Tips- tips keibubapaan positif dari Pak Utih
1)
Ibu bapa perlu kenal dan sedar ada perbezaan
dalam mendidik anak lelaki dan perempuan, seperti yang dikongsikan dalam entri
sebelum ini. Jangan banding-bandingkan anak lelaki dan perempuan kerana
masing-masing ada kelebihan masing-masing
2)
Ibu bapa perlu konsisten dalam mendidik dan
meletakkan undang-undang. Contoh kedua-dua ibu bapa setuju anak-anak hanya
dibenarkan bermain ipad pada hari Sabtu, dan jangan ada yang memberi
kelonggaran sesuka hati
3)
Teknik tegur anak : ketika anak sedang beremosi,
“connect” dahulu dengan emosi anak itu (otak kiri @ emosi kita bersambung
dengan otak kiri anak). Contoh anak tak suka pergi sekolah, kita setuju dulu
dengan dia, “Iya, Mama pun kalau boleh malas nak pergi kerja. Mama pun tak suka”,
lepas nampak dia mula angguk-angguk, berhenti menangis, baru kita guna otak
kanan (logik), dengan berkata “Tapi nanti kalau kita pergi sekolah, kita jadi
orang pandai, jumpa ramai kawan, seronok”.
Satu lagi contoh, anak menangis nak kamera,
tak boleh kita terus kata, “Tak boleh, nanti rosak” (logik). Tapi mungkin lebih
baik buat pendekatan ini, “ Oh anak Mama pun suka kamera ya? Suka ambil gambar
ya? Samalah macam Mama.” (Emosi). Kemudian baru cuba cakap , “ Tapi sekarang Mama
nak ambil gambar dulu. Nanti lepas Mama ambil gambar 10 kali , baru Mama bagi
Haziq ya?”
Gambar hiasan |
4)
Jangan threatened anak-anak, contoh, “ Kalau tak
nak dengar cakap Mama, Mama tak nak kawan”. Kelak anak-anak akan ikut arahan
sebab takut dengan ancaman itu, bukan kerana rela hati.
5)
Anak lelaki perlu belajar daripada permainan.
Contoh, dia sedang main kereta, kita tanya, berapa tayar yang ada pada kereta itu. Perbendaharaan
kata anak lelaki juga akan banyak dipelajari daripada komik dan sebagainya.
6)
Anak lelaki suka berimaginasi, jadi layankan
imaginasi anak. Contohnya anak kata dia adalah kapten yang melawan lanun, maka
kita layankan sahaja.
Gambar Hiasan |
7)
Bagaimana kalau anak lelaki suka bermain patung
seperti Upin Ipin, main masak-masak dengan kakak-kakak kerana tidak ada adik
beradik lelaki yang lain? Soalan ini saya utarakan pada Pak Utih sendiri kerana
teringat kepada anak lelaki saya. Menurut Pak Utih, kemungkinan itu adalah
pembawaan genetik ibu bapa, dan anak saya memang berminda feminin, dan
kemungkinan besar apabila besar nanti akan menjadi (kerjaya seperti) doktor. (Pak Utih tidak tahu
saya dan suami adalah doctor ketika saya utara soalan ini). Jadi biarkan sahaja
dia bermain dengan apa yang dia suka, dengan satu syarat, jangan sampai dia
berpakaian seperti anak perempuan. (Phew!)
Umar ketika berusia 3 tahun |
8)
Apabila sampai umur yang sesuai (Pak Utih tidak
sebut secara spesifik tetapi saya ambil pada usia 7 tahun), anak perlu sedikit “detach”
atau diasingkan dari ibubapa iaitu dari sudut tempat tidur. Anak yang tidur
berasingan akan lebih berdikari @ independent. Ada ibu bapa di luar negara yang
mengasingkan bilik tidur anak seawal usia 4 minggu, walaupun bayi itu minum
susu ibu. Si ibu akan ke bilik anak untuk menyusukan, dan kemudian kembali ke
bilik sendiri selepas menyusukan
9)
Ayah adalah “role model” penting untuk
anak-anak, seawal semasa ibu hendak melahirkan bayi itu lagi. Contohnya semasa
ibu sedang dalam proses persalinan, si ayah boleh membacakan surah Maryam
kepada isteri & bayi yang bakal dilahirkan . Andaikata si ayah selalu
keluar kawasan atau “out station”, anak itu boleh menjadikan guru-guru lelaki
di sekolah sebagai role model. Maka amatlah penting untuk kita memilih sekolah
yang baik untuk anak-anak kita.