ma shaa Allah. Saya ambil sedikit kekuatan beliau, untuk saya kenang sampai bila-bila in shaa Allah. 

Sekitar jam 4 petang, ada seorang kanak-kanak berusia 3 tahun masuk ke klinik kami, dirujuk kerana ditumbuk oleh abangnya.  Kasihan sungguh adik itu kerana matanya bocor, ada luka dari satu hujung mata hingga ke hujung satu lagi. Adik itu dipuasakan untuk dibedah matanya.

Saya pulang ke rumah , mengajak anak-anak bermain ke taman dan pulang pada waktu Maghrib. Tepat jam 7, hospital menelefon saya memberitahu yang adik tadi sudah sedia untuk dibedah. Maka saya pun terus ke hospital untuk membedah adik itu. Rupanya menurut ayah adik itu, abangnya yang berusia 5 tahun sedang memegang tin sardin ketika menumbuk adik ini, menyebabkan matanya bocor. Jika tumbukan biasa sahaja, biasanya tidak akan menyebabkan kebocoran.

Dari pukul 8.50 malam, pembedahan selesai jam 11.45 malam. Saya sudah lakukan yang terbaik, mudah-mudahan adik ini dapat melihat semula.

Oleh kerana sudah jauh malam, saya terpaksa meminta salah seorang staff menemani saya pulang kerana kawasan rumah saya agak sunyi. 

Alhamdulillah tersentuh hati saya apabil melangkah masuk ke dalam rumah, anak kedua saya masih belum tidur dan dia terus memeluk saya dan menemani saya minum teh. Anak -anak lelaki saya pula sudah tidur berdua, di dalam bilik saya. Alhamdulillah saya dapat rasakan ini adalah hadiah dari Allah. 

Tatkala saya berusaha membantu anak orang lain, Allah berikan rasa “independent” terutamanya pada anak bongsu saya yang berusia 3 tahun itu.  Jika sebelum ini dia akan tidur dengan saya atau dengan maid jika saya tiada, ternyata sekarang sudah boleh tidur dengan abangnya.

Hari Jumaat, satu hari pembedahan yang menarik kerana kami ada 4 pesakit katarak kanak-kanak, dan Dr Shuaibah mengajarkan teknik-teknik pembedahan yang sangat baik, dan membenarkan saya membedah salah seorang pesakit dibawah tunjuk ajar beliau.  

Dr Shuaibah memberikan tunjuk ajar kepada saya dengan teknik pembedahan yang baru. Semasa pembedahan katarak, memang dewan bedah akan digelapkan sedikit bagi memberikan imej retina atau refleks merah (red reflex) yang lebih baik kepada Pakar Bedah. 

Saya dapat mempelajari teknik pembedahan katarak kanak-kanak atau "lens aspiration" dengan kaedah bimanual iaitu menggunakan satu alat khas dengan kedua-dua tangan. Di PPUM, saya biasa menggunakan satu tangan sahaja. Kelebihan menggunakan kaedah bimanual ini adalah, ia dapat membantu Pakar Bedah membersihkan katarak dengan lebih baik. Dr Shuaibah juga menunjukkan kepada saya cara memasukkan kanta dengan kaedah "optic capture" iaitu jika kanta tiruan tidak dapat dimasukkan ke dalam beg asal, ia boleh diselitkan sahaja pada beg tersebut dengan cara yang istimewa. 

Selesai membedah, kami melihat pesakit-pesakit di wad pula, dan kami pulang sekitar 5.30 petang.

14 Disember sebenarnya adalah ulang tahun ke 3 anak bongsu saya. Maka kami keluar ke Imago Shopping Complex selepas solat Isyak untuk meraikan harijadinya. 

