Perhentian pertama kami adalah Masjid Quba' iaitu masjid yang pertama dibina oleh Rasululah SAW dengan dibantu oleh para sahabat, semasa peristiwa hijrah Rasulullah., pada 8 Rabiulawal, tahun 1 Hijrah. Bayangkan betapa seorang kekasih Allah yang begitu tinggi darjatnya di sisi Allah, masih mengangkat batu-batuan sendiri untuk membina masjid ini, yang terletak di sebuah ladang kurma. Mulianya masjid ini, barangsiapa yang bersuci dari rumahnya dan kemudian datang untuk solat di sini sebanyak 2 rakaat, pahalanya adalah seperti menunaikan sekali ibadah umrah (hadith riwayat Ibnu Majah). Tidak hairanlah ada hadith yang meriwayatkan Rasulullah akan datang ke masjid ini setiap minggu, dari Masjid Nabawi, sama ada dengan menaiki unta atau berjalan kaki. Khabarnya masjid ini di"naiktaraf", kerana para sahabat mencemburui para mukminin yang berada di Mekah, yang saban hari dapat menunaikan umrah di Kaabah di Masjidil Haram. Indahnya Islam, tidak memberatkan umatnya, malah menambahkan kebaikan bagi mereka yang dambakan keredhaan dan kasih sayang Allah sentiasa
Pasar pagi di sekitar Masjid Quba |
Pepohon kurma di sekitar kota Madinah |
Dari Masjid Quba' , kami meneruskan perjalanan ke sebuah ladang kurma. Di sini banyak terdapat kurma yang berkualiti, dan di lorong-lorong kecil di celah-celah pepohon kurma, diletakkan beberapa banner berisi hadith-hadith berkaitan kurma. Yang paling menarik perhatianku adalah hadith berkaitan kurma ajwa iaitu kurma nabi, andai dimakan sebanyak 7 biji setiap hari, in shaa Allah dapat menghindar dari racun atau sihir (hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Terdapat banyak lagi hadith berkaitan kurma yang penuh keberkatan ini dan bolehlah baca di sini .
Pohon kurma secara amnya memerlukan banyak air, dan kebiasaannya akan ada perigi yang dibina di dalam ladang tersebut, dan seiring dengan modenisasi zaman, tali-tali air kecil dibina di seluruh ladang bagi memenuhi keperluan pohon-pohon kurma di sini.
Suamiku bersama Ustaz Nasib, ustaz pembimbing Tabung Haji |
Antara perigi yang dibina di sini |
Bukit Pemanah |
Melihat kesungguhan para sahabat, kaum musyrikin yang berang kerana tidak dapat membunuh Rasulullah, telah turun dan mencederakan anggota para sahabat yang telah syahid, termasuk Saidina Hamzah yang dipotong dan diambil jantungnya oleh Hindun. Seramai 70 orang muslimin syahid, termasuk seorang sahabat iaitu Hanzalah, yang baru sahaja bernikah, dan meninggalkan kamar pengantinnya untuk berjihad. Dikhabarkan ketika beliau ditemui, jenazahnya dalam keadaan basah, dan Rasulullah memberitahu para sahabat bahawa beliau dimandikan oleh para malaikat kerana ketika beliau datang ke medan perang, beliau dalam keadaan berjunub.
Antara peristiwa yang tidka dapat dilupakan adalah apabila jenazah Saidina Hamzah hendak dialihkan untuk dibawa pulang ke Madinah dan disemadikan, gunung Uhud bergegar kerana tidak rela kekasihnya di bawa pergi, lantas semua jenazah para syuhada disemadikan di kaki gunung Uhud itu jua, atas arahan dari Rasulullah SAW. Semoga para syuhada semua berbahagia di syurga, dan semoga kita semua bakal menyusul mereka, in shaa Allah.
Jabal Uhud |
Salah seorang pelajar Malaysia yang bertugas sebagai pemandu pelancong. Mudah-mudahan anakku Umar berpeluang belajar di Madinah kelak. |
Perkuburan para syuhada Uhud. Asal tempatnya bukan di sini, tetapi berlaku banjir dan semua jenazah yang masih utuh terkeluar dari kubur, maka ia dipindahkan di kawasan ini. |
No comments:
Post a Comment