Wednesday 7 May 2014

SMS dari Allah...

Pernah tak kita dapat SMS dari Allah? 

Ya, dari Tuhan kita yang menciptakan kita. 

Mungkin bukan melalui handphone atau melalui Facebook, tetapi melalui the Ultimate Book iaitu Al-Quran. 

Alhamdulillah semasa Usrah semalam kami mentadabbur Surah Al-Fatir ayat 31-38. Hati tersentuh apabila sampai ke ayat ini: 



The past few weeks has been tough on me & my family. Sejak keguguran, saya sering bersedih & tidak boleh melihat orang yang hamil atau yang mempunyai anak kecil. Keadaan tubuh badan yang sering sakit dan lesu, menyebabkan hati berperang antara redha dan hasutan syaitan utk mengasihani diri sendiri (self-pity)

Hinggalah peristiwa tumpah darah tempoh hari. Ia amat menakutkan tetapi hikmahnya Allah mengingatkan saya apakah saya sudah bersedia andai dijemput menemuiNya. 

Suami saya banyak memberikan sokongan dan mengingatkan saya agar BERSYUKUR dengan apa yang telah Allah kurniakanlah kepada kami seperti 3 orang cahaya mata yang sihat & comel, dan bukannya menangisi & menpersoalkan rezeki yang tidak Allah berikan buat masa ini iaitu bayi yang telah kembali ke rahmatullah. 

Alhamdulillah dengan izin Allah, beberapa hari lalu, saya menemui "my inner peace". Sepanjang saya MC, saya mengambil peluang untuk mengumpul gambar-gambar anak-anak untuk dikompilasikan sebagai photobook. Melihat gambar-gambar kehamilan, kelahiran dan memori-memori indah bersama anak-anak, saya sedar betapa benarnya kata-kata suami saya. 


Betapa saya harus bersyukur sudah dapat merasai ujian kehamilan yang positif, melihat degupan jantung bayi di dalam kandungan, merasai tendangan manja bayi di dalam rahim, kesakitan melahirkan anak & nikmat menatap wajah comel mereka buat pertama kali. Semua ini sebanyak tiga kali! Sedangkan ada wanita di luar sana yang sudah berbelas tahun berumahtangga, namun belum lagi dianugerahkan cahayamata. Malah ada wanita solehah di luar sana, masih mencari cinta seorang insan bernama suami, sedangkan Allah mengirimkan suami saya untuk berada di sisi, seawal saya berusia 22 tahun.  Subhanallah Alhamdulillah ... 


Alhamdulillah saya kembali ceria. Tidak lagi terlalu mengharapkan seorang lagi cahayamata, saya serahkan semua kepadaNya. Andai ada rezeki kami menimang cahayamata lagi, syukur kami panjatkan. Andai termaktub hanya 3 orang yang sedia ada ini, in shaa Allah kami redha. Saya kembali tenang.. 

Dan malam tadi, Allah "kirimkan SMS" kepada saya, menyatakan in shaa Allah di syurga kelak, tiada lagi kesedihan dan dukacita. Tiada lagi penat lelah dan letih lesu seperti yang kita rasai di dunia. Terasa ayat ini menusuk ke hati kecil saya. Tatkala saya mula mendidik hati untuk menerima ketentuan Ilahi, Allah pujuk lagi, andai dihilangkan kesedihan di dunia pun sudah menjanjikan ketenangan seperti ini, apatah lagi tatkala nikmat ini digandakan di syurga kelak. 

Allahu Rabbi. Masih ada misi saya di muka bumi Allah ini. Tidak lain untuk memburu redha Allah & menyiapkan simpanan, pelaburan, pinjaman harta & saham-saham untuk kehidupan hakiki di akhirat kelak. Menabur bakti mengikut laluan yang dipilih olehNya untuk saya, sebagai seorang isteri, seorang anak, seorang ibu, pensyarah, peniaga, penulis & yang paling penting sebagai seorang daie. 

"Spiritual pain" adalah satu istilah yang diberikan oleh naqibah saya Dr Diana yang merupakan seorang pakar perunding. Tidak kira bagi seorang Muslim atau bukan Muslim, reaksi awal akibat satu kehilangan adalah grief (kesedihan) dan bertanya-tanya "mengada ini berlaku kepada saya?". Perasaan kekosongan yang mencengkam, kadangkala membawa seorang insan menjadi sedih & murung. Tetapi sebagai seorang Muslim, wajib kita bersangka baik dengan Allah & tiada sesuatu pun yang menimpa seorang Muslim kecuali untuk mendekatkan diri insan itu kembali kepada Penciptanya. Tiada satu kesedihan dan kesakitan yang menimpa seorang Muslim kecuali dihilangkan satu dosanya.  


Subhanallah... 

Open up the ultimate book tonight & read the "SMS" Allah wants to send to you directly. Yes, the very sentence that you read. 

Indeed the Quran is the biggest mukjizat (miracle) for all of mankind. Alhamdulillah... 


No comments:

Post a Comment