Alhamdulillah a simple but memorable celebration, kerana apabila menelefon ayahnya, dia tak henti-henti cerita tentang keknya dan lilin yang dihembusnya


 
Dari rumah lagi si Uwais sudah meratib mahu makan kek. Alhamdulillah juga betul-betul berselera dia memakan kek hari lahirnya. Semoga Uwais membesar menjadi anak soleh ya sayang. 


15 Disember, selepas saya menjalankan ward round pada pagi Sabtu, kami bertolak ke Tuaran. Perjalanan yang mengambil masa 40 minit itu, agak menarik kerana melalui kawasan kampung, sungai dan bukit bukau.  Anak-anak saya sudah beberapa hari asyik mengajak mandi pantai. Ada beberapa staff di Dewan Bedah yang mencadangkan ke Pantai Sabandar Tuaran ini, kerana katanya bersih. Nak ke Karambunai , mahal pula hotelnya.

Perhentian pertama kami adalah Cowboy Town Tuaran. Tiket masuk adalah RM10 untuk seorang dewasa dan RM5 seorang kanak-kanak. Untuk menaiki kuda, adalah RM10 untuk satu pusingan dan Rm15 untuk dua pusingan. Pada pukul 11.30 pagi, kuda akan berehat kerana terik tengahari.

Pada saya kawasan kuda itu biasa-biasa sahaja. Kalau di kelas memanah anak-anak saya di Gombak, dua pusingan naik kuda baru RM 3 sahaja. Nak beri makan rumput pun , RM2 satu cekak rumput.

Tetapi apa yang menarik adalah Mangrove Park di sebelah tempat kuda itu. Tempatnya redup, ada laluan untuk stroller, dan anak-anak juga seronok melihat ketam di kawasan paya itu. Terdapat juga minuman percuma (teh O ais) untuk setiap pengunjung, yang boleh di ambil di Kafe bamboo. Cumanya air ini hanya boleh take away. Jika mahu minum di kafe, perlu memesan makanan. Makanannya juga agak mahal. Satu set nasi dengan ayam percik Rm20, dan satu set makanan contoh makanan Kadazan, RM 45. Jadi kami take away sahaja minuman kami, sambil anak bongsu saya makan aiskrim

Sementara menunggu waktu Zuhr, anak-anak mengambil peluang untuk mewarna batik. Selesa sungguh tempat untuk mewarna batik di sini. Satu gambar pun murah sahaja iaitu Rm5 untuk gambar yang kecil , dan RM10 untuk gambar yang besar.

Sempat bergambar kenangan di hadapan lobi utama Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah

Cowboy Town Tuaran

Antara kuda yang ada di sana
Mangrove Park , Cowboy Town Tuaran

Tempat mewarna batik. Tempatnya selesa, harganya pun murah. 

Selesai mewarna, kami bergerak ke Pantai Sabandar. Niat di hati nak mencari masjid, tetapi terlepas pandang, sampai ke warung kecil di tepi pantai. Memandangkan semua orang sudah lapar, kami pun berhenti makan , sambil menikmati angin bayu yang nyaman dan anak-anak bermain hammock yang disediakan. Murah sungguh makanan di sini, nasinya pun banyak. Cuma RM7 satu pinggan, boleh dikongsi berdua.




Nasi goreng seafood

Selesai makan, kami singgah solat di Masjid Sabandar, dan kemudian kembali ke pantai untuk anak-anak bermain dan mandi sepuasnya. Alhamdulillah ada disediakan bilik mandi yang bersih dan selesa, dengan bayaran RM2 sahaja seorang, untuk mandi selepas bermain pantai.

Selesai bersalin pakaian, kami singgah semula ke masjid untuk solat Asar dan terus pulang semula ke Kota Kinabalu.

Pantai Sabandar Tuaran yang bersih
Bersama anak-anak tersayang.


Alhamdulillah gembira melihat anak-anak ketawa riang bermain pantai

Si kakak menakut-nakutkan adiknya yang tak suka air

Si bongsu dengan bendera Sabah di belakangnya

Selepas terkena air separas lutut inilah , Uwais terus taubat tak mahu masuk air sudah. Kelakar!

Bermain pasir sepuas hati, di KL pantai terdekat sejam baru sampai 


Masjid yang terletak kira-kira 500 meter dari pantai. Sangat bersih dan luas, sangat selesa untuk beribadah di sini. 

Ahad 16 Disember, kami bangun seawal pagi untuk menunaikan solat Subuh, dan bergerak dari rumah sekitar jam 6 pagi untuk ke pasar pagi di Gaya Street. Jangan salah sangka ya, di Sabah ini 6 pagi tu sudah terang, macam sudah 7 pagi di Semenanjung. Sengaja saya gerak awal kerana tidak mahu berpanas di sana.

Dapat sahaja parking, kami terus meneroka Gaya Street. Banyak sungguh cenderahati, baju-baju, sayur-sayuran, minuman dan kerongsang yang terkenal di Sabah ini, dijual di sini dengan harga yang amat berpatutan. Jika di kedai-kedai satu rantai kunci Rm3-5 satu, di sini 7 biji hanya Rm10.

 Saya juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba makanan Sabah iaitu kocong ayam dan kocong daging iaitu pulut yang berisi, yang menjadi juadah sarapan. Anak lelaki saya pula memilih untuk bersarapan dengan sate.

Kuih muih tradisi Sabah

Sarapan dulu!

Kalau tak pegang tangan, boleh hilang anak-anak kat sini!

Kasihan burung itu kan?

Beg berbentuk katak. Saya harap bukan kulit katak asli lah. 

Lebih 2 jam kami di Gaya Street, kami ke Pasar Besar Kota Kinabalu. Segar-segar sungguh ikan dan makanan laut di sini. Ikan masih melenting-melenting, ketam masih merayap-rayap mahu kembali ke lautan. Udang saiz sederhana yang di Kuala Lumpur harganya RM39 sekilogram, di sini hampir separuh harga, RM24 sahaja. Kami sekeluarga memang minat ikan sebelah, dan di sini ikannya kecil-kecil sahaja. Tetapi murah!




Selesai membeli barang dapur , kami singgah di Plaza KK untuk membeli sedikit barang keperluan, dan kemudian pulang ke rumah, untuk memasak makanan laut segar yang dibeli tadi.

Petang ini mertua saya datang in shaa Allah. Teruja sungguh anak-anak nak dapat luangkan 10 hari dengan datuk dan nenek tersayang mereka. Alhamdulillah alhamdulillah.

Sunday 16 December 2018

Minggu pertama di KK : Bermula bertugas di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah



Alhamdulillah sedar tak sedar, sudah masuk dua minggu saya bertugas di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah di Likas ini, sebagai sebahagian daripada attachment semasa latihan subkepakaran Oftalmologi Pediatrik saya .


Perkenalan saya dengan Ketua Jabatan Oftalmologi Dr Shuaibah Ab Ghani hospital ini bermula melalui Dr Mansor Shariff iaitu Ketua Jabatan Oftalmologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan. Melalui perkenalan ringkas semasa salah satu konferens di Kuala Lumpur Disember tahun lalu, Dr Shuaibah dengan tangan terbuka, mengalu-alukan hasrat saya untuk datang menimba pengalaman di hospital beliau, yang merupakan pusat rujukan tertieri untuk seluruh negeri Sabah Negeri di Bawah Bayu.


Kenangan pertama kali berjumpa Dr Shuaibah di Kuala Lumpur, 8 Disember 2017

Alhamdulillah juga mentor-mentor saya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semua memberi keizinan untuk saya ke sini selama sebulan. Pelbagai cabaran juga untuk saya ke sini, terutama dalam mengumpulkan dana dan mengaturkan logistik, kerana saya mahu membawa semua anak-anak saya sempena cuti sekolah.

Setahun juga saya berjimat cermat, mengumpul duit untuk membeli tiket anak-anak, maid dan ibu ayah saya serta untuk membayar sewa rumah di Kota Kinabalu ini. Oleh kerana sepanjang pengajian dua tahun saya di PPUM, sebahagian gaji saya dipotong kerana cuti belajar bergaji penuh, saya perlu merancang perbelanjaan sebaik mungkin.

Sewa rumah di Kota Kinabalu ini agak mahal. Saya cari di AirBnB dan laman Homestay di Facebook. Jika mahu rumah yang agak murah, sekitar RM1500-2000 sebulan untuk 3 bilik, terletak agak jauh dari hospital dan saya akan perlu menyewa kereta. Setelah berbincang dengan suami, kami memutuskan untuk menyewa rumah homestay, rumah teres 2 tingkat dengan 4 bilik, terletak betul-betul di hadapan hospital. Sewanya adalah RM3000 sebulan , dan deposit bil elektrik dan air sebanyak RM500.

Alhamdulilah juga ada salah seorang anak murid saya , alumni Fakulti Perubatan UiTM , Dr Solehah, yang akan pulang ke Semenanjung pada awal Disember untuk walimah beliau, maka beliau tinggalkan kereta beliau untuk kegunaan saya di sini. Alhamdulillah sangat di atas rezeki ini yang amat memudahkan untuk kami membeli barang keperluan dan sebagainya. Semoga Allah membalas dengan kebaikan jua buat beliau dan keluarga.

Seminggu sebelum berlepas, ada pertukaran perancangan pula, apabila ibu ayah saya tidak dapat menyertai saya ke Sabah atas sebab-sebab tertentu. Pada mulanya suami saya mencadangkan agar saya pergi sendiri sahaja selama 2 minggu, dan anak-anak akan datang kemudian dengan ibu bapa mertua saya pada pertengahan bulan. Saya cuba juga bertanya jika ada rumah doktor yang saya boleh tumpangi selama 2 minggu, kerana tidak berani pula nak tinggal di homestay seorang diri.

Tapi sehingga 2 hari sebelum berlepas, masih belum ada kepastian tentang tempat tinggal. Maka suami saya yang risau jika saya pergi bersama anak-anak dan maid sahaja, takut tidak terkawal anak-anak di lapangan terbang kelak, beliau pun menempah tiket dan memutuskan untuk mengambil cuti dan menemankan saya di Kota Kinabalu beberapa hari.

Alhamdulillah penerbangan berjalan lancar, dan ada salah seorang anak murid alumni Fakulti Perubatan UiTM, Dr Syaniza,  turut menjemput kami di lapangan terbang, dan terus menghantar kami ke homestay kami.

Minggu pertama di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas, Dr Shuaibah bercuti, jadi jadual tidak terlalu sibuk. 

Hari pertama di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, bersama di Dr Jessica & Dr Zulhisham, di bilik pemeriksaan di klinik mata 

Sebahagian daripada staff Klinik Mata dan Klinik ENT

Nak dijadikan cerita, anak kedua saya pula diserang demam dan asthma pada hari ke tiga kami di Kota Kinabalu, dan terpaksa dimasukkan ke wad pada hari Rabu, yang mana suami saya sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur pada malamnya. 

Oleh kerana kasihan melihat saya yang baru sahaja lapor diri untuk bertugas dan terpaksa bercuti, suami saya sambung cuti, dan memutuskan untuk tidak pulang ke Kuala Lumpur untuk sama-sama membantu menjaga anak di wad. Saya ambil tugasan jaga anak pada waktu malam, kerana siang saya kerja, dan pada waktu siang suami saya yang jaga. Ma shaa Allah semoga Allah mengganjari kebaikan suami saya.

Alhamdulillah selepas 2 hari, anak kami boleh pulang ke rumah, dan saya dapat bekerja dengan baik pada hari Khamis dan Jumaat itu.

Peralatan yang kami gunakan untuk membuat pemeriksaan kepada pesakit kanak-kanak selepas mereka dibius


Hari Jumaat itu kebetulan ada Christmast Party di Operation Theatre. Kami pun dijemput makan sekali 


Tapi dugaan datang lagi, anak bongsu kami pula yang demam sehingga 4 hari. Suami saya pula tidak boleh meninggalkan klinik beliau terlalu lama, tetapi beliau tetap tidak mahu meninggalkan kami anak-beranak selagi anak-anak kami belum betul-betul sihat. Pada hari Sabtu, kami membawa anak bongsu kami untuk pemeriksaan di HWKKS. Alhamdulillah juga ada Klinik Pesakit Luar yang beroperasi hingga pukul 10 malam pada hari Sabtu. Alhamdulillah ujian darah menunjukkan anak kami tiada demam denggi atau pneumonia yang teruk seperti kakaknya.

Selepas pemeriksaan darah di hospital, kami ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu untuk solat Asar

Maka pada Sabtu malam, barulah suami saya membeli tiket penerbangan untuk beliau pulang ke Kuala Lumpur pada hari Ahad. Sudahlah tiket hari Rabu terpaksa “burn” kerana tidak boleh ditukar jika dalam masa 48 jam penerbangan, tiket Ahad juga harga sudah melambung tinggi. Mujurlah suami saya penyabar orangnya. Katanya, “duit boleh dicari, yang penting kesihatan anak-anak kita.”

Pada hari Ahad pagi, sebelum suami saya pulang ke Kuala Lumpur, sempatlah kami membawa anak-anak ke Muzium Negeri Sabah, melihat keunikan budaya dan tradisi rakyat Sabah, melihat rumah-rumah warisan di Sabah dan merasai pengalaman menaiki jambatan gantung. Anak-anak pun sudah semakin sihat Alhamdulillah.

Luas kawasan Muzium Sabah ini dan banyak yang menarik untuk dilihat. Dengan bayaran RM 2 seorang dewasa sahaja, saya rasa sangat berpatutan



Antara pameran yang menarik iaitu tradisi "Head Hunter" oleh suku kaum Murut 
Suami membawa anak-anak menyeberangi jambatan gantung yang menghubungkan kawasan muzium dan kawasan Kampung Warisan 

Rumah Lotud adalah salah sebuah rumah warisan yang ada disini.
Dulu-dulu saya sangka hanya di Sarawak ada rumah panjang, rupanya di Sabah pun ada . Yang ini adalah rumah panjang kaum Rungus yang kebanyakannya tinggal di kawasan Kudat

Petang itu anak kedua dan ketiga menemani saya menghantar suami ke lapangan terbang. Mujur juga ada anak-anak. Jika tidak pasti air mata saya sudah mengalir. Tak terbalas jasa baik suami saya yang amat menyokong dan memahami perjuangan saya untuk menjadi seorang Pakar Mata Kanak-kanak ini. Sanggup ambil cuti, berhabis duit membeli tiket, sewa kereta, berjauhan dengan kami sementara. Hanya Allah yang dapat membalas jasanya in shaa Allah.


Semoga Allah permudahkan semua urusan kami selepas ini in shaa Allah. Hasbunalllah wanikmal wakeel in shaa Allah. 

My hero


Friday 9 November 2018

The fellowship journey , the giant catapult

Photo from Google at this link

16 months into my 24 months programme of Fellowship in Paediatric Ophthalmology & Strabismus, I felt like I have been hurled to a speed that made everything around me became blurred.

I feel that this journey, is exactly like a giant catapult.

It took a long, steady backward pull, before the incredible lurch forward.

It took me 5 years after my Masters programme, before I embarked on this journey to become a consultant.

A bit late, some of my juniors were already finishing their fellowship by the time I started, but my mentor Prof Nurliza always say ," It's ok. Everyone has their own pace".

I took my time, and I had to wait for my senior to go for his fellowship first. That's how civil services are. Seniority is key.

But then he left for private practice, so I took my chance.

The first 6 months of this fellowship was nerve wrecking. Because I didn't know a lot of stuffs. But my mentors and the other doctors were very helpful and made me feel right at home.

The second 6 months became interesting, because I could manage patients in the NICU, clinic as well as in the operating theatre.

But this third 6 months.

It's something else.

The amount of responsibilities and the prospect of setting my own Paediatric Ophthalmology services in UiTM hospital, it's like a heavy, mountain sized rock dawning on me.

Time is running out

In December I'll be going to Sabah, then it'll only be 6 months left in UMMC with my mentors.

6 months is too short.

The speed of this catapult is scary, and I can't slow it down nor can I stop it.

In UiTM I can go on 6 months without taking a single day of annual leave, but during this fellowship, I'm literally drained every 6 weeks or so.

There are days I felt so tired from operating, that I felt like calling a taxi to bring me home, and leave the car in the hospital.

Other days I just want to curled down at a surau somewhere and sleep for a few hours before I drive home. 

And I just cannot take leave sometimes because there are paediatric cases that I need to follow up, and I care too much for the children to let someone else see them .

I hope I will still be standing at the end of this.

I sure do hope so.

I have a very full month of November to go through and then we are flying off on the 2nd of December to Sabah, for a month long attachment at the Women and Children Hospital in Likas.

May Allah help me and give me strength in shaa Allah

Please pray for me.

Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
09112018
Running on low battery

Thursday 25 October 2018

Ayah masuk ICU




Ini hero saya.

Ayah berusia 74 tahun. 

Rabu lepas Ayah menjalani pembedahan hernia di Hospital Muar.

Sepatutnya saya nak bawa Ayah untuk pembedahan di KL tetapi Ayah kata di Muar senang, dekat dengan rumah.

Saya pun ok sahaja. Pembedahan laparoskopi atau "key hole surgery" in shaa Allah ringkas dan cepat sembuh.
Isnin dan Selasa saya ada OT. Rabu saya ada ROP round dan klinik , saya perlu bertugas seperti biasa. 

Mama dan Ayah pun kata tak perlulah balik. Balik hujung minggu sahaja nanti, sebab abang sulung pun ada menemani mereka di Muar. 

Rabu pagi pukul 8 saya telefon Ayah, suaranya ceria sahaja. Katanya nanti beliau kes ke tiga, mohon saya doakan. Saya pun iyakan, and I told him I love him.

Pukul 10 pagi, Mama telefon maklumkan Ayah sudah masuk OT.
Sepanjang hari saya sedikit bimbang dengan bius penuh atau general anaesthesia Ayah. Tetapi saya hanya mampu titipkan doa. 

Pukul 2 petang saya telefon Mama, tidak berjawab. 

Petang itu saya uruskan urusan kemasukan sekolah menengah anak sulung saya. Sehingga pukul 5 petang tiada khabar, saya anggap pastilah semuanya baik-baik sahaja. 

Pukul 6 petang saya telefon Mama, betapa terkejutnya saya apabila Mama kata ,"Ayah di ICU." My hero, yang terlalu jarang sakit, tak ada sakit jantung atau kencing manis, dalam ICU? Akibat pembedahan simple seperti hernia? 

Saya rasa nak terbang balik Muar ketika itu juga. 

Cuma apa yang memujuk hati saya adalah, suara Mama tenang. Saya tahan sebak, tak mahu Mama tambah sedih. 

Mama kata Ayah pengsan selepas pembedahan dan doktor terpaksa masukkan tiub pernafasan semula dan masukkan Ayah ke ICU. 

Selepas itu, apabila saya telefon suami saya, barulah saya menangis. Saya risau. I want a medical info on what really happened. 

Alhamdulillah ada bekas anak murid medic UiTM di hospital Muar yang tolong tengokkan Ayah dan sampaikan info. 

Alhamdulillah juga petang Rabu itu juga alat bantuan pernafasan boleh dibuka dan Ayah boleh bernafas sendiri. 

Pagi Khamis saya pulang dengan anak-anak, kerana suami ada urusan penting yang tidak dapat ditangguhkan.

Khamis tengahari, selepas menempuh perjalanan KL - Muar selama 3 jam dengan anak-anak dan maid dengan 2 kali berhenti di R&R, kami terus ke hospital. 

Alhamdulillah kebetulan memang waktu melawat. 

Melihat Ayah yang ketika itu masih di ICU, sayu sungguh hati saya. 

Walaupun hanya menggunakan oxygen dengan nasal prong, beliau nampak letih. Masih muntah-muntah & tak lalu makan. 

Setiap doktor yang datang, saya tanyakan keadaan Ayah, dari doktor di ICU hinggalah team surgikal. Saya kenalkan diri saya sebagai doktor juga. 

Rupanya hari Rabu kelmarin, pembedahan terpaksa ditukar dari laparoskopi kepada pembedahan besar, tetapi pembedahan berjalan lancar.

Selepas pembedahan, semasa di Recovery, Ayah pengsan, skor GCS 3 dan tekanan darah terlalu tinggi, hingga doktor terpaksa memasukkan tiub pernafasan untuk memelihara rongga pernafasan Ayah. 

Alhamdulillah dalam masa sejam Ayah sudah sedar semula. 

Sepanjang hari Khamis semalam , tekanan darah Ayah sudah semakin stabil, cuma Ayah masih agak lemah dan sakit sedikit di kawasan pembedahan. 

Alhamdulillah petang Khamis, Ayah sudah dipindahkan ke wad biasa, dan saya pun sudah boleh selfie dengan Ayah. 


Cuma ketika pulang, terasa kosong melangkah masuk ke rumah, Ayah tiada di rumah. 

Surau di hadapan rumah sunyi, tiada suara Ayah azan. 

Waktu malam, saya telefon suami untuk memberikan update tentang Ayah, airmata gugur jua lagi. 

Ayah sudah 74 tahun. Ayah yang jarang sekali sakit, tahun ini sudah dua kali masuk wad. 

Betullah firman Allah , dalam surah Ali-Imran 3 ayat 185

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ 

“Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” 

Semoga Allah masih merezekikan saya untuk berbakti kepada kedua ibu bapa saya saya yang terlalu baik , beberapa lama lagi in shaa Allah. 

Amin.

Saturday 6 October 2018

The little twin boy who went to heaven

There's this lil baby boy in NICU, born 4 months ago. He has a very nice and unique name. He's the cutest little button in the incubator. 

We have been seeing him every two weeks for retinopathy of prematurity (ROP) for the past 3 months , together with his twin sister. The lil girl has been discharged home a while ago, but the lil boy was still in the NICU.

Last Wednesday I asked the staff nurse if he was ok, and the nice nurse said, "Yes Dr, but he is not due for ROP check up till next week."

I didn't stop by to peep at him like I always do to my "old friends" in NICU. I was rushing to go to my physiotherapy. I thought I'll see him next week during my ROP round.

Today I was informed that he had passed away this morning.

And I cried during my clinic.

I didn't get to see him again.

And and I know no matter how sad I feel, it's nothing compared to what the nurses in the NICU feel , after taking care of him for so long, or how devastating it must be  for the parents. One twin in their arms, but they had to send one twin back to The Creator.

إِنَّا اللهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

 “We surely belong to Allah and to Him we shall return”

May Allah give this family the strength they need at this difficult  times.

And may Allah give me strength to go through this challenging field , dealing with the super preemie.

Amin...

Every time I hear of a lil patient passed away, it felt like a piece of my heart is being torn away from me...

😢